Translate

Mesti Baca

Jumaat, 25 September 2015

Pakatan Harapan Untuk Yang Tiada Harapan.

Hasil carian imej untuk persidangan meja bulat pakatan

Siapa pun penganjur atau ahli panel atau parti politik yang menyertainya sudah dikira cukup gah kerana nama dia persidangan 'Meja Bulat'. Betapa gahnya bila di sebut 'Meja Bulat' kerana ia melambangkan satu percaturan atau persidangan yang pasti akan menjadi tumpuan wartawan yang sanggup berkhemah kerana ia persidangan 'Meja Bulat'. Mereka akan saling berebut-rebut untuk menjadi penyiar/pelapor pertama buat stesen atau akhbar milik majikan yang menjadi periuk nasi para pemberita atau wartawan. 'Meja Bulat' sendiri membawa memberi satu pengertian amat besar yang akan mengubah lanskap politik atau kata putus atau dasar sesuatu perkara yang di bincangkan.

Wakil-wakil atau ahli panel 'Meja Bulat' pula bukannya calang-calang manusia yang boleh duduk mengeliling meja yang berbentuk bulat itu. Yang duduk di kerusi yang mengelilingi 'Meja Bulat' adalah kalangan para pemimpin-pemimpin, pakar-pakar, pemikir-pemikir, profesional-profesional bertaraf dunia di mana mereka akan di iringi pula oleh para pembantu yang di tangan-tangan mereka memegang fail atau kertas yang isinya pun penuh dengan kajian-kajian hebat untuk di bentangkan.

Bila disebut persidangan 'Meja Bulat' maka ada agenda yang ingin di bincangkan dan pasti tiada lagi kata putus walau pun masing-masing sudah ada perkara yang ingin di bincangkan. Oleh kerana ia anjuran parti pembangkang, kehadiran PKR, Dap, PAN (parti yang belum wujud), Ngo-Ngo yang bersimpati dengan pembangkang. Apa yang menjadi kemusykilan ialah kenapa PSM (Parti Sosialis Malaysia) tidak dijemput sama. 

Walau pun ketidak hadiran mereka disebabkan oleh penolakan PSM terhadap Perkara 153 perlembagaan Malaysia, iaitu Hak Istimewa Melayu pada masa penubuhan Pakatan Rakyat dulu. Mereka menafikan sekeras-kerasnya kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming. Jika mengikut dari segi kelayakan, PSM lebih layak menganggotai Pakatan baru itu disebabkan PSM adalah sebuah parti politik yang sah berbanding dengan PAN, parti haram yang belum mendapat kelulusan daripada Ros. Baru tahu bagaimana perangai pemuja tegar Dap yang mungkin bulan depan beliau tidak akan menang tangan untuk Oktobeerfeist. Jangan lupa bro, kita pakat mabuk sampai mampus.

Rupa-rupanya persidangan 'Meja Bulat' hanyalah wayang kulit semata-mata kerana ianya sudah disepakati terlebih dahulu di antara PKR, Dap dan PAN. Nama Pakatan Harapan sudah diwujudkan sebelum persidangan 'Meja Bulat' bermula. Permainan PKR, Dap dan barua Dap, PAN membuatkan bekas pengerusi Bersih, Ambiga dan Maria Chin keluar dari persidangan 'Meja Bulat'. Baru mereka sedar bagaimana mereka telah diperbodohkan oleh golongan yang menjenamakan pakatan baru yang tidak beberapa mempunyai Harapan.

Gua nak kata apa lagi kat golongan merempat selepas ditendang keluar secara mega oleh perwakilan pada Muktamar PAS yang lepas. Inilah golongan yang mengelarkan diri mereka profesional terulung dunia yang dibarisi oleh pemimpin-pemimpin terlebih pandai. Bila orang mengatakan mereka tidak amanah maka di tubuhnya parti Amanah. Bila orang kata mereka tiada harapan, mereka tubuh Pakatan Harapan. 

Bila PAS menolak untuk duduk semeja di persidangan 'Meja Bulat', mereka kata PAS sudah hampir berkubur dan banyak kawasan-kawasan PAS sudah lumpuh. Ranting dan pucuk PAN tumbuh macam cendawan selepas ahli PAS berpaling tadah. Sebagaimana di 'Jom Heboh' mereka telah membuat pelancaran dan EGM parti yang gua sendiri tidak pasti ke mana laporan mesyuarat akan di hantar kerana Ros sendiri memberi amaran terhadap parti haram ini. 

Berduyun-duyun ahli PAS mengayuh perahu untuk menaiki kapal PAN yang belum siap kerana tiada kayu untuk membinanya. Sebanyak 30,000 borang keahlian parti PAN habis seperti goreng pisang panas. dan sebanyak 100,000 lagi sedang dicetak atas permintaan makcik-makcik untuk membungkus nasi lemak. Semoga terus Amanah dengan diri sendiri, terus Progresif dengan penipuan, gua Peduli aper./GANR

Khamis, 24 September 2015

1MDB Menjawab Banyak Isu, Jangan Sampai Jumpa Dalam Tong.

Hasil carian imej untuk 1mdb scandal

Dulu rakyat tertanya-tanya bagaimana suku sakat Najib dan Rosmah hidup dalam kemewahan. Ada macai kata ia adalah daripada kekayaan itu bersumberkan dari 'Yayasan Noah', datuk kepada Najib. Melayu yang memiliki saham terbesar dalam Genting Berhad hasil daripada jasanya bekerja keras melobi kerajaan untuk meluluskan gunung ganang kepada Lim Goh Tong untuk dijadikan kasino.

Apa yang gua tahu sumpah Raja-Raja Melayu untuk mempertahankan 'gunung-ganang, pulau-pulau, tanah rizab Melayu' telah lama diperlekehkan oleh Umno sebelum Mahathir membangkul sampahkan kuasa Raja-Raja Melayu. Inilah perangai pemimpin Umno bila berkuasa, demi mengaut kekayaan negara ada gunung-ganang diberi kepada Cina, ada pulau diserah kepada Singapura ada blok minyak diserah kepada Brunei. Tanah rizab Melayu dari 3 juta hektar sudah tinggal 1.5 juta hektar. 

Bila sebut bab harta dan kekayaan, jika boleh mak bapak mereka pun akan dijualnya jika ada pembeli. Berapa juta unit saham pusat perjudian Genting diberikan oleh Lim Goh Tong kepada Tan Sri Noah sehingga boleh menubuhkan yayasan untuk dinikmati anak cucunya. Mungkin kerana kekayaan inilah yang membuatkan Rosmah sanggup tebus talak dengan bekas suaminya.

Hasil carian imej untuk kekayaan rosmah

Benarkah Rosmah tidak tergila-gilakan Najib tetapi beliau tergila-gila apa yang ada pada Najib. Demi nafsu sarakahnya, beliau yang diketegori bijak dan cantik telah menggunakan kelebihannya untuk memikat Najib yang ketika itu sudah beristeri dan mempunyai keluarga yang bahagia. Beliau sendiri pun sudah berkeluarga tetapi itu bukan penghalang buatnya walau pun terpaksa menggunakan jalan yang kotor.

Percayalah bro, sehebat-hebat Mahathir pun boleh mati kutu bila berhadapan dengan Rosmah. Lu pasti tertanya kenapa gua menulis tentang Rosmah, bagi yang faham tentu tahu apa point gua. Rosmah adalah pemegang kunci kepada kekalutan yang berlaku dalam negara sekarang ini. Kekuasaan Rosmah mengatasi Najib walaupun Najib adalah Perdana Menteri Malaysia tetapi Rosmah ialah 'Fisrt Lady Of Malaysia' yang mengeluarkan kata putus dalam urus tadbir negara.

Jika era Mahathir, beliau dikenali 'Mr 20 Persen', Era Rosmah pula ialah 'Duit lu.... Gua Punya, Duit Gua.... Gua Punya'. Jika tidak, tak kan Najib begitu berani meletakkan RM 2.6 bilion dalam akaunnya didalam negara. Tiada siapa pun pemimpin dunia berani melakukannya secara terang-terangan jika beliau tiada kuasa tanpa batasan. Kehebatan Mahathir pun beliau akan menyimpan hasil rompakan kat luar negara melainkan gajinya sahaja yang disimpan dalam negara.
Hasil carian imej untuk kekayaan rosmah
Hasil carian imej untuk kekayaan rosmah
Hasil carian imej untuk kekayaan rosmah

Logik di akal kita bila anak Rosmah, Riza Aziz anak bersama suami pertamanya boleh membeli rumah agam di Beverly Hills pada 2010 bernilai USD 17.5 juta (RM 61.5 juta) yang kemudiannya diubah suai sehingga mencecah sekali ganda dari harga asal.  Pada 2012 beliau membeli penthouse mewah di New York bernilai lebih USD 33.5 juta (RM117.5 juta) dan melabur  USD 100 juta (RM 326 juta) untuk filem The Wolf Of Wall Street. Filem prono gred A yang tidak pulang modal walau pun dibarisi dan di arah oleh pelakon dan pengarah bertaraf oscar.

Beg-beg jenama Birkin milik Rosmah bernilai RM 32,000 sehingga RM 530,000 yang kita tidak pasti berapa belas beliau miliki memandangkan beliau menggunakan beg-beg itu mengikut warna baju yang beliau pakai. Bagaimana pula dengan gelang Zebra yang bernilai berjuta-juta dan berapa nilai nilai apa yang beliau pakai setiap majlis rasmi diadakan. Sikap boros Rosmah tiada batasan kerana setiap kali beliau shooping kat luar negara lebih dari 5 kenderaan di perlukan untuk mengangkut barangan beliau sahaja.

Beliau dikatakan seorang yang yang cukup membenci kepada rakan-rakannya di mana satu kes disebabkan rasa cemburunya terhadap satu pakaian yang menarik hati rakannya tetapi tanpa berfikir panjang beliau mendahului rakannya untuk memiliki pakaiana tersebut walau pun pakaian tersebut langsung tidak muat dengan tubuhnya yang lansing itu. Beliau pernah berborong sakan di Hong Kong membeli jam tangan yang bernilai RM 200,000 hanya untuk dihadiahkan kepada ahli politik supaya nama Najib dinaikkan. 

Jika dulu rakyat tertanya-tanya bagaimana Rosmah bermewah tanpa ada had, apa yang beliau mahu pasti dapat. Dari mana sumber kewangan beliau perolehi dan bagaimana anak tiri Najib boleh mempunyai kewangan ratusan juta sedangkan anak tirinya bukan salah seorang penama untuk menerima sara hidup dari 'Yayasan Noah'. Jika di hadapan mata kita sendiri kita melihat bagaimana nilai perbelanjaan berkaitan penampilan, kediaman, kos hotel ratusan ribu sehari Rosmah sekeluarga. 

Ditambah dengan tunai RM 2.6 bilion didalam negara. Berapa pula yang menjadi harta karun kat luar negara. Bagaimana kalau kita pakat-pakat tanya Mahathir berapa banyak bank yang digunakan oleh pemimpin yang korup menyimpan hasil rompakannya. Jika dalam negara jumlahnya RM 2.6 bilion berapa banyak pula yang telah lama berada kat luar negara. Gua ingin sangat mengetahui simpanan sebenar yang ditabungkan oleh Rosmah sejak kecil, jika nilai cincin belian itu 1 peratus dari kekayaannya.

Adakah era pemerintahan Najib/Rosmah boleh disamakan dengan rejim Suharto yang mana barang siapa mengkritik rejim Suharto dan anak-anaknya boleh ditakrifkan sebagai pengkhianat negara. Ramai rakyat Indonesia jatuhi hukuman mati disebabkan mengkritik pemerintan beliau. Sehingga timbul istilah Indonesia itu Suharto dan Suharto itu Indonesia. Walau pun parti politik dibenarkan bergerak tetapi ia hanya helah semata-mata untuk mengaburi masyarakat dunia. Hakikatnya rejim pemerintahan Suharto tidak lebih dan tidak kurang dengan pemerintahan kuku besi Korea Utara yang rakyatnya diperintah menyembah Kim II Sung, Kim Jong II, Kim Jong Un.

IMDB tetah serba sedikit sebanyak mengurai bagaimana kekayaan luar biasa yang di kawal oleh Rosmah sendiri sehinggakan isu ini diklasifikasikan sebagai rahsia tahap tertinggi. Tiada siapa yang dibenarkan menyiasatnya walau pun badan penyiasat yang ditubuhkan oleh agensi kerajaan adalah agensi yang mempunyai kuasa dan akses untuk mebuka kertas siasatan. Apa kesudahannya, yang menyiasat pula disiasat oleh PDRM malah penahanan demi penahanan dilakukan. Untuk mengaburi mata rakyat maka ada pasukan penyiasat di pindahkan ke dalam peti sejuk.

Jika era rejim Mahathir, beliau pernah dinobatkan sebagai Perdana Menteri terkaya didunia walau pun kebanyakkan kekayaannya dan anak-anaknya tidak boleh diakses oleh majalah ternama seperti Forbes. Walau pun Siti Hasmah bukan seperti Rosmah yang mengidap penyakit gila bershooping, Mahathir tetap dianggap kaya jika melihat kekayaan yang dimiliki anak-anaknya yang kurang pandai berniaga.

Hati kecil gua tetap mengatakan yang Rosmah telah menyembunyikan kekayaan yang dirompak semasa Najib masih lagi menjadi Menteri Besar Pahang termuda. Jika mengikut perkiraan gua, Rosmah memiliki kekayaan melebihi USD 5 bilion yang belum dikira dengan aset-aset seperti hotel-hotel, barangan perhiasan yang bernilai ratusan juta.

Buat rakyat 1Malaysia yang sentiasa berbangga dengan kehebatan 'First Lady' berbelanja, sedarlah bahawa selagi hukum penjajah yang lu dokong ini masih dipertahankan jangan salahkan kerajaan tetapi salahkan diri lu. Lu sudah dihidangkan dengan perlembagaan penjajah yang hanya menjaga periuk nasi pemerintah dan ia ternyata telah gagal segagalnya.

Hasil carian imej untuk kekayaan rosmah
Hasil carian imej untuk kekayaan rosmah

Tetapi jalan keluarnya masih ada dan sentiasa ada kerana bukan Umno, PAS, PKR, DAP, BN, PR atau apa pun nama parti yang lu sokong, bukan mereka yang mencipta lu all sebagaimana perlembagaan Lord Reid mengawal kehidupan lu. Allah SWT telah dengan terang dan jelas memberi lu satu kitab yang mana semua permasalahan dunia terdapat jawapan didalamnya. Dia yang mencipta lu yang Ia juga yang Maha Mengetahui akan baik buruk ciptaanNya.

Tidak cukup dengan itu Ia juga mengutus seorang hambanya yang bernama Muhammad SAW sebagai rasulNya untuk menerangkan jalan-jalan gelap yang lu lalui dengan Sunnah. Kenapa lu begitu bebal dan sombong memperlekehkan semua arahannya dan tidak cukup dengan itu lu pakat-pakat menghina hukumnya. Maka lu lebih hina dari seekor babi, malah babi sendiri melaknat lu walau pun ia dilahirkan hina.

Yang nak ikut jejak Khalifah Umar Abdul Aziz r.a. pula sedarkah lu berapa nilai harta yang beliau tinggalkan di Baitulmal walau pun pemerintahannya hanya bertahan dua tahun setengah sahaja. Beliau meninggalkan 1 bilion Dinar (RM 900 bilion) untuk umat Islam tetapi berapa pula negara kehilangan duit yang tidak dapat di kesan sampai sekarang dari era Mahathir sehingga era Najib RM 1.1 trilion. Rakyat Malaysia tidak akan menjadi pengamis jika wang RM 1.1 trilion tidak dilesapkan oleh pemimpin yang lu hari-hari duk puji. Cukuplah jadi bodoh dan bangkitlah kerana duit itu bukan duit pemerintah tetapi duit kalian semua./GANR

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...