Translate

Mesti Baca

Selasa, 4 Julai 2017

Bila Bekas Diktator Cuba Mengulingkan Rejim


Sajak 'Melayu Mudah Lupa' cukup sinonim dengan Chet Det yang ketika itu hati berat nak lepas jawatan walaupun mulut lancar jer mengumumkannya. Selama 22 tahun memerintah dengan penuh zalim yang mana tiada siapa pemimpin Umno berani menegur beliau. Rakyat di tutup mulut dengan berbagai-bagai akta, berapa ramai yang beliau ISAkan jika pemimpin politik yang menentang beliau dan tidak cukup dengan itu beliau sanggup membunuh di Memali, Lubuk Merbau dan beberapa yang disembunyikan.

Bila hayatnya di panjangkan, bukan kerana beliau seorang doktor yang cukup menjaga pemakanan atau kesihatan tetapi beliau sebenarnya di beri peluang untuk bertaubat di atas segala kejahatan beliau terhadap rakyat marhaen. Sisa-sisa hidupnya di ibaratkan ''banglo dan harta kata pergi ler kubur kata mai ler" telah disia-siakan demi menjaga harta kekayaan anak-anak, keluarga dan proksi dari diselongkar oleh SPRM yang di bawah kawalan PM dengan singkatan BPR.

Jika para pandir-pandir, barua-barua dan pencacai-pencacai mengatakan tindakan Chet Det aktif semula dalam politik untuk menyelamatkan negara dari rejim Najib dan Rosmah maka sahlah mereka telah memakan dedak yang di tabur oleh Chet Det. Lupakah Bani Melayu dengan sajak yang didendangkan oleh Chet Det 'Melayu Mudah Lupa'. Benarkan si diktator yang pernah memerintah negara dengan kuasa mutlak 100 % selama 22 tahun bangkit untuk menjatuhkan rejim Najib sebagaimana beliau lakukan terhadap Pak Lah.

Di sinilah kita boleh melihat bagaimana pertualang yang mengaku mereka adalah golongan bijak pandai terulung dan ulama luar biasa yang di buang oleh para perwakilan di perbodohkan oleh Chet Det. Cerdikkah pemakan dedak yang kononnya sudah mengantikan PAS dengan Pan setelah semua ahli dan harta milik PAS sudah bertukar tangan kepada Pan yang bersatu hati untuk menumbangkan rejim Najib bukannya Umno/BN.

PPBM hanyalah topeng sahaja kerana Chet Det tidak akan membiarkan UMNO Baru yang beliau sendiri tubuhkan tidak di nasabkan kepada anaknya. Beliau  sedar akan nasib anak-anaknya jika rejim Najib/Rosmah  tetap berkuasa selepas PRU14. Rejim Najib/Rosmah tidak akan melepaskan dengan mudah untung  nasib anak-anak Chet Det dan kekayaan milik anak-beranak dan proksinya  sebagaimana beliau memalukan rejim Najib/Rosmah di mata dunia.

Senyum  Najib bukan sebarang senyum, senyum Najib adalah senyum seorang yang akan yang mengorek segala kekayaan luarbiasa anak-anak Chet Det yang bukan dari golongan orang yang pandai dalam perniagaan jika bukan kerana bapaknya diktator paling berkuasa di Malaysia sehinggakan kekebalan Raja-Raja Melayu di lucutkan. Senyum manis Najib adalah senyuman yang penuh dengan dendam kesumat yang hanya menunggu masa sahaja untuk bertindak.

Pendedahan  kerugian BNM sebanyak USD10 bilion ketika beliau masih seorang diktator adalah signal awal rejim Najib/Rosmah untuk mengheret Chet Det ketika PRU14 bakal berlangsung. Jika di ukur dengan 1MDB kerugian matawang BNM USD10 bilion lebih besar kalau mengikut nilai RM  sekarang yang lesap tanpa dapat dikesan. Kerugian yang di alami 1MDB sekurang-kurangnya masih memiliki aset.

Hakikatnya jika jatuhnya rejim Umno/BN, kita akan menuntut agar siasatan dilakukan ke atas semua pemimpin Umno/BN bermula dari rejim Chet Det dimana negara kehilangan RM1.1 Trilion yang tidak dapat di kesan. RM1.1 trilion. RM1.1 trilion bro bukannya RM1.1 juta dan jika diberikan kepada rakyat Malaysia yangseramai 28 juta orang, masing-masing akan dapat hampir RM400,000 seorang. Cukuplah kita di tipu oleh Umno/BN dan jangan sesekali mengundi BN dan PH pada PRU akan datang. Inilah masanya pakar SD tampil kedepan tetapi adakah beliau berani melakukannya kerana ramai pimpinan PKR  masih terikat dengan DNA Umno  dan PPBM usah di katakan kerana mereka masih totok Umno./GANR

2 ulasan:

PAK SUKIMAN berkata...

Assalamualaikum wr wb.

Salam ukhuwah islamiah buat semua saudaraku baik yang menjadi TKI/ TKW maupun yang ada di dalam negri.
BISMILLAHIRROHMANIRRAHIM
Mohon maaf jika kehadiran saya di blog ini
mengganggu kenyamanan pengguna blog,,
Kehadiran saya di sini hanya ingin menyampaikan kepada saudara teman" yang sedang dalam kesulitan atau
Terlilit hutang
ekonomi menurun -atau asmara - membutuhkan bantuan dana besar,
Jangan sungkan menghubungi MBAH KASSENG CALL/SMS : 0853-4288-2547
Anda Akan Berhasil Sukses Jika Anda Mau Mengambil Keputusan Untuk Mengikuti Ritual Gaib MBAH KASSENG ...
**** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
1.NOMOR TOGEL
2.PESUGIHAN
3.UANG GAIB

…=>MBAH KASSENG<=…
CALL/SMS : +62853-4288-2547

hilangkan parut jerawat berkata...

suka baca info2 nya.. tq pak..

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...