Translate

Mesti Baca

Jumaat, 17 Mac 2017

Demi Tahi Lalat Lu, Gua Sudah Boleh Menerima Bau Babi Panggang





Politik boleh merubah watak seseorang, dari maki hamun menjadi puji-pujian, dari musuh boleh menjadi kawan, dari bersilat boleh berpeluk-peluk dengan irama yang merdu, dari berperang dengan menggunakan kapal masing-masing boleh belayar dengan satu nakhoda. Jika dulu jangan kata tengok muka, dengar nama pun dah darah mula mendidih.
 
Jika dulu tiada satu pun yang wangi malah membusuk sampai ke usus tetapi sekarang jangan kata tubuh malah kentot pun semuanya wangi dan inilah yang layak di gelaran pelacur politik kerana nafsu yang bersarang di dalam hati masing-masing demi mengejar kuasa yang yang berlegar di dalam pemikiran pandir-pandir.
 
Bukan main hebat gendang di palu oleh alkusen bila melihat puluhan ribu rakyat Kelantan mendengar ceramah taiko-taiko dari parti yang bakal mengambil alih pemerintahan Kelantan dari PAS pada PRU14 nanti. Mengikut laporan alkusen, kutipan derma sahaja mencecah 15K dan dengan sambutan yang maha hebat itu pasti 101 peratus PH akan menang bergaya.
www.bebaskanmalaysia.blogspot.my

Berhala dibawah pokok tempat Persidangan Dun Perak 

Gaya penulis upahan yang menjadi pelacur politik pasti banyak autanya. Jika PAS buat perhimpunan dengan kehadiran ribuan peserta pasti akan di katakan bukan kayu pengukur untuk PAS. Bila PAS buat ceramah dengan kehadiran ribuan pun mereka akan kata belum tentu semua yang dengar menyokong PAS tetapi bila PH buat ceramah menggunakan aura Che Det, mereka akan kata lihatlah betapa ramainya penyokong PH walau pun parti alkusen hanya menumpang kerana PAN ada berapa ratus ribu ahli di Kelantan dan di seluruh negara.
 
Gua agak-agak 35,000 ahli PAN yang ada sekarang ni pun mungkin ahli yang sudah wujud semasa parti itu masih lagi menggunakan pakai Parti Pekerja-Pekerja Malaysia (PPPM) yang tidak aktif dengan logo sebatang cangkul dengan gerigi gear dengan warna hijau gelap sebelum di ambil alih GHB selepas gagal menubuhkan Parti Progresif Islam (PPI) oleh KDN. Lalu PPPM ditukar menjadi Amanah (PAN) setelah GHB berjanji kepada ahli PPPM untuk tidak bekerjasama dengan Umno. So bolehlah gua andaikan ribuan ahli yang kekal adalah ahli asal parti PPPM yang ditubuhkan oleh Ganga Nayar, wanita pertama yang mengetuai sebuah parti politik.
 
Lu all boleh agak berapa ramai penyokong sebenar GHB yang menjadi ahli kepada parti baru ini. Jika mengikut alkusen mungkin dah ratusan ribu tetapi mengikut perkiraan gua pula sejak Husan kuasa 10 menjadi pengerak aktif di Kelantan dengan ceramah sahaja satu hari siang malam sampai dua tiga tempat dan belanja ceramah pun mencecah RM 2 juta boleh tarik keahlian tak sampai 2,000 orang, gua tak tahulah pula dengan negeri alkusen yang masih lagi babi panggang bila dekat dengan Midah tahi lalat BACA SINI dan DI SINI.
www.bebaskanmalaysia.blogspot.my
 Hidung alkusen sudah boleh bau babi dan arak
Permusuhan antara alkusen dengan Midah bukan sebarang permusuhan tetapi sudah ke arah berperang antara alkusen dengan Midah  BACA SINI dan serangan dari alkusen terhadap Midah bagaikan tiada kesudahan BACA SINI tetapi apa sudah jadi dengan alkusen sejak dua mejak nih bila mereka bagai dua sejoli di atas pentas yang sama. Ini boleh jadi kencing manis boleh naik semula bro pasal tauke jeruk dah kurang berpantang sejak bercinta dengan Midah tahi lalat.





 PJ PAS Perak Razman Zakaria
Gua lupa nak ambil tahu tentang isu saman yang beliau kalah tu dah selesai atau belum. Gua yakin sangat barua Dap lahanat dah tak hairan dengan berapa sahaja jumlahnya kerana Dinasti Lim tak kan membiarkan blogger otai Pakatan Haram mereka tak terbela. Kerana menjadi pengfitnah tegarlah yang  menjadikan alkusen blogger pelacur kesayangan Dinasti Lim. Gua ingatkannya dulu bila beliau menyoal PJ Razman  konon-kononnya tetapi artikelnya sarat dengan fitnah yang akhirnya ingatan gua menjadi kenyataan sehingga beliau di saman oleh Razman.
 
Sekarang beliau mula mengfitnah Kerajaan PAS Kelantan yang mana maklumatnya dikutip dari tong sampah. Beliau menulis seperti beliau cukup arif tentang apa yang berlaku di Kelantan tetapi beliau membisu bila berkaitan apa yang dilakukan oleh Nizar selama menjadi MB Perak. hebat betullah alkusen sehinggakan boleh meletakkan angka untuk membenarkan telahannya bagaimana Kelantan bakal tumbang. Kalu lu all apa yang diramal alkusen BACA SINI, baru lu tahu bagaimana jahatnya fitnah bekas pengikut Al-Arqam terhadap rakyat Kelantan.
 
Bukan itu sahaja beliau sanggup membaruakan dirinya terhadap al-Marhum TGNA. Semua fitnah yang dilontarkan kepada kerajaan Kelantan ketika Husan kuasa 10 adalah pemimpin yang paling berkuasa dengan bersembunyi di belakang al-Marhum TGNA. Gua sarankan agar rakyat Kelantan jangan terlalu memberi muka kepada blogger pelacur belaaan Dinasti Lim.
 
Sekarang beliau sudah boleh terima bau babi dan arak setiap kali berjumpa dengan bekas musuh ketat yang menjadi kawan baik sekarang ini dan bolehlah berkaroker dengan hidangan babi panggang berserta dengan air setan di atas meja. Jika dulu haram sekarang dah jadi halang sebab sama kapal dengan Midah .
 
Pelacur politik alkusen tidak mahu pula dedahkan berapa ribu ekar tanah Perak diberi kepada Cina Dap lahanat dan berapa ekar diberi kepada SAR. Kalu dah nak dedah salah guna kuasa, kenapa beliau membisu berkaitan sumbangan kerajaan Dinasti Lim kepada SAR berbanding dengan sumbangan yang besar untuk sekolah mubalih.
 
Jangan kerana terlalu merasakan diri sendiri hebat, usah pergi jauh sampai ke Kelantan walau pun fitnah sampah itu hanya dikutip di tepi jalan lebih baik dedahkan penyalahanguna kuasa di negeri yang kamu jejak dan negeri bersebelahan yang kononnya menjadikan pemerintahan Khalifah Umar Abd Aziz  sebagai penanda aras oleh Dinasti Lim yang semakin korup./GANR

Khamis, 16 Mac 2017

Gua Bukan Barua : Sampai Bila Lu All Ingin Mencelakakan Diri Lu Dengan Menuduh Tanpa Asas

www.bebaskanmalaysia.blogspot.my

 
Gua rasa sudah berpuluh kali gua membuat pengakuan yang gua bukan ahli PAS, PKR, rejim Umno dan Dap atau mana-mana parti yang wujud di negara ini. Gua berlepas tangan jika lu mengaitkan gua dengan PAS walau pun lu menuduh gua dengan komen-komen bodoh lu yang banyak membiaskannya terhadap pemimpin dan parti PAS. Gua dari dulu menganggap Umno musuh tegar gua dan menyokong PR sebelum Dap lahanat membuat onar.
 
Buat para pengomen tegar di laman GANR yang sanggup memperbodohkan diri membela Dap lahanat yang nyata adalah musuh Islam. Bila melibatkan Dap lahanat, bukan main lagi pembelaan di berikan walau pun sudah terang dan nyata yang lu all tahu peranan yang di mainkan oleh Dap lahanat terhadap Islam melalui proksi-proksi yang menjadi anai-anai di dalam PAS.
 
Dengan hujah dangkal dari barua-barua pembela Dap lahanat, lu sanggup menyembunyikan fakta dan sanggup menghina agama anutan lu all yang lu agung-agungkan. Cukuplah menjadi pembela paling wahid dengan mencabar gua untuk membuktikan di mana Dap lahanat ada menghina Islam. Tuduhan paling celaka dari barua-barua Dap lahanat ialah meletakkan semua kesalahan yang memecahkan PR adalah berpunca dari PAS. 
 
Berfikirlah dengan akal yang waras kenapa PR berpecah dan kenapa Dinasti Lim begitu lantang menyerang Presiden PAS. Semua yang di lakukan oleh Dinasti Lim yang mengawal parti Dap secara kuku besi pasti mempunyai sebab. Mereka meletakkan semua kesalahan ke atas badan tubuh Presiden PAS di sebabkan perjanjian antara Presiden PAS dengan LGE iaitu ' Setuju Dengan Tidak Bersetuju'.
 
Kerana malu setelah di perbodohkan oleh PAS dengan perjanjian itulah yang membuatkan beliau amat malu memandangkan yang beliau adalah seorang ahli politik yang cukup licik. Demi menutup kemaluannya sebagai ahli politik yang hebat maka bermulalah serangan demi serangan terhadap tubuh badan Presiden PAS. Para barua-barua Dap lahanat sanggup membiarkan rejim Dinasti Lim menyerang dan meletakkan kesemua kesalahan berpunca dari presiden PAS.
 
Bagaimana anai-anai yang bersarang di dalam PAS sanggup membiarkan penghinaan rejim Dinasti Lim terhadap Presiden mereka tanpa melakukan apa-apa disebabkan terlalu sibuk dengan gerakan untuk mengambil alih kepimpinan di dalam PAS. Para barua dan broker belaan Dap lahanat di dalam PAS menyangka dengan dana yang banyak yang di salurkan oleh Dap lahanat untuk kerja dari dalam PAS boleh membeli para perwakilan PAS walau pun Dap lahanat membantu mereka dari luar.  
 
Oleh itu gua berlepas tangan terhadap mana-mana artikel gua tidak berkaitan dengan PAS dan gua tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen para celaka yang bertenggek di laman gua. Jika berlakunya perundangan dari pimpinan PAS terhadap barua-barua celaka, gua dengan nyata berlepas tangan. Gua juga mengharapkan agar pembaca artikel gua memahami betul-betul apa yang gua lontarkan kerana banyak komen-komen yang gua baca dari pembela musuh Islam memberi komen yang tiada kena mengena dengan apa yang gua tulis.
 
Biarlah jadi bijak sikit bro sebelum memberi komen kerana lu rasa lu faham tetapi hakikatnya lu memang buta politik. Memang bertetapanlah lu all menjadi barua musuh Islam kerana lu all memang layak kerana kebodohan yang tidak boleh di ajar dan kecerdikkan yang tidak boleh di ikuti. Memang lu all layak duk dalam parti PKR, Dap atau PPBM yang dipimpin oleh pemimpin terulung dunia yang di buang oleh parti masing-masing. Mungkin mereka inilah sampah yang di cari bukannya sampah yang sememangnya sampah.
 
Sekarang gua cukup seronok mengikuti perkembangan parti Dinasti Lim yang mana sudah ada akar umbi dan para pemimpinnya sudah mula berani menentang pengawalan Dinasti Lim di dalam Dap lahanat. Jika dulu mereka seronok melihat perpecahan di dalam PAS, sekarang mereka sendiri merasainya penolakan demi penolakan dari ahli-ahli mereka sendiri. Mereka mula takut untuk turun ke kubu-kubu mereka untuk bertentang mata dengan penyokong mereka. Baru mereka tahu langit tinggi atau rendah kerana selama ini tiada siapa yang berani membantah apa-apa pun segala kata-kata mereka. 
 
Nampaknya Dinasti Lim sesuai sangat bersama dengan Che Det ketika beliau menjadi rejim selama 22 tahun. Ramai tidak mengetahui bagaimana Dinasti Lim mengawal Dap yang kononnya parti yang cukup teratur. Hakikatnya Dinasti Lim dengan Che Det satu kombinasi yang paling sesuai kerana kata-kata mereka adalah undang-undang yang tidak boleh di bantah.
 
Untuk makluman lu all gua boleh menerima segala maki hamun lu terhadap gua tetapi jangan lu all kaitkan Islam atau para alim ulama dengan apa yang gua tulis. Gua tidak akan berkompromi apabila Islam dicerca dan di hina oleh musuh-musuh Islam yang mana lu sanggup mencelakakan diri dulu mempertahankan musuh-musuh Islam. Usahlah membela abang besar lu demi sedikit imbuhan dunia. /GANR

Selasa, 14 Mac 2017

RUU355 : Mendedahkan Sikap Sebenar Umat Yang Mengaku Islam

www.sembangmatzaid.blogspot.my
 

Siapa kita untuk mempertikaikan hukum yang diwajibkan ke atas kita terutama bergelar umarak yang sebelum ini berdegar-degar laungan mereka tentang keadilan yang terdapat di dalam hukum Syariah. Jika mendengar apa yang mereka katakan, kalau boleh esok kita hendak ia di laksanakan kerana kata-kata itu bukan datang dari buruh kasar, petani atau nelayan tetapi dari mulut orang yang bertaraf profesional berpendidikan barat yang keilmuan peringkat phd dari bukan calang-calang universiti, semuanya class dunia atau A1. 
 
Ada yang mengandaikan mereka-mereka ini lebih hebat dari ulama yang fakih walau pun keilmuannya dalam agama sekadar boleh baca beberapa petikan ayat-ayat al-Quran. Kerana kehebatan mereka ini jugalah timbul ayat-ayat pertembungan antara profesional dengan ulama dalam parti yang dasarnya adalah al-Quran dan Hadis. Mereka juga mengelarkan diri mereka pro pembaruan tajaan Dap yang mewakili puak profesional dalam PAS sedangkan mereka sendiri sedar yang mereka hanya mewakili profesional yang mempunyai jawatan dalam parti atau bergelar YB sahaja. Sedangkan 90 % profesional didalam PAS tidak menyokong mereka walau pun mereka hebohkan semua profesional bersama mereka.
Mereka yang mengaku profesional ini kebanyakkannya tidak bermula dari bawah kerana mereka diangkat agar keilmuan dan kepakaran mereka berguna bersama-sama untuk memperkasakan lagi PAS sebagai sebuah parti politik Islam tunggal yang berteraskan al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias di Malaysia. Mereka tidak merasa pahit maung PAS dalam usaha menyedarkan umat Islam agar menjadi seorang muslim yang berakidah setelah beratus-ratus tahun dijajah, baik negara mahu pun pemikiran.

Mungkin RUU355 ada cacat celanya tetapi sebagai umat yang mengaku Islam, mereka yang bijak pandai boleh memperbetulkan apa yang kurang jika ada kelemahan tolong perkasakan dan jangan jadi golongan G25 atau SIS yang melebalkan diri mereka diri mereka sebagai 25 pakar segala pakar yang pernah wujud di negara ini. Cerminlah diri sendiri dan cara kehidupan yang mengaku pakar dalam mengamal kehidupan seharian. 
 
www.sembangmatzaid.blogspot.com



Ramai boleh kata keimanan mereka tidak perlu dipertikaikan tetapi orang bukan melihat hati kalbu kamu tetapi orang melihat bagaimana kamu mempersenda-sendakan hukum yang jelas terdapat di dalam Al-Quran. Adakah kamu mengikut perintah Allah S.W.T agar kamu menjaga aurat kamu kerana walau seribu tahun pun kamu bersolat tetapi aurat tidak dijaga dan rambut diwarnakan mengikut hawa nafsu kamu. 

Tiada siapa yang boleh mempertikaikan keimanan kamu tetapi jika yang diperintahkan ke atas kamu tidak dihiraukan. Orang menilai kamu perbuatan kamu secara zahir sahaja. Sebagai mana sia-usianya kebaikan yang dilakukan oleh bukan Islam walau sebanyak mana pun derma di hulurkan. Kenapa bagi kamu yang mengaku Islam mengatasi umat Islam yang lain disebabkan kamu mengangkat diri kamu sendiri sebagai pakar yang mewakili umat Islam. Siapakah golongan yang kamu yang menjadi pengikut kamu atau kamu hanyalah wakil sesama sendiri di kalangan 25 yang kamu gelarkan G25.

Ramai orang memperlelehkan parti yang cuba mengangkat tinggi martabat mahkamah syariah yang sudah lama tidak pernah berubah. Sebagai umat Islam kamu patut menyokong atau mengadakan dialog dengan PAS jika ada yang tidak memuaskan hati golongan kamu. Kenapa golongan yang mengaku bijak pandai cukup takut dengan pindaan RUU355 jika kamu tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana hanya orang yang bersalah sahaja yang menentang pindaan ini.

Buat parti bukan Islam pula kenapa kamu terlalu hebat menentang RUU355 yang tiada kena mengena langsung di kalangan kamu. 30 puluh dulu kamu tidak pernah menentang pindaan ke atas mahkamah syariah yang tidak menyentuh langsung bukan Islam tetapi sekarang kamu paling lantang menentangnya. Tidak cukup dengan itu kamu menggunakan proksi kamu dari kalangan umat Islam yang gilakan kuasa. Jangan kamu jadikan umat Islam sebagai musuh kamu sebagaimana kamu lakukan propaganda pada 13 Mei yang akhirnya menjadi sejarah hitam buat negara. 

Setelah ekomoni negara kamu jajah sekarang kamu ingin mengambil alih benteng terakhir umat Islam dengan menjenamakan Islam dengan berbagai nama supaya menyenangkan kerja jahat kamu. Buat proksi yang menjadi tali barut tajaan kamu masih di lamun mimpi dengan janji-janji pangkat, kuasa dan harta yang bakal kamu miliki jika agenda jahat musuh Islam ini berjaya. Adakah kamu lupa bagaimana umat Islam bersatu hati tanpa mengira ideologi politik dan bangsa bersatu hati di perhimpunan ungu baru-baru ini.

PAS bukan hanya parti politik tetapi PAS juga adalah Gerakan Islam, yang tidak pernah berganjak dari dasar perjuangan mereka walau pun mereka tahu ia tidak menguntungkan politik mereka. Bagi PAS dasar perjuangan mereka mengatasi segala-galanya walau pun mereka terpaksa menunggu 30 tahun lagi demi tertegaknya syariat Allah S.W.T. Tanya pak tani atau nelayan atau buruh kasar atau kelas bawahan yang bergelar akar umbi, kenapa mereka masih bersama PAS malah bekerja dengan tulang empat kerat mereka tanpa apa-apa upah malah mereka sendiri menggunakan wang saku milik mereka untuk diberi kepada parti yang di anggap sampah oleh golongan yang pernah sama-sama berjuang bersama mereka dulu. 

Jawapan mereka cukup ringkas, hanya mencari keredhaan Allah S.W.T sebagai yang dijanjikan kepada mereka. Kerana itulah mereka tetap bersama golongan yang sedikit setelah kalangan anai-anai telah keluar membawa sama harta milik PAS. Itulah akar umbi PAS yang hanya berbai'ah kepada pemimpin yang tidak lari dari dasar perjuangan PAS. Mereka bukan Umno atau PKR atau DAP atau PPBM atau PAN yang akan mengikut para pemimpin-pemimpin yang kecewa apabila dibuang parti. 

PAS telah melalui berbagai zaman, jatuh bangun tetapi tetap PAS tetap berdiri kukuh dengan dasar mereka yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah. Sekarang PAS  menjadi rebutan setiap parti walau pun dulu parti inilah di gelar parti tok lebai dan parti kampung. Dia atas keyakinan inilah yang menjadikan PAS sukar ditumbangkan kerana mempunyai akar umbi yang kukuh berpaut sesama mereka. 

Tiada siapa menjangka rancangan Allah S.W.T terhadap para hambanya yang tahan diuji walau pun semua parti politik yang berada di negara sedang rancak menyerang PAS dari segenap penjuru baik dari kalangan pembangkang mahu pun dari kalangan pemerintah. Sebagai mana Allah S.W.T menjadi KitabullahNya di akhir zaman dengan tidak meletakkan di tangan bangsa Arab tetapi Allah S.W.T telah membahagikanNya di kalangan Bangsa Nusantara untuk nahu bacaannya, Bangsa Turki untuk tulisanNya dan Bangsa India untuk menjaga Hadis Rasul Nya. Tidakkah kamu berfikir segenap bagaimana Bijaksana Nya Allah S.W.T yang Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.... Waallahualam
 
Sumber :  Sembang Mat Zaid


Isnin, 13 Mac 2017

Analisis: Sampah Yang Paling Berharga

www.bebaskanmalaysia.blogspot.com
 


Bila menyebut sampah semua orang tahu ia adalah suatu benda yang tidak di perlukan dan tempatnya ialah di tong sampah. Inilah sampah yang sebut oleh barua Dap yang gagal mengambil alih tampuk pimpinan PAS. Kerana sampah inilah setiap kali ceramah yang di adakan oleh para pemimpin yang dinyah oleh perwakilan PAS akan disebut dengan berbagai gelaran walau pun sampah itu sendiri adalah barang buangan.
 
Tiada perkataan yang baik yang d diucapkan oleh barua dan broker Dap dan PKR terhadap sampah yang menaikkan nama mereka dari tidak dikenali kepada dikenali dengan gelaran yang cukup hebat ialah pemimpin terulung dari segala yang terulung. Sedarkah mereka yang mengistilah bekas parti mereka sebagai sampah yang menyemakkan di dalam arena politik negara. Inilah pemimpin agung yang naik tanpa merasa keperitan seperti akar umbi PAS yang bersusah payah dengan segala keringatan dan wang wang ringgit yang di hulurkan mengikut kemampuan mereka.
 
Kerana itulah mereka dengan sombong dan angkuh mengatakan yang sudah tidak mendapat sokongan akar umbi tanpa mengkaji bagaimana sokongan dan pegangan akar umbi PAS terhadap perjuangan yang mereka yakini masih belum tersasar dari dasar parti. Betapa jahilnya golongan yang mengaku terulung tetapi bodoh dalam menilai pegangan kuat akar umbi PAS yang berjuang tanpa mengharapkan imbuhan dunia. Bodohlah golongan terulung lagi luar biasa bila mengatakan yang kehebatan mereka akan diikuti oleh akar umbi PAS bersama mereka untuk menjadi barua Dap dan PKR.
 
Walau pun mereka tergolongan di kalangan bijak pandai yang yang memiliki ijazah atau MD atau Phd dari luar negara tetapi mereka tergolong dari kalangan bodoh tidak boleh diajar, cerdik tidak boleh di ikut. Lupakah mereka kegagalan perjuangan di atas platform IRC/ JIM/ IKRAR yang dilakukan secara halus untuk menguasai PAS telah gagal sehingga terpaksa menukar nama IRC kepada JIM dan seterusnya IKRAM. Kerana sikap cerdik tidak boleh diikutlah yang membuatkan mereka masing tidak merasa malu dengan kegagalan demi kegagalan setiap agenda mereka ke atas PAS.
 
Sampah yang mereka istilah terhadap PAS akhirnya  memakan diri mereka sendiri sehinggakan mereka semakin di pinggir oleh dari Dinasti Lim yang menjadi penaja dana buat mereka sudah kurang disalurkan kepada parti Islam sosialis yang mereka beli sehingga sekarang nak buat perhimpunan tahunan pun semakin sukar. Semuanya disebabkan masing-masing saling sapu menyapu dana sesama sendiri sehingga kering kontang. ROS  sepatutnya mengambil tindakan terhadap parti Islam sosialis (PAN) kerana tidak mengadakan langsung perhimpunan memandang PAN bukannya parti penaja tetapi parti yang sudah wujud sebelum di ambil alih oleh puak-puak kecewa.
 
Tak kan PKR tidak boleh membantu PAN mengadakan perhimpunan kerana mereka adalah dari kem yang sama iaitu Pakatan Haram. Jika nak harapkan Dap membantu, boleh balik awal ler puak-puak nih selepas janji demi janji diberikan kepada parti Dinasti Lim. Mungkin Dinasti Lim merasakan PAN lebih banyak menyusahkan sejak penubuhan parti yang dibeli dengan sedikit sebanyak sumbangan dari Dinasti Lim. Kewujudan PAN lebih menyusahkan Pakatan Haram untuk bertanding pada PRU14 nanti apatah lagi dengan telatah Che Det yang tidak mahu mengalah untuk menjadi pemimpin no.1 Pakatan Haram walau pun umur sudah lanjut tetapi Dinasti Lim (Dap) tetap tidak boleh menunggu gangguan dari Che Det.
 
Bagi PKR pula mereka sanggup menjilat kembali ludahan mereka kepada Che Det demi mengharapkan sedikit sokongan dari PPBM setelah ketiadaan PAS untuk membantu mereka. Gua cukup seronok melihat kajian yang dilakukan oleh IDE berkaitan sokongan terhadap BN/ PAS dan PH. Siap dengan kajian jika terjadi pertandingan 3 penjuru antara PAS, Umno dan PKR satu carta disertai bagaimana pembagian sokongan terhadap PKR mengatasi PAS dan Umno. Gua tak pasti tentang kajian dari agensi milik PKR sendiri dan jadilah ia sebagai kajian syok sendiri.
 
Gua cukup sokong jika PAS tidak perlu lagi bekerja sama dengan PKR di atas tindakan mereka yang tidak sedar diri dan sanggup menikam parti yang banyak membantu mereka dari tiada  kepada ada. Mereka menyangka dengan mengurangkan jawatan koata jawatan Exco yang di peruntukan kepada PAS dari 4 kepada 2, langsung PAS tidak melenting. PAS tidak perlu mendengar ejekan-ejekan agar PAS keluar dari pemerintahan negeri Selangor.
 
PAS bukan muka tidak malu seperti PKR, Dap dan PAN untuk meninggalkan kerajaan Selangor kerana PAS sedar bukan PKR dan Dap yang memberi kemenangan buat PAS tetapi PAS memegang amanah rakyat Selangor. Tanpa sokongan rakyat Selangor, PAS tidak akan mendapat 15 kerusi Dun walau pun 2 darinya telah di samun oleh puak-puak celaka yang menjadi barua Dap. Ramai profesional kangkung mengandaikan yang PAS akan kalah teruk sehinggakan Kelantan pun terlepas ke tangan PAN yang diketuai pakar hebat mereka, Husan kuasa10. Adakah mereka merenung pada parti mereka sendiri, adakah mereka boleh mengekalkan kerusi-kerusi milik mereka tanpa sokongan PAS.
 
Bagi PAS menang dan kalah sudah menjadi lumrah buat PAS yang sudah berusia 63 tahun, jika PAS takut kalah pasti PAS sudah berhenti bertanding dalam setiap PRU. Tanya pada PKR yang tidak sedar di untung, bolehkan mereka menerima kekalahan pada setiap kerusi milik mereka termasuk ke hilangan kerajaan Selangor. Mungkin Dap masih boleh mengekalkan kemenangan mereka di kerusi majoriti Cina tetapi berapa agaknya kerusi yang mampu mereka pertahankan./GANR

Ahad, 12 Mac 2017

Analisis : Bila Pembangkang Memusuhi Pembangkang

www.bebaskanmalaysia.blogspot.com

Politik malaysia penuh dengan kejutan kerana mungkin ini pertama kali pembangkang (PH) yang di ketuai bab Lim (Dinasti Lim) melangkar sejarah kerana pembangkang menyerang pembangkang. Bukan setakat memusuhi malah mereka tanpa merasa malu cuba menguasai PAS melalui anai-anai yang di letak ke dalam rumah PAS untuk meruntuhkan rumah sampai rebah.
 
Adakah lu mendengar dalam sejarah pembangkang yang diketuai Dap bukan setakat menyerang PAS secara tanpa kiasan malah merekalah menaja barua-barua mereka agar menguasai PAS walau dengan cara apa sekali pun. Berapa dana yang diperlukan untuk menjatuh golongan ulama yang yang bertahan di dalam PAS tidak menjadi masalah buat mereka kerana segala pembelajaran tidak menjadi soal.
 
Kenapa Dap cuba menjatuhkan PAS sehinggakan serangan mereka bukan setakat dari luar malah barua-barua belaan mereka menyerang PAS dari dalam. Agenda mereka bukan perkara baru untuk menguasai PAS, ia bermula sejak 2008 ketika TG Ahmad Awang menjadi Pesuruhjaya PAS Perak dengan meletakkan sanjungan buat dirinya sendiri bahawa beliaulah wira yang menyelamatkan PR yang bertahan 11 bulan itu.
 
Wira yang menyembunyikan apa sebenarnya terma-terma perjanjian antara PAS dan Dap sehingga mereka menyetujui Nizar di lantik menjadi MB Perak walau pun PAS mempunyai kerusi yang paling sedikit. Walau pun cita-cita Dap adalah untuk jawatan MB Perak tetapi ia di halang oleh al-marhum Sultan yang tidak mahu bangsa Cina menjadi penasihat baginda sebagai MB.
 
Kenapa Dap amat memusuhi PAS berbanding dengan Umno/BN yang memerintah secara korup dan kuku besi. Tidak lain kerana PAS adalah parti yang menjadi penghalang besar buat mereka kerana PAS tidak akan berkompromi apabila melibatkan dasar perjuangan mereka yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. Bagi Dap. selagi wujudnya PAS cita-cita sekular 'Malaysia Malaysia' nya akan terbantut walau pun ideologi 'Malaysia Malaysia' mereka sudah banyak di laksanakan oleh UMNO/BN.
 
Selepas kegagalan barua-barua mereka yang kalah didalam pemilihan PAS, mereka sudah tidak berguna lagi sebagai barua paling wahid kerana bekas pemimpin PAS yang kalah dan menubuh yang di beli parti gagal-gagal memainkan isu untuk melemahkan PAS. Segala dana yang mereka salurkan buat barua mereka tidak membuahkan apa-apa hasil walau pun mereka mencanangkan yang PAS pasti berkubur dengan peningkatan keahlian PAN selepas ahli-ahli PAS keluar beramai-ramai menyertai parti PAN.
 
Mungkin keahlian PAS sudah melebihi sejuta keahlian, jika tidak tak kan mereka berani melaporkan kepada Dinasti Lim yang Kelantan akan di tawan oleh PAN dari PAS. Nampaknya fakta-fakta yang mereka salurkan kepada Dinasti Lim menjadi bahan lawak buat Dap di mana kata-kata yang borang keahlian PAN sudah berpuluh kali diulang cetak kerana kehebatan pimpinan Pan yang di kalangan ilmuan terulung d tambah dengan ulama luar biasa dengan fatwa-fatwa luar biasa hasil perbincangan mereka di restoran tepi longkang dengan barbican di tangan.
 
Kerana itulah Dinasti Lim sendiri terpaksa berceramah agama kepada pemimpin PAN yang terulung di tambah dengan ulama luar biasa sebagai anak murid tok guru Dinasti lim yang lebih tinggi ilmu agama mereka berbanding dengan puak-puak yang perabih dedak jer. Kerana itulah mereka lebih menyerang PAS dari Umno/BN kerana mereka tahu PAS bukan jenis makan dedak. Isu UG yang di mainkan akhirnya memakan diri puak Dap dan PAN yang sedang bermain mata dengan Umno di belakang penyokong mereka.
 
Sebagaimana puak-puak dari PAN dan PKR yang PAS hanyalah parti bertaraf sampah tetapi sampah inilah yang menghantui Dap. PKR dan PAN yang bertaraf Bharmin. kenapa parti sampah inilah yang di ratib siang malam oleh mereka, kalau dah tahu PAS parti sampah kenapa takut, macam tengok hantu. Hakikatnya parti orang merajuk hanya setaraf parti perminta sedekah kerana ada tiada mereka tidak akan menguntungkan Dap, PKR, PPBM kerana kewujudan mereka lebih menyusahkan dari menyenangkan. Kalau jenis cakap pemimpin cakap besar ni berak pun taiknya besar juga. Sendiri fikir bro... /GANR 

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...