Translate

Mesti Baca

Isnin, 22 Mei 2017

Kalu Anak Jantan Kata Wakil Pemuda PKR (AMK)


Gua sudah lama tertarik dengan perkembangan politik Selangor dan walau pun gua penyokong Nuar gua bukan jenis lembu yang boleh di tarik tali oleh pimpinan PKR. Parti yang tidak memiliki apa-apa sewaktu wujud dan parti Pak Lebai yang paling banyak membantu baik dari segi jentera, pentas ceramah malah duit untuk calon PKR bertanding pun hasil dari kutipan akar umbi Pak Lebai. Gua tahu semua perkara itu kerana gua bukan buta politik macam budak separuh masak dari Kemaman yang di angkat taraf pakar strategi PKR. Istilah parti Pak Lebai nih bukan isu baru, ia sudah wujud pada zaman penjajah lagi dan kerana parti Pak Lebailah PAS dapat di daftarkan kerana penjajah menganggap ia bukan ancaman kepada Umno pasal Pak Lebai dulu tak ramai dapat belajar belajar ke luar negara.

Gua paling benci dengan budak separuh masak nih kerana dia wujudnya 'Langkah Kajang' dan 91 muka surat yang sarat dengan fitnah terhadap mantan MB Selangor, TSKI yang banyak jasanya dalam pentadbiran kerajaan Selangor sehinggakan PR menang lebih bergaya pada PRU13. Semuanya kerana khazanah Selangor yang banyak tetapi kawalannya cukup ketat untuk kegunaan peribadi seperti projek-projek, jawatan CEO GLC dan wang rakyat Selangor ditahan oleh TSKI dari masuk ke tabung PKR. 

Ia benar-benar menyakitkan hati para pembangkai-pembangkai maka muncullah idea bodoh dari budak separuh masak dengan 'Langkah Kajangnya' dengan alasan paling celaka buat gua iaitu lebih mudah PR akan merampas Putrajaya jika TSKI di ganti oleh Nuar. Gua dari menjadi penyokong dah naik meluat dengan perangai pimpinan PKR yang masih bersisa perangai Umno. Bila idea itu tidak mendapat sokongan TGNA dan TGHH, Nuar dalam keadaan tak terurus selepas bertemu dengan TGHH berkata 'aku nak jadi PM pun tak bagi nak jadi MB pun tak setuju. 

Pandir-pandir haprak mula menyerang TGHH luar dalam kerana PAS tak sokong Nuar rampas jawatan MB dari TSKI yang lebih amanah. Mungkin politik kebudakkan dari golongan terulung jika Nuar jadi MB Selangor senang nak rampas Putrajaya sebab Putrajaya duk dalam area Selangor. Sekarang timbul wakil pemuda PKR (AMK) yang mencabar exco PAS Selangor letak jawatan kalu anak jantan. Kalu nak kira anak jantan, semua Exco dan MB letak jawatan pasal PKR, PAS dan DAP menang di Selangor atas nama Pakatan Rakyat bukan Pakatan Haprak. 

Lebih-lebih lagi dengan para pandir-pandir yang saban jam menunggu lampu hijau untuk mengisi jawatan Exco selepas melarikan kerusi PAS. Sekarang dok heboh Che Det sign petisyen 'Bebaskan Anwar' dan bukan main bangga macai-macai kat Che Det. Betapa mudahnya Che Det perbodohkan macai-macai sedangkan beliaulah mastermind 'Liwat I' dan ada cakap-cakap dari kem Pok Jib bahawa Che Det antara individu penting dalam isu 'Liwat II' demi menghalang Nuar menjadi PM kerana ketika itu beliau membonekakan Pok Jib. 

Apabila terhadap halangan untuk menaikkan Mukhriz sebagai legasi beliau untuk jawatan PM, beliau mula menyerang Pok Jib melalui proksinya dalam dan luar Umno. Adakah pemimpin PKR masih berada tahap gaban dengan helah orang yang menciptakan 'Liwat I dan II' atau mereka telah dibutakan oleh Che Det yang tidak menyokong Nuar untuk jawatan PM dengan tidak bersama-sama dengan pimpinan Pakatan Haprak mengangkat plakad 'Anwar PM ke 7'. 

Gua ingat bila PKR duk bersama PAS yang Islamik dapat membentuk jati diri tetapi DAP yang terang-terangan memusuhi Islam juga dijadikan idola. Gua boleh katakan jika ikut stail PAS payah nak kaya macam Adam Rosly yang budak separuh masak kata yang Adam tu bekas ahli PAS. Lu fikir sendirilah jika Adam Rosly masih bersama PAS adakah beliau akan menjadi begitu kaya. Pasal itulah beliau masuk PKR pasal dalam PKR mana ada halal haram, lu nak duit lu minta komisen dan jika lu nak pelacur lu bagi tahu jer nak hantar kat mana. Apa yang boleh gua nasihatkan pada rakan-rakan gua ialah PKR sudah lari dari landasan perjuangan.

Bagi gua baik PKR atau PAS atau DAP usah tunjuk gah untuk PRU14 kerana kemenangan PR pada PRU13 kerana masing-masing memberi sumbangan untuk kemenangan dengan mengguna pakai istilah markas lu markas gua, jentera lu jentera gua walau pun PAS paling banyak menyumbang tetapi pejabat tarak campur pasal itu kawasan sensitif buat mana-mana parti politik. Masih tak sedar diri ker Che Det duk kencing depan muka lu all dan jangan harap Nuar untuk jawatan PM selagi beliau tak mampus./GANR

3 ulasan:

An Anonymous berkata...

Setuju dgn admin.. masa DAP 'bubarkan' PR (kononnya), ada ke PKR berani cabar DAP letak jawatan? Pasti tak berani kerana itu parti tokey kpd PKR dan PAN.. mujurlah PAS tidak tunduk kpd DAP sebagaimana mereka tunduk!

kamarul ghazali berkata...

Salam aadmin, sila tonton video ni dan ada video penuh berkaitan langkah kajang dan boleh tak berikan komen? https://youtu.be/sACA3P4-Kpo

PAK SUKIMAN berkata...

Assalamualaikum wr wb.

Salam ukhuwah islamiah buat semua saudaraku baik yang menjadi TKI/ TKW maupun yang ada di dalam negri.
BISMILLAHIRROHMANIRRAHIM
Mohon maaf jika kehadiran saya di blog ini
mengganggu kenyamanan pengguna blog,,
Kehadiran saya di sini hanya ingin menyampaikan kepada saudara teman" yang sedang dalam kesulitan atau
Terlilit hutang
ekonomi menurun -atau asmara - membutuhkan bantuan dana besar,
Jangan sungkan menghubungi MBAH KASSENG CALL/SMS : 0853-4288-2547
Anda Akan Berhasil Sukses Jika Anda Mau Mengambil Keputusan Untuk Mengikuti Ritual Gaib MBAH KASSENG ...
**** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
1.NOMOR TOGEL
2.PESUGIHAN
3.UANG GAIB

…=>MBAH KASSENG<=…
CALL/SMS : +62853-4288-2547

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...