Translate

Mesti Baca

Sabtu, 7 Mei 2016

Permintaan Husam PAS Kotakan, Bagaimana Pula Dengan Janji Wan Rahim...

Husam Di Pecat

Akhirnyanya PAS menunaikan permintaan Husam agar di pecat walau pun perkara itu tidak di minta secara terang-terangan tetapi ialah kemahuannya jika mengikut apa yang beliau lakukan terhadap PAS. Serangan secara sembunyi-bunyi terhadap PAS di lakukan sejak namanya tidak di angkat untuk menggantikan al-Marhum TGNA sebagai pengantinya sebagai MB Kelantan memandangkan beliau adalah Exco paling kanan. Perlu di ingat bahawa nama Husam untuk jawatan MB Kelantan tidak langsung tidak di bantah oleh al-Marhum walau pun beliau anak didik dan anak emas kepada al-Marhum.

Kenapa Al-Marhum tidak membantah dan membela langsung Husam si Harum Manis (HM) dalam isu ini kerana HM tidak di beri satu jawatan pun baik MB, TMB atau Exco kanan. Adakah sebagai seorang hamba Allah S.W.T yang zuhud, al-Marhum sudah mengetahuinya lebih dahulu dari pimpinan PAS sebagaimana doa al-Marhum di akhir hayatnya agar di buka hati Najib dan Zahid kearah kebaikan yang ketika itu belum menjadi Timbalan Perdana Menteri. Tidakkah hebat keilmuannya yang kita sendiri tidak menjangka doanya menjadi kenyataan selepas tersingkirnya TSMY sebagai TPM.

PAS di serang siang malam, pagi petang oleh pemimpin yang di anggap hebat oleh PAS, sebagai pemuda pelapis yang akan mengambil alih kepimpinan dan legasi PAS akan datang. Apa kan daya ingatkan panas sehingga petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. PAS tetap bersabar dengan kerenah si HM yang mungkin boleh lagi di corak dan berubah tetapi Allah S.W.T yang merancang,

Sejak tiada lagi jawatan di dalam kerajaan Kelantan dan di tolak oleh perwakilan pada Muktamar Pemilihan PAS, serangan si HM terhadap kerajaan Kelantan semakin menggila. Tiada satu pun kebaikan yang kerajaan lakukan dan semua rahsia projek-projek di bawah kerajaan negeri Kelantan di dedahkan satu demi satu melalui proksi dan penulis upahan (MSO) yang dulu cukup memusuhi HM.

Hakikatnya projek-projek yang HM dedahkan semuanya mempunyai hubung kait dengan beliau kerana semua projek-projek itu semuanya hasil cetusan ideanya ketika berkuasa. Walau pun ada yang membantah kerana melihat ada kepincangan, pasti akan di bangku sampahkan kerana hitam katanya maka hitam lah jawabnya walau pun warnanya adalah oren.

Gua cukup tertarik dengan kenyataan seorang yang pernah menjadi pakar strategi PAS Kelantan bahaya PAS tidak akan berani memecat HM kerana jika hari ini HM di pecat, besok saya akan buat sidang media 10 lagi wakil rakyat saya bawa masuk Amanah termasuk HM. Oleh kerana hari sudah heboh HM telah di pecat maka kita pakat-pakat tunggu esok (8 Mei) sidang media dari si Pandir Wan Rahim.

Bagi gua pemecatan HM ada pro dan kontranya kerana beliau di katakan mempunyai pengikut akar yang cukup kuat sebagai mana sudah ada protes sokongan yang tidak berbelah bagi buat HM, kehadiran penyokongnya di kata mencecah ribuan seperti gambar di bawah ini..

Dikerumuni para pemberita
Di sambut oleh para penyokongnya
Para penyokong bersama postcard dan jangan tertipu dengan gambar di hadapan sahaja kerana kat belakang masing berasak-asak.
Laaa..... mana perginya ribuan penyokong kat belakang, mungkin mereka mengambil kesempatan untuk membeli belah.

Apa yang gua lihat sejak beliau tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam PAS Pusat dan Kelantan, keceluparnya semakin menggila bagai anjing menyalak bukit. Bacalah serangan beliau terhadap Mursyidur Am, TGHD, TGHH, SU Agong PAS, MB/TMB Kelantan bagaikan macam orang gilakan kuasa. Bagi beliau semua pemimpin tertinggi yang menerajui PAS Pusat semua tidak betul kerana hanya beliau sahaja yang betul. Serangan terhadap kerajaan Kelantan untuk menunjukkan betapa banyak penyelewengan telah berlaku melalui proksi dan penulis upahan yang mana semua penyelewengan yang berlaku adalah ketika beliau individu paling berkuasa.

Beliau kena ingat pendedahan yang beliau tuduh semuanya mempunyai nama beliau baik secara terang mahu pun secara tersembunyi. Jika beliau seorang Islam yang benar lagi amanah berkatalah dengan benar dan usah berselindung di sebalik Pandir dengan beberapa keping dokumen yang telah di hantar kepada SPRM tetapi SPRM pun naik muntah tengok dokumen itu. Apa mereka ingat SPRM akan berlembut bila melibatkan pemimpin pembangkang, tetapi sampah yang Pandir bawa maka di dalam tong sampahlah di campaknya.

Jika SPRM nak siasat, HM lah orang pertama yang patut disiasat jika mengikut kesenangan yang beliau perolehi ketika menjadi setiausaha al-Marhum sampailah sekarang kerana kekayaan beliau masih gua pertikaikan memandang 16 tahun aktif di dalam PAS mengalah pemimpin PAS yang sudah 40 tahun aktif. 

Adakah ahli PAS akan menangis dengan pemecatan HM, gua rasa mungkin ada tetapi hanya yang rapat dan selalu mendapat habuan sahaja akan menangisinya. Lu boleh bayangkan bagaimana beliau boleh mempunyai blogger yang bekerja sepenuh masa demi menaikkan namanya. Sedangkan adun PAS pun tidak mampu mengaji seorang blogger secara bulanan. Bagi gua PAS beruntung kerana masih sempat dan menjawab segala persoalan yang PAS terlalu takut untuk memecat HM. 

Apa yang gua nak tanya HM ialah apa sumbangan beliau terhadap PAS kerana apa yang yang di lihat beliau hidup pun kerana PAS yang dapat memberi segala keperluan dunia yang ramai ahli PAS sendiri tidak memperolehinya. Pandir-pandir boleh ler bersorak kampung tergadai dengan pemecatan HM. Adakah Amanah (fakir) merasakan HM akan bersama parti yang hampir berkubur sebelum sempat berjuang atau parti yang boleh memperkayakan dirinya. Para Pandir sudah mula hilang arah sejak dana semakin kering di balun oleh beberapa pandir yang mengawalnya.GANR

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...