Translate

Mesti Baca

Jumaat, 22 Januari 2016

Usaha 30 Tahun Akhirnya Berhasil.




Sebelum gua teruskan menulis artikel ini, gua harap lu all yang memang dari golongan bijak pandai lagi mempunyai iman yang hebat fikir secara matang dengan kembali kepada dua perkara iaitu al-Quran dan al-Hadist. Gua bukannya sempurna seperti lu all kerana tiada yang sempurna di atas mana-mana makhluk melainkan keimanan yang menjadi saksi. Tak perlulah ler nak tunjuk yang lu lebih hebat dari siapa walau pun lu sudah sampai tahap Phd. Hujah-hujah bodoh dengan perkataan maksum usah ler sebut kerana umat Islam tahu tiada umat yang lebih maksum melainkan rasulNya S.A.W.

Setelah 30 tahun berusaha untuk menguasai PAS akhirnya berjaya tetapi nama bertukar kepada PAN. Bertetapan dengan namanya Islamic Representative Council (IRC) atau Jemaah Islamiah Syaamilah (HIS), Syaamilah (sempurna & menyeluruh) dan (MISG). IRC yang berpusat di UK dan MISG pula berpusat di USA dikatakan cukup erat dengan persatuan pelajar Malaysia di luar negara. Saari Sungip (Abu Urwah), Abdul Rahim Ghouse adalah watak penting ketika berada dalam IRC/MISG a.k.a HIS a.k.a. JIM a.k.a. IKRAM.

IRC cukup cergas pada tahun 80-90'an dalam politik negara selepas kepulangan pelajar-pelajar Malaysia dari luar negara. Walau pun nama Anwar tidak disebut tetapi pengaruhnya cukup besar dalam kesatuan tersebut kerana ramai pimpinan ABIM turut berada dalam IRC/MISG. Agenda mereka cukup besar untuk menguasai politik negara di mana mereka telah menyusup ke dalam Umno. Tetapi akhirnya ramai di kalangan mereka keluar setelah Umno menyedarinya lalu mereka beralih kepada PAS.

Sekarang mereka telah menguasai parti Islam yang paling suci lagi memberi rahmat di seluruh alam sebagaimana matlamat mereka ketika masih bergelar pelajar. 'Matlamat Menghalalkan Cara' yang sebelum itu menjadi tentangan mereka telah dikutip balik demi menyenangkan hati 'Abang Besar' mereka. Jika lu tanya gua siapa IRC, lu tengok semua pimpinan tertinggi parti PAN dan cuma  Abang Mat sahaja bukan di kalangan mereka. Ini bermakna Abang Mat mempunyai kelebihan kerana menjadi 'Pandir' kepada DAP dan PAN.

Cara kader-kader IRC bergerak ialah menaikkan nama pimpinan yang mereka rasakan boleh mengikut kehendak mereka selepas berkuasa. Semasa di dalam Umno, mereka telah menaikkan nama Anwar tetapi ia tidak disenangi oleh pemimpin-pemimpin yang sudah lama bersama Umno. Apabila tembelang mereka pecah, mereka mula beralih kepada PAS dengan melebih-lebihkan nama Haji Hadi tetapi tindakan mereka sudah di hidu lebih awal oleh PAS walau pun mereka berjaya mendapat simpati dari beberapa pimpinan tertinggi PAS.

Krisis yang melibatkan IRC ialah perpecahan dalam ABIM Perlis sehingga tertubuhnya HALUAN oleh Ustaz Dahlan Mohd Zain pada tahun 1988. Di dalam PAS pula ia melibatkan pemimpin tertinggi Pemuda, Mustafa Kader yang terlibat dalam jaring rancangan. Di Dalam organisasi PAS iaitu Harakah, Dr Daeng Sanusi telah dijadikan payung kerana membantunya membangunkan Harakah. Dalam krisis tersebut nama Dr Daeng telah terpalit dengan rancangan-rancangan mereka dari IRC.

Individu yang menentang keras penguasai IRC terhadap PAS ialah al-Marhum Ustaz Harun Taib sehinggakan satu forum telah diusahakan oleh mahasiswa di sebuah universiti di antara al-Marhum dengan Amir IRC ketika itu, Saari Sungip a.k.a. Abu Ukwah. Al-Marhum adalah seorang yang cukup tegas sebagai pemimpin PAS.

Selepas gagal menembusi PAS mereka telah menubuhkan Jemaah Islah Malaysia (JIM) pada Julai 1990 di mana pengerusinya ialah Saari Sungip sehingga 1999 semasa beliau bersama Keadilan. Walau bagaimana pun beberapa anai-anai IRC masih bersarang di dalam PAS yang mana lu all sendiri boleh andaikan. 

Pada PRU 1999, Saari Sungip bertanding di parlimen Paya Besar atas tiket Keadilan tetapi kalah dan pada PRU 2004 beliau kalah lagi bertanding di kawasan yang sama atas tiket PKR. Akhirnya pada PRU 2008 beliau memenangi Dun Hulu Klang atas tiket PAS dan mengulangi pada PRU 2013 selepas menyertai PAS. Seperti artikel gua yang lepas-lepas, gua cukup hairan bagaimana beliau boleh terlepas pandang sebagai calon kerana kemasukan semula ke dalam PAS menang satu perancangan IRC dan telahan gua ada kebenarannya.

Pada era permulaan mereka cuba mempergunakan Haji Hadi tetapi gagal tetapi apabila mereka berjaya menguasai MT PAS Pusat selepas 2008, nama Mat Sabu telah di angkat sebagai strategi mereka untuk mengambil alih kepimpinan PAS. Amat malang bila Mat Sabu yang bukan di kalangan puak IRC dan sudah lama bersama PAS, terpengaruh dengan janji-janji manis puak ini. Orang yang amat sinonim dengan perjuangan PAS sehingga sanggup mengeluarkan kata jika beliau keluar PAS, tolong campak beliau ke laut kerana ketika itu memang beliau sudah hilang akal akhirnya terpaksa telan kata-katanya sendiri.

Gua tidak pasti jika puak IRC yang mengaku sebagai sebuah Gerakan Islam dapat mengambil alih PAS. Bila matlamat menghalalkan cara sudah menjadi pegangan mereka, apa yang mereka akan lakukan. Mungkin lu boleh baca artikel yang dianggap sampah DI SINI kerana apa yang ditulis benar-benar berlaku. Nanti ada ler pandir-pandir menyanggah apa yang gua tulis kerana tidak memuaskan cita rasa kebaruaan mereka./GANR

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...