Translate

Mesti Baca

Sabtu, 21 November 2015

Demi Rosmah Tersayang, Ajib Sanggup Lakukan Apa Saja.

Dulu bukan main bising barua-barua Umno celaka bila gua anggarkan Rosmah a.k.a Najib memiliki harta bernilai tidak kurang RM 5 bilion. Ini berpandukan kepada perbelanjaan beliau setiap kali ke luar negara pasti ratu shooping ini akan berbelanja jutaan. Semasa Najib menjawat naib presiden Umno, Rosmah telah membeli jam tangan yang bernilai hampir RM 200,000 sebiji dengan kuantiti yang banyak untuk diagihkan kepada pemimpin Umno demi menaikkan karier politik Najib.

Ketika berada ke luar negara, rakyat akan menanggung semua kos beliau yang bernilai ratusan ribu hanya untuk penginapan dan jet milik kerajaan yang hanya Najib sahaja boleh meluluskannya. Itu bukan dikira elaun ahli rombongan dan pengawal peribadi yang mengiringi biawak hidup nih. Tiada siapa yang berani bersuara, menegur dan membantah kegilaan biawak hidup ini walau pun semua yang biawak hidup ini tidak layak menikmati kemudahan milik negara.

Tidak mustahil kerana kekayaan yang tidak pernah cukup buat biawak hidup inilah menjadikan Najib menyamun wang milik negara sebanyak RM 2.6 bilion. Kenapa Najib terlalu berani melakukan secara terang-terangan sehingga heboh seluruh dunia?. Ini jumlah yang diketahui umum, berapa banyak pula yang dirompak secara sembunyi sedangkan perkara ini berlaku ketika beliau menjadi MB Pahang lagi. 

Rosmah memang cukup licik dalam segala tindakannya kerana beliaulah Najib bercerai dengan isterinya, seorang kerabat diraja. Demi cita-cita besarnya beliau sanggup menggunakan bomoh untuk memikat Najib yang sudah berkeluarga. Bolehkah lu bayangkan ketika beliau melakukan kerja-kerja kotornya, beliau masih bergelar isteri orang dengan memiliki beberapa orang anak. Ramai yang tidak mengetahui bahawa perceraiannya melibatkan tebus talak. Jika ingin mengetahui sikap sebenar Rosmah, lu boleh lihat pengakuan ibu angkatnya seorang Datin. 

Kalu boleh beliau memang nak jadi Permaisuri kerana kuasa sudah di tangan, pasai tulah beliau gunakan gelaran 'First Lady' (FLOM). Jika tidak kerana bantahan ramai pasti gelaran itu masih kekal dan begitu juga dengan pejabat 'FLOM' masih wujud. Apakan daya percubaan Rosmah untuk test market terbantut kerana bantahan rakyat Malaysia. Sungguh memalukan tapi tak apa Najib hanya boneka yang Rosmah masih di puncak kuasa.

Beliau bukan dari golongan kaya yang dari kecil hidup dalam kemiskinan tetapi demi nafsu yang sudah merasuknya, halal haram tolak tepi. 'Matlamat Menghalalkan Cara' sudah lama berada didalam kamus hidupnya yang mana ia juga di ikuti sama oleh para pengkhianat yang di humban keluar secara beramai-ramai oleh perwakilan PAS. Kerana gilakan kuasa, pangkat dan kekayaan jugalah yang membuat para pengkhianat sanggup terjun ke laut walau pun sudah berpuluh-puluh tahun berjuang dalam parti PAS. 

Murahnya iman para pengkhianat yang sanggup menghina agama sendiri demi membaruakan diri kepada parti yang terang-terangan menjadikan Islam sebagai musuh nombor wahid. Jika Rosmah memang gua tak heran pasal beliau memang dah tahap kekayaan, kemahsyuran, sanjungan adalah segala-galanya walau pun terpaksa mengimport sami Hindu dari India sebagai rujukannya. Jika Batutah yang amat alim dengan jutaan pengikut pun boleh mati dalam keadaan kufur, apalah sangat dengan barua-barua Dap lahanat.

Yang pasti akan ada ler dok bertenggek kat laman gua untuk membela Dap lahanat dan barua-barua belaannya yang berbaju oren. Komen tentang Haji Hadi menawar jadi penasihat kerajaan yang korup pasti akan jadi hujah bodoh macai-macai celaka yang masih tak sedar-sedar pasal nasi kangkang Dap lahanat dah jadi darah daging. Gua sokong sangat-sangat dengan idea-idea baru dari Haji Hadi kerana ia akan menjadikan blogger-blogger, pencacai-pencacai dan para celaka akan naik gila. Bila ada yang mengatakan puak-puak celaka gilakan kuasa dan harta, bukan main mereka dok jaja elaun/gaji Haji Hadi sampai RM 90,000 sebulan. 

Gua kata para pengkhianat nih semakin celaka sebab lu tengoklah bagaimana mereka layan PAS dan sekarang dok desak MB Selangor pecat exco dari PAS dan lantik para pengkhianat. Dah ler langgar bai'ah, curi kerusi PAS, bukan main nak tunjuk kuasa buat malu jer. Gua ingat ceramah para celaka tak dapat sambutan pasal ahli PAS meluat tengok muka para celaka yang mengaku hebat tapi kerusi PAS disamun dengan alasan mereka menang atas nama PR. 

Blogger-blogger pencacai kepada barua Dap lahanat bukan main nak menegakkan benang basah sejak bulan-bulan pulus masuk poket. Gua nasihatkan blogger yang sanggup melacur demi sedikit imbuhan, sedar diri sikit pasal lu sendiri sudah tahu yang parti baru anutan pengkhianat yang ditaja Dap lahanat dah gali kubur, cuma tunggu batu nesan yang gua akan hantar nanti./GANR

Skandal RM 2.6 Bilion

Skandal RM 2.6 Bilion

Skandal RM 2.6 Bilion

Skandal RM 2.6 Bilion
.
Skandal RM 2.6 Bilion

Skandal RM 2.6 Bilion

Skandal RM 2.6 Bilion

Skandal RM 2.6 Bilion

Skandal RM 2.6 Bilion

Skandal RM 2.6 Bilion

Skandal RM 2.6 Bilion

Skandal RM 2.6 Bilion

Skandal RM 2.6 Bilion

Skandal RM 2.6 Bilion

Skandal RM 2.6 Bilion

Skandal RM 2.6 Bilion

Skandal RM 2.6 Bilion

Skandal RM 2.6 Bilion
Skandal RM 2.6 Bilion
Skandal RM 2.6 Bilion

Skandal RM 2.6 Bilion

Skandal RM 2.6 Bilion

Skandal RM 2.6 Bilion

Skandal RM 2.6 Bilion

Skandal RM 2.6 Bilion

Skandal RM 2.6 Bilion

Gambar : Sumber

Khamis, 19 November 2015

Bila Pengkhianat Menunjukkan Keangkuhan Sebelum Berkuasa.


Image result for husam musa vs haji hadi

Dari dulu apa yang gua tulis akan di maki hamun oleh barua-barua Umno, Dap, PKR dan juga PAS. Blogger-blogger barua Umno/BN membuat ugutan bunuh dan mereka kata jika jumpa gua mereka akan bakar gua hidup-hidup. Gua anggap maki hamun sebagai sarapan pagi, ugutan bunuh buat ulam makan tengah hari dan bakar hidup-hidup sebagai makan malam gua.

Kerana itulah gua menolak mentah-mentah pelawaan Dap lahanat untuk menjadi barua bergaji bulanan walau pun ramai blogger-blogger yang menerimanya. Siapa tak mahu gaji bulan-bulan dan siap dengan pakej melancong ke luar negara. Sorry bro, gua bukan jenis yang sanggup menjual harga diri kepada parti musuh Islam terulung paling kaya di Malaysia. Dengan syarat lu kena lap punggung mereka dari sisa buangan setiap hari.

Dulu gua bukan main dihentam oleh ahli PAS apabila gua menegur al-Marhum TGNA yang banyak mengeluarkan kenyataan kepada media massa milik Umno. Teguran gua itu hanya sekadar al-Marhum mengurangkan kenyataan kerana sebagai pemimpin tertinggi PAS, setiap apa yang dilontarkan oleh beliau pasti akan di putar belit oleh media-media kawalan Umno. Bukan main hulubalang-hulubalang PAS menyerang gua sedangkan tindakan gua hanya memberi peringatan sahaja.

Ketika itu HM a.k.a Husam Musa atau Harum Manis yang di maksudkan oleh Wan Rahim 'Semua Calon Boleh Menang' pemegang kunci puak pengkhianat Kelantan. Exco paling berkuasa dan juga anak manja al-Marhum di Kelantan yang dikatakan mengawal semua GLC yang bernilai tinggi. Setelah al-Marhum (semoga dimasukkan di kalangan para ambia) meninggal dunia, beliau mula menyerang kerajaan Kelantan yang beliau sendiri dokongi. Mungkin sifat si Harum Manis yang hijau diluar tetapi oren di dalam.

Ada di kalangan penyokong beliau mengatakan yang Husam adalah mangsa politik tetapi adakah mereka lupa berapa ramai yang menjadi mangsa politiknya semasa beliau di puncak kuasa. Boleh dikatakan semua kata-katanya diterima oleh al-Marhum kerana beliau memang orang kepercayaannya. Dari SU diangkat menjadi calon dan seterusnya dilantik menjadi exco kanan. 

Gua diberi tahu bahawa di akhir-akhir hayat TGNA, beliau cukup kecewa akan perubahan Husam selepas beliau tewas jawatan Naib Presiden PAS pada muktamar lepas. Gua tidak dapat mengesahkan cerita ini benar atau tidak tetapi mengikut banyak sumber, itulah yang berlaku. Sebelum itu beliau telah dikecewakan kerana tidak di lantik ke jawatan MB dan juga exco selepas TGNA bersara atas faktor usia dan kesihatan.

Gua melihat bahawa Husam telah mempergunakan hubungan baiknya dengan TGNA. Isu UG tujuh tahun lepas telah diungkit kembali oleh beliau dan disebabkan itu juga hubungan TGNA dengan TGHH menjadi panas kerana permainan jahat politik Husam. Gua dari dulu lagi cukup yakin ada sesuatu yang tidak kena dengan Husam apabila ada isu sensitif dalam PAS pasti TGNA akan mengeluarkan kenyataan pedas terhadap pimpinan tertinggi PAS. Setiap kali TGHH dan pimpinan tertinggi turun ke Kelantan menerangkan apa yang terbuku di hati TGNA, pasti keadaan menjadi reda.

Ini bermaksud TGNA tidak mendapat maklumat yang betul dari orang kepercayaannya dan banyak kali sebelum mesyuarat berlangsung, Husam terlebih dahulu mengatur taklimat kepada TGNA yang bermaksud Husam lebih dahulu mengetahui keputusannya. Inilah Harum Manis yang naik terlalu cepat dalam hariki kepimpinan PAS dengan mengatasi pemimpin yang lebih senior dan berpengalaman.

Tiada siapa tahu perkara yang akan datang walau pun gurunya adalah TGNA dan begitulah yang berlaku pada Husam Musa, digilap dari tiada kepada ada untuk menjadi pengganti beliau. Tetapi Qada dan Qadar Allah S.W.T mengatasi segalanya dalam usaha memburuk-buruk dan mencari kelemahan PAS dan kerajaan Kelantan, akhirnya banyak rahsia-rahsia beliau keluar sedikit demi sedikit.

Beliau cuba menonjolkan dirinya sebagai seorang yang hebat dengan mendedahkan kesalahan orang sedangkan beliau sendiri banyak melakukan kerosakan pada kerajaan Kelantan. Banyak projek bernilai tinggi dibawah seliaannya gagal dan bagaimana beliau meletakkan proksi-proksinya di dalam GLC milik kerajaan negeri walau pun ada yang lebih layak. Tiada siapa yang berani membantah kehendaknya kerana hubungan erat dengan mentornya.

Lihat bagaimana beliau menaikkan imej politiknya dengan mengajikan blogger Kickdefella yang akan menulis kebijaksanaannya mengurus kerajaan negeri tanpa ada sedikit pun kesalahan melainkan semuanya benar. Bagaimana postmortem pilihan raya yang menjadi rahsia parti boleh berada di tangan Kickdefella. Beliau boleh membela blogger bergaji tetap yang mana tiada YB/MP di Kelantan mampu melakukannya.

Adakah beliau masih belum khatan usrah berpolitik cara PAS kerana beliau pendedahan demi pendedahannya dilakukan setelah beliau tidak dapat jawatan MB atau exco. Di tambah pula dengan penolakan perwakilan terhadap beliau untuk jawatan N.P. PAS, menambahkan lagi sakit hatinya. Beginilah bila seorang ahli politik yang kecewa dengan cita-cita besarnya untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri. Gua nak tahu sungguh-sungguh bagaimana si Harum Manis menjadi kaya.

Sekarang beliau cuba menyalahkan TGHH dengan mengungkit kembali ratib UG yang mana isu inilah beliau memutar belit maksud UG kepada TGNA sehingga TGHH terpaksa menerangkan maksud sebenar UG. TGNA mendapat maklumat yang PAS hendak berUG dengan Umno sedangkan maksud sebenar ialah disertai bersama dengan PKR dan Dap. Beliau juga membuat fitnah yang PAS akan membentuk kerajaan Selangor bersama Umno.

Jahat sungguh fitnah yang dimainkan oleh puak-puak yang mengaku profesional terulung walau pun ianya sudah banyak kali di nafikan. Puak-puak nih bukan tak tahu tapi demi kepentingan politik dan ingin berkuasa maka 'Matlamat Menghalalkan Cara'. Inilah perangai para pengkhianat yang belum berkuasa sudah menunjukkan keangkuhan. 

Setelah berjaya menyingkir PAS P.Pinang dari apa-apa jawatan, mereka cuba niat jahat mereka di Selangor. Dah lama makan nasi kangkang Dap, mereka bagaikan lembu dicucuk hidung. Mana ada perompak mengaku merompak dan jangan lupa inilah sahabat sejati Husam. Gua harap Husam lebih berani bersemuka dari menggunakan facebook sebagai medium beliau menyerang kerajaan Kelantan dan PAS. 

Mungkin beliau memulakan dulu sumpah talak sebelum beliau menyuruh TGHH bersumpah dan tak kan yang kena tuduh disuruh bersumpah. Biar cerdik sikit Husam pasal lu duduk dalam parti Islam. PAS bukannya parti pengkhianat yang akan menentang Hudud jika abang besar tidak setuju. Punya nak tunjuk hebat sampai sejarah 1974-1977 PAS ditipu pun menjadi modal. Gua ni jenis memang minat melihat politik PAS dan Dap lahanat.

Mungkin beliau sendiri tidak tahu cerita sebenar sehingga PAS kehilangan Kelantan pada 1978. Sudah lama gua cari cerita sebenar siapa individu yang membawa masuk PAS ke dalam BN. Ustaz Abu Bakar Hamzah sendiri memberitahu yang beliau hanya berusaha setakat hendak mengadakan 'Kerajaan Campuran' dengan Umno sahaja sebelum terbentuk Barisan Nasional. Siapa yang menjadi master mind membawa PAS ke dalam kandang BN masih menjadi misteri sehingga kini kerana gua memang tiada maklumatnya./GANR

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...