Translate

Mesti Baca

Rabu, 14 Oktober 2015

Lu Saper, Lepas Buat Fitnah Di Ugut Pula PAS.


Beberapa bulan yang lepas gua ada satu group IT  yang meminta nasihat dari gua yang mana gua bukanlah orang yang tepat untuk memberi nasihat memandangkan gua bukan partisan mana-mana parti. Walau pun apa yang gua tulis telah ditafsirkan sebagai lebih memihak kepada PAS dan untuk tidak menghampakan permintaan maka gua menasihatkan agar berhati-hati kerana mungkin isu kafir-mengkafir dihidupkan kembali oleh golongan yang kecewa. Telahan gua terbukti ada kebenarannya apabila Abang Mat telah menuduh PAS telah mengkafirkan parti yang paling Amanah.

Kenapa tiba-tiba isu kafir mengkafir dimainkan semula oleh jaguh yang menjuarai isu ini terhadap Umno satu ketika dulu walau pun kumpulan perancang utama yang menjaja, menjenamakan dan menjual produk 'Amanat Haji Hadi' telah lama berada dalam pelukan Umno. Batas-batas iman yang diterangkan secara jelas dan keras dalam Amanat itu merangkumi umat Islam tanpa mengira lu PAS ker lu Umno ker, jika lu langgar maka jatuh kafir atas diri lu.

Gua harap Abang Mat yang semakin naik sasau boleh perincikan siapa yang mendokong PAS telah mengkafirkan Amanah. Mengikut apa yang beliau katakan 'hentikan mengkafirkan Amanah', bermakna beliau tahu tetapi mana buktinya bro. Kalau setakat sembang, lu paling banyak mengkafirkan Umno dalam ceramah-ceramah lu ketika kehebatan lu berada di makam tertinggi. Yang mana pimpinan PAS terpaksa turun padang untuk memperbetulkan tanggapan salah yang lu lakukan. 

Gua masih ingat bagaimana PAS telah difitnah jika ada umat Islam meninggal, letak lambang PAS kat telapak tangan si mati dan si mati pasti akan terus masuk syurga. Gua harap buat fitnah jahat itu masih belum mampus lagi agar sempat bertaubat. Adakah Abang Mat lupa peranannya dalam isu ini kerana itulah beliau berani memainkan semula isu kafir mengkafir dengan tuduhan jahatnya. Puak Amanah yang dikecewakan oleh perwakilan pada muktamar PAS yang lepas adalah di kalangan profesional terulung dibantu pula oleh ulama-ulama luar biasa tidak perlu takut dengan PAS.

Macam Wan Rahim Kota Bahru katakan bila PAN diwujudkan maka PAS akan berkubur. Bila berkubur bermakna sudah mati, takkanlah puak-puak profesional terulung dunia ditambah dengan ilmu para ulama-ulama luar biasa boleh percaya dan takutkan hantu. PAS dah lumpuh dan semua ahlinya telah masuk ke dalam parti PAN dan bukan itu sajer, saban hari para pemimpin PAS mengisi borang PAN. Cuma gua nak tahu berapa ratus ribu jumlah keahlian PAN selepas mendapat kelulusan dari RoS dengan sedikit pertolongan Umno.

PAS dikatakan memiliki 1 juta ahli dimana 80 peratus atau 800,000 mengikut pemimpin yang kecewa menubuhkan PAN dan ditambah pula keahlian parti pekerja yang sudah sedia ada dalam 100,000. Jadi jumlahnya keahlian PAN yang baru beberapa bulan ditubuhkan telah mengatasi keahlian pari Abang Besar. Mengikut Wan Rahim PAS sudah berkubur tetapi kenapa masih meminta PKR pergi meminang PAS yang sudah tiada nilai tambah.

Jika sudah begitu kuat dalam Pakatan tiada Harapan dengan keyakinan penuh akan dapat merampas Putrajaya dari Umno/BN pada PRU14 kenapa mengugut PAS untuk berUG dengan Umno. Bukan gua kata tapi Abang Mat yang kata bahawa mereka sanggup bersama Umno jika PAS bertanding tiga penjuru. Apa kebodohan yang bersarang didalam kepala hotak pemimpin kecewa yang mengaku profesional terulung dunia tetapi pemikiran politik mereka masih di tahap budak darjah 6. 

Pasai itulah gua kurang setuju bila masing-masing menunjukkan kerusi-kerusi kosong sebagai pendengar ceramah-ceramah dari pemimpin hebat tanpa mengira parti. Nampak sangat masing-masing cuba menunjuk hebat walau pun ia di aturkan oleh pakar-pakar perang saraf yang semakin hari semakin bengong. Lu kata lu kuat, buktikan dengan fakta bukan mendengar kata budak hingusan (Pemuda) yang menumpang kehebatan nama al-Marhum Ustaz Fadhil Noor. 

Baru setahun dua kenal politik sudah menunjukkan sikap bodoh sombongnya walau pun seorang lawyer. Kalu bukan kerana kehebatan al-Marhum bapanya, jangan harap Abang besar dan Abang Mat ingin memandang malah diludah kerana kebodohan pemikiran. PKR jangan sampai dipatuk ular kali kedua dan lihatlah pengkhianatan PAS yang bertanding 3 penjuru dikerusi PKR. Lihatlah bagaimana PAS mengkhianati PKR dengan menolak DSWA sebagai MB walaupun PAS terpaksa melanggar Hukum yang dipertahankan oleh budak hingusan nih. Hebat juga lawyer buruk budak Faiz nih yang memang sah buta sejarah pasai namanya pun orang kenal selepas PKR kukuh.

Semua orang tahu yang Gerak adalah idea al-Marhum Presiden PAS, Ustaz Fadhil Noor dan di mana kedudukan penyokong kuat Nuar. Bos terhumban ke penjara anak buah macam anak ayam kehilangan ibu, siapa yang membantu mereka dari tiada apa-apa kepada wujudnya parti Keadilan. Adakah legasi baru yang berada didalam MPP PKR lupa betapa bersungguh-sungguh PAS membantu mereka sehingga kewujudan Keadilan pun atas bantuan PAS dengan mengerahkan seluruh jentera PAS di seluruh negara membantu, pendokong PAS membantu tanpa kedudukan. 

Betapa Istiqomah PAS terhadap parti mata lebam walau pun semasa berada dikedudukan kedua paling berkuasa pun PAS ditindas tetapi PAS tidak menyimpan dendam, malah lebih hebat PAS membantu. Tetapi lihatlah sekarang bila sudah memegang sedikit kuasa PAS dilayan seperti peminta sedekah. 'PKR buka keahlian Pakatan Harapan kepada PAS' tidakkah hebat tajuk artikel. Gua rasa kalu mereka hampar permaidani merah sekali pun PAS tidak akan duduk semeja dengan pengkhianat, pencuri, penyamun, perompak yang dijenamakan dengan 'Amanah'.... Gua sebut 'AAaaammaaanahhhhh' layak ker mereka ini disebut Amanah, tidak gila namanya penyamun yang membawa lari kerusi PAS di panggil Amanah. Lu gila atau lu dah nak mampus.

Jadi gua story sikit kat lu all tentang politik sekarang nih dan lu fikir ler sendiri tapi kalu nak cari simpati baik lu berambus awal-awal. Betul ker PAN nih kuat seperti yang diheboh-hebohkan oleh para blogger-blogger PR (dulu). Apa citer borang tercetak 30,000 dan dengar khabar laku macam pisang goreng panas sampai kena cetak lagi 100,000. Gua tanya pasai Wan Rahim kata PAS dah berkubur, ahli dah berpindah ke Amanah 80 peratus (800,000) tapi pasai kata 200,000 dijangka keahlian pada 2016. Bukankah PAN parti progresif yang dibarisi para profesional terulung, hebat dalam bab bekerja, parti tak ada lagi logo dan lambang dah ada, parti belum lulus keahlian berpuluh ribu.

Tak kan tak cukup kakitangan untuk mempercepatkan pendaftaran ahli, bukankah dana dari Abang Besar sebesar gelaran. Itu belum dicampur dengan harta wakaf yang difaraid dan harta sepencarian semasa didalam PAS. Hakikatnya PAN nih gua anggap minum segelas tapi dia punya mabuk macam minum 10 gelen. Ceramah mereka dah tak pakai roadshow Amanah dah pasai Abang Besar tak puas hati dengan sambutan yang di canang sebelum nih. So untuk menarik lebih ramai dijenamakan dengan roadshow Pakatan Harapan pasai ahli PKR dan Dap tolong meramaikan hadirin.

Abang Mat and the gang kena terima hakikat yang mereka gagal untuk menarik sokongan orang Melayu. Walau pun dalam Umno berlaku perpecahan, orang Melayu tidak akan sesekali memberi undi kepada PAN kerana mereka tahu PAN adalah barua kepada Dap. Pada pandangan pengundi Melayu PAS adalah alternatif terbaik untuk mewakili orang Melayu di atas dasar tertegasan parti itu dalam isu Hudud. Mereka melihat PAS adalah wadah terbaik untuk Islam kerana mereka sanggup berpatah arang dengan Dap bila melibatkan Islam. 

Pemimpin-pemimpin yang menjual diri kepada Dap sebagai barua dan broker telah disingkirkan walau pun mereka adalah di kalangan pemimpin yang pernah menjadi idola kepada generasi muda. Kesetiaan akar umbi terhadap parti memang diakui oleh kawan dan lawan kerana sejarah telah membuktikan bagaimana akar umbi tidak berganjak walau sehebat mana pun pemimpin yang keluar. Tidak mustahil ahli Umno yang semakin kecewa dengan kegilaan Rosmah dan Najib akan berpaling tadah sebagaimana mereka lakukan di Terengganu pada 1999.

Nanti ada ler bijak pandai bagi komen yang PAS kalah pada 2004 kelemahan Haji Hadi dengan menutup cerita kekalahan PKR atau Dap atau Kelantan bermajoriti 1 kerusi dek penangan Mr Clean (Pak Lah). Mai nak habaq kat hang citer pasai Terengganu nih kerana ramai sangat terlajak cerdik yang lihat satu sudut jer demi menyalahkan presiden PAS. Terengganu nih dari dulu memang kubu kuat Umno dari Kemaman sampai ke Jertih. Penyokong ramai tetapi permainan SPR cukup licik untuk memenangkan Umno kerana SPR adalah komponen BN.

Jika ada yang kata PAS sudah tidak releven untuk menarik pengundi Melayu, memang sah yang kata tu dah nak mampus. PAS sudah lama dipinggirkan dalam politik negara malah PAS adalah parti tertua yang masih wujub mengalah Umno Baru. Adakah apa yang berlaku pada PAS sejak penubuhannya PAS semakin lemah walau pun perlu masa untuk memulihkan parti sejak ditendang dari BN. Percayalah yang PAS hanya calar-calar jer dengan kerja jahat para pengkhianat yang menjadi anai-anai semasa dalam PAS. PAS tetap gah tetapi tidak dengan PAN yang terpaksa membuat roadshow bersama Dap dan PKR demi menarik pendengar. Ada otak sendiri fikir bro.... jangan jadi lalang walau pun lu mengaku hebat pasai orang tak hormat lu tapi orang menyumpah lu./GANR

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...