Translate

Mesti Baca

Rabu, 13 Januari 2016

Benarkah Hanya PKR Terselamat Dari Pertandingan 3 Penjuru?



Sejak tertubuhnya Pakatan Harapan ramai bijak pandai beranggapan bahawa hanya PKR dan DAP sahaja yang terselamat dari pertandingan 3 penjuru. Gua tak faham cara pemikiran yang mengaku bijak pandai terulung dalam mengulas isu politik menjelang PRU14 yang akan datang. Adakah kerana mereka fikir Tahalluf Siyasi antara PAS dengan PKRlah yang menjadi penyelamat mereka tanpa memikirkan ia hanyalah kerjasama politik yang sentiasa dikaji oleh PAS.

PH adalah kombinasi antara PKR, DAP dan PAN yang mana dua parti dalam pakatan itu sudah menjadi musuh PAS seperti Umno/BN. Pada PRU14 nanti PKR akan bertanding atas tiket PH walau pun masing-masing menggunakan logo parti sendiri. Ini bermakna PAS akan bertembung dengan BN, PH dan juga PKR. Gua cukup sokong jika PAS bersendirian, baru boleh tengok bagaimana keadaan PKR bagai cacing kepanasan.

PAS pasti akan mengkaji semula kerjasama politik dengan PKR di atas dasar pengkhianatan PKR Selangor memberi kerusi PBT kepada kepada penyamun yang melarikan kerusi milik PAS. Tindakan Azmin telah mengecewakan PAS kerana terlalu gopoh tanpa memikirkan sumbangan PAN yang belum teruji di dalam pilihan raya. 

Lepas ni ada ler yang maki hamun gua dengan hujah-hujah bodoh kononnya kerusi yang dicuri penyamun dari Amanah adalah milik pakatan. Gua tak nampak PAS akan memberi laluan mudah kepada PKR yang bermuka-muka untuk menang selesa tanpa gangguan. Ketua penyamun sudah mengeluarkan arahan kepada macai-macai agar bekerja 16 jam sehari sehingga tiba PRU14. 

Mereka juga akan bertanding di 15 dun yang dimenangi oleh PAS pada PRU13 yang lepas. Hebat juga dengan ketua yang menyuruh ahli PAS buang beliau ke laut sekiranya beliau keluar dari PAS kerana ketika itu beliau memang sudah mengidap penyakit mental. Bukan gua buat fitnah tetapi kata-kata itu telah beliau ucapkan beberapa kali di dalam ceramah semasa masih bergelar timbalan presiden PAS. Beliau boleh lupa tetapi ahli-ahli PAS tidak akan lupa kerana itu adalah satu arahan dari bekas timbalan presiden.

Buat main hebat angan-angannya untuk mengganti PAS sedang ketika berada di dalam PAS, beliau sentiasa diberi kerusi paling selamat tetapi tetap kalah. Gua cukup hairan dengan Bang Mat nih, kenapa kerusi selamat milik PAS pasti akan kalah jika beliau menjadi calon. Semua kawasan yang ditandingi PAS akan bertembung dengan PAN, parti Islam paling suci lagi rahmatul alamin tetapi menolak Hudud. 

Hati DAP mesti dijaga jika mahu dana terus mengalir masuk dalam akaun kerana kata-kata Tuan Guru Lim mengatasi segala hukum. Bila gua kata DAP anti Islam bukan main melalak barua-barua minta gua buktikan. Yang melalak minta bukti tu tak pernah minta tolong dari pakcik google ker sampai suruh gua senarai satu-satu. Gua nak tanya sikit jer kat barua yang bertanya, lu ada saham dalam DAP ker sampai lebih DAP dari DAP sendiri.

Sekarang kerja DAP lebih senang dengan wujudnya parti barua dan G25 yang mengaku hebat lagi bergelar. Nak cakap tentang Islam tetapi jahil nak mampus bab hukum hakam. Gua cadangkan mana-mana Islam celup kalu nak buat maksiat lu tak payah sewa bilik hotel, lu gi jer rumah Geng25 pasai mereka memang akan bagi guna rumah mereka untuk Islam celup buat maksiat.

Gua ucapkan selamat berjaya buat PKR dan barua DAP yang bakal mengambil alih Putrajaya selepas PRU14 nanti. PAS ternyata sudah tidak relevan buat mereka kerana parti barua DAP pasti akan mengisi semua kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PAS dengan cukup mudah. Barua DAP akan mengikut kemana sahaja PAS kerana Bang Mat dah kata partinya lebih kuat, bagus dan segala-galanya hebat. 

Mana parti barua nih dapat dana banyak sangat untuk bayar kuli-kuli yang dah mula kerja 16 jam sehari 7 hari seminggu dan itu belum masuk untuk bertembung dengan PAS yang bertanding banyak kawasan. Percayalah tindakan PKR yang baru memeterai perjanjian dengan DAP dan PAN akan memakan diri sendiri kerana PAS tidak sebodoh yang disangka mereka. Gua tak nafi kemenangan PAS menawan Kelantan, Terengganu dan Kedah kerana adanya S46, DAP dan PKR tetapi adakah DAP menawan P.Pinang tanpa bantuan PAS.

Lu all suka lu baca tapi kalu nak komen biar cerdik sikit kerana teruk-teruk blog gua dengan propaganda DAP anti Islam pun sudah dijadikan logo di laman siber. Gua sedang siapkan artikel gua tentang siapa sebenarnya pemimpin Amanah dan tembelang mereka yang ramai sudah lupa. Mungkin yang dok bertenggek di blog gua masih berhingus atau mak bapak mereka masih lagi tengah bercinta. 

Gua cukup seronok bila ramai dok maki hamun gua tapi gua sikit pun tak marah kerana lu memang jahil. Gua ingat blog gua sudah dibangku sampahkan oleh para pemuja musuh Islam rupa-rupanya ada juga 2-3 peminat. Gua nih suka jolok sarang terbuang, biar yang tak setuju dengan tulisan gua bertambah-tambah sakit hati bila baca. Sorry bro, gua bukan barua PAS atau mana-mana pemimpin kerana apa yang gua tulis mengikut apa yang gua perhatikan.GANR

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...