Translate

Mesti Baca

Khamis, 8 Oktober 2015

Di Mana Hebatnya Amanah Nih...!!!!!


Image result for parti amanah negara

Image result for parti amanah negara


Gua lihat gua memerhati dan gua akui parti PAN (Amanah) memang ada kekuatan yang tidak dimiliki oleh mana-mana parti politik yang baru ditubuhkan selain dari Umno Baru yang ditubuhkan oleh Mahathir selepas Umno lama diharamkan. Pasti orang tertanya gua kenapa gua kata Amanah nih hebat walau pun ianya diketogerikan sebagai parti untuk pemimpin yang kecewa. Jangan lu salah faham, kecewa mereka bukan kerana mereka tak suka PAS kerana kalu ikut janji-janji pemimpin yang hebat lagi profesional nih mereka nak mati bersama PAS. Tapi kecewa mereka kerana mereka merasakan bertapa bodohnya 80 peratus perwakilan yang yang menolak mereka, kalu hok tolak mereka melakukan perkara disebaliknya barulah mereka dikatakan cerdik memilih.

Majoriti pemimpin mereka sudah cukup dikenali di arena politik negara dengan pidato yang berapi-api tanpa asap. Ada juga yang bukan sahaja wajah mereka gua tidak pernah lihat malah nama pun gua tidak tidak pernah dengar. Mereka ini jenis menumpang nama hebat bapak-bapak, bapak-bapak saudara walau dari segi fikrahnya kewujudan hanyalah untuk menunjuk-nunjuk. Sekurang-kurangnya orang akan kata ini ker anak mantan presiden atau anak saudara presiden, tapi mereka tindak mempunyai apa-apa pengaruh.  

Kehebatan Amanah bukan terletak kepada golongan profesional terulung yang kecewa tetapi ia terletak pada makna 'Progresif'. Ini mengikut pandangan gua kerana tanpa perkataan 'Progresif', Amanah tidak akan kemana-mana. Di dalam progresif itulah lahirnya ulama-ulama luar biasa yang mana tiada siapa yang boleh menandingi keilmuan mereka. Kalau hendak dibandingkan dengan TG Ahmad Awang, asap pun tak sempat nak sedut kerana taraf beliau hanyalah sebagai tukang baca doa jer itu pun sebagai menghormati beliau yang paling tua.

Kerana progresif mereka dinaik tarafkan dari ustaz kepada tuan guru atau belajar kat U separuh jalan boleh di angkat sebagai profesional atau yang sudah bergelar golongan profesional di angkat menjadi profesional terulung dunia. Kerana progresif mereka tidak memandang belakang kerana ia berlawanan dengan maknanya dan mereka akan maju dan terus maju. Jika ada halangan sebesar mana pun kat depan langgar sampai jadi bersih.

Maka keluarlah segala ayat-ayat yang selama ini diluar pengetahuan kita yang jahil nih. Sumpah laknat boleh di langsaikan dengan sembelih kambing sekor, harta wakaf boleh di faraidkan, ada pula gelaran waris pewakaf yang gua dok ingat bila sebut wakaf bermakna tiada pewaris. Harta dah tak wujud pasal dah di wakafkan malah nama dalam geran dah bertukar nama pun masih di boleh selitkan nama waris. Kita boleh ciplak atau curi hakcipta untuk perbuatan baik. 

Gua semakin garu kepala bila para ulama luar biasa berfatwa, kalu lagu tu gua boleh ler gi samun dan hasilnya gua derma kat anak yatim ker fakir miskin ker hatta sekolah tahfiz pasal gua salurkan kepada perkara yang baik. 
Image result for parti amanah negara
Tak kan tak cukup-cukup dengan dana yang ada ditambah dengan KLCC dan PWTC yang gua wakafkan. Itu belum masuk lagi sorang hamba Allah yang baru wakafkan BSN, CIMB dan Bank Islam kat PAN. Bangunan dah ada bukan becil-kecil bangunan ditambah pulak dengan tiga lubuk kewangan, dah tak perlu lagi dah dana dari bapak-bapak barua. 

Sekarang nih kalu nak jadi orang yang hebat dah tak payah belajar tinggi, cukup dengan lu masuk parti Amanah. Semua hukum lu boleh buat kerana masuk jer Amanah otak lu terus jadi bijak. Tentang jawatan lu jangan bimbang pasal mengikut kata Wan Rahim Kota Bahru dalam parti baru nih semua yang bertanding akan menang, tak ada yang kalah. Kalu 10 orang tanding jawatan presiden semua akan menang dan semua akan jadi nahkoda kapal. Pakat-pakat pegang sikit sorang stereng kapal tapi pastikan angkat dulu sauh baru bentang layar, jangan buat perkara bodoh macam Najib.

Calon pilihan raya akan dipermudahkan kerana Phahrolrazi dah gi kawten kat PAS agar calon PAN diberi jalan mudah dengan semua kawasan yang dimenangi oleh PAS akan diserahkan kepada PAN ditambah dengan beberapa kerusi dari Dap. Kalu Pakatan Harapan menang kali nih, Abang Mat kita akan dilantik menjadi Perdana Menteri. Tentang Nuar jangan bimbang pasal kita akan teruskan legasi yang ditinggalkan Umno dengan terus merehatkan beliau di Sungai Buloh dan kalu boleh tambah sikit lagi hukuman akan kita kaji. Abang besar dah sain dengan Abang Mat untuk jawatan PM yang dibonekakan./GANR 

Isnin, 5 Oktober 2015

Gua Wakaf KLCC dan PWTC Kepada PAN.

Image result for pwtc

Image result for klcc

Sekarang ini ada fatwa baru dari ulama-ulama luar biasa yang membolehkan harta wakaf di faraidkan. Bila fatwa itu diwartakan oleh parti yang amat beramanah melebihi mana-mana akan amanahnya mereka. Surat-surat akuan bersumpah yang didrafkan oleh lawyer yang menjadi rujukan besar mursyidu am akan segala hukum-hakam untuk menukar harta-harta itu untuk di faraidkan.Nampaknya PAS akan kehilangan semua aset-aset mereka di seluruh negara yang mana aset-aset itu adalah harta wakaf kerana parti tok lebai ini adalah parti paling miskin. 

Kerana itulah setiap ceramah akan diadakan kutipan derma disebabkan parti itu bukannya Umno yang mewajibkan setiap projek kerajaan mesti disertakan bersama sumbangan sekalian-sekalian jumlahnya. Jauh sekali jika di bandingkan dengan Dap yang saban bulan berderet-deret kemasukan dana dari jutawan-jutawan Cina sehinggakan mereka boleh membela balaci seperti Pasma dan Pan.

Apabila Dap melihat barua belaan mereka tidak dapat menarik orang Melayu seperti dicanangkan oleh puak-puak ni yang PAS akan berkubur selepas Pan berjaya diwujudkan maka sumbangan dari tuan mereka ditahan buat sementara. Dap mahu penjelasan dari pemimpin profesional terulung yang tersingkir kenapa sambutan dari umat Melayu semakin hambar. Kata dua telah diberikan kerana Dap tidak mahu melihat kemasukan pemimpin tetapi mereka ingin melihat kemasukan ahli.

Oleh kerana dana disekat maka Pan semakin tersepit kerana semua program-program mereka memerlukan kewangan yang besar. Khemah dan pentas mesti besar untuk menunjukkan akan kehebatan mereka beserta dengan pidato berapi-api dari pemimpin tertinggi mereka. Untuk menampung semua itu memerlukan dana yang besar maka dipanggil ulama-ulama luar biasa mereka untuk mengeluarkan fatwa yang aset-aset milik PAS akan di faraidkan.

Mungkin dengan dalil-dalil yang harta wakaf itu disumbangkan semasa pemimpin yang kecewa masih memimpin. Kerana itulah aset-aset yang diwakafkan akan mengikut ke mana pemimpin itu pergi. Sebagai pendokong kuat sosialis yang akan menolak Hudud jika Dap kata tidak maka kena ikut kata Dap 'Say No To Hudud'. Kena ikut hukum dunia kerana kita berpijak di bumi yang nyata dan semua niat mesti ada hitam putih jika tidak ada, bersalahan dengan hukum yang duk junjung sekarang nih.

Contoh macam gua ler, gua dengan niat yang ikhlas berserta dengan saksi-saksi yang beramanah telah mewakafkan tanah ini kepada PAS tanpa ada paksaan tetapi gua tidak sempat nak tukar nama dalam geran. Bukan itu sahaja, gua sudah berbincang dengan anak beranak, keluarga dan mereka semua setuju bersama dengan janji akan meneruskan usaha gua jika gua tidak sempat yang mengikut hukum syarak bahawa tanah itu sudah menjadi milik PAS maka haram gua menuntut semula tanah itu tetapi sekarang gua dah tukar kapal.

Tiba-tiba ada pemimpin yang siang malam beramanah mengatakan yang gua boleh ambil balik tanah itu dan tukar nama kepada Pan. Gua tanya boleh ker buat lagu tu, mereka boleh eh apa taknya pasal tanah tu masih nama gua. Gua tanya balik apa hukumnya sedangkan gua dah mewakafkan tanah itu pada PAS lama dah. Mereka kata hukum itu nombor sepuluh, hok nombor satu tanah tu nama gua lagi pasal hukum hok kita ikut sekarang nih untuk dilanggar.

Gua kata memang gua tak tahu yang harta wakaf boleh difaraidkan kerana selama nih ulama dok tipu gua ler. Mati-mati gua dok ingat harta wakaf tak boleh difaraidkan, memang hebat bebenar ler ulama-ulama luar biasa nih. Gua tergaru-garu kepala yang semakin botak sambil kata kalu lagu tu gua nak wakaf sekali KLCC dengan PWTC kat Pan./GANR

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...