Translate

Mesti Baca

Selasa, 14 Mac 2017

RUU355 : Mendedahkan Sikap Sebenar Umat Yang Mengaku Islam

www.sembangmatzaid.blogspot.my
 

Siapa kita untuk mempertikaikan hukum yang diwajibkan ke atas kita terutama bergelar umarak yang sebelum ini berdegar-degar laungan mereka tentang keadilan yang terdapat di dalam hukum Syariah. Jika mendengar apa yang mereka katakan, kalau boleh esok kita hendak ia di laksanakan kerana kata-kata itu bukan datang dari buruh kasar, petani atau nelayan tetapi dari mulut orang yang bertaraf profesional berpendidikan barat yang keilmuan peringkat phd dari bukan calang-calang universiti, semuanya class dunia atau A1. 
 
Ada yang mengandaikan mereka-mereka ini lebih hebat dari ulama yang fakih walau pun keilmuannya dalam agama sekadar boleh baca beberapa petikan ayat-ayat al-Quran. Kerana kehebatan mereka ini jugalah timbul ayat-ayat pertembungan antara profesional dengan ulama dalam parti yang dasarnya adalah al-Quran dan Hadis. Mereka juga mengelarkan diri mereka pro pembaruan tajaan Dap yang mewakili puak profesional dalam PAS sedangkan mereka sendiri sedar yang mereka hanya mewakili profesional yang mempunyai jawatan dalam parti atau bergelar YB sahaja. Sedangkan 90 % profesional didalam PAS tidak menyokong mereka walau pun mereka hebohkan semua profesional bersama mereka.
Mereka yang mengaku profesional ini kebanyakkannya tidak bermula dari bawah kerana mereka diangkat agar keilmuan dan kepakaran mereka berguna bersama-sama untuk memperkasakan lagi PAS sebagai sebuah parti politik Islam tunggal yang berteraskan al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias di Malaysia. Mereka tidak merasa pahit maung PAS dalam usaha menyedarkan umat Islam agar menjadi seorang muslim yang berakidah setelah beratus-ratus tahun dijajah, baik negara mahu pun pemikiran.

Mungkin RUU355 ada cacat celanya tetapi sebagai umat yang mengaku Islam, mereka yang bijak pandai boleh memperbetulkan apa yang kurang jika ada kelemahan tolong perkasakan dan jangan jadi golongan G25 atau SIS yang melebalkan diri mereka diri mereka sebagai 25 pakar segala pakar yang pernah wujud di negara ini. Cerminlah diri sendiri dan cara kehidupan yang mengaku pakar dalam mengamal kehidupan seharian. 
 
www.sembangmatzaid.blogspot.com



Ramai boleh kata keimanan mereka tidak perlu dipertikaikan tetapi orang bukan melihat hati kalbu kamu tetapi orang melihat bagaimana kamu mempersenda-sendakan hukum yang jelas terdapat di dalam Al-Quran. Adakah kamu mengikut perintah Allah S.W.T agar kamu menjaga aurat kamu kerana walau seribu tahun pun kamu bersolat tetapi aurat tidak dijaga dan rambut diwarnakan mengikut hawa nafsu kamu. 

Tiada siapa yang boleh mempertikaikan keimanan kamu tetapi jika yang diperintahkan ke atas kamu tidak dihiraukan. Orang menilai kamu perbuatan kamu secara zahir sahaja. Sebagai mana sia-usianya kebaikan yang dilakukan oleh bukan Islam walau sebanyak mana pun derma di hulurkan. Kenapa bagi kamu yang mengaku Islam mengatasi umat Islam yang lain disebabkan kamu mengangkat diri kamu sendiri sebagai pakar yang mewakili umat Islam. Siapakah golongan yang kamu yang menjadi pengikut kamu atau kamu hanyalah wakil sesama sendiri di kalangan 25 yang kamu gelarkan G25.

Ramai orang memperlelehkan parti yang cuba mengangkat tinggi martabat mahkamah syariah yang sudah lama tidak pernah berubah. Sebagai umat Islam kamu patut menyokong atau mengadakan dialog dengan PAS jika ada yang tidak memuaskan hati golongan kamu. Kenapa golongan yang mengaku bijak pandai cukup takut dengan pindaan RUU355 jika kamu tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana hanya orang yang bersalah sahaja yang menentang pindaan ini.

Buat parti bukan Islam pula kenapa kamu terlalu hebat menentang RUU355 yang tiada kena mengena langsung di kalangan kamu. 30 puluh dulu kamu tidak pernah menentang pindaan ke atas mahkamah syariah yang tidak menyentuh langsung bukan Islam tetapi sekarang kamu paling lantang menentangnya. Tidak cukup dengan itu kamu menggunakan proksi kamu dari kalangan umat Islam yang gilakan kuasa. Jangan kamu jadikan umat Islam sebagai musuh kamu sebagaimana kamu lakukan propaganda pada 13 Mei yang akhirnya menjadi sejarah hitam buat negara. 

Setelah ekomoni negara kamu jajah sekarang kamu ingin mengambil alih benteng terakhir umat Islam dengan menjenamakan Islam dengan berbagai nama supaya menyenangkan kerja jahat kamu. Buat proksi yang menjadi tali barut tajaan kamu masih di lamun mimpi dengan janji-janji pangkat, kuasa dan harta yang bakal kamu miliki jika agenda jahat musuh Islam ini berjaya. Adakah kamu lupa bagaimana umat Islam bersatu hati tanpa mengira ideologi politik dan bangsa bersatu hati di perhimpunan ungu baru-baru ini.

PAS bukan hanya parti politik tetapi PAS juga adalah Gerakan Islam, yang tidak pernah berganjak dari dasar perjuangan mereka walau pun mereka tahu ia tidak menguntungkan politik mereka. Bagi PAS dasar perjuangan mereka mengatasi segala-galanya walau pun mereka terpaksa menunggu 30 tahun lagi demi tertegaknya syariat Allah S.W.T. Tanya pak tani atau nelayan atau buruh kasar atau kelas bawahan yang bergelar akar umbi, kenapa mereka masih bersama PAS malah bekerja dengan tulang empat kerat mereka tanpa apa-apa upah malah mereka sendiri menggunakan wang saku milik mereka untuk diberi kepada parti yang di anggap sampah oleh golongan yang pernah sama-sama berjuang bersama mereka dulu. 

Jawapan mereka cukup ringkas, hanya mencari keredhaan Allah S.W.T sebagai yang dijanjikan kepada mereka. Kerana itulah mereka tetap bersama golongan yang sedikit setelah kalangan anai-anai telah keluar membawa sama harta milik PAS. Itulah akar umbi PAS yang hanya berbai'ah kepada pemimpin yang tidak lari dari dasar perjuangan PAS. Mereka bukan Umno atau PKR atau DAP atau PPBM atau PAN yang akan mengikut para pemimpin-pemimpin yang kecewa apabila dibuang parti. 

PAS telah melalui berbagai zaman, jatuh bangun tetapi tetap PAS tetap berdiri kukuh dengan dasar mereka yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah. Sekarang PAS  menjadi rebutan setiap parti walau pun dulu parti inilah di gelar parti tok lebai dan parti kampung. Dia atas keyakinan inilah yang menjadikan PAS sukar ditumbangkan kerana mempunyai akar umbi yang kukuh berpaut sesama mereka. 

Tiada siapa menjangka rancangan Allah S.W.T terhadap para hambanya yang tahan diuji walau pun semua parti politik yang berada di negara sedang rancak menyerang PAS dari segenap penjuru baik dari kalangan pembangkang mahu pun dari kalangan pemerintah. Sebagai mana Allah S.W.T menjadi KitabullahNya di akhir zaman dengan tidak meletakkan di tangan bangsa Arab tetapi Allah S.W.T telah membahagikanNya di kalangan Bangsa Nusantara untuk nahu bacaannya, Bangsa Turki untuk tulisanNya dan Bangsa India untuk menjaga Hadis Rasul Nya. Tidakkah kamu berfikir segenap bagaimana Bijaksana Nya Allah S.W.T yang Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.... Waallahualam
 
Sumber :  Sembang Mat Zaid


16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tulisan ganr dah mcm cwramah pas. Penuh dgn fitnah dan maki hamun. Tak melambangkan islam langsung

Tanpa Nama berkata...

Ganr dan pas macam dah ambik tugas umno maki hamun pembangkang. Dah sama2 masuk umno ker?

Tanpa Nama berkata...

Ustaz aku kata, mengkafirkan orang atau menyindir org yg bertujuan niatnya mengkafirkan orang adalah berdosa besar dan balasannya ialah api neraka.

Kalau nak kafirkan orang, kena tanya yang punya diri dulu. Kalau dia kata dia islam dan tiba2 ko kata dia kafir, maka kafir itu akan jatuh kepada orang yg menuduhnya. Ini ada kat quran dan banyak hadis sahih.

Tanpa Nama berkata...

Sekarang ni lidah2 orang yg menggelar diri mereka ulamak begitu lancar dan fasih menuduh islam lain kafir tanpa usul periksa atau kerana dipengaruhi oleh fitnah rakan politik mereka. Mereka juga bebas mengeluarkan hukum sendiri tanpa merujuk ulama muktabar sebagai sandaran. Siapa yang tidak bersetuju dengan hukum yang mereka buat maka akan dituduh sebagai kafir. Perbezaan pendapat seolah2 tidak boleh diterima dan ini agak berlainan dari zaman ulamak terdahulu.

Trend mengkafirkan orang islam lain sudah menjadi budaya golongan yg mengaku menegakkan hukum Allah.

Tanpa Nama berkata...

Ugama Islam sepetutnya dijadikan alat untuk menyatukan ummah. Tapi di sini, ugama islam dimanipulasi hingga memecahkan umah. Kesantunan yg dikehendaki oleh agama telah diubah menjadi maki hamun oleh pihak yang tidak bertanggungjawab hanya kerana perbezaan pandangan dan kepentingan politik cari makan.

Tanpa Nama berkata...

Lebih malang lagi, mereka yg pengetahuan agamanya cetek turut terpengaruh dengan usaha2 mengkafir atau membuat sindiran bersifat mengkafir tanpa memikirkan akibat drp perbuatannya itu. Sikap mengagung2kan pemimpin secara melulu hingga menganggap pemimpin itu terlalu maksum dan seolah2 tiada silap dan dosa walau setitik, telah menyebabkan pemimpin mempergunakan mereka untuk kepentingan diri.

Mereka yg cetek pegangan agama mudah dipengaruhi oleh pemimpin kerana fikiran mereka yang sempit dan malas untuk melakukan pembacaan, belajar agama dan mengulangkaji buku2 ulamak muktabar terdahulu.

Tanpa Nama berkata...

Ada juga sesetengah pihak yang jahil dan tersisih dari arena pilitik, disingkirkan oleh parti, bermusuhan dalam parti berubah nenjadi "baik" tetapi nilai buruk yang dipegang masih tidak berubah malah semakin menjadi2.

Jika dulu mereka benci kerja mengkafir, kini msreka menjadi sebahagian manusia yg suka mengkafir atau setidak2nya membuat sindiran yg sama niatnya dgn mengkafir.

Mereka yang jahil dan kecewa kerana ditinggalkan oleh parti mungkin boleh berubah kpd parti yg "baik". Namun, jikA perpindahan itu menjadikan dia lebih buruk sifatnya, maka prpindahannya itu tidak lebih drp perpindahan ke arah kejahilan.

Tanpa Nama berkata...

Kadang2 bila kita terlalu sayang parti kita, perkara mungkar yg dilakukN oleh pemimpin kita itu akan kita tutup serapat2nya biarpun dlm jiwa kita bergelodak. Dan kita akan sedaya upaya mengecam serta memfitnah parti yg dulu kita sokong walaupun kesilapannya sebesar kuman.

Kita tidak pernah insaf dengan peribahasa "gajah depan mata tak nampak, kuman seberang laut nampak". Kita demikian kerana kekecewaan kita setelah kita terbuang.

Lalu, adakah jubah dan serban itu bermanfaat jika dalam hati kita cuma nampak kesilapan pihak lain?

Tanpa Nama berkata...

Oiiii bodo.
Satu je gua nak cakap.
Pas adalah sampah.

Tanpa Nama berkata...

Ptuiii. Sembang kencang. Nazri & madey je ada telo nak debat. Yg lain2 janggut tu pondan.

Tanpa Nama berkata...

Dalam byk2 binatang lembu, kuda, keldai, unta, kerbau.....ugama jugak yg lu tunggang yer lobai!!

Tanpa Nama berkata...

Kita nak kalu boleh islam yg ganggu klu nk.khalwat
Kalu nk murtad pun biarla...xyah kecoh2
Allah itu jesus pun kita patut rai
Nak kawin dgn org islam pun takyah tukar agama
Baru bestkan PanTat?
Lagipun islam bkn agama keamanan kan...ada berani salak? Tak soru kan

mohd saifuddin berkata...

Apasal marah sangat ni kpd GANR. nampaknya kamu semua ni tak suka agama kot apa yang dihujjah tu tentang RUU355 dan penentangnya tiada apa yang salahnya ulasan GANR . kamu yang nampak kepanasan kenapaya sabar lah tuan tuan kalau tak suka diam diam aje lah ye. jangan disibuk dengan PAS jaga lah parti sendiri ye.
Untuk bersatu kenalah berpegang dengan tali oleh semua bukan satu pihak saja ye

Tanpa Nama berkata...

kalau ruu 355 tu hudud Allah swt, knp dah 2 kali tangguh?

lulus atau tidah terletak atas kepala ahli parlimen diparlimen bukan orgramai dijalanan.

cuba tgk video hadi semasa usul pertama diparlimen. bila speaker tanya hadi, dia kelam kabut cari kertas skrip. susah sangat ke nak ingat skrip sepotong ayat minta tangguh ke sesi akan dtg?

knp sidang parlimen skrg ruu355 senyap?

akta bankrap didahulukan dr ruu355 menunjukkan betapa pentingnya akta bankrap dr hudud Allah swt dimata umno.

Tanpa Nama berkata...

Kita tangguh dulu.

An Anonymous berkata...

Katanya BN pula nak bentang RUU 355..

Syukur alhamdulillah..

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...