Translate

Mesti Baca

Ahad, 30 Oktober 2016

RUU 355 : Bila MP Bangang Memperbodohkan Pengikut Mereka

GANR

Sejak isu RUU 355 di bentangkan di parlimen, gua lihat bagaimana mentaliti MP-MP semakin terserlah kecelakaan mereka bersama berita karut-marut untuk pengikut setia mereka yang sudah bodoh pun. Mereka bagaikan anjing menyalak bukit demi menyedapkan hati tuan-tuan (Abang Besar) yang membela mereka dengan sokongan wang ringgit. Mereka sendiri yang melabelkan diri mereka sebagai pemimpin terulung dunia bersama ulama luar biasa tetapi mereka tetap di cap sebagai barua kepada Abang Besar mereka yang dari dulu lagi amat memusuhi Islam. 

Mereka yang mengaku bahawa parti merekalah yang paling Islam, suci lagi memberi rahmat ke seluruh alam demi untuk sedikit imbuhan dunia dari Abang Besar. Dengan imbuhan inilah mereka menjadi lembu dicucuk hidung kerana mengurangkan sikit propaganda terhadap PAS. Bila PAS membawa RUU 355 ke parlimen, mereka paling ke depan menentangnya sedangkan mereka sendiri memberi sokongan 100 peratus ketika mereka menduduki kerusi-kerusi penting di dalam PAS. 

Bila keluar PAS kerana dijatuhkan oleh perwakilan/pemimpin, pegangan Islam mereka berubah 360 darjah hasil dari tarbiah dari Abang Besar dan PKR yang masih memiliki sisa-sisa Umno mereka. Berbagai-bagai kebodohan di tonjolkan demi menghalang RUU 355 terlaksana dengan menjelajah ke seluruh negara menipu pengikut-pengikut setia mereka yang sememang bodoh dan memutar belitkan fakta.

Kalau dah jenis pengkhianat, sudahlah kerusi PAS di curi mereka tetap bercakap besar dengan memutar belit fakta dan pengikut yang dah bodoh tetap mengangguk-angguk walau pun mereka sendiri tidak tahu apa sebenarnya RUU 355. Perkara yang paling bodoh ialah menyerang Presiden PAS yang membawa usul ini. Adakah cerdik menyerang badan tubuh Haji Hadi yang membawa usul ini kerana pindaan ini adalah dari DUN Kelantan yang di wartakan pada 1993/2015 dan sebagai Presiden PAS paling layak mengusulkan di parlimen.

Adakah memang betul para pengkhianat ini jenis bodoh sombong sehingga memanggil RUU 355 adalah RUU 355 Haji Hadi. Macam cerita dongeng dari pengkhianat/ penyamun mereka cerita keluar PAS bermakna keluar Islam. Lihatlah bagaimana jahatnya mereka menuduh  PAS itu agama sedangkan PAS hanyalah parti politik yang berteraskan Islam dengan al-Quran dan Hadis sebagai dasar yang tidak boleh dijual beli macam parti para pengkhianat.

Lebih malang ialah lebai malang yang memiliki Phd mengatakan RUU 355 merugikan umat Islam kerana hanya yang beragama Islam sahaja di hukum dan bukan Islam akan terlepas bila melibatkan zina. Tanpa mereka sedari yang mereka telah memuja Sekular dari Islam yang mereka anuti. Apabila Haji Hadi menyatakan yang mereka boleh memilih hukum Islam atau hukum sivil, mereka cuba menunjukkan simpati betapa tidak adilnya RUU 355 kepada penganut Islam.

Maka melolong-lolonglah para Islam baka dan keturunan menyokong Abang Besar yang sudah lama bersembunyi sebagai parti paling anti Islam. Pendokong Abang Besar bukannya calang-calang manusia sehingga diangkat sebagai pemimpin terulung dunia dan ulama luar biasa. Macam sekor minah yang melaungkan aku ni Melayu lagi Islam menentang RUU 355 walau pun yang asas (memakai tudung) tak terdaya melakukannya. Apakah mereka tidak sedar bagaimana keadaan umat Islam di Singapura yang di perintah oleh Bapak Abang Besar.

Sepatutnya mereka tanya Abang Besar yang majoritinya Kristian, adakah mereka benar-benar mengikut hukum yang terkandung di dalam kitab Perjanjian Lama (Taurat) dan Perjanjian Baru (Injil) yang mana hukum zina lebih keras daripada hukum Islam. Bacalah sejarah bagaimana kaum Yahudi yang cuba mempermainkan Rasulullah S.A.W berkaitan hukum bunuh yang dikenakan di mana Rasulullah S.A.W memberi mereka pilihan memilih hukum Islam atau hukum mengikut hukum kitab mereka sendiri di mana tembelang mereka terbongkar oleh pendita mereka yang memeluk Islam bahawa didalam adanya hukum bunuh di dalam kitab mereka.

Tentang zina pula lebih keras hukumnya berbanding dengan hukum Islam di mana hukum Islam memerlukan 4 saksi yang bukan fasik yang pasti sukar untuk di cari kerana ramai sangat yang mengaku Islam tetapi belum tentu cukup syarat-syaratnya apatah lagi dari golongan barua-barua Abang Besar yang terulung lagi luar biasa.

Nabi Isa AS bersabda jangan berzina yang di kutip dari Sepuluh (10) Perintah Tuhan dalam kitab Taurat tepatnya 20:14, "kemudian Yesus juga memberi peringatan agar umatnya tidak berbuat zina: Tetapi aku berkata kepada kamu: Setiap orang yang memandang perempuan serta menginginkannya, sudah berzina dengan dia di dalam hati. Maka jika matamu yang kanan menyesatkan engkau, cungkil lah dan buanglah itu, kerana lebih baik bagimu jika satu dari anggota tubuhmu binasa, dari pada tubuhmu dengan utuh di campak ke dalam neraka". Matius 5:28-29.

Itu hanya sedikit sahaja yang mereka sembunyikan untuk menunjukkan yang agama Abang Besar (Kristian) adalah agama kasih sayang di mana perlembagaan sekular Lord Reid yang di wasiatkan kepada anak emas mereka agar di pertahankan sampai mampus selepas tampak pemerintahan di tinggalkan kepada Melayu/Sekular. Sebelum yang mengaku merekalah Islam tulen lagi terulung menentang RUU 355 yang memiliki Phd (Dr Sampah) menentang, mereka patut rujuk kepada kitab-kitab berbagai agama berkaitan moral.

Bagi gua yang tak ada Phd atau terulung lagi luar biasa, biarlah gua berhukum dengan hukum agama gua dan gua langsung tak dengki dengan bukan Islam yang memilih hukum penjajah. Biar gua rebah dengan agama gua dari gua gadai akidah gua dengan perlembagaan celaka peninggalan penjajah. Gua tak rugi apa-apa pun sebagaimana PAS tidak rugi bila ada yang menentang kerana sekurang-kurangnya mereka sudah menunaikan amanah mereka kepada masyarakat di mana mereka tidak di soal di Padang Mahsyar. Buat umat Melayu/Islam yang menentang dan berbagai alasan diberikan demi mengagalkan RUU 355, persetankan./GANR

Rabu, 18 Mei 2016

Ego Pandir Belaan Yang Mengaku Hebat


Selepas PRN Sarawak yang memperlihatkan betapa hebat janji berhitam putih 3 parti pembangkang terkuat yang pernah wujud iaitu Pakatan Harapan yang dimiliki bersama antara DAP, PKR dan PAN. 7 teras utama yang diumum wakil ketiga-tiga parti yang berada di dalam PH dengan memperlekehkan pakatan yang diwujudkan sebelum PH iaitu Pakatan Rakyat dengan menendang jauh 'Setuju dengan tidak bersetuju' yang di anggap tidak sesuai. 

Walau pun di anggap rapuh para pandir-pandir ternama PR tetap bertahan lebih sepenggal sebelum DAP merasakan mereka terjerat dengan perjanjian 'setuju dengan tidak bersetuju' dengan PAS. Serangan demi serangan ditujukan terhadap batang tubuh Presiden PAS demi mengambil hati kaum Cina. Bukan setakat di luar malah broker-broker DAP dan PKR yang mengawal MT PAS Pusat turut di gerakan demi mengawal PAS. 

Satu pakatan profesional di dalam PAS dibentuk pada Muktamar Pemilihan PAS dengan meletakkan semua calon dari peringkat Presiden sehinggalah semua jawatan MT. Dengan bantuan dana yang cukup besar di salurkan oleh DAP untuk memenangkan para pandir-pandir belaan. Malah DAP memainkan peranan dengan menyerang secara terang-terangan dari luar dengan pandir yang berada di dalam PAS mula memainkan peranan mereka mengikut arahan dari tokong besar mereka. Akhirnya semua pandir-pandir yang menjadi broker DAP tumbang sekor demi sekor.

PAS telah hancur berkecai bila pandir-pandir belaan tokong besar cuba membeli parti KITA tetapi gagal kerana harga di luar kemampuan lalu para pandir mengambil alih Parti Pekerja yang ideologinya Sosialis. Untuk mengantikan PAS sebagai parti Islam maka di ubah ideologi Parti Pekerja dengan ideologi Islam Sosialis. Parti Islam yang suci lagi bersih yang memberi rahmat kepada sekalian alam,

Apabila berlakunya PRN Sarawak maka berlakulah lawak antara bangsa kerana baru beberapa bulan perjanjian yang berwakilkan pemimpin tertinggi tiga parti sekutu PH, kita dihidangkan drama serang menyerang di antara PKR dengan DAP. Masing-masing menunjukkan yang parti merekalah yang paling layak menjadi calon di dun yang di tandingan. Apa peranan PAN dalam perbalahan yang memalukan kerana sebelum itu bagaimana gahnya mereka perjanjian yang bukan calang-calang pakar terulung mendrafkannya. Para pemimpin tertinggi pandir-pandir diam seribu bahasa kerana tidak berani untuk mencelah disebabkan takut dana yang semakin kering akan terus kering kontang. Gua dah kata, kalau dah jadi barua hanya layak tolong cuci taik yang tersembur akibat perbalahan antara DAP dengan PKR.

Sekarang Nuar Tahil dok melalak untuk menunjukkan kepada tokong besar yang partinya bukan tak buat kerja sejak membaruakan diri pada tokong besar. Dana yang diberi oleh tokong besar digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menghancurkan PAS walau pun lebih banyak masuk poket para pandir-pandir terulung. Kalau dah terikat dengan tokong besar, dah tak boleh nak berundur takut kena sumpahan tokong besar. Bukan main lagi lagi Nuar Tahil suruh PAS keluar dari Selangor pasal Selangor dengan P.Pinang adalah milik PH (Pakatan Haprak) walau pun Selangor dan P.Pinang menang atas nama Pakatan Rakyat bukannya Pakatan Haprak.

Kalau jenis tak sedar diri beginilah jadinya, di beri menumpang berteduh pasal kesian nak cari makan, tiba-tiba nak halau tuan rumah dan mengaku rumah itu miliknya. Fatwa oleh ulama luar biasa Islam Sosialis, harta wakaf boleh diambil semula oleh waris pewakaf, sumpah bai'ah talak tiga sentel dengan sembelih kambing sekor, harta milik PAS kena faraidkan pasal pandir-pandir terulung banyak buat sumbangan semasa duk dalam PAS maka jadilah ia harta sepencarian. Sumpah bai'ah calon yang menang tidak perlu lepas jawatan pasal semua kemenangan adalah hasil kerja keras dan kehebatan para pandir bukan kerana atas nama PAS.

Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang terkosong sudah disahkan oleh tokong besar bahawa parti pandir sahaja yang boleh meletakkan calon untuk menghadapi BN. Sebagaimana tokong besar hanya menyokong Hudud pandir kerana Hudud yang di draf oleh PAS tidak betul pasal Hudud pandir Hudud Islam Sosialis. So, PAS jangan duk berangan nak letak calon di Sungai Besar dengan Kuala Kangsar.

Blogger-blogger pandir dah mula buka silat demi memenangkan calon-calon dari parti pandir. Semua dah mula bersilat pulut, silat santan, semua silat ada dan tidak lengkap tanpa silat jeruk Tok Ali yang terkenal di utara. Bak kata terlebih laris sehingga kencing Tok Ali pun manis bro. Mungkin inilah peluang Tok Ali untuk mencukupkan kutipan untuk bayar saman. Kesian gak dengan Tok Ali yang cukup alim dulu ketika duk dalam al-Arqam tapi sejak kencing manis naik mencanak, dah pandai sebut natang-natang, prono-prono yang tak sempat nak ngajar anak murid perkataan berganda.

Bagi gua lu nak nak bertanding kat mana-mana pun tak dak orang kesah pun, nak jadi barua jadilah, nak membaruakan diri kepada tokong besar jadilah janji para pendokong, pengampu pandir-pandir terulung bahagia. Lu nak jadi apa lantak lu ler pasal sekarang rakyat bukannya bodoh macam para pandir-pandir terulung. Nak buat citer ratib UG pun dah tak laku, last-last yang menuduh duk gila babi nak berUG dengan Umno, tokong besar pula dok kaunting nak berUG dengan BN. Elok sangat ler antara barua dan tuannya./GANR

Sabtu, 7 Mei 2016

Permintaan Husam PAS Kotakan, Bagaimana Pula Dengan Janji Wan Rahim...

Husam Di Pecat

Akhirnyanya PAS menunaikan permintaan Husam agar di pecat walau pun perkara itu tidak di minta secara terang-terangan tetapi ialah kemahuannya jika mengikut apa yang beliau lakukan terhadap PAS. Serangan secara sembunyi-bunyi terhadap PAS di lakukan sejak namanya tidak di angkat untuk menggantikan al-Marhum TGNA sebagai pengantinya sebagai MB Kelantan memandangkan beliau adalah Exco paling kanan. Perlu di ingat bahawa nama Husam untuk jawatan MB Kelantan tidak langsung tidak di bantah oleh al-Marhum walau pun beliau anak didik dan anak emas kepada al-Marhum.

Kenapa Al-Marhum tidak membantah dan membela langsung Husam si Harum Manis (HM) dalam isu ini kerana HM tidak di beri satu jawatan pun baik MB, TMB atau Exco kanan. Adakah sebagai seorang hamba Allah S.W.T yang zuhud, al-Marhum sudah mengetahuinya lebih dahulu dari pimpinan PAS sebagaimana doa al-Marhum di akhir hayatnya agar di buka hati Najib dan Zahid kearah kebaikan yang ketika itu belum menjadi Timbalan Perdana Menteri. Tidakkah hebat keilmuannya yang kita sendiri tidak menjangka doanya menjadi kenyataan selepas tersingkirnya TSMY sebagai TPM.

PAS di serang siang malam, pagi petang oleh pemimpin yang di anggap hebat oleh PAS, sebagai pemuda pelapis yang akan mengambil alih kepimpinan dan legasi PAS akan datang. Apa kan daya ingatkan panas sehingga petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. PAS tetap bersabar dengan kerenah si HM yang mungkin boleh lagi di corak dan berubah tetapi Allah S.W.T yang merancang,

Sejak tiada lagi jawatan di dalam kerajaan Kelantan dan di tolak oleh perwakilan pada Muktamar Pemilihan PAS, serangan si HM terhadap kerajaan Kelantan semakin menggila. Tiada satu pun kebaikan yang kerajaan lakukan dan semua rahsia projek-projek di bawah kerajaan negeri Kelantan di dedahkan satu demi satu melalui proksi dan penulis upahan (MSO) yang dulu cukup memusuhi HM.

Hakikatnya projek-projek yang HM dedahkan semuanya mempunyai hubung kait dengan beliau kerana semua projek-projek itu semuanya hasil cetusan ideanya ketika berkuasa. Walau pun ada yang membantah kerana melihat ada kepincangan, pasti akan di bangku sampahkan kerana hitam katanya maka hitam lah jawabnya walau pun warnanya adalah oren.

Gua cukup tertarik dengan kenyataan seorang yang pernah menjadi pakar strategi PAS Kelantan bahaya PAS tidak akan berani memecat HM kerana jika hari ini HM di pecat, besok saya akan buat sidang media 10 lagi wakil rakyat saya bawa masuk Amanah termasuk HM. Oleh kerana hari sudah heboh HM telah di pecat maka kita pakat-pakat tunggu esok (8 Mei) sidang media dari si Pandir Wan Rahim.

Bagi gua pemecatan HM ada pro dan kontranya kerana beliau di katakan mempunyai pengikut akar yang cukup kuat sebagai mana sudah ada protes sokongan yang tidak berbelah bagi buat HM, kehadiran penyokongnya di kata mencecah ribuan seperti gambar di bawah ini..

Dikerumuni para pemberita
Di sambut oleh para penyokongnya
Para penyokong bersama postcard dan jangan tertipu dengan gambar di hadapan sahaja kerana kat belakang masing berasak-asak.
Laaa..... mana perginya ribuan penyokong kat belakang, mungkin mereka mengambil kesempatan untuk membeli belah.

Apa yang gua lihat sejak beliau tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam PAS Pusat dan Kelantan, keceluparnya semakin menggila bagai anjing menyalak bukit. Bacalah serangan beliau terhadap Mursyidur Am, TGHD, TGHH, SU Agong PAS, MB/TMB Kelantan bagaikan macam orang gilakan kuasa. Bagi beliau semua pemimpin tertinggi yang menerajui PAS Pusat semua tidak betul kerana hanya beliau sahaja yang betul. Serangan terhadap kerajaan Kelantan untuk menunjukkan betapa banyak penyelewengan telah berlaku melalui proksi dan penulis upahan yang mana semua penyelewengan yang berlaku adalah ketika beliau individu paling berkuasa.

Beliau kena ingat pendedahan yang beliau tuduh semuanya mempunyai nama beliau baik secara terang mahu pun secara tersembunyi. Jika beliau seorang Islam yang benar lagi amanah berkatalah dengan benar dan usah berselindung di sebalik Pandir dengan beberapa keping dokumen yang telah di hantar kepada SPRM tetapi SPRM pun naik muntah tengok dokumen itu. Apa mereka ingat SPRM akan berlembut bila melibatkan pemimpin pembangkang, tetapi sampah yang Pandir bawa maka di dalam tong sampahlah di campaknya.

Jika SPRM nak siasat, HM lah orang pertama yang patut disiasat jika mengikut kesenangan yang beliau perolehi ketika menjadi setiausaha al-Marhum sampailah sekarang kerana kekayaan beliau masih gua pertikaikan memandang 16 tahun aktif di dalam PAS mengalah pemimpin PAS yang sudah 40 tahun aktif. 

Adakah ahli PAS akan menangis dengan pemecatan HM, gua rasa mungkin ada tetapi hanya yang rapat dan selalu mendapat habuan sahaja akan menangisinya. Lu boleh bayangkan bagaimana beliau boleh mempunyai blogger yang bekerja sepenuh masa demi menaikkan namanya. Sedangkan adun PAS pun tidak mampu mengaji seorang blogger secara bulanan. Bagi gua PAS beruntung kerana masih sempat dan menjawab segala persoalan yang PAS terlalu takut untuk memecat HM. 

Apa yang gua nak tanya HM ialah apa sumbangan beliau terhadap PAS kerana apa yang yang di lihat beliau hidup pun kerana PAS yang dapat memberi segala keperluan dunia yang ramai ahli PAS sendiri tidak memperolehinya. Pandir-pandir boleh ler bersorak kampung tergadai dengan pemecatan HM. Adakah Amanah (fakir) merasakan HM akan bersama parti yang hampir berkubur sebelum sempat berjuang atau parti yang boleh memperkayakan dirinya. Para Pandir sudah mula hilang arah sejak dana semakin kering di balun oleh beberapa pandir yang mengawalnya.GANR

Sabtu, 16 April 2016

Bila Ulama Luar Biasa Dan Bapak Syaitan Sama Hebat Menyerang Dr Zakir Naik.


Gua sebenarnya cukup terasa bila TKM II P.Pinang, Prof Dr Ramasamy (Bapak Syaitan) yang yang mengelar Dr Zakir Naik syaitan dan minta agar beliau di halang menjejak kaki ke Malaysia dan bapak syaitan nih mendapat sokongan beberapa pandir yang mengaku ulama luar biasa. Jika mengikut tulisannya gua pasti tiada satu universiti Islam baik dalam atau luar negara yang belum beliau jejaki. Mungkin bila masuk ke dalam rumahnya tiada satu ruang dinding yang kosong melainkan penuh dengan segala tok nenek sijil pra persekolahan sampai phd.

Sebagai umat Islam adalah menjadi satu kewajipan untuk membetulkan kembali kata-kata seorang bertaraf prof. yang telah memaparkan keilmuannya dengan menggunakan akal yang berada di kepala lutut. Tetapi gua tinggalkan dahulu tentang bapak syaitan di penang untuk gua belajar dengan ulama luar biasa yang masih hidup di zaman gua. Bukan senang bro nak jumpa ulama hebat nih, habis kain baju, katil, sofa, stor gua geledah, akhirnya jumpa juga dengan ulama luar biasa nih.

Termasuklah beberapa pandir yang mengaku cukup hebat di sebabkan bergulung-gulung ijazah dan phd yang di bawa pulang selepas menuntut di universiti-universiti timur tengah. Dengan gah menunjuk beberapa keping sijil phd yang diperolehi, demi menunjuk betapa pandirnya puak-puak nih maka keluarlah sanggahan-sanggahan terhadap Dr Zakir Naik. Siap tanya beliau lulusan mana pasal mereka dah berhari-hari bergoogle sebelum Dr Zakir Naik datang. 

Bukan main lagi dok kondem Dr Zakir Naik dan sama laju dengan tentangan dari bapak syaitan  kalu boleh nak ke depan dari bapak syaitan. Manalah tahu kut-kut dapat duduk dalam GLC milik kerajaan negeri P.Pinang kerana bapak syaitan orang kanan Khalipau LGE. Rezeki bro mana boleh tolak apatah lagi jemputan kuliah tak sampai-sampai, boleh miss soru. Jadi inilah masa untuk menyalak kuat-kuat supaya bapak syaitan boleh cam saper yang dok belanya. Maka jadilah rezeki atas usaha sendiri pasal kalu nak harap orang panggil buat kuliah, balik awal ler  pasal kariah kata ilmu dia terlalu hebat sangat, sekali panggil kena standby RM 3-4 ribu.

Bukan main hebat dok kondem Dr Zakir Naik, semua ucapannya cap ayam, baca al-Quran  tak betul, keluar dari makhraj dah tak sempurna. Macam mana boleh jadi ulama sedangkan beliau belajar kedoktoran perubatan jer pasal tiada satu pun bukti yang beliau adalah keluaran universiti Islam macam yang pandir bawa balik 5-6 keping. Pandir kata dia ada dengar yang gurunya Syeikh Ahmad Deedat yang tersohor di seluruh dunia tapi mana buktinya, ada sijil dari Syeikh Ahmad Deedat. Pandir kata jangan temberang ler yang dia tu anak murid tokoh tersohor itu. Pandir siap bawa hujah dari ulama-ulama dari Darulum Deoband yang kononnya telah lama menolak keilmuan Dr Zakir Naik.

Tak cukup dengan itu maka dituduh pula beliau mengambil pemikiran Ahmadiah (Qadiyani), penganut Salafi beraqidah Mujassimah. Di tuduh menyerupai Allah SWT dengan makhlukNya. Di tuduh Dr Zakir Naik dalam sedar menyatakan bahawa Allah SWT memiliki dua tangan, dua mata, wajah, kaki dengan melayakkan Allah SWT itu sama dengan makhluknya. Allah SWT duduk di atas langit, di atas kursi yang besar mengadap ke Arsy. Dengan nyata di tuduh Dr Zakir Naik adalah Salafi beraqidah Mujassimah maka dalam pemikiran beliau tuhannya Hindu, dewanya Wisnu. Ini bermakna Dr Zakir Naik sudah sesat lagi menyesatkan maka bercanggah sebagaimana pegangan gurunya, Syeikh Ahmad Deedat.

Maka Dr Zakir Naik secara tidak langsung sebagai syirik dan kafir kerana Dr Zakir Naik mengatakan memperingati Maulid Nabi adalah syirik sama seperti mana festival Hindu dan Kristian. Sedangkan menurut pandir banyak sijil nih, Syeikh Ahmad Deedat adalah pencinta Maulid Nabi SAW dan bagaimana Dr Zakir Naik boleh mengaku gurunya adalah Syeikh Ahmad Deedat yang mana dari awal lagi pandir bapak syaitan sedaya upaya menafikannya. Lu nak tahu lebih lanjut baca kat Blog Pandir

Gua nak tanya FIO sikit jer pasal gua nih belajar tahap pra sekolah, berapa peratus betulnya akan bacaan lu akan surah Al-Fatihah. Adakah sebutan BUDU mengikut bahasa Melayu dengan bahasa Arab, cukup mudah soalan sebagai mudahnya kamu mengenali individu yang kamu tuduh itu. Jika kamu kata kamu kenal kenapa kamu cuba kaburkan hubungan Syeikh Ahmad Deedat dengan Dr Zakir Naik.

Sebagai seorang alim, adakah benar kata-kata yang Allah SWT itu bersifat seperti makhlukNya kerana fitnah orang alim cukup hebat, sehebat azab yang akan diterimanya. Gua mengikuti syarahan Syeikh Ahmad Deedat Cukup lama dan beliau tiada kelulusan mana-mana universiti Islam sebagai mana lu memperlekehkan bagaimana Dr Zakir Naik boleh tahu tentang Islam hanya 3 tahun sahaja sedangkan lu berbelas tahun belajar pun belum berada di khalayak ramai. Lupakah lu, Allah yang Maha Mengetahui dan ia akan memberi akal yang cergas kepada hambanya. Masih lupakah lu ketika kecil semasa belajar fardhul ain di mana ustaz mencerita apa itu Ilmu Laduni.

Jangan sembunyi perkara yang benar walau pun hati lu teramat benci akan kehebatan saudara lu yang boleh menarik ribuan pendengar berbanding dengan lu yang buat kuliah selepas solat dengan 100 jemaah yang hadir, 30 tertidur, 40 bersembang, 20 buat-buat sibukdan yang tinggal tok iman, tok bilal dan beberapa warga tua yang mata pejam tubuh lentur. Gua masih ingat seorang pemuda India begitu tekun mendengar dan bertanya kepada Syeikh Ahmad Deedat di pejabatnya, di tangannya ada buku catatan. Hadir sama isteri pemuda itu yang melayan anaknya yang kecil. 

Kebetulan datang seorang berumur 40 an masuk menanyakan sesuatu kepada Syeikh Ahmad Deedat tetapi Syeikh Ahmad Deedat menyuruhnya keluar dengan kata-kata yang beliau sangat sibuk. Memang gua tidak mengenali dan mengetahui namanya, kenapa pemuda itu begitu istimewa hinggakan Syeikh Ahmad Deedat hanya mengajar beliau seorang sahaja. Tiada pelajar melainkan dua susuk tubuh yang tua mengajar yang muda buat catatan, yang muda bertanya yang tua menjawab dan terdengar sayu-sayu isteri pemuda itu melayan anaknya. 

Ketika itu satu dunia telah heboh cabaran Syeikh Ahmad Deedat untuk berhujah dengan Pope John Paul setelah semua paderi-paderi terhebat terkaku dengan hujah Syeikh Ahmad Deedat. Bertahun usaha itu cuba direalisasikan dan akhirnya kerana malu kepada pemimpin dunia beliau di jemput ke Vatican untuk berhujah dengan pemimpin agung Kristian tetapi bersyarat, hanya pertemuan 4 mata sahaja. 

Syeikh Ahmad Deedat menolaknya dengan alasan perjumpaan 4 mata diketogerikan perjumpaan sahaja sedangkan satu dunia baik dunia Islam mahu pun Kristian menanti untuk mendengar hujah dari Pope John Paul. Sheikh Ahmad Deedat dengan tegas kepada utusan Pope bahawa tiada putus saudara saya di seluruh dunia bertanya bila tarikhnya kerana mereka akan datang dengan berpuluh kapalterbang untuk ke Vatican. Malah para paderi dan kardinal yang pernah berhujah dengan Syeikh Ahmad Deedat pun ingat tahu jawapan yang mereka tidak mampu jawab. Gua nak tanya yang bijak agama, adakah kamu tahu bahawa Syeikh Ahmad Deedat tidak pernah menjejak kaki ke universiti tetapi bagaimana beliau cukup digeruni oleh dunia Kristian.

Adakah kamu masuk universiti kerana pada diri kamu rasa kamu memang pandai dari orang lain. Tidakkah Allah SWT yang memberi kamu ilmu atau sesiapa sahaja yang Allah SWT mahukan. Kamu belajar tentang ilmu Islam sampai Phd sehinggakan kamu layak menafsirkan al-Quran, sudah berapa ramai yang mengucap dua kalimah syahadah. Jika tidak maka kamu tidak layak mempersoalkan tentang ilmu orang lain kerana semua itu milik Allah SWT. Amat malang orang yang berilmu seperti kamu yang cuba menunjuk pandai hakikatnya siapalah kita untuk menuduh dia ni Ahmadiah, Salafi atau apa sahaja. Bagaimana kamu menghukum dia sesat dia nih sedangkan pada diri kamu tiada hujah yang membenarkan.

Baru 4 tahun lepas gua mengetahui nama pemuda yang berguru dengan Syeikh Ahmad Deedat yang menolak orang lain demi mencurahkan ilmunya kepada pemuda itu namanya ialah Dr Zakir Naik. kebetulan isteri gua tanya hebat sungguh beliau menjawab soalan-soalan tentang perbandingan agama lalu di amati penceramah itu lalu gua bagi tahu isteri gua lu tengok dia dah hebat lu belum tengok siapa gurunya. isteri gua tanya gua kata itulah anak murid Syeikh Ahmad Deedat yang amat digeruni oleh Kristian. 

Hebatnya beliau di akhir hayatnya beliau telah diserang strok yang teruk dan golongan cediakiawan Kristian berpesta kononnya strok itu kerana menghina agama mereka tetapi Allah SWT masih memberinya ilmu dimana beliau berjaya mencipta bahasa isyarat di mana anaknyalah yang menterjemahkan apa yang beliau katakan atau di tanya. 

Gua masih ingat bila seorang muslim menegur Syeikh Ahmad Deedat bagaimana penganut agama lain ingin memeluk Islam sedangkan dalam syarahan atau sesi pertanyaan jawapan beliau terlalu keras, beliau menjawab kerana aku adalah Ahmad Deedat apa yang kamu lihat itulah sifat aku. Tetapi mengikut rekod jutaan manusia memeluk Islam kerana jasa dakwah, kutukan, penghinaan yang beliau terima. 

Beliau berani berhujah dalam keadaan beliau seorang sahaja Islam. Adakah ulama-ulama luar biasa mampu mengikut jejak beliau atau hanya sekadar sembunyi belakang Khalipau. Melayu nih perangai dia pelek sikit pasal jenis tak boleh tengok orang lebih, mulalah syaitan dududk atas bahu. Dalam bab agama nak dengki buat apa semua lu punya saham. Ni bila ceramah lawak sikit suruh masuk maharaja lawak. Bro manusia nia ada berbagai dan cara penyampaian, ada serius, ada gurau-gurau sikit, ada buat lawak sikit pasal gua dah rasa. Kalu susah tidur gi surau dengan tok iman mengajar kitab, gerenti lu tidur lena punya pasal setan pun ramai bertenggek.

Bro kamu orang berilmu tetapi kamu mengambil sebahagian malah kamu tidak benar-benar memberi tumpuan dari awal. Mempersoalkan masa yang pendek untuk mendalami semua ilmu telah menjebak diri kamu dan iman kamu ke jalan kufur. Bagaikan ilmu laduni yang mana tidak ia belajar mahu pun di ajar dengan kekuasaan Allah S.W.T dia telah menjawab perkara yang menjadi perdebatan di antara ulama-ulama besar. 

Jika Dr Zakir Naik kamu persoalkan bagaimana dalam masa 3 tahun beliau sudah hebat bukan suatu yang mustahil kerana ketika gua dulu seorang buta al-Quran dan jawi. Zaman tiada lagi Iqra, jika kita tanya guru kita apa makna bila lam baris atas jumpa mim mati (Izhar Shafawi) sampai ke tua ler nak tahu makna tetapi bacaan mereka betul. mereka tahu mana boleh dengung dan berapa harakat. Nama hukum, balik awal ler tetapi gua yang buta huruf boleh khatan hukum bacaan dalam masa 3 bulan sahaja dan setiap bulan berkhatan, tidakkah itu semua kehendak Allah SWT.

Sesungguhnya gua memang jahil jika nak sama dengan kehebatan dan keilmuan lu, tetapi berapa lama lagi kita sebagai umat Muhammad SAW mendaulatkan al-Quran sebagai pegangan. Sebagaimana Khalipau LGE akan terima Hudud PAN, gua ingat Hudud yang diluluskan oleh kerajaan Kelantan dan Terengganu ambil dalam tong sampah. Hudud PAN memang hebat pasal duk dalam kotak emas padu, anak kuncinya saja 3 orang ahli angkat berat angkat baru boleh. Harap lu jangan jadi bodoh macam puak-puak profesional terulung sudahlah. Pasal  mereka nama jer hebat tapi bodoh nak mampus, khalipau LGE sudah jual ubat pasal kat Sarawak DAP boleh terlepas banyak kerusi, PKR pun boleh jalan dan PAS biasa ler tabur benih jer bagi kenal balik Islam.

Siapa yang paling bodoh dan paling susah hati pasal ada penganti Khir Toyo yang baru dapat parol. DAP lahanat kata hudud PAN lain Hudud PAS lain tapi tak mustahil pasal hudud PAN rujukan Liberal, Sosialis dan seperti biasa penambah rasanya ialah sekular.GANR

Isnin, 14 Mac 2016

Kalau Dah Jenis Celaka


Kenyataan paling celaka dari Cina Dap bila menuduh PAS akan mengurung wanita dan bercakap tentang serangan peribadi. Semua tahu sikap LGE yang tanpa segan silu menyerang peribadi Presiden PAS demi memenangkan balaci dan brokernya yang bersarang dalam PAS. Serangan demi serangan yang di buat olehnya antara penyebab semua broker belaannya tewas dalam usaha mengawal PAS.

Buat pemimpin parti Islam suci bersih lagi memberi rahmat sekalian alam pasti akan bersetuju dengan tok gurunya ini. Walau pun nama parti berbeza tetapi ideologi mereka tetap sama iaitu sosialis. Nampaknya Dap cuba membodohkan bangsa Cina yang sudah cukup faham pandangan PAS terhadap wanita.

Mungkin Cina Kelantan dan Terengganu akan mengutuk kenyataan paling bangang dan memalukan bangsa Cina sendiri oleh LGE. Gua rasa baik beliau jaga urusan partinya sendiri yang sudah menjadi parti dinasti Lim. Siapa pemimpin Dap yang berani menegur kepimpinan dinasti Lim pasti pendeklah kerjaya politik mereka.

Gua rasa sejak Karpal ke alam barkah, dinasti Lim sudah mula menunjukkan kekuasaan mutlak Dap adalah milik dinasti Lim dan para pengampu yang siang malam mencuci bahan buangannya. Tanyalah anak Karpal yang mengganti bapanya sebagai MP, bagaimana layanan dap terhadap kaum selain Cina. Apa tindakan yang beliau terima bila tidak bersetuju dengan dinasti Lim atau tanya adun PKR yang menangis demi membantu penduduk di dunnya. 

Paling hebat bila beliau menunjukkan kuasanya yang tiada siapa yang boleh membantah perintahnya. Lu all baik dari PKR atau parti brokernya mesti mengikut apa sahaja yang gua cadangkan kerana lu hanyalah barua gua jer. Kalau rasa lu hebat sangat lu fikir ler 10 kali sebelum menentang gua kalau lu tidak mahu jadi macam 2 adun PKR walau pun sama bangsa tetapi pasal lu bersama PKR maka taraf lu macam sampah. 

Kalu lu nak hidup senang pastikan bila gua kata hitam lu mesti kata hitam walau pun ianya putih. Gua sudah tidak hairan dengan para broker PAS gua yang kalah kerana mereka sudah tidak ada guna sikit pun buat gua. Gua sendiri tengok bagaimana gua jual tanah Penang pada abang gua PAP dari Singapura,  ada itu broker belaan gua bising. Gua usir melayu Penang pun dia orang tidak berani bising-bising. Gua tahu itu Mat Sabu gua punya abang angkat tetapi sorry gua nak bagi lebih-lebih lagi.

Dulu gua punya politik mesti ada banyak abang angkat adek angkat pasal gua tahu semua orang takut bila sebut Dap. Lu mahu main politik mesti tunjuk sikit lu punya banyak baik punya olang, kasi tolong olang, cakap mesti baik-baik punya tapi ini politik mesti pandai dan jangan lu jadi bodoh macam gua punya broker dalam PAS. Lu kena ingat kenapa Penang mesti menang, lu ingat setiap PRU itu projek Penang 1, 2, 3, 4 main-main punya projek ker. Lu tahu ker Dap mesti dapat Penang jika mahu jadi kuat kerana itulah bila PR sudah wujud, ini satu bonus bagi Dap kerana sudah talak pertandingan 3 penjuru.

Dap bukan miskin punya parti, dana bila-bila masa masuk akaun kerana lu memang bodoh bila kata Dap  tarak dana kerana Dap adalah parti pembangkang paling kaya dalam negara. Lu kena ingat itu Pasma saper punya sponser, lu ingat kalu Dap tarak tolong itu Pasma boleh hidup ker. Bila gua janji bila dapat Penang gua akan ikut Khalifah Umar Abdul Aziz semua Melayu bodoh banyak suka ma. Lu ingat Dap suka sama Islam ker, sorry bro lu memang bodoh kerana Dap mesti naikkan Kristian. lu kira berapa Cina dalam Dap  dia punya ikut Buddha kerana Dap 90 persen total Kristian.

Dap tarak takut sama Umno, PKR atau parti barua gua PAN pasal dia orang punya kepala mahu kaya jer pasal itu Islam tolak tepi. Satu parti jer yang membuatkan cita-cita Dap banyak sangkut ialah PAS, pasal itu Dap tarak kacau PKR atau Umno. Lu ingat gua bela broker main-main ker, lu ingat berapa banyak Dap sudah kasi dana pasal gua sudah cakap duit lu jangan bimbang. Berapa banyak lu mahu gua kasi tapi gua mahu pastikan lu punya geng mesti menang, lu serang dari dalam gua serang dari luar janji mesti menang.

Gua ingat lu punya geng banyak hebat pasal semua belajar tinggi-tinggi sampai luar negara tetapi lu memang banyak bodoh. Ini punya senang kerja pun lu all tarak boleh buat, gua sudah kasi gaji kasi jawatan Penang punya GLC, kasi pangkat kasi duit beli parti tapi apa Dap dapat. Lu ingat Dap kasi free ker sampai mahu bikin roadshow pun Dap kasi tapi berapa olang datang lu punya roadshow. Memang lu all cakap banyak besar, janji lu tubuh jer parti pasti PAS lumpuh semua kawasan, lu janji semua ahli PAS ikut lu punya parti tapi gua tengok lu punya roadshow pasang khemah pun tarak olang datang. Taruk kerusi pun bukan olang dengar lu punya loyar buruk, kerusi pun main lari kalu boleh.

Sekarang lu kena cari dana sendiri sebab lu punya roadshow penerangan sudah tarak olang suka, jangan bikin malu Pakatan Harapan. Ini kali bila mahu buat roadshow, pemimpin tertinggi dari Dap, PKR, PAN mesti hadir sama kasi tunjuk sama media PH manyak kuat. Semua kerja pun tarak pandai bikin, semua mahu harap sama Dap. Gua mahu pastikan lu mesti wajibkan lu punya ahli wajib hadir, kalu tarak duit jual lu punya bini. Lu kena ikut Dap punya strategi kerana Dap punya strategi jika kita rasa jual kita punya bini pasti boleh menang, kita akan bikin.

Lu ingat kita punya perempuan kita pandang tinggi ker, kita punya ideologi politik tarak pandang tinggi sama kita punya perempuan. Lu ada tengok sejarah macam mana kita layan kita perempuan, lu boleh pakai gua punya bini ker akak ker adek ker janji apa gua mahu lu boleh kasi. kita punya perempuan sama macam hamba. Bila kita dapat menang Penang memang gua bikin pesta gila-gila punya kerana Dap sudah punya tapak. 

Bila LGE menyarankan agar PAS terus kahwin dengan Umno, beliau sebenarnya menunjukkan kebimbangan yang amat besar memandangkan PH yang di heboh-hebohkan cukup kuat untuk merampas Putrajaya hanya sedap di dengar jer. Sambutan terhadap gabungan DAP, PKR, PAN dibawah nama Pakatan Harapan semakin kurang sambutan. Kerana PH juga gua lihat ceramah sendirian oleh PKR dan Dap semakin merudum. Jika dulu sambutan yang mereka terima bagaikan pesta tetapi lihatlah apa yang berlaku sekarang ini.    

Adakah mereka cukup malu untuk mengakuinya memandangkan sokongan rakyat terhadap Najib amat membimbangkan Umno dan semua parti kompenon BN. Sepatutnya dengan keadaan ini memberi kelebihan kepada pembangkang blok PH kerana inilah peluang ahli politik mengambil kesempatan. Bila PH yang di anggotai oleh dari kalangan perompak, penipu, penindas yang sama hebat menipu rakyat seperti Umno/BN. Siapa lagi yang boleh rakyat harapkan.

Jika PAN yang dengan angkuh untuk mengambil alih Kelantan, gua boleh andaikan para pemimpin PAN sudah terkena badi Mat Sabu. Jika ada kawasan yang PAS kalah pun belum tentu PAN boleh menggantikannya, itu pun jika calon-calon PAN tidak hilang wang pertaruhan yang yang mana ia satu misteri bagaimana PAN boleh mencari dana yang cukup besar. Cukup besar kerana mereka dah mengatakan akan bertanding jika PAS meletakkan calonnya memandangkan kawasan parlimen dan dun yang PAS bertanding bukan puluh tapi beratus.

Gua nak tulis bab Penang pula yang mana Dap adalah kata pemutus dengan 20 adun adalah dari Dap dari 40 dun yang wujud. Gua akui kawasan pulau mungkin Dap boleh menang tetapi bolehkah menang dengan bergaya jika mengikut pola pengundi Cina yang berpandukan kepada sokongan pertubuhan-pertubuhan Cina. Tanpa sokongan dari pertubuhan ini Dap boleh bungkus kerana sikap permusuhan yang di lakukan oleh Dap terhadap kaum lain tidak menyenangkan kaum Cina sendiri kerana Dap sudah merasainya bila semua otai-otai mereka pernah kalah di kubu mereka sendiri.

Tindakan Dap melenyapkan banyak kampung-kampung Melayu di bahagian pulau dengan menjual semua kepentingan kerajaan negeri kepada syarikat abang besar mereka Singapura bukan satu isu kecil walau pun alasan mereka ianya di mulakan oleh BN. Walau pun projek itu di mulai oleh era BN tetapi mereka tidak pernah menjual 100 peratus kepentingan kerajaan negeri. Bagaimana sokongan dari tanah besar terhadap PH yang melebihkan diri sendiri dari kepentingan rakyat walau pun Dap sudah lama melakukan pemindahan besar-besaran penyokong mereka selepas berjaya memerintah Penang.

Selangor antara negeri yang cukup menarik untuk di perkatakan memandangkan PAS sudah pasti tidak akan bersama PKR kerana PR sudah tidak lagi wujud. Adakah mereka merasakan yang PAS akan bersama PH, gua rasa Ini adalah mimpi paling buruk buat PKR untuk mengekalkan pemerintahan mereka. Mungkin bagi mereka PAS tidak sekuat ketika bersama PR kerana sejarah sudah tercatat yang PAS menang 15 kerusi kerana bersama PR. Walau pun tidak kuat, adakah jentera PH cukup kuat untuk menyaingi PAS walau pun 3 lawan 1. 

Tiada siapa boleh mendabik dada mengaku yang parti merekalah yang memenangkan PR. Lupakah mereka kerana jentera dan gerak kerja akar umbi PAS yang paling kuat beraksi. Apa pun gua hanya ingin melihat bagaimana strategi mereka demi kemenangan tanpa PAS. PAN dari awal gua tolak jauh-jauh kerana mereka sendiri berhempas pulas mencari dana untuk wang pertaruhan dan jentera mereka pula boleh ler suruh pandir-pandir bekerja, jangan dok bersidang di kedai kopi jer.

Rabu, 9 Mac 2016

Hebat Betul Politik Fizi Si Langkah Kajang.


Rafizi n Hanipa
Sedang berbisik dengan pakar rujuk tertinggi TGAA tentang Islam kerana beliau menang banyak kes di mahkamah sekular. Sama hebat, seorang tukang kira parti orang dan seorang lagi pakar rujuk ulama tersohor dunia.

Gua tertarik dengan kenyataan terbaru budak Fizi yang cuba mengakauntankan tentang PAS yang mana ia lebih kepada satu serangan terhadap PAS dan presidennya yang tidak bersama-sama dengan geng profesional terulung dan ulama luar biasa dalam majlis Che Det memperbodohkan pembangkang walau pun menghantar wakil 2 wakil. Kalu tanya gua, memang gua 101 peratus tidak setuju dengan tindakan PAS itu.

Bila kelibat Haji Hadi dan kenyataannya tentang PAS yang lebih selesa dengan blok ke 3. Kerana itulah beliau mengeluarkan buka 555 (buku hutang) tentang pendirian PAS dan menggunakan penuh kemahirannya tentang bab kira-kira peratusan. Kajian yang bukan beliau lakukan jika membaca akan peratusan-peratusan dan pembahagian kelompok dalam PAS bersumberkan kajian yang di beli dari pihak ke 3.

Adakah beliau merasakan kepakarannya dalam akauntan boleh di samakan dengan politik cacamarba oleh pemerintah mahu pun para pandir-pandir yang mengaku hebat. Beliau cuba menonjolkan bagaimana hebatnya dalam bidang politik walau pun idea 'Langkah Kajang' bertukar menjadi 'Langkah Penjara Sungai Buloh'. Percaturan beliau akhirnya telah memakan diri sendiri dan parti PKR kerana bila seorang akauntan membuat kajian tentang politik cacamarba tanpa asas yang kukuh.

Kajian beliau tentang pembahagian kelompok dalam PAS dalam era Haji Hadi lebih kepada mencampuri urusan PAS dan menyerang presidennya secara halus. Gua rasa beliau tidak layak menegur pendirian PAS kerana beliau patut cermin diri sendiri kerana PAS tidak mengkhianati PR dalam kerajaan Selangor. Beliau kena ingat Selangor menang atas nama PR bukannya PH. 

Kenapa PKR mengkhianati PAS dengan memberi ruang kepada PAN beberapa kerusi majlis perbandaran, apa jasa PAN kepada Selangor dalam PRU13 sedangkan PAN adalah satu golongan pengkhianat yang mencuri kerusi PAS. Lu nak mampus bersama PH dalam PRU14, itu adalah masalah lu tetapi jangan mengkambing hitamkan PAS dalam isu MB Selangor yang gagal kerana lu adalah mastermind.

Bila ada suara kata Fizi budak hingusan yang cuba berlagak pandai, bukan main lagi para blogger-blogger pandir cuba memutar belitkan fakta. Fakta yang biasa dan sentiasa akan di spin balik kepada PAS. Tindakan jahat dengan menuduh PAS mempertahankan Najib/Rosmah memang amat memualkan tekak gua. Bila beliau menyebut yang PAS banyak menyerang PAN atau PH benar-benar menunjukkan murahnya budak yang mengaku hebat nih. Betul ker PAS menyerang PAN dan PH, jika betul pun memang patut pun kerana pengkhianat lebih jahat dari musuh PAS sendiri.

Baca di laman siber bagaimana sudah tiada lagi blogger-blogger yang menyokong PAS dan siang malam dok hentam PAS. Hampir 80 peratus mereka akan ada-adakan cerita fitnah demi menjadi blogger pandir berbayar. Lu tanya blogger kotok hija  yang kerjayanya ialah menulis dan spin segala kenyataan PAS. Yang paling wajib di spin dari setiap patah perkataan adalah Haji Hadi kerana beliaulah musuh yang mesti di jatuhkan dan di aibkan. 

Harap sejak jadi blogger pandir PKR yang di bayar, bolehlah beliau langsaikan duit Trangganukite bukan sikit ribunya yang di ambil secara tidak amanah ketika menjadi pembantu webmaster ketika itu. Hari-hari dok spin cerita PAS, so boleh ler spin sikit citer tentang duit tu yang mungkin akan spinkan yang duit tu adalah duit derma dari Songkok Putih.

Harap PKR dan Fizi politikus terulung jaga ler parti lu sendiri dari mencampuri urusan parti PAS kerana PRU14 nih PKR dan barua DAP kena kerja kuat sikit jika mahu terus kekalkan Selangor. Dari apa yang gua tahu, akar umbi PAS Selangor sudah hilang kepercayaan terhadap PKR dan mereka mungkin tidak lagi menjadi jentera PKR walau pun PAS masih masih bersama dengan PKR.

Bagi gua pula, gua tidak nampak akan keperluan untuk PAS bersama dengan PKR selepas parlimen bubar kerana mereka sudah mempunyai sekutu hebat-hebat dalam PH. Mereka dengan penuh yakin untuk menawan Putrajaya tanpa PAS dan mereka juga yakin akan merampas Kelantan dan semua kerusi yang di miliki atau yang akan di tandingi PAS. 

Dana PAN pula cukup banyak untuk menyaingi di mana PAS bertanding walau pun kutipan derma untuk Abg Sabu pelahan, ia hanyalah strategi politik tertinggi mereka untuk menipu PAS yang mereka tiada dana. Untuk memastikan berita itu betul maka gua telah menyemak semua akaun bank-bank dalam dan luar negara milik PAN. Memang betul mereka memiliki simpanan di dalam bank-bank tetapi selepas tolak kesemua milik menyimpan dan bank, bakinya semuanya milik PAN.

Nasihat gua buat budak Fizi pula, baik lu kira peratusan ahli PKR, PAN dan DAP, berapa peratus yang masih yakin dengan PKR, sokongan penubuhan PAN, peratusan yang tidak berpuas hati dengan tindakan bodoh memberi kerusi majlis perbandaran PAN yang tiada jasa, menikam PAS dari belakang, lebih mementingkan PH dari hubungan dengan PAS, menidakkan jasa PAS terhadap PKR dan berapa peratus yang masih percaya PKR/PH akan dapat mengekalkan Selangor tanpa PAS. 

Hentikan kebodohan lu yang lebih suka menyelidik, mencampuri urusan PAS dan lebih baik lu jaga PKR yang semakin nazak. Jika dah rasa PH dah terlalu hebat, yakin sebagai pengganti BN pada PRU14 nanti, persetankan PAS. Bukankah PAS sudah penghujung masa setelah keluarnya ahli PAS secara beramai-ramai sehingga semua cawangan sudah lumpuh di sebabkan mereka lebih selesa dengan para profesional terulung dunia dan di bantu pula oleh ulama-ulama yang terlebih luar biasanya.

Bagi gua, lebih baik Fizi menyelidiki berkaitan partinya sendiri dari berhabis duit mengupah Ngo membanci tentang PAS, akar umbi dan presidennya. Apa yang gua tahu PKR sekarang ini mempunyai banyak blok dan krisis kepimpinan berbanding dengan PAS yang sudah di kuburkan oleh G18 a.k.a. Mat Sabu a.k.a. PAN.

Kerana kekuatan yang ada pada PAN sebagaimana janji PAN yang membuatkan DAP dan PKR cukup sayang dan selalu menjaga hati para pemimpinnya. Mereka cukup tahu tanpa sokongan PAN dengan keahlian hampir 2 juta dan jentera mereka yang dipelusuk ceruk, gerak kerja yang bertaraf dunia pasti sukar untuk menawan Putrajaya.

Blok yang menyokong Azmin, blok penentang beliau, blok yang marah kerana bersama PH, blok yang ingin PAS di singkirkan, blok yang mahu PKR lebih rapat lagi dengan PAS, blok senyap yang sedang mencaturkan pimpinan baru, blok yang ingin Zizah letak jawatan. Sebenarnya banyak lagi yang blok-blok dalam PKR yang patut Fizi fikirkan kerana beliau sendiri pun tunggu masa jer nak kena cantas.

Nanti ada ler pandir-pandir kutuk gua suruh tukar tajuk blog gua bila kononnya gua sokong rejim Najib/Rosmah. Bila pemimpin politik pembangkang yang berpuluh tahun hebat di atas pentas ceramah menentang rejim BN tiba-tiba menjadi lembu Che Det. Sedar ler yang Che Det telah memperbodohkan pemimpin pembangkang dengan deklarasinya. Beliau tahu tidak mampu mengumpul ramai pemimpin Umno/BN maka beliau melihat akan kegilaan PH nak rebut Putrajaya maka kesempatan ini diperggunakan oleh orang paling memusuhi pembangkang di era 22 tahun rejimnya.

Beliau tahu yang pemimpin Umno/BN tidak akan menabur pasir dalam periuk nasik mereka dengan menyokong deklarasinya. Adakah pembangkang mengira Che Det akan membantu mereka pada PRU14 dengan membaruakan diri pada Che Det. Usah ler nak menyedapkan diri kerana dekralasi Che Det tetap untuk Umno sampai mampus. Umno baru itu beliau yang menubuhkannya dan beliau juga ahli pertama Umno Baru selepas Umno 46 di haramkan.

Gua ingat politikus pembangkang semakin lama berjuang semakin hebat ler karisma mereka tetapi realitinya mereka hanyalah politikus picisan yang boleh di beli dan di baruakan dengan sedikit imbuhan dengan melacurkan diri kepada bidaan tertinggi. Kerana itulah bagi mereka, siapa yang tidak bersama dengan Che Det dengan deklarasinya akan di anggap sebagai menyokong rejim Najib/Rosmah dan ingin berUG dengan Umno.

Adakah mereka sedar bahawa merekalah yang sedang berUG dengan Umno tetapi dalam blok Che Det yang hanya ingin mengantikan Najib/Rosmah. Jika ianya benar berlaku penganti Najib/Rosmah tetap dari Umno. So, ratib UG yang di tuduh terhadap PAS siang malam sejak 2008, akhir terkena ke batang hidung yang menuduh. Majoriti profesional dalam PAS yang menuduh parti mereka ingin ber UG dengan Umno adalah orang yang sama berada dalam majlis deklarasi Che Det. Yang menuduh akhirnya terpaksa menelan ludah mereka kembali./GANR

Ahad, 6 Mac 2016

Deklarasi Anti Najib, Cerdik Atau Bodoh.


Gua sudah lama Gerakan Anti Najib/Rosmah (GANR) yang mana ia bukan untuk Najib/Rosmah sahaja malah ia untuk menjatuhkan BN yang di tunjang oleh Umno. Bila Che Det yang dah kubur dah lama melambai-lambai memanggil-manggil memulakan Deklarasi Anti Najib, sungguh ramai menyahutnya. Bila Che Det berkokok semua ayam, anjing, babi  menyahut-yahut tanpa henti termasuk juga dengan cangkul, sabil, tukul semua berbunyi.

Gua tidak kira lu dari ideologi mana atau parti mana baik PKR, DAP, PSM, PAS dengan besungguh-sungguh ke depan. Malah yang dok kat penjara Sungai Buloh pun lebih mengeluarkan arahan agar menyokong 1001 peratus menyokong saranan Che Det dan yang amat mengharukan ialah bila Che Det sanggup duduk di sebelah sel Nuar. Terharu sungguh Nurul dengan jaminan Che Det.

Bagi Che Det, inilah antara kebodohan pandir-pandir bertaraf profesional terulung dunia di tambah dengan para ulama-ulama luar biasa yang pasti akan berfatwa bahawa wajib mengikut apa sahaja kata-kata Che Det. Apakah mereka mengira kerajaan Najib akan menangkap Che Det yang semakin hari semakin nyanyuk. Bab kata barua nombor wahid yang pernah dimiliki Umno, 

Nazri Aziz yang sudah lama menjadi pencacai kepada Umno/BN. Biarlah orang itu tu nak melalak dan bagilah peluang kat dia kerana dia sudah tua, nyanyuk dan akal sudah terbalik menjadi kanak-kanak yang merengget-rengget bila tidak dapat gula-gula. Inilah menteri yang paling di benci oleh Che Det kerana bila Che Det jadi PM, beliau paling ke depan mempertahankan Che Det. Bila Pak Lah naik, beliaulah panglima yang mempertahankan Pak Lah dari serangan Che Det dan sekarang beliaulah anjing yang menyalak dengan garang sampai meleleh air liur demi mempertahankan Najib.

Adakah mereka mengaku hebat sedangkan mereka hanyalah menjadi alat kepada Che Det yang sudah dipermainkan oleh Najib, PM yang sudah di namakan untuk pengganti beliau. Bila beliau tidak berpuas hati dengan sikap mendengar kata Pak Lah, bukan main lagi gerak kerjanya sehingga sanggup keluar parti demi Pak Lah menyerah jawatan PM kepada budak kepercayaannya.

Nampaknya Najib yang beliau harapkan akan meneruskan legasi kuku besinya sudah melawan balik arahannya, kemarahannya sudah tidak terkawal apatah lagi anaknya Mukriz sendiri di arah melepaskan jawatan MB Kedah. Adakah Che Det ingat umurnya di panjangkan dengan doa seorang alim adalah untuk menjadi pemimpin pintu belakang macam LKY, mantan PM Singapura. Hakikatnya beliau hanyalah ditakdirkan untuk menjadi penonton kepada rejim yang beliau asaskan pada 1982 dan apa yang beliau lakukan selama 22 tahun menjadi pemimpin kuku besi yang tiada siapa boleh menegur segala kejahatannya terhadap rakyat. 


Memang beliau banyak berjasa membangunkan negara tetapi adalah cukup untuk menutup bangkai gajah. Inilah sikap seorang yang mengaku apa yang beliau buat semuanya betul dan tiada sedikit pun tiada yang tidak betul. Beliau melihat era pemerintah Pak Lah dan Najib/Rosmah yang pada pandangannya semuanya tidak betul tetapi adalah beliau merenung balik era rejimnya. 

Sesuai sungguh ler dengan sajak 'Melayu Mudah Lupa' yang beliau dendang pada akhir khidmatnya di PTWC. Lu cakap apa pun salah laku semasa era rejimnya, beliau dengan megah akan menafikan dan tetap mengatakan apa yang beliau lakukan adalah betul. Jika ada yang salah, itu bukan beliau lakukan kerana ia pasti kesalahan itu dilakukan oleh bekas 3 mantan TPM, Musa, Ghaffar dan Nuar.

Bila beliau menjemput parti pembangkang bersama beliau untuk Deklarasi Anti Najib, semua pemimpin pembangkang yang mengaku hebat sudah menjadi lembu di cucuk hidung. Cerdikkah pemimpin pembangkang menyahut saranan Che Det yang secara terang-terangan memperbodoh-bodohkan pembangkang yang mengaku profesional terulung dan ulama luar biasa. 

Bila layar website majoriti dok sokong jadi barua Che Det, saper dok sokong macam-macam ayat dok hentam parti yang tolak untuk bersama Che Det. Sedar ler bro, jadi ler cerdik sikit wahai pandir-pandir jangan terlebih cerdik sangat pasal Tampoi dan Tanjung Rambutan masih banyak blok kosong. Cerdikkah lu bila sokong #Anti Najib, lu ingat saper akan ganti beliau adakah Nuar atau Zizah atau LGE atau TGHH. Lu ikut kegilaan seorang tua yang dah nak mampus yang masih rasa ada kuasa dan penyokong juta-juta, jawabnya lu sama gila dengan Che Det.

Adakah inilah orang tua yang lu sokong bagai naik gila sedangkan tak sampai seminggu yang lepas beliau telah menghina Al-Quran. Dulu beliaulah semunafik yang menghina hukum Allah S.W.T tanpa ada bantahan dari mufti/alim ulama makan gaji. Sekarang beliau cuba menghidupkan kembali ideologi sekular Antatturk laknatullah dengan kembali kepada Islam dengan menggunakan mengikut bahasa negara bukan Arab.

Dengan sokongan timbalan menteri iaitu anak Dasuki telah menjemput bangsa Cina, India, Melayu, Thailand, Filipina dan beberapa buah negara asing agar mengalunkan bacaan al-Quran di dalam bahasa masing-masing. Bagaimana lu boleh bayangkan al-Quran yang di tafsirkan ke dalam bahasa masing-masing di alunkan sebagaimana lu membaca al-Quran mengikut yang sebenar iaitu Arab Quraisy. 

Sebagaimana Bapa sekular Antatturk laknatullah memerintahkan laungan azan di dalam bahasa Turki. Apa yang beliau lakukan terhadap firman-firman Allah S.W.T telah di bayar tunai semasa dan selepas beliau mampus. Tanah tidak menerima bangkai musuh Allah S.W.T sehinggakan keluarnya merayu agar para ulama membantu tetapi ulama kata jangan kata tanah di Turki, malah tanah di seluruh dunia pun tidak akan menerimanya.

Inilah bapa sekular yang masih tidak sedar diri tentang dirinya demi menunjukkan kepada dunia betapa hebatnya beliau dalam bab beragama. Dengan alasan bahawa banyak tafsir dan ajaran telah di salah gunakan demi kepentingan politik.

سُوۡرَةُ الکافِرون
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلۡ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡڪَـٰفِ رُونَ (١) لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ (٢) وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ (٣) وَلَآ أَنَا۟ عَابِدٌ۬ مَّا عَبَدتُّمۡ (٤) وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ (٥) لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِىَ دِينِ (٦)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang Kafir! (1) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. 21) Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. (3) Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. (4) Dan Kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. (5) Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku. (6)
(Surah Al-Kafiroon ayat 1-6)

Inilah orang yang kamu rasa boleh ikut demi kepentingan politik murahan pemimpin lu yang dari muda sampai ketua bangka pun masih lagi ingin menyesatkan lu. Mengikut Ibnu Hajar bersumberkan hadis sahih riwayat Iman Bukhari Dan Iman Muslim bahawa umur umat Islam tidak lebih dan tidak kurang 1477 hijrah. Sekarang ini pun kita sudah berada pada tahun hijrah 1437 dan jika di tolak, hanya tinggal 40 tahun sahaja walau pun ada kekhilafan tentang tahun.

Sedarkah ketika itu para alim-alim akan di wafatkan dengan kedatangan angin yang sejuk, bagi yang menghafal pula Allah S.W.T akan hilangkan ingatan mereka walau pun baru semalam mereka membacanya. Allah S.W.T akan ambil kembali KalamNya dan manusia akan hidup dalam kesesatan dalam dua generasi. Janji Allah S.W.T itu benar dan adakah ini orang yang akan lu all ikut. Bagi gua, gua berlepas diri dari mereka yang masih mengejar dunia yang penuh penipuan. Semoga lu menjumpai jalan-jalan yang penuh kebenaran lagi keberkatan,,,, Wallahualam.GANR

Ahad, 21 Februari 2016

PAS Terengganu Mula Kecut Perut

Ceramah PH

Semasa merasmikan pejabat PH Dungun baru-baru ini, 3 tunjang utama PH iaitu PAN, PKR dan DAP telah bersetuju akan bertanding di semua 32 kerusi dun dan 8 kerusi parlimen. Mereka juga telah bersepakat setiap roadshow mereka akan di hadiri oleh semua pemimpin PH. Tiada lagi ceramah akan di lakukan secara berasingan bagi memastikan ceramah mereka akan di hadiri oleh ribuan rakyat Terengganu.

Bijak sungguh strategi para pemimpin hebat PH bagi mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri apa bila mereka sapu bersih semua 32 kerusi dun. Sekarang ini Umno/BN menguasai 17 kerusi, PAS 14 kerusi dan PKR 1 kerusi. PAS Terengganu mula gusar dan kecut perut dengan pengumuman PH kerana belum lagi PRU, mereka telah target 57 undi popular. 

Itu belum di ambil kira undi dari penyokong PH yang semakin ramai mengisi borang PAN yang di katakan habis macam goreng pisang panas. Pejabat PAN Terengganu terpaksa mencetak lebih banyak borang keahlian atas permintaan penjual goreng pisang. Walau pun PAN masih baru mewarnai politik Terengganu, rakan mereka dari PKR dan DAP sudah bertapak.

Gua masih ingat lagi cerita tentang Dungun pada PRU 12 di mana PKR telah diberi laluan oleh PAS untuk bertanding parlimen Dungun tetapi kalah. Pada PRU 13 PKR mula menunjuk lagak untuk bertanding semula dengan mengaku kerusi itu milik mereka. Di katakan berlaku sedikit ketegangan dengan kesombongan pimpinan PKR Terengganu yang di ketuai oleh Azam Ismail. 

Pemimpin PAS Dungun telah bertanya berapa ramai ahli PKR Dungun untuk melayakkan mereka bertanding di kerusi tersebut. Bila di semak rupa-rupanya ahli PKR Dungun tidak sampai 1000 orang pun dan bukan itu sajer, mereka juga tidak memiliki langsung jentera pilihan raya sendiri. Ada seorang pakcik cakap banyak cantik, dah lah keahlian seceput jentera/markas pun nak harapkan PAS. Dah lah nak bertanding pun PAS yang tolong dahulukan wang deposit yang sampai sekarang tak bayar-bayar.

Apa pun itu dulu, cerita dah basi kerana sekarang jentera mereka ada di setiap pelusuk kampung kerana itulah mereka cukup gah bercakap. Kerana itulah PAS terpaksa bekerja keras memandangkan hampir semua kawasan telah lumpuh setelah berduyun-duyun rakyat Terengganu telah keluar dari PAS dan menganggotai PAN, parti Islam yang paling suci di muka bumi nih. 

Ada juga ura-ura yang mengatakan pemimpin agung PAN, Mek Sabu akan bertanding di negeri Terengganu. Itu pun jika sempat bayar saman kepada bekas timbalan SPR kerana mengikut rekod sejak jumlah saman sudah di tentukan oleh mahkamah, berduyung-duyung pandir-pandir PH mengutip derma di seluruh negara. Jumlah terkini kutipan di katakan sudah mencecah RM 5026000. 

Jika beliau masih bersama PAS pasti tidak akan dapat kutipan sebanyak itu yang gua lupa nak tambah tanda koma dan titik... RM 50,260.00.  Gua tak tahu ler, mungkin dulu duit  dalam tabung memang banyak, sejak Nuar Tahir jadi SU PAN banyak sangat guna untuk ceramah, pasang khemah, kerusi, sewa hotel 5 star, elaun sana elaun sini, makan mewah-mewah, duit poket, duit minyak.

Apa punya bangang pandar-pandir PAN/PH dan adik angkatnya yang menjawat KM P.Pinang. Jangan ler memalukan pemimpin agung yang memimpin parti Islam yang paling suci  apatah lagi bakal mengantikan Najib/Rosmah pada PRU 14 nanti. Punya ler hebat buat kutipan di seluruh negara ditambah pula perisa jemputan sidang akhbar, hanya RM 50,260 jer baru dapat. Gua ada sikit rasa was-was bila cakap bab duit nih. 

Memang pandir-pandir PAN jenis kedekut tahi hidung masin. Macam ni nak bertanding 32 kerusi dun 8 kerusi parlimen. Bagi gua, lantak lu ler bhai asal jangan rebah sebelum bertanding sudahlah ler./GANR

Rabu, 17 Februari 2016

Wanita Terkaya Dan Paling Berkuasa Cuba Membeli Tanah DBKL.

SIAPA DIA

Ramai yang tidak mengetahui berkaitan isu ini kerana kesibukan menjaja diri dan parti dari membongkar penyalahan guna kuasa melalui proksinya. Tindakannya untuk membeli hartanah milik DBKL yang di jadikan stor menyimpan dan selenggara kenderaan milik DBKL di Cheras telah di protes oleh para pemilik apartmen di sekitarnya.

Gua tidak pasti nilai yang di tawarkan kepada DBKL memandangkan stor milik DBKL cukup luas dan amat bernilai tinggi. Tidak cukup dengan memilik dirikan harta negara, sekarang cuba pula untuk mengambil alih aset negara. Memang beliau membuat penawaran tetapi duit untuk membayarnya pun milik kerajaan.

Mengikut rekod, beliau yang menggunakan proksinya akan membina kondo mewah yang bernilai jutaan bagi setiap unit. Dengan tanah yang begitu luas, gua tidak pasti berapa buah bangunan boleh di bina di kawasan tersebut. Adakah perkara ini tidak jadi atau di tangguhkan dahulu sebab terlalu banyak isu ketirisan wang milik negara sudah menjadi perbualan rakyat marhaen.

Adakah kerakusan beliau ada menjadi kenyataan jika Umno/BN mendapat mandat pada PRU 14 nanti. Yang pasti nafsu sarakahnya tentang kekayaan, pangkat dan darjat tiada siapa boleh mencegah melainkan rakyat marhaen sendiri yang boleh melakukan. Itu pun jika pemberian BR1M yang boleh bertahan 1 tahun menjadi tanda aras buat rakyat marhaen

Apa sahaja bukti yang diberikan kepada rakyat marhaen, mereka masih tidak pernah merasa serik kerana inilah yang di katakan kehebatan Melayu Pandir.  Siang malam ditipu masih pun  tetap sayang kerana Melayu yang ada hidup sekarang ini adalah Melayu Hang Tuah, bukannya Melayu Hang Jebat. Dengan slogan '1 Malaysia Rakyat Di dahulukan Janji Di Capatikan' dan 'Tidak Melayu Hilang Di Dunia' maka jadilah Melayu Pandir yang merempat di negara sendiri.

Biarlah makan sayur kangkung yang di kutip di tepi longkang, janji pemimpin kesayangan boleh makan makanan yang mahal/berkhasiat demi kesihatan pemimpin kesayangan terjaga. Kerajaan nak naik harga barang, tarif elektrik, tol dan apa sahaja cukai, kita mesti sokong kerana kita adalah Melayu Pandir amat simpati dengan kekayaan rejim yang belum lagi cukup untuk 7 keturunan.

Kalau boleh kita mahu GST di naikkan kepada 10 peratus disebabkan 6 peratus terlalu kecil jumlahnya jika di bandingkan dengan negara-negara maju. PDRM kata naik naikkan saman pasal barang mahal patut kita sokong 1000 peratus kerana duit itu pun tidak akan ke mana-mana pun, tetap berada dalam akaun pemimpin kesayangan kita nih.

Ada warga asing bertanya dan cukup pelik bagaimana rakyat Malaysia boleh mengurus kehidupan harian dengan gaji yang rendah dan di tambah pula dengan segala tok nenek cukai. Berbanding di negara mereka jika rakyat sudah membayar insuran/roadtax (sebagai contoh), mereka tidak perlu lagi membayar tol walau sepanjang mana pun tol yang di bina oleh kerajaan disebabkan mereka sudah membayar cukai.

Gua cakap kat mereka inilah kelebihan Malaysia yang di terajui bangsa Melayu yang cukup hebat di mata dunia kerana 80 peratus pendapatan bulanan mereka di serahkan kepada rejim dan apa yang mereka lihat di hadapan mata mereka seperti tumbuh-tumbuhan yang menghijau itulah makanan rugi rakyat marhaen. Semua mereka makan, dari kulit kayu sampai kepada pucuk-pucuk daun kerana itulah kerajaan tempatan menanam dan menghiaskannya di tepi-tepi jalan.

Gua kata kat mereka di Malaysia tiada masalah langsung tentang pekerjaan kerana dengan jumlah penduduk seramai 28 juta, masih ada hampir 2 juta kekosongan yang tidak boleh di tampung oleh oleh rakyat marhaen. Kerana itulah Malaysia terpaksa meminta bantuan dari negara Bangladesh agar menghantar seramai 1.5 juta warganya untuk mengisi kekosongan.

Malaysia sekarang ini sedang menghadapi krisis yang teruk untuk mencari pekerja di sebabkan kebijaksanaan Najib/Rosmah menarik pelabur asing.  Ketika ini berduyung-duyung klongmerat-klongmerat ternama dunia sedang berebut-rebut untuk menempatkan syarikat mereka ke Malaysia disebabkan kehebatan yang di tunjukkan oleh Big Ma.

Mereka ingin belajar bagaimana Big Ma boleh menjadi teramat kaya sedangkan beliau adalah lahir dalam kemiskinan. Beliau di ibaratkan seorang yang cukup hebat disebabkan apa yang yang beliau sentuh akan menjadi bernilai. Jika beliau memegang kaca, pasti ia akan menjadi permata, pegang batu jadi emas.

Lihatlah projek watermelom yang beliau usahakan di kawasan kediaman rasmi PM boleh mendapat keuntungan ratus ribu. Beliau tidak memerlukan kawasan yang cukup besar tetapi buah yang di hasilkan bernilai ribuan sebiji. Bagi kita rakyat marhaen yang makan kangkung di tepi longkang jangan kata nak merasa watermelonnya, nak dapat kulitnya pun boleh tapi dalam mimpi ler.

Gua hanya ingin kepastian berkaitan isu stor simpanan kenderaan yang cuba dibeli dari DBKL di Cheras melalui proksinya, adakah benar atau tidak kerana isu melibatkan pertukaran wang yang cukup banyak. Itu baru berkaitan dengan nilai tanah dan bagaimana pula kos pembinaanya yang mana mengikut maklumat gua setiap kondo itu bernilai jutaan bagi setiap unit di mana bagi rakyat marhaen inilah 'Kediaman Mampu Lihat'.

Jika benar ia melibatkan Big Ma, gua pasti ia akan berjaya dilakukan kerana kuasa dan kekayaan miliknya. Hanya rakyat marhaen sahaja yang boleh menghalangnya melalui undi pada PRU 14 tetapi bagi gua ia tetap menjadi sangsi disebabkan kehebatan Melayu Pandir dalam bila bab mengundi. Bila Menteri 2.85 kata BR1M RM 950-1050 dapat bertahan 1 tahun dengan hujah-hujah bodohnya pun Melayu Hang Tuah boleh percaya, Melayu Hang Jebat balik awal ler./GANR

Selasa, 2 Februari 2016

Apabila Si Harum Manis Mengidap Sindrom Mahatdirisme.

GANR

Sindrom Mahatdirisme telah menjangkiti si Harum Manis yang cantik diluar tetapi rosak di dalam. Tiada satu pun yang betul bagi beliau setelah tiada lagi jawatan dalam kerajaan negeri. Apatah lagi dengan kekecewaan untuk menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri yang di janjikan oleh Bro Anwar jika Pakatan menang pada PRU 13 yang lepas tidak kesampaian. 

Anak didik al-Marhum TGNA yang diharap boleh memimpin PAS pada masa hadapan. Beliau amat di sayangi oleh al-Marhum sehinggakan jika ada wartawan bertanya tentang batang tubuh Harum Manis, al-Marhum terus bertenaga menceritakan kebaikannya kerana beliau diakui amat disayangi oleh al-Marhum. Tetapi apakan daya di akhir hayat al-Marhum beliau telah mengecewakan gurunya yang menantang minyak yang penuh sehinggakan al-Marhum keluar dewan bila Harum Manis menghentam kerajaan negeri.

Dari SU kepada Adun dan diangkat menjadi Exco paling kanan walau pun ramai lagi yang lebih layak darinya. Semasa berkuasa tiada siapa yang berani membantah idea-ideanya kerana hormat kepada TGNA. Sekarang beliau secara terang-terangan menyerang kerajaan Kelantan dan PAS setelah tiada kuasa dan tempat bergantung. Semua yang kerajaan Kelantan lakukan tiada satu pun yang betul melainkan salah dan salah.

Gua boleh katakan yang beliau sudah berubah hati dari PAS kepada PAN tetapi tidak melepaskan jawatan kerana terikat dengan Bai'ah kepada PAS. Beliau tahu yang beliau sudah tidak lagi popular di kalangan akar umbi PAS dan yang pasti namanya mungkin tiada senarai sebagai calon PAS baik di dun mahu pun parlimen. 

Serangan-serangan beliau yang bertali arus terhadap kerajaan Kelantan dan pimpinan PAS hanyalah taktik agar beliau dipecat keahlian. Dengan pemecatan itulah beliau terlepas dari Bai'ah tetapi gua tak nampak PAS sebodoh itu untuk memberi jalan mudah kepada si Harum Manis. 

Harum Manis rasa beliau cukup hebat untuk meremehkan segala gerak kerja kerajaan Kelantan sehingga sanggup menjadi saksi syarikat yang menyaman dua anak syarikat kerajaan Kelantan berkaitan Lebuh raya Rakyat sebanyak RM 230 juta sedangkan beliau adalah pengerusi salah satu anak syarikat itu, beliau juga bekas Exco dan arkiteknya ketika itu.

Sekarang beliau menyerang timbalan menteri besar dan setiausaha agung PAS kerana di tuduh gagal membawa usul pindaan akta 355 ke parlimen. Sedangkan sebagai bekas Exco kanan, beliau lebih mengetahui akan prosedurnya tetapi beliau lebih selesa menyalahkan orang lain dari memberi idea. Mungkin kerana sifat Harum Manis yang hijau di luar tetapi oren di dalam membuatkan pemikiran semakin pendek. 

Jika beliau seorang yang beramanah, mungkin beliau boleh menjawab bagaimana senarai projek cetusan beliau boleh rugi dari mencari kesalahan orang lain. Bagaimana beliau boleh mewujudkan terlalu banyak projek yang membawa keuntungan berbilion kepada kerajaan negeri Kelantan Di atas kertas boleh ler tengok keuntungan yang beliau janjikan tetapi hanya sekadar melihat, bila gagal beliau cuba menyalahkan orang lain dengan harapan kerugian yang beliau lakukan tidak diketahui. Di bawah adalah senarai projek-projek beliau cuba beliau sembunyikan.
  • Projek Kambing Jamnapari
  • Projek Tanaman Tepu, Gua Musang
  • Projek Pelabuhan Darat, Kuala Krai
  • Pusat Peranginan Tasik Kwong, Rantau Panjang (RM1.5 bilion)
  • Pelabuhan Pantai Sri Tujuh, Tumpat
  • Projek Agro Tourism, Jeli
  • Pusat Pelancungan Danao, Tok Uban
  • Bandar Perikanan Tok Bali
  • Bandar Baru Pengkalan Kubor
  • Projek Stadium Baru
Sekadar hanya beberapa projek cetusan idea hebat si Harum Manis yang hebat di sebut tetapi sakit mata memandang. Memang projek-projek yang bernilai ratusan juta sehingga bilion memerlukan kerja berpasukan, kenapa beliau tidak menyebut langsung projek-projek ini. Sindrom Mahatdirisme sahaja berpegang jangan sebut kegagalan tetapi sebutlah kejayaan-kejayaan berulang kali. Inilah sikap kecewa orang yang gila kuasa dan biarkan ia kerana tiada membawa mudarat bagi yang tahu./GARN

Jumaat, 22 Januari 2016

Usaha 30 Tahun Akhirnya Berhasil.




Sebelum gua teruskan menulis artikel ini, gua harap lu all yang memang dari golongan bijak pandai lagi mempunyai iman yang hebat fikir secara matang dengan kembali kepada dua perkara iaitu al-Quran dan al-Hadist. Gua bukannya sempurna seperti lu all kerana tiada yang sempurna di atas mana-mana makhluk melainkan keimanan yang menjadi saksi. Tak perlulah ler nak tunjuk yang lu lebih hebat dari siapa walau pun lu sudah sampai tahap Phd. Hujah-hujah bodoh dengan perkataan maksum usah ler sebut kerana umat Islam tahu tiada umat yang lebih maksum melainkan rasulNya S.A.W.

Setelah 30 tahun berusaha untuk menguasai PAS akhirnya berjaya tetapi nama bertukar kepada PAN. Bertetapan dengan namanya Islamic Representative Council (IRC) atau Jemaah Islamiah Syaamilah (HIS), Syaamilah (sempurna & menyeluruh) dan (MISG). IRC yang berpusat di UK dan MISG pula berpusat di USA dikatakan cukup erat dengan persatuan pelajar Malaysia di luar negara. Saari Sungip (Abu Urwah), Abdul Rahim Ghouse adalah watak penting ketika berada dalam IRC/MISG a.k.a HIS a.k.a. JIM a.k.a. IKRAM.

IRC cukup cergas pada tahun 80-90'an dalam politik negara selepas kepulangan pelajar-pelajar Malaysia dari luar negara. Walau pun nama Anwar tidak disebut tetapi pengaruhnya cukup besar dalam kesatuan tersebut kerana ramai pimpinan ABIM turut berada dalam IRC/MISG. Agenda mereka cukup besar untuk menguasai politik negara di mana mereka telah menyusup ke dalam Umno. Tetapi akhirnya ramai di kalangan mereka keluar setelah Umno menyedarinya lalu mereka beralih kepada PAS.

Sekarang mereka telah menguasai parti Islam yang paling suci lagi memberi rahmat di seluruh alam sebagaimana matlamat mereka ketika masih bergelar pelajar. 'Matlamat Menghalalkan Cara' yang sebelum itu menjadi tentangan mereka telah dikutip balik demi menyenangkan hati 'Abang Besar' mereka. Jika lu tanya gua siapa IRC, lu tengok semua pimpinan tertinggi parti PAN dan cuma  Abang Mat sahaja bukan di kalangan mereka. Ini bermakna Abang Mat mempunyai kelebihan kerana menjadi 'Pandir' kepada DAP dan PAN.

Cara kader-kader IRC bergerak ialah menaikkan nama pimpinan yang mereka rasakan boleh mengikut kehendak mereka selepas berkuasa. Semasa di dalam Umno, mereka telah menaikkan nama Anwar tetapi ia tidak disenangi oleh pemimpin-pemimpin yang sudah lama bersama Umno. Apabila tembelang mereka pecah, mereka mula beralih kepada PAS dengan melebih-lebihkan nama Haji Hadi tetapi tindakan mereka sudah di hidu lebih awal oleh PAS walau pun mereka berjaya mendapat simpati dari beberapa pimpinan tertinggi PAS.

Krisis yang melibatkan IRC ialah perpecahan dalam ABIM Perlis sehingga tertubuhnya HALUAN oleh Ustaz Dahlan Mohd Zain pada tahun 1988. Di dalam PAS pula ia melibatkan pemimpin tertinggi Pemuda, Mustafa Kader yang terlibat dalam jaring rancangan. Di Dalam organisasi PAS iaitu Harakah, Dr Daeng Sanusi telah dijadikan payung kerana membantunya membangunkan Harakah. Dalam krisis tersebut nama Dr Daeng telah terpalit dengan rancangan-rancangan mereka dari IRC.

Individu yang menentang keras penguasai IRC terhadap PAS ialah al-Marhum Ustaz Harun Taib sehinggakan satu forum telah diusahakan oleh mahasiswa di sebuah universiti di antara al-Marhum dengan Amir IRC ketika itu, Saari Sungip a.k.a. Abu Ukwah. Al-Marhum adalah seorang yang cukup tegas sebagai pemimpin PAS.

Selepas gagal menembusi PAS mereka telah menubuhkan Jemaah Islah Malaysia (JIM) pada Julai 1990 di mana pengerusinya ialah Saari Sungip sehingga 1999 semasa beliau bersama Keadilan. Walau bagaimana pun beberapa anai-anai IRC masih bersarang di dalam PAS yang mana lu all sendiri boleh andaikan. 

Pada PRU 1999, Saari Sungip bertanding di parlimen Paya Besar atas tiket Keadilan tetapi kalah dan pada PRU 2004 beliau kalah lagi bertanding di kawasan yang sama atas tiket PKR. Akhirnya pada PRU 2008 beliau memenangi Dun Hulu Klang atas tiket PAS dan mengulangi pada PRU 2013 selepas menyertai PAS. Seperti artikel gua yang lepas-lepas, gua cukup hairan bagaimana beliau boleh terlepas pandang sebagai calon kerana kemasukan semula ke dalam PAS menang satu perancangan IRC dan telahan gua ada kebenarannya.

Pada era permulaan mereka cuba mempergunakan Haji Hadi tetapi gagal tetapi apabila mereka berjaya menguasai MT PAS Pusat selepas 2008, nama Mat Sabu telah di angkat sebagai strategi mereka untuk mengambil alih kepimpinan PAS. Amat malang bila Mat Sabu yang bukan di kalangan puak IRC dan sudah lama bersama PAS, terpengaruh dengan janji-janji manis puak ini. Orang yang amat sinonim dengan perjuangan PAS sehingga sanggup mengeluarkan kata jika beliau keluar PAS, tolong campak beliau ke laut kerana ketika itu memang beliau sudah hilang akal akhirnya terpaksa telan kata-katanya sendiri.

Gua tidak pasti jika puak IRC yang mengaku sebagai sebuah Gerakan Islam dapat mengambil alih PAS. Bila matlamat menghalalkan cara sudah menjadi pegangan mereka, apa yang mereka akan lakukan. Mungkin lu boleh baca artikel yang dianggap sampah DI SINI kerana apa yang ditulis benar-benar berlaku. Nanti ada ler pandir-pandir menyanggah apa yang gua tulis kerana tidak memuaskan cita rasa kebaruaan mereka./GANR

Rabu, 13 Januari 2016

Benarkah Hanya PKR Terselamat Dari Pertandingan 3 Penjuru?



Sejak tertubuhnya Pakatan Harapan ramai bijak pandai beranggapan bahawa hanya PKR dan DAP sahaja yang terselamat dari pertandingan 3 penjuru. Gua tak faham cara pemikiran yang mengaku bijak pandai terulung dalam mengulas isu politik menjelang PRU14 yang akan datang. Adakah kerana mereka fikir Tahalluf Siyasi antara PAS dengan PKRlah yang menjadi penyelamat mereka tanpa memikirkan ia hanyalah kerjasama politik yang sentiasa dikaji oleh PAS.

PH adalah kombinasi antara PKR, DAP dan PAN yang mana dua parti dalam pakatan itu sudah menjadi musuh PAS seperti Umno/BN. Pada PRU14 nanti PKR akan bertanding atas tiket PH walau pun masing-masing menggunakan logo parti sendiri. Ini bermakna PAS akan bertembung dengan BN, PH dan juga PKR. Gua cukup sokong jika PAS bersendirian, baru boleh tengok bagaimana keadaan PKR bagai cacing kepanasan.

PAS pasti akan mengkaji semula kerjasama politik dengan PKR di atas dasar pengkhianatan PKR Selangor memberi kerusi PBT kepada kepada penyamun yang melarikan kerusi milik PAS. Tindakan Azmin telah mengecewakan PAS kerana terlalu gopoh tanpa memikirkan sumbangan PAN yang belum teruji di dalam pilihan raya. 

Lepas ni ada ler yang maki hamun gua dengan hujah-hujah bodoh kononnya kerusi yang dicuri penyamun dari Amanah adalah milik pakatan. Gua tak nampak PAS akan memberi laluan mudah kepada PKR yang bermuka-muka untuk menang selesa tanpa gangguan. Ketua penyamun sudah mengeluarkan arahan kepada macai-macai agar bekerja 16 jam sehari sehingga tiba PRU14. 

Mereka juga akan bertanding di 15 dun yang dimenangi oleh PAS pada PRU13 yang lepas. Hebat juga dengan ketua yang menyuruh ahli PAS buang beliau ke laut sekiranya beliau keluar dari PAS kerana ketika itu beliau memang sudah mengidap penyakit mental. Bukan gua buat fitnah tetapi kata-kata itu telah beliau ucapkan beberapa kali di dalam ceramah semasa masih bergelar timbalan presiden PAS. Beliau boleh lupa tetapi ahli-ahli PAS tidak akan lupa kerana itu adalah satu arahan dari bekas timbalan presiden.

Buat main hebat angan-angannya untuk mengganti PAS sedang ketika berada di dalam PAS, beliau sentiasa diberi kerusi paling selamat tetapi tetap kalah. Gua cukup hairan dengan Bang Mat nih, kenapa kerusi selamat milik PAS pasti akan kalah jika beliau menjadi calon. Semua kawasan yang ditandingi PAS akan bertembung dengan PAN, parti Islam paling suci lagi rahmatul alamin tetapi menolak Hudud. 

Hati DAP mesti dijaga jika mahu dana terus mengalir masuk dalam akaun kerana kata-kata Tuan Guru Lim mengatasi segala hukum. Bila gua kata DAP anti Islam bukan main melalak barua-barua minta gua buktikan. Yang melalak minta bukti tu tak pernah minta tolong dari pakcik google ker sampai suruh gua senarai satu-satu. Gua nak tanya sikit jer kat barua yang bertanya, lu ada saham dalam DAP ker sampai lebih DAP dari DAP sendiri.

Sekarang kerja DAP lebih senang dengan wujudnya parti barua dan G25 yang mengaku hebat lagi bergelar. Nak cakap tentang Islam tetapi jahil nak mampus bab hukum hakam. Gua cadangkan mana-mana Islam celup kalu nak buat maksiat lu tak payah sewa bilik hotel, lu gi jer rumah Geng25 pasai mereka memang akan bagi guna rumah mereka untuk Islam celup buat maksiat.

Gua ucapkan selamat berjaya buat PKR dan barua DAP yang bakal mengambil alih Putrajaya selepas PRU14 nanti. PAS ternyata sudah tidak relevan buat mereka kerana parti barua DAP pasti akan mengisi semua kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PAS dengan cukup mudah. Barua DAP akan mengikut kemana sahaja PAS kerana Bang Mat dah kata partinya lebih kuat, bagus dan segala-galanya hebat. 

Mana parti barua nih dapat dana banyak sangat untuk bayar kuli-kuli yang dah mula kerja 16 jam sehari 7 hari seminggu dan itu belum masuk untuk bertembung dengan PAS yang bertanding banyak kawasan. Percayalah tindakan PKR yang baru memeterai perjanjian dengan DAP dan PAN akan memakan diri sendiri kerana PAS tidak sebodoh yang disangka mereka. Gua tak nafi kemenangan PAS menawan Kelantan, Terengganu dan Kedah kerana adanya S46, DAP dan PKR tetapi adakah DAP menawan P.Pinang tanpa bantuan PAS.

Lu all suka lu baca tapi kalu nak komen biar cerdik sikit kerana teruk-teruk blog gua dengan propaganda DAP anti Islam pun sudah dijadikan logo di laman siber. Gua sedang siapkan artikel gua tentang siapa sebenarnya pemimpin Amanah dan tembelang mereka yang ramai sudah lupa. Mungkin yang dok bertenggek di blog gua masih berhingus atau mak bapak mereka masih lagi tengah bercinta. 

Gua cukup seronok bila ramai dok maki hamun gua tapi gua sikit pun tak marah kerana lu memang jahil. Gua ingat blog gua sudah dibangku sampahkan oleh para pemuja musuh Islam rupa-rupanya ada juga 2-3 peminat. Gua nih suka jolok sarang terbuang, biar yang tak setuju dengan tulisan gua bertambah-tambah sakit hati bila baca. Sorry bro, gua bukan barua PAS atau mana-mana pemimpin kerana apa yang gua tulis mengikut apa yang gua perhatikan.GANR

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...