Translate

Mesti Baca

Jumaat, 8 Januari 2016

Gua Tergelak Besar....


Gua tak pasti ini hasil kajian saper tentang PRU14 yang bakal diadakan selepas mandatnya tamat. Mengikut kajian mereka, PH yang dimonopoli Dap dengan bantuan PKR dan Amanah akan dapat menawan Putrajaya. Mungkin macai-macai yang buat kajian tengah mabuk pil kuda dan di perbesar-besarkan oleh blogger-blogger pegat.

Gua tahu ler ramai blogger sudah menjadi barua sejak tertubuhnya parti Islam yang masih suci sesucinya walaupun majoriti kerusi yang mereka miliki hasil rompakan dari PAS. Nak jadi barua pun agak-agak ler bro walau pun tiap bulan akaun bank penuh tapi jangan sampai pelacur politik demi menjaga hati tok wali lu all.

Mereka buat kajian yang blogger upahan duk pakat-pakat percaya ialah Umno/BN akan kehilangan sokongan 20-50 % di mana para penyokong Umno mengundi PAS dan Amanah yang dikatakan parti Islam paling suci yang pernah wujud di Malaysia. 20-55 % penyokong PAS pula akan bertukar arah dengan memberi undi kepada Amanah.

Bagi gua sokongan Melayu Umno akan berpecah sehingga 50 % mungkin boleh diterima tetapi betul ker yang mereka akan memangkah PAN yang telah nyata di hadapan mata mereka adalah barua Dap. Gua berani kata yang penyokong Umno tidak akan sesekali memberi undi kepada Amanah dan jika ada pun mungkin tak sampai 2 % sahaja.

Adakah Melayu semakin bodoh untuk memberi kemenangan kepada PH walau pun ramai yang membenci rejim kuku besi Najib/Rosmah. Cerdikkah Melayu untuk memberi undi kepada Amanah yang terang-terangan parti balaci Dap yang amat memusuhi Islam. Segala tindakan Amanah sejak disahkan sebagai parti politik oleh RoS sentiasa di perhatikan. 

Rakyat melihat bagaimana tindakan Amanah bila berkaitan dengan kuasa yang belum lagi teruji sudah menunjuk sikap tamak dan penting diri tanpa memikirkan keadaan kesusahan rakyat marhaen yang semakin terbeban hasil dari salah urus, salah guna kuasa dan rasuah dibawah rejim Najib/Rosmah, pemerintah yang paling boros  sehinggakan negara menjadi muflis.

PAN adalah parti politik yang paling suci lagi memberi rahmat di seluruh alam inilah yang sanggup menjadi pelacur demi sedikit imbuhan dari parti paling memusuhi Islam. Cakap bukan main besar yang mana mereka akan mengantikan PAS hakikatnya inilah parti paling pengecut yang sanggup mencuri kerusi milik PAS. Lihatlah ketamakan mereka di Selangor untuk menyingkirkan PAS sedangkan PAS bertanding di atas nama PR bukannya Pakatan Haram.

Bila PAS menawarkan diri untuk menasihat kerajaan dalam urus tadbir, mereka dengan sombong menyerang Haji Hadi dengan gelaran 'Punasihat 30 persen'. Sekurang-kurangnya PAS memainkan peranan untuk membantu rakyat yang sekarang ini kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Apa yang parti Islam paling suci ini buat, buat demo kerana kerajaan nak tukar nama tol mungkin akan banyak membantu rakyat. 

Buat demo bantah tukar nama tol, memang lawak class dunia bertetapan dengan pemimpin yang bertaraf dunia. Inilah kehebatan mereka yang memiliki  ulama luar biasa yang mengeluarkan fatwa sumpah bai'ah talak tiga terlerai dengan sembelih seorang kambing.

Kalau rasa dah hebat dan dibarisi pemimpin hebat-hebat, cuba ler test market satu dun yang dicuri. Mungkin boleh mula di Kelantan tempat Wan Rahim yang  takut/bangga namanya akan mencatat sejarah sebagai individu yang meruntuhkan kerajaan yang sinonim dengan TGNA. Tidakkah hebat setiap kali keluar kenyataan dari mulut-mulut para pengkhianat ini pasti melibatkan sikap riak yang tak sudah.

Buat blogger upahan pula jangan terlalu selesa sangat ketika setiap bulan duit masuk dalam akaun kerana Dap sudah mula hilang keyakinan terhadap peranan PAN untuk merampas kerusi-kerusi milik PAS pada PRU14 nanti. Didalam Dap pun sudah mula berlaku pergeseran antara dinasti Lim dengan pemimpin yang mahukan Dap kembali kepada yang asal. 

Mereka melihat kekuasaan dinasti Lim sudah tidak boleh ditegur kerana ia sudah menjadi parti anak beranak. Apatah lagi dengan menaja Amanah yang dilihat akan mengurangkan sokongan dan campur tangan dinasti Lim terhadap Islam sudah melampau batas. Begitu juga dengan PKR yang sudah mula menjauhkan diri dari PAS. 

Pemberian jawatan PBT kepada PAN tidak patut berlaku kerana Selangor ditawan atas nama PR bukan PH. Adakah PKR sudah mula merasa yang mereka sudah cukup hebat tanpa sokongan PAS sejak wujudnya Amanah. Bagi gua PKR sudah mula bermain api dengan PAS, parti yang paling banyak membantu PKR. 

PKR kena faham yang PAS sudah lama melawan BN berseorangan, kalah menang sudah menjadi asam garam tetapi bolehkah PKR menerima kekalahan. Jika orang kata bila PAS berseorangan pasti Kelantan akan tumpas tetapi adakah mereka mengambil kira kedudukan PKR di Selangor dan Dap di P.Pinang boleh bertahan tanpa PAS walau pun mereka menyedapkan hati dengan wujudnya PAN. Sedangkan PAN sendiri sedang bergelut untuk mencari ahli sehinggakan mereka sanggup melakukan perkara tangkap muat tanpa pengetahuan tuan tubuh sendiri.GANR

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...