Translate

Mesti Baca

Isnin, 1 Mei 2017

Tahaluf Siayasi Dengan PKR : Berfikir Di Luar Kotak



Dewan Pemuda dan Dewan Ulama sebulat suara agar PAS memutuskan Tahaluf Siyasi dengan PKR.tetapi keputusannya terletak pada Majlis Syura Ulama, badan tertinggi pembuat dasar PAS. Dalam isu ini ada pro dan kontras dari pihak PKR yang sudah berpecah kepada dua kelompok. Satu puak ingin PAS terus bertahaluf dengan PKR dan satu puak lagi siang malam dok ratib agar cita-cita mereka untuk melihat pemutus ini menjadi realiti. 

Dengan putusnya hubungan PAS dengan PKR maka mudah sikit kerja mereka untuk menyingkirkan PAS dari pentadbiran di Selangor. Alasan mereka kenapa PAS perlu berada bersama mereka untuk urus tadbir kerajaan Selangor. Berbagai kenyataan keluar dari pemimpin, blogger dan cybertrooper kononnya PAS masih tergila-gila jawatan yang di amanahkan kepada PAS. Yang paling lawak adalah kenyataan SU PKR pusat, si Pudin yang baru dilepaskan dari kandang oleh Dap. 

Sejak diberi jawatan oleh Dinasti Lim dengan gaji yang cukup besar baru sekarang beliau keluar kenyataan sejak menjadi agen Dap untuk menyalurkan maklumat PKR kepada Dinasti Lim. Dinasti Lim sengaja melepaskan haiwan perliharaannya yang terkurung di dalam sangkar untuk bersuara buat pihak Dap bukan PKR. Nak buat macam mana bila  hari-hari di hidangkan dedak oleh Guan Eng, maka suaranya mestilah melebihkan Dap walau pun beliau SU PKR tetapi yang membayar gaji adalah Dap.

Putus atau tidak tahaluf dengan PAS, perlukah PAS melepaskan jawatan yang di amanahkan oleh rakyat Selangor. Pandir-pandir mesti ingat kemenangan pembangkang di Selangor atas nama Pakatan Rakyat, bukan Pakatan Haram yang belum diperanakkan lagi oleh Pasma. PKR patut cermin diri sendiri sebelum mengarahkan PAS melepaskan jawatan jika putus hubungan kerana adakah kemenangan besar penggal ke dua di Selangor atas nama Pakatan Rakyat bukan PH yang kebanyakan adalah adalah gabungan parti orang-orang kecewa setelah di tolak oleh perwakilan PAS dan begitu juga dengan PPBM.

PAS tidak perlu melayan para pandir-pandir yang blogger yang menjadi barua Dap. Jasa TSKI cukup besar meningkatkan kerusi-kerusi PKR, PAS dan Dap, walau pun beliau di jatuhkan dengan fitnah 91 muka surat karangan Fizi yang semakin naik gila. Bila merasakan diri lebih bijak dari semua pemimpin PR akhirnya kecundangan bila rakyat sudah mengenali seiapa si Fizi budak Kemaman yang mengutip bukti di tepi longkang. Bila tembelangnya pecah beliau mula menggunakan SD untuk menyelamatkan diri dengan melepaskan fitnah tanpa bukti kepada SPRM agar melakukan siasatan buat beliau.

Adakah beliau ingat SPRM sebangang dengan beliau budak separuh masak walaupun blogger-blogger pelacur cuba menjulang SDnya setaraf fatwa. Kerana budak separuh masak yang mengaku hebat ini membuatkan barua-barua belaan mati kutu untuk mencari dan mengalih perhatian kepada isu-isu bertaraf sampah. Sebagaimana 1G yang di katakan ulama luar biasa cukup hebat ilmu agamanya sehinggakan jika sesiapa ingin mendengar ceramahnya hebatnya mesti berkumpul di tepi longkang yang menjadi tempat penarik lancau, keng besi, mat sabun, rais sosialis dan beberapa ekor lagi termasuk penyamun kolid mengatur strategi sambil mabuk barbian untuk mengambil alih PAS satu ketika dulu.

Itu belum masuk TG Mad Awang yang mengangkat diri wira yang menyelamatkan kerajaan Perak yang bertahan 11 bulan dari jatuh ke tangan Umno yang bakal berUG dengan PAS. Wira Pangkor II yang menyembunyikan perjanjian belakang mati dengan Dap tanpa pengetahuan majlis Syura. Maka mulalah ratib UG yang bersejarah itu, Inilah puak-puak celaka yang sanggup menjual dasar PAS dengan murah dan bagi gua mereka sepuluh kali celaka walau pun beliau bijak agama bersama Nizar, taukeh jeruk penghidap kencing manis sebagai penyebar berita. Sanggup menyembunyikan perjanjian dengan Dap di mana PAS tidak boleh langsung menyebut hudud, hukum syariah dan Islam demi untuk jawatan MB boneka Dap.

Kerana itulah PAS mesti teruskan amanah yang di berikan oleh rakyat Selangor sehingga PRU14, siapa mereka untuk menendang PAS sedangkan jawatan MB pun atas cadangan PAS.  Apa pun serah kepada kebijaksanaan Sultan Selangor di atas segala budi bicara baginda kedudukan exco PAS memandangkan pelantikan Azmin sebagai MB Selangor atas nasihat presiden PAS. Itu pun masih tak mengaku yang beliau di angkat sebagai MB pun kerana lebai-lebai yang hina. 

Gua cukup sokong jika Tahaluf Siyasi dengan PKR di putuskan kerana umat Islam telah di hidangkan ceritalara dari PKR berkaitan Islam. Rakyat boleh menilai bagaimana PAS sanggup dihentam kiri kanan demi memurtabatkan Islam dan PAS sanggup kalah demi RUU355 dapat di bentangkan. Bagaimana PAS bukan gila jawatan dan PAS masih bersih dalam pentadbiran Selangor dan bebas rasuah berbanding dengan PKR dan Dap yang terpalit hebat dengan rasuah dan pelacuran. Bukan PAS yang dedahkan tetapi budak kurang masak si Fizi sendiri dedahkan bagaimana PKR busuk sampai ke usus macam Umno. Jika taraf cabang boleh beli banglo jutaan rm, bagaimana dengan pemimpin peringkat tertinggi.

Gua juga tunggu kenyataan balas Husan kuasa 10 yang sebelum ini menyuruh Presiden dan MT PAS letak jawatan kerana gagal membentangkan RUU355 (BACA SINI). Oleh kerana RUU355 sudah berjaya di bentangkan, apa akal si kuasa 10 nih untuk menjawab cabaran kepada pimpinan PAS. Mungkin tunggu penulis bertaraf pelacur MSO mengarang cerita untuk di jawab dan bagaimana jutaan derma judi dari John Soh sudah semakin kering sejak pemberi dana dok merengkuk dalam penjara Singapura.

Banyak gua tengok apa yang berlaku bila golongan profesional menguasai 2/3 dalam MT PAS mula terbongkar sedikit demi sedikit. Bagaimana PAS di serang dengan dana dari dalam dan luar negara dalam usaha menguasai PAS. Dan rupa-rupanya Husan kuasa 10 adalah dalam utama dalam menentu hala tuju PAS Kelantan dengan memperggunakan al-Marhum TGNA 101 peratus. Dan secara tak di jangka maka terdedah projek-projek di bawah Husan kuasa 10 dengan memutar belitkan fakta setiap projek beliau semuanya keuntungan ratusan juta dan ada yang sampai bilion, rupanya semua kena kencing. Patut ler masa jadi exco beliau mempunyai dana yang paling besar sedangkan sumber itu bukan dari kerajaan negeri. Lepas nih gua gerenti pandir-pandir, macai-macai dan barua-barua PH akan serang gua.... mai ler pintu gua sentiasa terbuka bro/GANR

24 ulasan:

An Anonymous berkata...

Tahniah..ulasan yg amat jujur dan tiada lamgsung berunsur fitnah.. benda yg baru aku tahu iaitu lebai PAN sorok Perjanjian Pangkor 2 dari pengetahuan Majlis Syura..

Budak kampung Selatan berkata...

Minta azmin buat rombakan exco..procedur mcm ni mmng biasa..

Tanpa Nama berkata...

Nanti Azmin jwb...hoiii pan...gila kuasa ke?

Tanpa Nama berkata...

Abang Z x ngaku itu abg Z tau...samada minum sirap limau ke...buat CPR ke atau yg terbaru....pimpin tgn...dosa tau fitnah abg z

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah akhirnya pemecah perpaduan umah keluar juga dari PH. Mudah-mudahan PH lebih aman. Musuh dalam selimut sudah diketahui dengan jelas.

Tanpa Nama berkata...

pan jahanam, pan jahanam...last2 sendiri jahanam kena landa ribut taufan

Tanpa Nama berkata...

satu sudah keluar, dua boleh ganti. senang nak bagi kerusi. banyak kosong.

Tanpa Nama berkata...

pas boleh tanding 222 kerusi.
menang satu kerusi pun sudah bagus.

Tanpa Nama berkata...

bila mau berambus dari kejaan sgor?
takkan nak tunggu kena pecat...

Tanpa Nama berkata...

Mana2 pihak pun gunalah bahasa yg baik, apatah lagi kita seorang muslim yg sememangnya diajar oleh Rasulullah SAW dgn akhlak yg mulia. Putus hubungan dgn PKR atau mana2 pihak adalah hak dan keputusan PAS.
Bagaimanapun saya ingin mengimbau sejarah PAS sejak tahun 1960an. Untuk makluman arwah ayah saya adalah seorang bekas ADUN PAS Kedah menang pd PRU 1969. Ketika itu PAS sedang berkembang dan memenangi byk kerusi. 1972 atas nama perpaduan Melayu PAS dipelawa dan menyertai BN (oleh Presiden UMNO ketika itu - Tun Abd Razak). Kemaraan PAS berjaya disekat. 1978 PAS ditendang keluar dr BN. PRU selepas itu PAS kalah teruk. Selanjutnya PAS sukar mendapat tempat di hati rakyat. Peristiwa ke atas Anwar Ibrahim dan kebijaksanaan Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan TGNA membawa PAS ke laluan yg cerah, memenangi byk kerusi. Kali ini anak Tun Abd Razak berjaya membelit PAS dgn strategi berbeza tetapi matlamat yg sama iaitu menyekat kemaraan PAS (setelah melihat kejayaan PAS bersama Pakatan Rakyat).
Sebenarnya bukan isu DAP anti Islam dsb, strategi halus Najib amat berkesan. Kalau perjuangan menegakkan Islam,DAP bukanlah masalah besar. Akhlak kita sebagai org Islam (sepertimana ditunjukkan oleh Almarhum TGNA) akhirnya akan melembutkan orang bukan Islam. Sememangnya hidayah hak mutlak Allah tetapi tanggungjawab kita utk terus berdakwah dgn berhemah.
Telitilah... moga mendapat petunjuk Allah

An Anonymous berkata...

Pada pendapat peribadi saya, kita tak boleh menafikan langsung akan sikap DAP yg anti islam spt yg ditunjukkan selama ini dan kini disertai pula oleh MCA dan Gerakan. Tak usahlah hendak menafikan fakta dan dlm masa yg sama pada saya tak usahlah ada kerisauan bila kita tidak dpt bersama DAP. Di luar sana masih ramai lagi org2 kafir yg perlu kita dakwahkan agar tertarik dgn islam.

Bab DAP biarlah PAN shj yg berusaha utk berdakwah walaupun apa yg terlihat setakat ini ialah PAN pula yg didakwahkan bilamana ulamak PAN tidak layak langsung utk jadi ketua belek fatwa dan mengetuai maqasid syariah yg ditubuhkan oleh DAP. Tapi yg lucunya itu pilihan PAN sendiri dan tak perlu PAS mengajar bagaimana utk mengenali non muslim yg anti atau tidak kpd islam.

Satu lagi perkara yg agak melucukan ialah arwah TGNA sentiasa dijadikan sbg contoh rujukan namun saya tetap tidak menolak akan fakta tersebut. Tapi adakah DAP dan PAN benar2 menghormati beliau spt yg dicanang2kan selama ini? Kita ambil contoh sumpah baiah dan EKJS Negeri Kelantan yg menjadi bukti akan kecintaan arwah kpd islam. Adakah benar2 dihayati dan dihormati akan kedua2 perkara tersebut oleh PAN dan DAP? Malah pada saya bertambah terserlah kerasnya sikap kafir dan 'munafik' mereka'. Tak perlulah menafikan jika ianya sudah jelas di depan mata.

Sekarang ini PAS sedang dibawa ke arah yg betul. Jadi jika sekalipun TGHH malah arwah TGNA tunduk kpd DAP spt G18 dulu pastilah kami akan lontarkan mereka berdua juga dari bahtera PAS.

An Anonymous berkata...

Exco PAS dilantik oleh sultan. Jadi kita hanya perlu ikut procedure. Azmin hanya perlu menyingkirkan exco PAS dan kemudian cadangkan kpd sultan utk calon2 yg baru.. simple..

An Anonymous berkata...

Pemecah perpaduan antara golongan jahil, mengaku islam tapi tak berapa suka islam (munafikun) dan kafir ke?

An Anonymous berkata...

Yg ni aku setuju dgn hang BkS..

Tanpa Nama berkata...

Ulasan artikel panjang dan lebar memaki hamun akhirnya masuk kantung berlubang..paham2 je la ye..hang kan bijak kami hanya golongan2 pandir..tahniah

An Anonymous berkata...

Takkan hanya kerna kami tak mahu tunduk kpd DAP sebagaimana PAN tunduk sudah dikira masuk kantung berlubang..? cukuplah sekadar PAN, PKR dan PPBM shj tak perlu ajak kami sama.

An Anonymous berkata...

Boleh tak jelaskan mana satu ayat yg dikatakan memaki hamun!

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah pemecah perpaduan umat sudah keluar dengan sendirinya dr kumpulan pembangkang. Mudah2an ia lenyap dgn sendirinya.

Tanpa Nama berkata...

Tapi klu nak senang, letak jawatan je. Simple. Ikut kehendak ahli pas. Letak jawatan senang, cuma perlu surat sekeping bg kat azmin. Simple, mudah, tak perlu prosedur lebih2.

Tapi masalah x nak letak jawatan sbb sayang elaun puluh2 ribu.

Tanpa Nama berkata...

Yg sebenarnya pengaruh dedak dan elaun. Siapa banyak dia raja. Cash is king. Cash jadi umpan utk cari pengaruh. Lebai pun boleh terangkat serban kalu tengok cash dan dedak.

Tak sungguh tak melata. Tak sungguh org tak kata.

Tanpa Nama berkata...

Bukan nak ajak pas masuk PH. Kita mintak pas berambus dari kejaan selangor. Faham tak maksud beramboooos?

Susah sgt ker sampai nak konar baring 360 darjah.

Kita ulang balik.
BUKAN NAK AJAK PAS JOIN PH. KITA NAK PAS KELUAR DR KEJAAN SELANGOR.

Tanpa Nama berkata...

Google youtube.
Taip "pas maki hamun". Atau "pas kafir mengkafir".


Tak kan tak tau guna youtube kot?

An Anonymous berkata...

Ini bukan jawapan ini helah utk lari dari nak jawab soalan..

An Anonymous berkata...

Masa G18 berambus dari PAS takde pulak ko nak suruh berambus dari kerusi2 yg dimenangi atas tiket PAS..

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...