Translate

Mesti Baca

Rabu, 9 Mac 2016

Hebat Betul Politik Fizi Si Langkah Kajang.


Rafizi n Hanipa
Sedang berbisik dengan pakar rujuk tertinggi TGAA tentang Islam kerana beliau menang banyak kes di mahkamah sekular. Sama hebat, seorang tukang kira parti orang dan seorang lagi pakar rujuk ulama tersohor dunia.

Gua tertarik dengan kenyataan terbaru budak Fizi yang cuba mengakauntankan tentang PAS yang mana ia lebih kepada satu serangan terhadap PAS dan presidennya yang tidak bersama-sama dengan geng profesional terulung dan ulama luar biasa dalam majlis Che Det memperbodohkan pembangkang walau pun menghantar wakil 2 wakil. Kalu tanya gua, memang gua 101 peratus tidak setuju dengan tindakan PAS itu.

Bila kelibat Haji Hadi dan kenyataannya tentang PAS yang lebih selesa dengan blok ke 3. Kerana itulah beliau mengeluarkan buka 555 (buku hutang) tentang pendirian PAS dan menggunakan penuh kemahirannya tentang bab kira-kira peratusan. Kajian yang bukan beliau lakukan jika membaca akan peratusan-peratusan dan pembahagian kelompok dalam PAS bersumberkan kajian yang di beli dari pihak ke 3.

Adakah beliau merasakan kepakarannya dalam akauntan boleh di samakan dengan politik cacamarba oleh pemerintah mahu pun para pandir-pandir yang mengaku hebat. Beliau cuba menonjolkan bagaimana hebatnya dalam bidang politik walau pun idea 'Langkah Kajang' bertukar menjadi 'Langkah Penjara Sungai Buloh'. Percaturan beliau akhirnya telah memakan diri sendiri dan parti PKR kerana bila seorang akauntan membuat kajian tentang politik cacamarba tanpa asas yang kukuh.

Kajian beliau tentang pembahagian kelompok dalam PAS dalam era Haji Hadi lebih kepada mencampuri urusan PAS dan menyerang presidennya secara halus. Gua rasa beliau tidak layak menegur pendirian PAS kerana beliau patut cermin diri sendiri kerana PAS tidak mengkhianati PR dalam kerajaan Selangor. Beliau kena ingat Selangor menang atas nama PR bukannya PH. 

Kenapa PKR mengkhianati PAS dengan memberi ruang kepada PAN beberapa kerusi majlis perbandaran, apa jasa PAN kepada Selangor dalam PRU13 sedangkan PAN adalah satu golongan pengkhianat yang mencuri kerusi PAS. Lu nak mampus bersama PH dalam PRU14, itu adalah masalah lu tetapi jangan mengkambing hitamkan PAS dalam isu MB Selangor yang gagal kerana lu adalah mastermind.

Bila ada suara kata Fizi budak hingusan yang cuba berlagak pandai, bukan main lagi para blogger-blogger pandir cuba memutar belitkan fakta. Fakta yang biasa dan sentiasa akan di spin balik kepada PAS. Tindakan jahat dengan menuduh PAS mempertahankan Najib/Rosmah memang amat memualkan tekak gua. Bila beliau menyebut yang PAS banyak menyerang PAN atau PH benar-benar menunjukkan murahnya budak yang mengaku hebat nih. Betul ker PAS menyerang PAN dan PH, jika betul pun memang patut pun kerana pengkhianat lebih jahat dari musuh PAS sendiri.

Baca di laman siber bagaimana sudah tiada lagi blogger-blogger yang menyokong PAS dan siang malam dok hentam PAS. Hampir 80 peratus mereka akan ada-adakan cerita fitnah demi menjadi blogger pandir berbayar. Lu tanya blogger kotok hija  yang kerjayanya ialah menulis dan spin segala kenyataan PAS. Yang paling wajib di spin dari setiap patah perkataan adalah Haji Hadi kerana beliaulah musuh yang mesti di jatuhkan dan di aibkan. 

Harap sejak jadi blogger pandir PKR yang di bayar, bolehlah beliau langsaikan duit Trangganukite bukan sikit ribunya yang di ambil secara tidak amanah ketika menjadi pembantu webmaster ketika itu. Hari-hari dok spin cerita PAS, so boleh ler spin sikit citer tentang duit tu yang mungkin akan spinkan yang duit tu adalah duit derma dari Songkok Putih.

Harap PKR dan Fizi politikus terulung jaga ler parti lu sendiri dari mencampuri urusan parti PAS kerana PRU14 nih PKR dan barua DAP kena kerja kuat sikit jika mahu terus kekalkan Selangor. Dari apa yang gua tahu, akar umbi PAS Selangor sudah hilang kepercayaan terhadap PKR dan mereka mungkin tidak lagi menjadi jentera PKR walau pun PAS masih masih bersama dengan PKR.

Bagi gua pula, gua tidak nampak akan keperluan untuk PAS bersama dengan PKR selepas parlimen bubar kerana mereka sudah mempunyai sekutu hebat-hebat dalam PH. Mereka dengan penuh yakin untuk menawan Putrajaya tanpa PAS dan mereka juga yakin akan merampas Kelantan dan semua kerusi yang di miliki atau yang akan di tandingi PAS. 

Dana PAN pula cukup banyak untuk menyaingi di mana PAS bertanding walau pun kutipan derma untuk Abg Sabu pelahan, ia hanyalah strategi politik tertinggi mereka untuk menipu PAS yang mereka tiada dana. Untuk memastikan berita itu betul maka gua telah menyemak semua akaun bank-bank dalam dan luar negara milik PAN. Memang betul mereka memiliki simpanan di dalam bank-bank tetapi selepas tolak kesemua milik menyimpan dan bank, bakinya semuanya milik PAN.

Nasihat gua buat budak Fizi pula, baik lu kira peratusan ahli PKR, PAN dan DAP, berapa peratus yang masih yakin dengan PKR, sokongan penubuhan PAN, peratusan yang tidak berpuas hati dengan tindakan bodoh memberi kerusi majlis perbandaran PAN yang tiada jasa, menikam PAS dari belakang, lebih mementingkan PH dari hubungan dengan PAS, menidakkan jasa PAS terhadap PKR dan berapa peratus yang masih percaya PKR/PH akan dapat mengekalkan Selangor tanpa PAS. 

Hentikan kebodohan lu yang lebih suka menyelidik, mencampuri urusan PAS dan lebih baik lu jaga PKR yang semakin nazak. Jika dah rasa PH dah terlalu hebat, yakin sebagai pengganti BN pada PRU14 nanti, persetankan PAS. Bukankah PAS sudah penghujung masa setelah keluarnya ahli PAS secara beramai-ramai sehingga semua cawangan sudah lumpuh di sebabkan mereka lebih selesa dengan para profesional terulung dunia dan di bantu pula oleh ulama-ulama yang terlebih luar biasanya.

Bagi gua, lebih baik Fizi menyelidiki berkaitan partinya sendiri dari berhabis duit mengupah Ngo membanci tentang PAS, akar umbi dan presidennya. Apa yang gua tahu PKR sekarang ini mempunyai banyak blok dan krisis kepimpinan berbanding dengan PAS yang sudah di kuburkan oleh G18 a.k.a. Mat Sabu a.k.a. PAN.

Kerana kekuatan yang ada pada PAN sebagaimana janji PAN yang membuatkan DAP dan PKR cukup sayang dan selalu menjaga hati para pemimpinnya. Mereka cukup tahu tanpa sokongan PAN dengan keahlian hampir 2 juta dan jentera mereka yang dipelusuk ceruk, gerak kerja yang bertaraf dunia pasti sukar untuk menawan Putrajaya.

Blok yang menyokong Azmin, blok penentang beliau, blok yang marah kerana bersama PH, blok yang ingin PAS di singkirkan, blok yang mahu PKR lebih rapat lagi dengan PAS, blok senyap yang sedang mencaturkan pimpinan baru, blok yang ingin Zizah letak jawatan. Sebenarnya banyak lagi yang blok-blok dalam PKR yang patut Fizi fikirkan kerana beliau sendiri pun tunggu masa jer nak kena cantas.

Nanti ada ler pandir-pandir kutuk gua suruh tukar tajuk blog gua bila kononnya gua sokong rejim Najib/Rosmah. Bila pemimpin politik pembangkang yang berpuluh tahun hebat di atas pentas ceramah menentang rejim BN tiba-tiba menjadi lembu Che Det. Sedar ler yang Che Det telah memperbodohkan pemimpin pembangkang dengan deklarasinya. Beliau tahu tidak mampu mengumpul ramai pemimpin Umno/BN maka beliau melihat akan kegilaan PH nak rebut Putrajaya maka kesempatan ini diperggunakan oleh orang paling memusuhi pembangkang di era 22 tahun rejimnya.

Beliau tahu yang pemimpin Umno/BN tidak akan menabur pasir dalam periuk nasik mereka dengan menyokong deklarasinya. Adakah pembangkang mengira Che Det akan membantu mereka pada PRU14 dengan membaruakan diri pada Che Det. Usah ler nak menyedapkan diri kerana dekralasi Che Det tetap untuk Umno sampai mampus. Umno baru itu beliau yang menubuhkannya dan beliau juga ahli pertama Umno Baru selepas Umno 46 di haramkan.

Gua ingat politikus pembangkang semakin lama berjuang semakin hebat ler karisma mereka tetapi realitinya mereka hanyalah politikus picisan yang boleh di beli dan di baruakan dengan sedikit imbuhan dengan melacurkan diri kepada bidaan tertinggi. Kerana itulah bagi mereka, siapa yang tidak bersama dengan Che Det dengan deklarasinya akan di anggap sebagai menyokong rejim Najib/Rosmah dan ingin berUG dengan Umno.

Adakah mereka sedar bahawa merekalah yang sedang berUG dengan Umno tetapi dalam blok Che Det yang hanya ingin mengantikan Najib/Rosmah. Jika ianya benar berlaku penganti Najib/Rosmah tetap dari Umno. So, ratib UG yang di tuduh terhadap PAS siang malam sejak 2008, akhir terkena ke batang hidung yang menuduh. Majoriti profesional dalam PAS yang menuduh parti mereka ingin ber UG dengan Umno adalah orang yang sama berada dalam majlis deklarasi Che Det. Yang menuduh akhirnya terpaksa menelan ludah mereka kembali./GANR

1 ulasan:

888jackaroo berkata...

hi bro...

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...