Translate

Mesti Baca

Sabtu, 25 Mac 2017

Bila Mahazalim 'Sang Melayu Mudah Lupa' Semakin Keliru

 

22 tahun memerintah secara kuku besi, dalang kepada pengharaman Umno dan Umno Baru adalah parti yang beliau sendiri tubuhkan. Seorang yang licik dalam membuat percaturan politik setelah berlakunya perpecahan dalam Umno sehingga dalam pertandingan bersejarah pada 24 April 1987 antara kumpulan Team A diketuai Mahazalim dan Team B diketuai Tengku Razaleigh. Pertandingan paling sengit dalam sejarah Umno yang mana Mahazalim berjaya menang tipis menewaskan Tengku Razaleigh untuk jawatan Presiden Umno. Semua tahu kemenangannya penuh dengan tipu muslihat dan banyak ringgit bertukar tangan.

Setelah menang, ibu pejabat Umno di arah tidak melayan kumpulan yang asalnya 12 kepada 11 orang supaya siasatan dibuat kerana mendakwa beberapa kes di mana ada mesyuarat Umno cawangan dan bahagian tidak sah. Jika mesyuarat cawangan dan bahagian tidak sah maka dengan sendirinya perwakilan mereka di Perhimpunan Agung Umno itu juga tidak sah. Apabila aduan kumpulan ini tidak di layan maka mereka membawa kes ini ke mahkamah. Akhirnya Hakim Harun Hashim memutuskan perharaman Umno.

Mahazalim langsung tidak menghalang atau merayu perharaman Umno kerana beliau seperti orang mengantuk di sorong bantal. Perharaman Umno adalah jalan mudah buat beliau untuk melakukan pembersihan besar-besaran ahli dan pemimpin yang tidak menyokongnya. Dengan tersingkirnya musuh-musuhnya dalam Umno dan sebagai orang paling berkuasa, beliau dan orang kanannya SU Agung Umno TS Sanusi Junid telah menubuhkan Umno Baru. Maka bermulalah rejim Mahazalim yang mana semua menteri dan pemimpin Umno tidak berani lagi menegur segala tindak tanduk beliau mengurus negara. 

Menteri-menteri di bawah pemerintahannya semuanya bermasalah yang mana segala rahsia mereka berada di dalam poket Mahazalim. Kementerian Dalam Negeri, polis dan sb-sb semuanya menjadi hamba kepada Mahazalim.  Rasuah berleluasa bagaikan barah di mana pemimpin-pemimpin Umno yang baru bergelar YB pun boleh memiliki banglo-banglo mewah dan wang jutaan yang tidak sepadan dengan elaun yang mereka perolehi setiap bulan.

Walau pun sudah lebih 13 tahun melepaskan jawatan PM, beliau masih lagi keliru atau beliau sudah nyanyuk. Adakah beliau masih merasakan dirinya tetap berkuasa sehinggakan sebelum jawatan itu di serah kepada Pak Lah pun mesti mengikut acuan yang beliau bina bersama terma-termanya. Semuanya disebabkan  Umno Baru yang beliau tubuhkan belum lagi di faraidkan kerana beliau masih hidup. Beliau sentiasa mengganggu pentadbiran negara sehinggalah Pak Lah Meletak jawatan sebagai PM.

Umno di bawah Najib/Rosmah yang ada sekarang ini telah melanggar terma-terma syarat beliau kerana baginya Umno ketika ini adalah masih milik mutlaknya dan mesti diserahkan kepada legasinya iaitu anaknya, Mukhriz. Lihat bagaimana nasib Pak Lah yang tidak mengikut kehendaknya, Pak Lah bukan seperti Najib/Rosmah kerana Pak Lah jenis lembut hati yang tidak suka memanjangkan permusuhan di dalam Umno. Beliau menganggap beliau sahaja yang betul dan selama 22 tahun dibawah rejimnya tiada satu pun yang tidak betul, semuanya betul. 

Beliau mula menjadi PM pada 20 Feb sehingga 31 Okt 2003 dan bermulalah era autokratifnya dengan kekebalan yang di ciptanya sendiri. Pada zamannya di pinda  akta AUKU, akta keselamatan dalam negeri, diaktifkan ISA, sekatan kebebasan akhbar, tangkap politik besar-besaran, tragedi pembunuhan musuh politiknya di Memali, pembunuhan di Lubuk Merbau dan menjadi rejim paling lama.

Baru 2 tahun menjadi PM, Mahathir yang gilakan kuasa mula menunjuk belangnya dengan meminda perlembagaan supaya undang-undang boleh digubal tanpa persetujui Yang di Pertuan Agong dan kuasa mengistiyharkan darurat juga dipindahkan dari Seri Paduka kepada Perdana Menteri. Demi lebih berkuasa, beliau mencampuri bidang kehakiman dengan pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas dan 5 hakim kanan iaitu,TS Eusoffe Abdoolcader, TS Wan Suleiman Pawanteh, TS Azmi Kamaruddin, TS Wan Hamzah Mohamed dan Datuk George Seah pada tahun 1988.

Kuasa yang beliau miliki masih belum cukup sehingga berlakunya krisis raja-raja Melayu pada 1993, beliau melucutkan kekebalan raja-raja Melayu dan mahu peruntukan undang-undang supaya baginda boleh di heret dan di bicarakan di mahkamah khas. Walau pun ada baiknya tetapi keburukan lebih besar dari kebaikan kerana beliau memiliki kuasa yang amat besar sehinggakan tiada siapa yang berani menyanggah kekuasaannya.

Sepanjang pemerintahannya itu, terbinalah empayarnya yang amat besar. Berbagai syarikat gergasi di daftarkan atas nama anak-anak dan keluarga beliau. Berpuluh-puluh jawatan-jawatan penasihat anak-anak syarikat milik kerajaan (GLC) mahu pun swasta di sandang oleh kaum kerabat beliau dan apa jua lapangan dan industri, pasti ada nama kaum kerabat dan kroni-kroninya. 

Sekarang beliau menuduh Haji Hadi kurang berkarisma sehingga partinya keliru membuat keputusan dan menuduh PAS ibarat parti tidak berpendirian. Beliau juga menuduh Haji Hadi kurang karisma berbanding dengan Al-marhum Ustaz Fadzil, Al-Marhum TGNA dan Al-Marhum Datuk Asri kerana tidak menjawab segala tuduhan-tuduhan yang di lemparkan terhadapnya oleh orang seperti Mahazalim, LKS, LGE baik dari PH atau dari Umno. Inilah penangan si tua yang umur dah masuk 92 tahun bila mengatakan Haji Hadi keliru sedangkan beliau si 'Melayu Mudah Lupa' sendiri keliru dalam dunianya sendiri.

Beliau memang jenis tiada perkara buruk pernah beliau lakukan walau pun 22 tahun memerintah secara kuku besi tetap mengaku yang beliau betul. Bagaimana tak keliru, sekejap serang PAS sekejap pujuk PAS, malah PPBM masih terumbang ambing pun beliau dengan sikap sombongnya memberi tempoh kepada PAS untuk bersama Pakatan Haram. Gua nak tanya Mahazalim, lu saper nak ugut PAS sedang PPBM dan PH pun dalam keadaan cacamarba. Gua ada baca tentang perbincangan antara PPBM dengan PAS tetapi PAS sudah memberi kata dua sekiranya PPBM bersama PH maka pintu rundingan tertutup. 

Beliau menuduh, mengfitnah dan memburuk-burukkan PAS tetapi PAS juga menjadi mangsa kononnya PAS lah yang memburukkan keadaan. Semua akar umbi dan pimpinan PAS sudah mengetahui tentang kedudukan PAS dalam blok pembangkang tanpa mencipta alasan menarik diri dari berunding tetapi kenapa Mahazalim masih menyerang PAS. Kata Pakatan Haram sudah cukup kuat tetapi kenapa masih lagi sibuk bermain di luar pagar. Mahazalim kata ' Itu alasanlah. Saya tak kata apa pun sebab yang dok bercakap memburukkan keadaan ialah PAS bukan saya tapi depa tak nampaklah sebab tak guna cermin,.... kita kena cermin', katanya SUMBER

Gua cukup hairan kenapa dah tahu PAS sudah nazak dan banyak kawasan mereka sudah lumpuh kerana wujudnya Amanah ramai ahli PAS sudah isi borang PAN yang berulang-ulang kali di cetak tetap tidak mencukupi. Jika PH boleh menang besar pada PRU14, persetankan PAS kerana PAS sudah jatuh nilai tetapi kenapa PAS juga yang diserang setiap kali diadakan ceramah PH. Lu nak lawan PAS buat apa, PAS bukan pegang Putrajaya jangan jadi bodoh sangatlah. Lu nak sangat Putrajaya, lu seranglah Umno/BN, bangang betullah bila ilmu teramat ulung.

Lepas ni ada pandir-pandir datang bertenggek memaki hamun PAS, maka sama keliru dengan Mahazalim yang kubur dok memanggil, rumah kata pi berambuslah lu. Gua tulis lu hentam gua ler yang lu gi hentam PAS dan tok-tok lebai tu pasal aper. Gua bukan ahli PAS atau membaruakan diri macam blogger, cybertrooper dan facebookmaker Pakatan Haram atau Umno celaka. Kalu gua kata lu bodoh memang lu bodoh pun macam. 

Ada juga barua-barua dok tangan gua saper guna bahasa lu gua lu gua. Mat Indo sudah lali dengan lu gua tetapi yang bodoh nahu bahasa lagi bodoh. Gua tanya lu all bila ada orang membahasakan diri dia 'AKU', kasar tak membahasa diri. Kalu kasar lain kali dalam doa lu pada Allah S.W.T, jaga kata 'AKU tukar kepada 'SAYA'. Gua tak nampak kehebatan tua bangkai yang dulu masa berkuasa lagak nak mampus. Pemimpin PH lagi jahanam duk seronok sangat sampai menganggap Mahazalim sudah suci atau sesuci embun yang bagi gua tiada maaf bagi mu dan ingatlah julangan dunia buat kamu sombong. Jangan kata Mahazalim masuk gelanggang kerana rakyat. Hakikatnya kedudukan anak-anaknya semakin terjejas sebagaimana Mokhzani yang memiliki harta sebanyak 1.2 bilion telah menanggung kerugian terkumpul sebanyak 600 juta. Apa lu all rasa...... /GANR

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dulu gua sudah komen.
Ruu ni pun pas akan kena kencing.

Sekarang lu tengok bhai. Hadi tak ada bentang. Menteri umno yg akan bentang kan....

So masuk ni dah 3 kali kena patuk dlm lubang yg saman. Lu tau kenapa kena patuk sampai 3 kali bhai???

SEBAB GENG LU BERPOLITIK TAK GUNA OTAK. STRATEGI HAMPEH!!!

An Anonymous berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
An Anonymous berkata...

Faham ke idak kamu ni tentang aturcara bentang membentang ni? Kalau tak faham tok sah lah mengomel.. nanti buat malu PAN aje.. pada PAS sesiapa pun boleh bentang RUU 355 termasuklah DAP sekalipun.. yg penting Mahkamah Syariah dapat dipertingkatkan..

Tar Snake Cottey Cecik berkata...

Oittttt.....
Hadi tak perlu sibuk2 la pasal ruu355 ni. Parti umno kita bole buat sendiri la. Kalau tak sokong tanam kat jirat cina.

Tanpa Nama berkata...

baru skrg nk buat

An Anonymous berkata...

Sekurang2nya UMNO masih atau pernah ada keinginan utk menjelmakan RUU 355 kerana bimbang dgn murka Allah maka ini membuktikan masih ada keimanan dlm diri mereka!

Bagaimana pula dgn mereka yg mengharap agar RUU 355 ini tidak menjadi kenyataan kerana bimbang dengan murka DAP? Maka ini membuktikan masih ada ........ kah??

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...