Translate

Mesti Baca

Isnin, 13 Mac 2017

Analisis: Sampah Yang Paling Berharga

www.bebaskanmalaysia.blogspot.com
 


Bila menyebut sampah semua orang tahu ia adalah suatu benda yang tidak di perlukan dan tempatnya ialah di tong sampah. Inilah sampah yang sebut oleh barua Dap yang gagal mengambil alih tampuk pimpinan PAS. Kerana sampah inilah setiap kali ceramah yang di adakan oleh para pemimpin yang dinyah oleh perwakilan PAS akan disebut dengan berbagai gelaran walau pun sampah itu sendiri adalah barang buangan.
 
Tiada perkataan yang baik yang d diucapkan oleh barua dan broker Dap dan PKR terhadap sampah yang menaikkan nama mereka dari tidak dikenali kepada dikenali dengan gelaran yang cukup hebat ialah pemimpin terulung dari segala yang terulung. Sedarkah mereka yang mengistilah bekas parti mereka sebagai sampah yang menyemakkan di dalam arena politik negara. Inilah pemimpin agung yang naik tanpa merasa keperitan seperti akar umbi PAS yang bersusah payah dengan segala keringatan dan wang wang ringgit yang di hulurkan mengikut kemampuan mereka.
 
Kerana itulah mereka dengan sombong dan angkuh mengatakan yang sudah tidak mendapat sokongan akar umbi tanpa mengkaji bagaimana sokongan dan pegangan akar umbi PAS terhadap perjuangan yang mereka yakini masih belum tersasar dari dasar parti. Betapa jahilnya golongan yang mengaku terulung tetapi bodoh dalam menilai pegangan kuat akar umbi PAS yang berjuang tanpa mengharapkan imbuhan dunia. Bodohlah golongan terulung lagi luar biasa bila mengatakan yang kehebatan mereka akan diikuti oleh akar umbi PAS bersama mereka untuk menjadi barua Dap dan PKR.
 
Walau pun mereka tergolongan di kalangan bijak pandai yang yang memiliki ijazah atau MD atau Phd dari luar negara tetapi mereka tergolong dari kalangan bodoh tidak boleh diajar, cerdik tidak boleh di ikut. Lupakah mereka kegagalan perjuangan di atas platform IRC/ JIM/ IKRAR yang dilakukan secara halus untuk menguasai PAS telah gagal sehingga terpaksa menukar nama IRC kepada JIM dan seterusnya IKRAM. Kerana sikap cerdik tidak boleh diikutlah yang membuatkan mereka masing tidak merasa malu dengan kegagalan demi kegagalan setiap agenda mereka ke atas PAS.
 
Sampah yang mereka istilah terhadap PAS akhirnya  memakan diri mereka sendiri sehinggakan mereka semakin di pinggir oleh dari Dinasti Lim yang menjadi penaja dana buat mereka sudah kurang disalurkan kepada parti Islam sosialis yang mereka beli sehingga sekarang nak buat perhimpunan tahunan pun semakin sukar. Semuanya disebabkan masing-masing saling sapu menyapu dana sesama sendiri sehingga kering kontang. ROS  sepatutnya mengambil tindakan terhadap parti Islam sosialis (PAN) kerana tidak mengadakan langsung perhimpunan memandang PAN bukannya parti penaja tetapi parti yang sudah wujud sebelum di ambil alih oleh puak-puak kecewa.
 
Tak kan PKR tidak boleh membantu PAN mengadakan perhimpunan kerana mereka adalah dari kem yang sama iaitu Pakatan Haram. Jika nak harapkan Dap membantu, boleh balik awal ler puak-puak nih selepas janji demi janji diberikan kepada parti Dinasti Lim. Mungkin Dinasti Lim merasakan PAN lebih banyak menyusahkan sejak penubuhan parti yang dibeli dengan sedikit sebanyak sumbangan dari Dinasti Lim. Kewujudan PAN lebih menyusahkan Pakatan Haram untuk bertanding pada PRU14 nanti apatah lagi dengan telatah Che Det yang tidak mahu mengalah untuk menjadi pemimpin no.1 Pakatan Haram walau pun umur sudah lanjut tetapi Dinasti Lim (Dap) tetap tidak boleh menunggu gangguan dari Che Det.
 
Bagi PKR pula mereka sanggup menjilat kembali ludahan mereka kepada Che Det demi mengharapkan sedikit sokongan dari PPBM setelah ketiadaan PAS untuk membantu mereka. Gua cukup seronok melihat kajian yang dilakukan oleh IDE berkaitan sokongan terhadap BN/ PAS dan PH. Siap dengan kajian jika terjadi pertandingan 3 penjuru antara PAS, Umno dan PKR satu carta disertai bagaimana pembagian sokongan terhadap PKR mengatasi PAS dan Umno. Gua tak pasti tentang kajian dari agensi milik PKR sendiri dan jadilah ia sebagai kajian syok sendiri.
 
Gua cukup sokong jika PAS tidak perlu lagi bekerja sama dengan PKR di atas tindakan mereka yang tidak sedar diri dan sanggup menikam parti yang banyak membantu mereka dari tiada  kepada ada. Mereka menyangka dengan mengurangkan jawatan koata jawatan Exco yang di peruntukan kepada PAS dari 4 kepada 2, langsung PAS tidak melenting. PAS tidak perlu mendengar ejekan-ejekan agar PAS keluar dari pemerintahan negeri Selangor.
 
PAS bukan muka tidak malu seperti PKR, Dap dan PAN untuk meninggalkan kerajaan Selangor kerana PAS sedar bukan PKR dan Dap yang memberi kemenangan buat PAS tetapi PAS memegang amanah rakyat Selangor. Tanpa sokongan rakyat Selangor, PAS tidak akan mendapat 15 kerusi Dun walau pun 2 darinya telah di samun oleh puak-puak celaka yang menjadi barua Dap. Ramai profesional kangkung mengandaikan yang PAS akan kalah teruk sehinggakan Kelantan pun terlepas ke tangan PAN yang diketuai pakar hebat mereka, Husan kuasa10. Adakah mereka merenung pada parti mereka sendiri, adakah mereka boleh mengekalkan kerusi-kerusi milik mereka tanpa sokongan PAS.
 
Bagi PAS menang dan kalah sudah menjadi lumrah buat PAS yang sudah berusia 63 tahun, jika PAS takut kalah pasti PAS sudah berhenti bertanding dalam setiap PRU. Tanya pada PKR yang tidak sedar di untung, bolehkan mereka menerima kekalahan pada setiap kerusi milik mereka termasuk ke hilangan kerajaan Selangor. Mungkin Dap masih boleh mengekalkan kemenangan mereka di kerusi majoriti Cina tetapi berapa agaknya kerusi yang mampu mereka pertahankan./GANR

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Siapalah sampah itu sebenarnya?

1. Kerja sampah ialah mengkafirkan Islam lain.
2. Kerja sampah ialah belum buat highway tapi dah kena saman.
3. Kerja sampah ialah ambik duit potongan gaji cikgu agama.
4. Kerja sampah ialah buat tugu banjir atas tanah kafir cina tanpa kebenaran.
5. Kerja sampah ialah tebang balak hutan simpan cari duit bayar gaji.
6. Kerja sampah ialah tanam durian kunyit dalam hutan.
7. Kerja sampah ialah dulu boleh kerjasama dgn dap skang tak boleh kerjasama dgn dap. Mana yg betul tak tau lah.
8. Kerja sampah ialah kluk klak. Dulu kata kafir skang berpeluk sedondon.
9. Kerja sampah ialah hukuman janda zina bukan rejam sampai mati.
10. Kerja sampah ialah rujuk kitab mana nilai 30 tahun dan RM100 ribu tu DIAMBIL? Bukankah 40 tahun dan 250 ribu lebih AFDAL UTK martabatkan mahkamah syariah.
11. Kerja sampah ialah jual kismis jampi.
13. Kerja sampah ialah 4 tahun buat rumah mangsa banjir tapi tak siap2.
14. Kerja sampah ialah rasmikan skim cepat kayap untuk Bantu TIPU duit org miskin.
15. Kerja sampah ialah online terima fulus dari penanam sayur melaka.
16. Kerja sampah ialah ganti kerja umno dgn menfitnah dap rasist, supaya umno tak perlu buat kerja itu lagi.
17. Kerja sampah ialah terima dedak skala mega.
18. Kerja sampah ialah buat kerja unta bila sudah kena terajang admin dan Pkr.
19. Kerja sampah ialah pergi Tehran jumpa ayatolollah syiah.
20. Kerja sampah ialah kerja orang dah kena halau kuat PKR oleh admin.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa dap, pkr, Amanah dan bersatu, pas akan kehilangan hampir semua kerusinya di seluruh negara.

Jika pas mengharapkan sokongan GANR tanpa mengharapkan sokongan umno, pas akan hilang semua kerusinya.

Tanpa Nama berkata...

Kalau pas bertanding kerusi bukan dgn niat utk menang, lebih baik bagi kerusi kpd umno atau masuk umno terus.

Tanpa Nama berkata...

Apakah kesatuan GANR sudah masuk ahli pas?

Gua nak betulkan sikit.

Kat dunia ni, tak ada satu parti pun yg ahlinya boleh terus masuk syurga tanpa hisab. Kalu ada orang claim no keahlian parti boleh jadi tiket masuk syurga, janganlah percaya org itu atau partinya sekali. Dia kencing lu 100 peratus.

Tanpa Nama berkata...

Ambil ucapan karpal singh....pas mmg 2nd class...tapi pan...no class

Tanpa Nama berkata...

Sori...pas maybe 2nd class...muka2 pan...no class

Tanpa Nama berkata...

Macamana nk ada class...belajar agama maqasid syariah pn dgn father lim...aiyaaa

Tanpa Nama berkata...

Eh...bang zairil ada? Jgn la ckp mcm tu...we all bkn tabligh only la

Tanpa Nama berkata...

G25 nk halalkan khalwat itu bkn kencing dap. Harap maklum.

Tanpa Nama berkata...

Maqasid syariah anjuran png inst pun bkn kencing dap. Harap maklum.

Tanpa Nama berkata...

Kesian pas...nasib baik pan pkr dan bersatu beriya2 nk jgk pas bersama. Dan maki dan hina...tetap bg tali kat pas kan...ish ish ish...untungnya dapat jadi ahli pan ke pkr ke atas bersatu ke kan...walaupun mereka boleh menang satu malaya tanpa pas...tapi...ttp nak pujuk pas...uhhhh...nak nangis

Tanpa Nama berkata...

Sori x dpt ikut mlm.tu bang...i ni clubbing.x.pandai nk joget2..malu...kekok..ngeteh ok

Tanpa Nama berkata...

Kita lwn pas sbb pas dah lari dr perjuangan asal. Pas tak lg menentang kemungkaran, penyelwengan, salah guna kuasa, rasuah Dan mcm2 lg kemungkaran, mlh pemimpin2 pas sendiri pun sama terlibat.

An Anonymous berkata...

Yang terkini husang musang memilih utk memfitnah arwah TGNA lagi bila menyamakan PAS di zaman TGNA dengan PAN sekarang - sedangkan Presiden di waktu itu masih lagi TGHH keh keh!

Secara tak langsung husang tergamak memFITNAH bahawa arwah TGNA sebagaimana PAN juga menyokong:

1. Si Kaki kelab malam menerajui Maqasid Syariah di Penang.

2. Si Kafir mengetuai mesyuarat tapis fatwa Muslim Penang.

3. Kafirun bersama munafikun mengetuai penentangan terhadap RUU 355.

4. Kafir dan mungkin munafik juga mahukan Dr Zakir Naik ditangkap.

5. Hak golongan LGBT utk bekerja demi menyara "pasangan hidupnya" - yg kini giat diperjuangkan oleh PAN.

Syukurlah husang tidak memFITNAH TGHH menyokong kesemua perkara2 di atas dan pastinya dia tak berani kerana TGHH masih hidup dan bimbang akan disaman berbanding arwah TGNA yg telah kembali menemui Penciptanya.

Keh keh!

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...