Translate

Mesti Baca

Selasa, 2 Februari 2016

Apabila Si Harum Manis Mengidap Sindrom Mahatdirisme.

GANR

Sindrom Mahatdirisme telah menjangkiti si Harum Manis yang cantik diluar tetapi rosak di dalam. Tiada satu pun yang betul bagi beliau setelah tiada lagi jawatan dalam kerajaan negeri. Apatah lagi dengan kekecewaan untuk menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri yang di janjikan oleh Bro Anwar jika Pakatan menang pada PRU 13 yang lepas tidak kesampaian. 

Anak didik al-Marhum TGNA yang diharap boleh memimpin PAS pada masa hadapan. Beliau amat di sayangi oleh al-Marhum sehinggakan jika ada wartawan bertanya tentang batang tubuh Harum Manis, al-Marhum terus bertenaga menceritakan kebaikannya kerana beliau diakui amat disayangi oleh al-Marhum. Tetapi apakan daya di akhir hayat al-Marhum beliau telah mengecewakan gurunya yang menantang minyak yang penuh sehinggakan al-Marhum keluar dewan bila Harum Manis menghentam kerajaan negeri.

Dari SU kepada Adun dan diangkat menjadi Exco paling kanan walau pun ramai lagi yang lebih layak darinya. Semasa berkuasa tiada siapa yang berani membantah idea-ideanya kerana hormat kepada TGNA. Sekarang beliau secara terang-terangan menyerang kerajaan Kelantan dan PAS setelah tiada kuasa dan tempat bergantung. Semua yang kerajaan Kelantan lakukan tiada satu pun yang betul melainkan salah dan salah.

Gua boleh katakan yang beliau sudah berubah hati dari PAS kepada PAN tetapi tidak melepaskan jawatan kerana terikat dengan Bai'ah kepada PAS. Beliau tahu yang beliau sudah tidak lagi popular di kalangan akar umbi PAS dan yang pasti namanya mungkin tiada senarai sebagai calon PAS baik di dun mahu pun parlimen. 

Serangan-serangan beliau yang bertali arus terhadap kerajaan Kelantan dan pimpinan PAS hanyalah taktik agar beliau dipecat keahlian. Dengan pemecatan itulah beliau terlepas dari Bai'ah tetapi gua tak nampak PAS sebodoh itu untuk memberi jalan mudah kepada si Harum Manis. 

Harum Manis rasa beliau cukup hebat untuk meremehkan segala gerak kerja kerajaan Kelantan sehingga sanggup menjadi saksi syarikat yang menyaman dua anak syarikat kerajaan Kelantan berkaitan Lebuh raya Rakyat sebanyak RM 230 juta sedangkan beliau adalah pengerusi salah satu anak syarikat itu, beliau juga bekas Exco dan arkiteknya ketika itu.

Sekarang beliau menyerang timbalan menteri besar dan setiausaha agung PAS kerana di tuduh gagal membawa usul pindaan akta 355 ke parlimen. Sedangkan sebagai bekas Exco kanan, beliau lebih mengetahui akan prosedurnya tetapi beliau lebih selesa menyalahkan orang lain dari memberi idea. Mungkin kerana sifat Harum Manis yang hijau di luar tetapi oren di dalam membuatkan pemikiran semakin pendek. 

Jika beliau seorang yang beramanah, mungkin beliau boleh menjawab bagaimana senarai projek cetusan beliau boleh rugi dari mencari kesalahan orang lain. Bagaimana beliau boleh mewujudkan terlalu banyak projek yang membawa keuntungan berbilion kepada kerajaan negeri Kelantan Di atas kertas boleh ler tengok keuntungan yang beliau janjikan tetapi hanya sekadar melihat, bila gagal beliau cuba menyalahkan orang lain dengan harapan kerugian yang beliau lakukan tidak diketahui. Di bawah adalah senarai projek-projek beliau cuba beliau sembunyikan.
  • Projek Kambing Jamnapari
  • Projek Tanaman Tepu, Gua Musang
  • Projek Pelabuhan Darat, Kuala Krai
  • Pusat Peranginan Tasik Kwong, Rantau Panjang (RM1.5 bilion)
  • Pelabuhan Pantai Sri Tujuh, Tumpat
  • Projek Agro Tourism, Jeli
  • Pusat Pelancungan Danao, Tok Uban
  • Bandar Perikanan Tok Bali
  • Bandar Baru Pengkalan Kubor
  • Projek Stadium Baru
Sekadar hanya beberapa projek cetusan idea hebat si Harum Manis yang hebat di sebut tetapi sakit mata memandang. Memang projek-projek yang bernilai ratusan juta sehingga bilion memerlukan kerja berpasukan, kenapa beliau tidak menyebut langsung projek-projek ini. Sindrom Mahatdirisme sahaja berpegang jangan sebut kegagalan tetapi sebutlah kejayaan-kejayaan berulang kali. Inilah sikap kecewa orang yang gila kuasa dan biarkan ia kerana tiada membawa mudarat bagi yang tahu./GARN

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nilah masalah walaunta, bila ditanya perlaksanaan hudud perlu berhati2 & masa yg sesuai dikatanya menolak hukum islam. Semua org dikapirnya,dibaruakan. Sebagai pemimpin Islam takperlu takut dgn kapir tapi janganlah berfikir guna siku dan kepala lutut.Apabila ditegur jawab sesuai dgn sarban besar dan janggut yg panjang. Jangan sampai sunnah tu menjadi fitnah.

Tanpa Nama berkata...

Pan tidak akan memasukkan hudud dlm manifesto ph...harap maklum

Tanpa Nama berkata...

Dap ditaati islam ditapak kaki

Tanpa Nama berkata...

Cakap dgn fakta bukan auta

Tanpa Nama berkata...

betul kalau nak menuduh pan taat dap ni perlukan fakta.Datok husam tuduh presiden nak bekerjasama dgn umno pun dengan fakta,cuma yg dituduh tu diam memanjang.....tapi sekarang dah timbul isu taawun iaiatu bekerjasama..Senarai projek yg disebut idea datok husam sebeanarnya telah berjaya sperti pokok gaharu di gua musang.sekarang ni pokok tu tak boleh ditebang lagi sbb tak sampai umur sekurangnya 20 thn.Projek kambing berjaya,coba tengok seorang ibu tunggal yg sekarang ni sudah mempunyai berpuluh ekor yg asalnya cuma beberapa ekor saja.Jgn tengok pd yg tek berjaya.Projek2 lain tu dlm perancangan yg memerlukan keewangan yg tinggi.semua tu akan berjaya kalau dpt royalti.Jadi jgn buat tuduhan begitu sebab org kelantan tahu perkara ni.Selama ni dgn kepakaran yg ada pada dato husyam membolehkan kelantan bergerak walaupun tanpa bantuan pusat tapi sekarang macamana keadaan ekonomi kelantan?Hutang guru yik 14.6 juta tu bila nak bayar?Mari dok kelantan nanti tahulah keadaan tadbir urus kerajaaan negeri.Kalau dulu masa tok guru,negeri miskin tapi rakyat kaya tapi sekarang negeri dan rakyat semakin miskin,yg semakin kaya hanyalah pemerintahnya iaitu dari exco sampai MB terutama sekali TIM.MB...

Tanpa Nama berkata...

Dimana hala tuju kamu bersama orang Islam ke orang Kafir. Ingat orang islam walau paling jahat sekali pun selepas dibakar api neraka akan masuk syurga juga akhirnya kerana tidak syirik, tapi orang kafir walau sebaik mana sekali pun membantu islam dan sebagainya akan tetap kekal dineraka kerana mereka berdosa besar iaitu syirik kepada Allah penciptanya. lu fikirlah sendiri

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...