Translate

Mesti Baca

Rabu, 17 Februari 2016

Wanita Terkaya Dan Paling Berkuasa Cuba Membeli Tanah DBKL.

SIAPA DIA

Ramai yang tidak mengetahui berkaitan isu ini kerana kesibukan menjaja diri dan parti dari membongkar penyalahan guna kuasa melalui proksinya. Tindakannya untuk membeli hartanah milik DBKL yang di jadikan stor menyimpan dan selenggara kenderaan milik DBKL di Cheras telah di protes oleh para pemilik apartmen di sekitarnya.

Gua tidak pasti nilai yang di tawarkan kepada DBKL memandangkan stor milik DBKL cukup luas dan amat bernilai tinggi. Tidak cukup dengan memilik dirikan harta negara, sekarang cuba pula untuk mengambil alih aset negara. Memang beliau membuat penawaran tetapi duit untuk membayarnya pun milik kerajaan.

Mengikut rekod, beliau yang menggunakan proksinya akan membina kondo mewah yang bernilai jutaan bagi setiap unit. Dengan tanah yang begitu luas, gua tidak pasti berapa buah bangunan boleh di bina di kawasan tersebut. Adakah perkara ini tidak jadi atau di tangguhkan dahulu sebab terlalu banyak isu ketirisan wang milik negara sudah menjadi perbualan rakyat marhaen.

Adakah kerakusan beliau ada menjadi kenyataan jika Umno/BN mendapat mandat pada PRU 14 nanti. Yang pasti nafsu sarakahnya tentang kekayaan, pangkat dan darjat tiada siapa boleh mencegah melainkan rakyat marhaen sendiri yang boleh melakukan. Itu pun jika pemberian BR1M yang boleh bertahan 1 tahun menjadi tanda aras buat rakyat marhaen

Apa sahaja bukti yang diberikan kepada rakyat marhaen, mereka masih tidak pernah merasa serik kerana inilah yang di katakan kehebatan Melayu Pandir.  Siang malam ditipu masih pun  tetap sayang kerana Melayu yang ada hidup sekarang ini adalah Melayu Hang Tuah, bukannya Melayu Hang Jebat. Dengan slogan '1 Malaysia Rakyat Di dahulukan Janji Di Capatikan' dan 'Tidak Melayu Hilang Di Dunia' maka jadilah Melayu Pandir yang merempat di negara sendiri.

Biarlah makan sayur kangkung yang di kutip di tepi longkang, janji pemimpin kesayangan boleh makan makanan yang mahal/berkhasiat demi kesihatan pemimpin kesayangan terjaga. Kerajaan nak naik harga barang, tarif elektrik, tol dan apa sahaja cukai, kita mesti sokong kerana kita adalah Melayu Pandir amat simpati dengan kekayaan rejim yang belum lagi cukup untuk 7 keturunan.

Kalau boleh kita mahu GST di naikkan kepada 10 peratus disebabkan 6 peratus terlalu kecil jumlahnya jika di bandingkan dengan negara-negara maju. PDRM kata naik naikkan saman pasal barang mahal patut kita sokong 1000 peratus kerana duit itu pun tidak akan ke mana-mana pun, tetap berada dalam akaun pemimpin kesayangan kita nih.

Ada warga asing bertanya dan cukup pelik bagaimana rakyat Malaysia boleh mengurus kehidupan harian dengan gaji yang rendah dan di tambah pula dengan segala tok nenek cukai. Berbanding di negara mereka jika rakyat sudah membayar insuran/roadtax (sebagai contoh), mereka tidak perlu lagi membayar tol walau sepanjang mana pun tol yang di bina oleh kerajaan disebabkan mereka sudah membayar cukai.

Gua cakap kat mereka inilah kelebihan Malaysia yang di terajui bangsa Melayu yang cukup hebat di mata dunia kerana 80 peratus pendapatan bulanan mereka di serahkan kepada rejim dan apa yang mereka lihat di hadapan mata mereka seperti tumbuh-tumbuhan yang menghijau itulah makanan rugi rakyat marhaen. Semua mereka makan, dari kulit kayu sampai kepada pucuk-pucuk daun kerana itulah kerajaan tempatan menanam dan menghiaskannya di tepi-tepi jalan.

Gua kata kat mereka di Malaysia tiada masalah langsung tentang pekerjaan kerana dengan jumlah penduduk seramai 28 juta, masih ada hampir 2 juta kekosongan yang tidak boleh di tampung oleh oleh rakyat marhaen. Kerana itulah Malaysia terpaksa meminta bantuan dari negara Bangladesh agar menghantar seramai 1.5 juta warganya untuk mengisi kekosongan.

Malaysia sekarang ini sedang menghadapi krisis yang teruk untuk mencari pekerja di sebabkan kebijaksanaan Najib/Rosmah menarik pelabur asing.  Ketika ini berduyung-duyung klongmerat-klongmerat ternama dunia sedang berebut-rebut untuk menempatkan syarikat mereka ke Malaysia disebabkan kehebatan yang di tunjukkan oleh Big Ma.

Mereka ingin belajar bagaimana Big Ma boleh menjadi teramat kaya sedangkan beliau adalah lahir dalam kemiskinan. Beliau di ibaratkan seorang yang cukup hebat disebabkan apa yang yang beliau sentuh akan menjadi bernilai. Jika beliau memegang kaca, pasti ia akan menjadi permata, pegang batu jadi emas.

Lihatlah projek watermelom yang beliau usahakan di kawasan kediaman rasmi PM boleh mendapat keuntungan ratus ribu. Beliau tidak memerlukan kawasan yang cukup besar tetapi buah yang di hasilkan bernilai ribuan sebiji. Bagi kita rakyat marhaen yang makan kangkung di tepi longkang jangan kata nak merasa watermelonnya, nak dapat kulitnya pun boleh tapi dalam mimpi ler.

Gua hanya ingin kepastian berkaitan isu stor simpanan kenderaan yang cuba dibeli dari DBKL di Cheras melalui proksinya, adakah benar atau tidak kerana isu melibatkan pertukaran wang yang cukup banyak. Itu baru berkaitan dengan nilai tanah dan bagaimana pula kos pembinaanya yang mana mengikut maklumat gua setiap kondo itu bernilai jutaan bagi setiap unit di mana bagi rakyat marhaen inilah 'Kediaman Mampu Lihat'.

Jika benar ia melibatkan Big Ma, gua pasti ia akan berjaya dilakukan kerana kuasa dan kekayaan miliknya. Hanya rakyat marhaen sahaja yang boleh menghalangnya melalui undi pada PRU 14 tetapi bagi gua ia tetap menjadi sangsi disebabkan kehebatan Melayu Pandir dalam bila bab mengundi. Bila Menteri 2.85 kata BR1M RM 950-1050 dapat bertahan 1 tahun dengan hujah-hujah bodohnya pun Melayu Hang Tuah boleh percaya, Melayu Hang Jebat balik awal ler./GANR

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...