Translate

Mesti Baca

Rabu, 29 Mac 2017

Maka Bertitahlah Maharaja Melayu Mudah Lupa


Setelah PPBM berjaya diterima sebulat suara oleh Majlis Presiden PH maka beritahlah maharaja melayu mudah lupa. Wahai warga PH, sudah tiba masanya kita menggunakan logo sendiri dan bekerja sepertimana BN bekerja. Kita tukar Pakatan Harapan kepada Barisan Rakyat kerana perkataan Pakatan tidak bersuai untuk memberi kita harapan. Dengan menggunakan nama Barisan Rakyat, kita pasti akan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Barisan Nasional.

Buat penasihat dan pemimpin Dap, PKR dan Amanah semua, ingatlah bahawa gua sudah lama berpolitik dari lu all. Malah ada yang belum lahir atau baru bertatih dalam politik, gua sudah hebat sehinggakan Tunku Abdul Rahman (PM 1) pun takut kat gua sehingga gua di pecat dari Umno.  Gua sudah merasai jawatan PM selama 22 tahun sehinggakan tiada siapa yang berani menyanggah kata-kata gua kerana gua adalah rejim.

Sekarang pembangkang sudah semakin kuat kerana kehebatan nama gua, kalu nak harapkan Amanah sebagai pengganti PAS, PH boleh balik awal. Baru 2 tahun Amanah dibeli dari kedai pajak gadai dah wujud 2-3 kem. Hari-hari dok heboh ahli PAS dah masuk Amanah tapi tak pernah sekali pun mereka menyebut jumlahnya. 

Gua sebagai maharaja melayu mudah lupa cukup hairan dengan Amanah nih pasal sekarang gua tidak dapat maklumat berapa juta dah keahlian mereka. Sekejap-kejap kata satu demi satu cawangan terbubar pasal pemimpinnya masuk Amanah. Semua orang percaya pemimpin tertinggi Amanah adalah di kalangan cerdik pandai lagi terulung tetapi jangan perbodohkan gua dengan mengata banyak cawangan PAS telah terbubar.

Apa lu ingat senang-senang nak bubar cawangan macam sesenang dana dari Dap boleh terbubar lenyap dalam poket sekor dua yang di beri amanah menjaga duit. Sebagai orang lama yang licik dalam arena politik, lu all kena ikut kata gua kerana Umno yang ada sekarang ini pun gua yang wujudkan setelah di haramkan. Ini bermakna Umno sekarang ini adalah masih milik gua kerana gua belum mampus lagi. 

Gua akan pastikan jika lu all ikut apa yang gua titah kan, kita akan ke Putrajaya apatah lagi Mahligai RM 200 jika untuk kediaman PM itu pun gua yang bina. Kerana itulah selagi gua masih bernyawa, gua akan pastikan legasi gua akan kembali mendiami mahligai itu. Dengan menamakan Pakatan Harapan yang tidak mempunyai harapan di tukar kepada Barisan Rakyat kerana gua cukup masak dengan perangai baka Umno yang cukup senang di kelentong jika kita gunakan barisan untuk rakyat. 

Tak payah nak adakan reformasi dalam Barisan Rakyat kerana yang biarlah pemimpin ulungnya mereput dalam penjara kerana yang mencetuskan reformasi adalah gua dan gua sekarang berada di hadapan lu all, apa lagi lu all mahu. Gua cukup arif tentang politik yang di mainkan oleh kerajaan setiap kali PRU kerana semua kemenangan di sebabkan gua adalah kerajaan. Gua tahu banyak mana duit bertukar tangan setiap kali PRU kerana gua yang menciptakannya. 

Tanpa kebijaksanaan dan kelicikkan gua, dah lama Umno mampus dan memang sudah mampus pun sebelum gua wujudkan Umno Baru dengan kedudukan gua sebagai maharaja melayu mudah lupa. Lu kena ingat sikit, tanpa ketokohan gua jangan dok nak berangan nak tawan Putrajaya. Lu kena ingat PRU menggunakan duit yang banyak untuk bertukar tangan, lu ingat boleh pegang Penang dan Selangor sudah cukup mengumpul dana pilihan raya. 

Walau pun gua sudah tua nak mampus pun, gua dengan senang boleh kumpul beratus juta kerana ramai yang masih memakan jasa gua. Anak-anak gua 3 orang pun senang-senang untuk dapat RM 1 bilion, itu belum masuk akaun-akaun rahsia yang dinamakan kepada barua-barua gua. Gua langsung tidak takut dengan PAS kerana Amanah dah berjanji yang akar umbi PAS sudah berada dalam genggaman Amanah yang terpaksa mereka rahsiakan. 

Gua percaya Amanah akan mengantikan PAS di Kelantan dan merampas Terengganu dari Umno. Gua percaya tentangan kajian Rafizi tentang kemenangan yang bakal di perolehi di parlimen hampir 120 kerusi untuk menang mudah dan PAS akan kehilangan semua kerusi baik parlimen atau pun Dun kerana risikan corak pengundi sudah sampai kat tangan gua dari hasil risikan PKR dan Amanah. 

Kak Wan boleh simpan angan-angan nak jadi PM wanita pertama dan pengampunan Agong untuk Nuar aktif berpolitik. Semua itu sudah boleh di masukan ke dalam keranda untuk ditanam. Lu all kena ingat jika kita menang dan legasi gua menjadi PM, lu all yang sekarang ini menjadi cai-cai gua akan hidup senang lenang. Lihatlah 22 tahun gua menjadi maharaja melayu mudah lupa tiada seorang cai pun yang tidak menjadi jutawan. Lihatlah sekarang anak-anak gua masih bertaraf bilionner dan cai-cai tidak putus-putus mendapat projek. 

So mula sekarang semua kenyataan media atau sidang majlis presiden mesti mengikut arahan gua. Gua dah bagi amaran kat Amanah agar kerja 25 sehari memburuk-buruk, mereka-reka citer dan lebihkan fitnah terhadap PAS jika lu nak dana pilihan raya dari gua. Jangan jadi bodoh sangat,aku suruh tarik ahli lu pergi tarik pemimpin PAS buat aper. Kalu nak bodoh lu bodoh lah sesama puak lu, jangan nak guna nama gua kerana gualah 'Maharaja Melayu Mudah Lupa'. Mungkin beliau sendiri tidak menyangka dan terkejut beruk melihat betapa mudahnya pemimpin PH di perbodohkannya. Gua tabik spring kat lu, lu memang ada class ler latuk.. /GANR

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan buat2 lupa. Menteri umnolah yg akan membersihkannya ruu355 di parlimen. Pas sudah diberi peluang tapi asyik tangguh jer. Kita serah kat pas kerja baik tu tapi dia sibuk pula kafirkan org dan kaum melayu makin berpecah. Biarlah tugas memartabatkan mahkamah syariah tu dipikul oleh umno yg lebih layak. Pas duduk jer diam2 yer.

Tanpa Nama berkata...

Pembetulan:

** yang akan membentangkan .....

Tanpa Nama berkata...

ok la dr org yg menentang

An Anonymous berkata...

Bunyi macam nak bersekongkol dgn UMNO utk rampas Kelantan daripada PAS nampak!

Tanpa Nama berkata...

Oleh kerana umno pun tak boleh nak tolong pas bentang ruu 355 di parlimen:

Maka dengan in saya ahli pas kawasan lubuk kelubi mencadangkan supaya tghh membentangkan ruu355 ini di muktamar pas di kedah pd tahun ini. Jika diluluskan bolehlah dimasukkan sebagai perlembagaan parti pas yg baru, untuk memartabatkan nilai syariah dalam parti kita ini.

Sesiapa yg tidak menyokong atau mengkritik usaha murni ini, eloklah masuk pan dan dap sahaja. Tq

Tanpa Nama berkata...

"Salam Pak lebai"
"Yup!"
"Buat apa turr?"
"Jemur serban neh"
"Napa?"
"Lenjun kena kencing"
"Oooo patut la hancing"
"Yup!"
"Kerap kena kencing?"
"Dua kali je"
"Oooo"

An Anonymous berkata...

Memang adatnya sebegitu sejak di zaman nabi lagi org yg berjuang menegakkan agama Allah termasuk hukumNya pastinya akan mendapat tentangan dan penghinaan sedemikian rupa. Sebagaimana para kafirun dan munafikun waktu itu merasakan mereka betul sedangkan mereka sebenarnya menyembah berhala dan api, begitu jugalah puak mereka di waktu ini di mana mereka (sebenarnya bersekutu bersama2) tidak yakin akan hukum Allah walaupun jika hanya dilaksanakan di negeri Kelantan dan Terengganu!

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...