Translate

Mesti Baca

Ahad, 21 Februari 2016

PAS Terengganu Mula Kecut Perut

Ceramah PH

Semasa merasmikan pejabat PH Dungun baru-baru ini, 3 tunjang utama PH iaitu PAN, PKR dan DAP telah bersetuju akan bertanding di semua 32 kerusi dun dan 8 kerusi parlimen. Mereka juga telah bersepakat setiap roadshow mereka akan di hadiri oleh semua pemimpin PH. Tiada lagi ceramah akan di lakukan secara berasingan bagi memastikan ceramah mereka akan di hadiri oleh ribuan rakyat Terengganu.

Bijak sungguh strategi para pemimpin hebat PH bagi mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri apa bila mereka sapu bersih semua 32 kerusi dun. Sekarang ini Umno/BN menguasai 17 kerusi, PAS 14 kerusi dan PKR 1 kerusi. PAS Terengganu mula gusar dan kecut perut dengan pengumuman PH kerana belum lagi PRU, mereka telah target 57 undi popular. 

Itu belum di ambil kira undi dari penyokong PH yang semakin ramai mengisi borang PAN yang di katakan habis macam goreng pisang panas. Pejabat PAN Terengganu terpaksa mencetak lebih banyak borang keahlian atas permintaan penjual goreng pisang. Walau pun PAN masih baru mewarnai politik Terengganu, rakan mereka dari PKR dan DAP sudah bertapak.

Gua masih ingat lagi cerita tentang Dungun pada PRU 12 di mana PKR telah diberi laluan oleh PAS untuk bertanding parlimen Dungun tetapi kalah. Pada PRU 13 PKR mula menunjuk lagak untuk bertanding semula dengan mengaku kerusi itu milik mereka. Di katakan berlaku sedikit ketegangan dengan kesombongan pimpinan PKR Terengganu yang di ketuai oleh Azam Ismail. 

Pemimpin PAS Dungun telah bertanya berapa ramai ahli PKR Dungun untuk melayakkan mereka bertanding di kerusi tersebut. Bila di semak rupa-rupanya ahli PKR Dungun tidak sampai 1000 orang pun dan bukan itu sajer, mereka juga tidak memiliki langsung jentera pilihan raya sendiri. Ada seorang pakcik cakap banyak cantik, dah lah keahlian seceput jentera/markas pun nak harapkan PAS. Dah lah nak bertanding pun PAS yang tolong dahulukan wang deposit yang sampai sekarang tak bayar-bayar.

Apa pun itu dulu, cerita dah basi kerana sekarang jentera mereka ada di setiap pelusuk kampung kerana itulah mereka cukup gah bercakap. Kerana itulah PAS terpaksa bekerja keras memandangkan hampir semua kawasan telah lumpuh setelah berduyun-duyun rakyat Terengganu telah keluar dari PAS dan menganggotai PAN, parti Islam yang paling suci di muka bumi nih. 

Ada juga ura-ura yang mengatakan pemimpin agung PAN, Mek Sabu akan bertanding di negeri Terengganu. Itu pun jika sempat bayar saman kepada bekas timbalan SPR kerana mengikut rekod sejak jumlah saman sudah di tentukan oleh mahkamah, berduyung-duyung pandir-pandir PH mengutip derma di seluruh negara. Jumlah terkini kutipan di katakan sudah mencecah RM 5026000. 

Jika beliau masih bersama PAS pasti tidak akan dapat kutipan sebanyak itu yang gua lupa nak tambah tanda koma dan titik... RM 50,260.00.  Gua tak tahu ler, mungkin dulu duit  dalam tabung memang banyak, sejak Nuar Tahir jadi SU PAN banyak sangat guna untuk ceramah, pasang khemah, kerusi, sewa hotel 5 star, elaun sana elaun sini, makan mewah-mewah, duit poket, duit minyak.

Apa punya bangang pandar-pandir PAN/PH dan adik angkatnya yang menjawat KM P.Pinang. Jangan ler memalukan pemimpin agung yang memimpin parti Islam yang paling suci  apatah lagi bakal mengantikan Najib/Rosmah pada PRU 14 nanti. Punya ler hebat buat kutipan di seluruh negara ditambah pula perisa jemputan sidang akhbar, hanya RM 50,260 jer baru dapat. Gua ada sikit rasa was-was bila cakap bab duit nih. 

Memang pandir-pandir PAN jenis kedekut tahi hidung masin. Macam ni nak bertanding 32 kerusi dun 8 kerusi parlimen. Bagi gua, lantak lu ler bhai asal jangan rebah sebelum bertanding sudahlah ler./GANR

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...