Translate

Mesti Baca

Sabtu, 23 Mei 2015

Kuat TGAA Berkempen, Lu Hebat Bro....!!!!

Image result for ustaz ahmad awang
Bakal Presiden PAS 

Nak perbetulkan PAS dengan lebih memperkasakan lagi Islam atau menang nak menjahanamkan PAS dengan menjadi barua kepada DAP yang semakin lahanat. Demi merealisasikan cita-cita DAP Lahanat untuk menjatuhkan TGHH, maka bakal presiden baru PAS Ustaz Ahmad Awang telah diangkat  darjat dengan title Tuan Guru supaya perwakilan melihat TGAA tidak kurang hebatnya dengan TGHH atau mungkin lebih hebat lagi. Bila bertitle Tuan Guru maka boleh ler duduk sama rendah berdiri sama tinggi, baru ada class. Balik dari persidangan peringkat antara bangsa pun di hebohkan untuk memberi tahu yang beliau memang terkenal di peringkat dunia.

Gua rasa TGAA telah mencipta sejarahnya sendiri dengan menjelajah ke seluruh negara untuk berkempen walau pun di atas nama 'Forum Pakatan Rakyat' atau 'Forum Perkasa PR' atau apa pun nama yang diberi, hakikatnya beliau sedang berkempen untuk jawatan presiden PAS. Mungkin ini pertama kali calon yang bertanding didalam PAS berkempen, dah jadi macam Umno pulak perangainya. Gua tak hairan jika calon-calon Umno berkempen jelajah negara untuk memenangkan diri mereka tetapi amat janggal bila calon PAS mengikut jejak langkah Umno.

TGAA nih nak rebut jawatan Presiden PAS atau jawatan Presiden PKR atau Pengerusi DAP?. Kerana jelajah beliau diseliakan oleh pemimpin PKR dan DAP celaka beserta dana dari mereka walau pun ada penafian dari PKR dan DAP celaka. Yang paling sibuk bekerja demi kemenangan bergaya TGAA adalah dari puak-puak bukan ahli PAS dan Pasma memang tak payah nak sebut ler.
Apa yang nak di sembang TGAA
Ada yang mengatakan PAS cawangan Gong Kapas menafikan yang mereka terlibat menganjurkan forum di atas.


Ini bukan ahli PAS tetapi ahli PKR

Bukti memang PKR terlibat dengan kempen TGAA

Apakah mastermind 'Penjanjian Pangkor II' ini sudah gila kuasa sehingga sanggup melacurkan diri demi memuaskan nafsu serakah DAP Lahanat dan PKR yang dok naik meroyan untuk ke Putrajaya. Hodoh sungguh ler perangai dengan bekas ketua PUM ni dan PAS akan diperintah oleh seorang ulama yang cukup hebat sehingga menolak Hukum Syariah di laksanakan kerana hanya ada enam ayat sahaja di dalam al-Quran berkaitan Hudud.

Tuan Guru LKS dah bagi kata putus, lu jangan runsing tentang dana dan jentera penganjuran jelajah negara kalau lu nak jelajah dunia pun gua akan sediakan. Janji lu mesti yakinkan perwakilan PAS agar menyingkir TGHH dan mengangkat lu sebagai presiden baru PAS. Gua boleh tolong kempen untuk lu dari luar kerana Pasma akan tolong lu berkempen dalam PAS. Lu kena pastikan dasar PAS mesti di hapuskan kerana gua talak suka dan lu jangan sesekali sebut perkataan Hudud atau Qisas atau apa sahaja yang gua talak suka pasal lu dengan gua punya dinasti sudah janji di Pangkor.

Apa yang Abang Mat tak suka sebenarnya...!!!!!

Demi menunjukkan bahawa pengkhianatan mereka terhadap PAS itu memang betul maka mereka sanggup meletakkan gambar bekas YDP PAS al-Marhum TG Yusuf Rawa di belakang gambar Mujahid Yusuf Rawa dan gambar bekas Presiden PAS al-Marhum TG Fadzil Noor di belakang Faiz Fadzil. Jahat sungguh permainan mereka sehingga sanggup menggunakan kehebatan bapak-bapak mereka demi menghalalkan pengkhianatan mereka. Memang benar ler bahawa ilmu tidak boleh diwarisi kerana siapalah mereka untuk mereka-reka cerita yang boleh di pertikaikan oleh ahli PAS.

Apa yang disebut oleh Mat Sabu yang melahirkan rasa kecewa senario politik PAS di mana beliau mengatakan sudah ada ahli yang bermacam muka, melebal-lebalkan dengan nama-nama yang hodoh sehingga merobek nilai ukhwah. Beliau berkata 'Aku rindu ukhwah waktu itu' dan di tambah pula oleh Datuk Tarmizi yang gua pun tak tahu title 'Datuk' yang beliau letak di awal namanya itu dari Sultan mana yang anugerahkan. 

DTMJ kata ia sangat berbeza dengan ukhwah kasih sayang sesama ahli pada era Yusuf Rawa dan Fadzil Noor. Gua boleh nilai sikap spesis baling batu sembunyi tangan nih yang mana merekalah antara watak-watak utama yang melebal-lebalkan sejak PAS bersama dengan DAP Lahanat dan PKR. Apa yang gua tahu para pemimpin-pemimpin inilah yang menjadi parasit didalam PAS bila mereka digula-gulakan oleh Ketum jika PR dapat memerintah. 

Maka kerana janji-janji manis dari Ketum, pegangan mereka terhadap dasar perjuangan PAS yang melangkau lebih 60 tahun mula hilang. Iman boleh di beli bro, janji harganya mesti tinggi. Adalah akar umbi PAS boleh lupa bagaimana semangatnya mereka setiap kali berceramah sebelum bersama dengan PAS bertahalluf siyasi dengan PKR dan DAP lahanat. Mereka-mereka inilah yang berjuang tanpa mengharapkan imbuhan duniawi demi memertabatkan Islam di bumi yang di pijak. 

Sekarang apa sudah jadi bro sejak merasa sedikit kemewahan dunia, dasar sudah di bangkul sampah. Wala pun sudah bertukar dari parti sendiri kepada parti yang dikatakan rakan. Gua rasa dari jadi parasit lebih baik keluar awal pasai Pasma sudah menunggu untuk menjadi parti politik mengganti PAS dalam PR.

Paling seronok bila mengadakan citer pembohongan bila nama yang terlibat sudah lama pergi

Seronok betul 'Datuk' Tarmizi melaporkan pendedahan bekas Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Jamilah Ibrahim berkaitan dengan satu kertas kerja rundingan rahsia di antara PAS dengan UMNO. “Bekas Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Jamilah Ibrahim malam ini, 21 Mei 2015 mendedahkan, tentang sebuah kertas kerja mengenai pakatan PAS dengan UMNO atas nama “Melayu dan Islam” yang diberi seorang bergelar ustaz di Mesir kepadanya untuk disampaikan kepada Yang DiPertua Agung PAS  waktu itu, TG Yusof Rawa.

“Kertas itu tidak pernah di bincangkan. Beliau berucap ringkas kongsi pengalaman mengenai Pak Haji Yusuf Rawa dan Ustaz Fadzil Noor pada Forum Pasca Muktamar PAS di KLCAH. Amacam?,”lapornya dengan gah. Sorotan pendedahan Ustazah Jamilah berkaitan pakatan PAS dan UMNO menarik perhatian Tarmizi kerana salah satu tema kempen utama kumpulan TGAA menentang TGHH di atas satu premis yang kumpulan mereka percaya bahawa kumpulan Hadi mahu membawa PAS keluar daripada PR dan mahu menjalinkan kerjasama semula dengan UMNO. Bermakna pendedahan Ustazah Jamilah semasa Presiden PAS kelima, TG Yusof Rawa (1982 – 1989) menurut pendapat Tarmizi signifikan dengan era kepimpinan PAS sekarang pimpinan TGHH.

Tak cukup pemimpin yang masih hidup, yang sudah pergi dengan meninggalkan nama yang cukup harum pun di fitnah oleh bekas wartawan Harakah yang tamat kontrak tetapi menjaja bahawa beliau di pecat. Jahat sungguh ler spesis yang semakin rosak selepas 7 tahun di tarbiah oleh DAP Celaka dan PKR. Apakah barua-barua ini cuba menipu akar umbi PAS macam yang hidup zaman itu semuanya sudah meninggal dunia dan hanya tinggal barua-barua ini sahaja untuk menceritakan kisah filem hindustan ini. 

Cukup ler temberang lu all kerana zaman itu gua cukup aktif sebagai pemerhati politik, zaman di mana permusuhan PAS dengan Umno sudah di luar kawalan sehinggakan ramai pemimpin PAS di tahan di bawah ISA. Adakah Ustazah Jamilah mengutip kertas kerja yang dicoret oleh seorang Melayu yang melihat perpecahan besar bangsa Melayu dan di campak ke dalam tong sampah lalu di kutip oleh ustaz yang entah wujud entah tidak. Dengan mengaku yang kertas kerja itu untuk diserahkan kepada YDP al-Marhum TG Yusuf Rawa.

Cukup ler dengan fitnah jahat yang di lontarkan para pengkhianat terhadap al-Marhum TG Yusuf Rawa kerana ahli PAS sudah cukup mengenali 'Datuk' yang cukup berlagak dengan anugerah-anugerah dari Kemboja yang sebenarnya hanyalah wakil PAS untuk membantu rakyat Kemboja tetapi mengaku itu adalah hasil kerja dan sumbangan beliau. Lu boleh kelentong ahli/pemimpin PKR dan DAP Lahanat tetapi lu tidak boleh kelentong gua. Lu dan spesis yang dok jelajah negara untuk merebut jawatan tertinggi hanyalah barua DAP Lahanat sahaja. Pasti ada komen dari spesis yang semakin bodoh sombong demi membela barua-barua DAP Lahanat nih.GANR

Selasa, 19 Mei 2015

Tahniah Buat Blogger Alkusyen.

Gua ada sedikit simpati dengan blogger alkusyen walau pun gua tidak mengenalinya yang diberi masa 3 hari untuk meminta maaf atau menghadapi saman dari PJ Perak, Razman Zakaria. Gua ada menulis artikel tentang artikelnya berbentuk pertanyaan tetapi di dalamnya penuh dengan tuduhan terhadap PJ Perak dengan memaparkan kekayaan beliau. Gua juga banyak memperkatakan tentang artikel yang di ambil dari laman lain tetapi menukar tajuk menyerang.


Gua ada memperkatakan tentang ke tidak puas hatinya terhadap perlantikkan PJ Perak yang baru untuk mengantikan Ustaz Abu Bakar Hussain. Mengikut gara penulisannya beliau mengharapkan Nizar yang lebih layak maka timbullah isu kononnya ada unsur lobi bagi jawatan tersebut walau pun telah dinafikan oleh Razman Zakaria. Kerana tidak berpuas hati maka seperti biasa beliau akan mencari, mengorek dan kalau boleh nak ikut ke mana sahaja Razman pergi untuk mencari sedikit kesilapan.

Oleh kerana terlalu obses disebabkan orang kuatnya tidak dilantik sebagai PJ Perak, maka beliau semakin naik gila. Bagi beliau dendam ini tidak boleh dibiarkan tanpa memberi jalan mudah untuk Razman Zakaria mengurus PAS Perak. Gua tahu dan ramai blogger pun tahu betapa rapatnya beliau dengan Nizar sebagaimana rapatnya Nizar dengan DAP Perak sehingga sanggup membuat perjanjian kedua dengan DAP Perak tanpa pengetahuan Razman Zakaria dan PAS Pusat. 

Gambar asal

Gambar yang di edit oleh blogger Alkusyen

Boleh bayang bagaimana marahnya beliau terhadap TGHH yang tidak melantik Nizar yang pada pandangannya Nizarlah yang paling layak mengantikan Ustaz Abu Bakar Hussain. Tak payah ler gua nak catatkan kemarahannya kerana lu all boleh baca artikel-artikel beliau yang bersikap Hadipobia. 

Seteruk mana pun bahasa gua, tidak pernah sekali pun gua mengedit gambar-gambar untuk melakukan fitnah. Semua gambar yang gua paparkan adalah gambar yang gua ambil dan kutip dari makcik google. Gua pun tak tahu nak salahnya atau tidak kerana ramai orang tahu yang beliau mengidap kencing manis dan masa beliau mengedit gambar-gambar itu pun mungkin masa paras gula dalam darahnya tinggi dicampur dengan kemarahannya yang cukup tinggi.

Sendiri buat sendiri tanggung ler bro dan gua amat pasti orang yang paling gembira dengan kes saman ini adalah si Midah tahi lalat, bekas adun Sungai Rapat. Setiap perlantikkan PJ PAS negeri adalah kuasa dan budi bicara Presiden PAS dengan bersumberkan maklumat. Bukan pakai lantik jer dan akhirnya baru orang PAS tahu kenapa Nizar tidak layak untuk jawatan tersebut. 

Buktinya sudah nyata walau pun beliau hanya PJ1 PAS Perak, beliau telah buat perjanjian belakang mati dengan DAP dan PKR tanpa merujuk kepada bosnya sendiri. Beliau sendiri mengaku sebagai wakil PAS walau pun beliau pengerusi PR Perak, ia bukan lesen untuk membelakangi bosnya sendiri. Gua tidak boleh bayangkan jika Nizar dilantik untuk jawatan PJ Perak, pasti huru hara dibuatnya. Semasa perjanjian tersebut beliau ditemani oleh Dr Khairuddin, YDP PAS Tambun.

Mungkin kerana melebihkan DAP dari PAS sendiri maka akar umbi telah menyingkir YDP Kampar dan YDP Tambun. Itu pun masa ada suara-suara sumbang di mana kekalahan 2 pemimpin hebat PAS Perak itu adalah hasil kerja Razman Zakaria. Jika benarlah kerja Razman maka gua rasa PJ Perak ini cukup hebat lah strateginya kerana berjaya mempengaruhi akar umbi dua kawasan itu sedangkan beliau sendiri tidak mengenali akar umbi dua kubu kuat Nizar dan Dr Khairuddin.

Apa pun gua ucapkan tahniah buat akar umbi PAS yang tidak sanggup melihat PAS dirosakkan oleh dua pemimpin yang maha ini. Adakah alkusyen takut dengan saman nih, gua rasa beliau pandang sebelah mata jer kerana DAP akan membantu beliau. Boleh dikatakan semua pemimpin DAP Perak adalah di kalangan peguam-peguam dan tak kan mereka akan membiarkan timbalan pengerusi Pasma Perak dibiarkan. 

Alkusyen adalah aset mereka untuk menabur fitnah terhadap pemimpin-pemimpin PAS yang berpegang kuat dengan dasar perjuangan PAS. Inilah satu contoh bagaimana yang mengaku hebat sehebatnya akhir tumbang di atas pengkhianatan mereka pada perjuangan PAS. Nampaknya segala pengorbanan mereka telah dibayar tunai ketika mereka masih hidup. Tahniah gua ucapkan buat yang tumbang dan yang disaman kerana lu memang hebat, bro.GANR

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...