Translate

Mesti Baca

Jumaat, 1 Mei 2015

'Kami Semua Tok Janggut' Satu Fitnah Buat Pahlawan Ini.



Isunya ialah 'Bantah GST' tetapi menggunakan nama tokoh perjuang kemerdekaan dengan slogan 'Kami Semua Tok Janggut'. Adakah penganjur atau peserta tahu siapa figura yang di gelar Tok Janggut dan sejarah perjuangannya. Saya yakin ramai yang mengenali Tok Janggut. Tetapi berapa ramai yang benar-benar tahu tentang kisah hidupnya? Kewujudan Tok Janggut dan perjuangannya pasti ada kaitan dengan nasib malang yang menimpa umat Islam seluruh dunia ketika itu, iaitu kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924.

Penjajah melebelkan beliau sebagai seorang pengkhianat dan penjenayah mengikut tafsiran penjajah British. Dan ia berkisar berkaitan dengan penentangan beliau terhadap isu cukai yang dikenakan terhadap rakyat kelantan oleh penjajah British seperti cukai kelapa, cukai pokok, cukai sireh cukai tanah.dan berbagai cukup terhadap rakyat Kelantan, malah Sultan dan pembesar sendiri dikenakan cukai tanah.

Cuba fikirkan, betapa selama ini sejarah kita telah diputar belit oleh zionis kuffar. Mereka berjaya mengalihkan pandangan seorang pelajar sekolah, bahawa perjuangan seorang Tok Janggut adalah kerana mempertahankan kuasa politik tradisional dan membantah cukai semata, sedangkan beliau sebenarnya mempertahankan Al-Haq! Malah mereka telah berjaya melabel dan menanamkan dalam pemikiran kita bahawa Tok Janggut adalah penderhaka dan pemberontak.

Zionis kuffar telah berjaya memanipulasi pemikiran umat islam di nusantara ini, bahawa tahap tertinggi dicapai bagi seorang Islam adalah apabila ia telah berjaya dan selesai mengerjakan haji ke makkah al-mukarramah. Pemikiran ini telah ditanam dari nenek moyang kita sehinggalah ke generasi hari ini. Walhal sebagai seorang muslim, ia wajib menjalankan tugas khalifah, iaitu memastikan seisi alam ini menyaksikan syahadah yang agung, Laa ilaaha Illallah, Muhammad Rasululullah. Itulah kemuncak ustaziatul ‘alam yang wajib dilaksanakan bagi seorang Islam. Dan Tok Janggut adalah antara figure yang cuba menjalankan kewajipan syahadah ini.

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً


“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” 
[Surah Al-Baqarah, 2:30]
Gua berharap agar lebih ramai orang akan mengenali Tok Janggut bukan kerana gambar jasad beliau diperlakukan oleh Inggeris, tetapi kerana keberanian dan kematangannya dalam berjuang demi agama dan bangsa.
Tok Janggut …….
atau nama sebenar, Haji Mat Hassan bin Panglima Munas.
Syahid pada hari ini 24 Mei,
dalam perjuangan menentang penjajahan Inggeris,
di Jajahan Pasir Puteh, Kelantan,
93 tahun yang lampau ……
Al Fatihah …..
Apa yang asalnya diniatkan sebagai satu catitan kasual, sebagai menyempurnakan hajat seseorang, telah dengan tidak semena-menanya mendapat tumpuan ramai sehingga sendat dengan ratusan komen menyatakan minat. Dalam banyak banyak komen yang saya perhatikan, tidak kurang ada yang menarik, yang menyebabkan saya merenung kembali kisah perjuangan Tok Janggut.

Merenung kembali, memang benar sejarah kurang berlaku adil kepada Tok Janggut. Kisah perjuangan Tok Janggut, walaupun kini diabadikan dalam lembaran sejarah tanahair, disanjung dan diajar di sekolah, dirasakan seolah-olah masih atau sengaja dibiarkan tergantung. Tidak keterlaluan jika saya katakan, seolah-olah sama sebagaimana yang diperlakukan oleh Inggeris terhadap jasad Tok Janggut di Padang Bank.

Apa yang gua maksudkan dengan ” tergantung ” di sini adalah bila mana rata-rata sumber utama rujukan sejarah (authorized sources), dalam menghuraikan kronologi dan sebab musabbab kepada kebangkitan Tok Janggut, hanya mengutarakan faktor permasalahan cukai dan faktor kehilangan kuasa politik pembesar Melayu tradisional ( feudalisme ) sebagai punca.

Di sini, gua petik beberapa contoh dari huraian Arkib Negara Malaysia dan buku teks sejarah Tingkatan Lima sebagai bukti :
Campurtangan British di Negeri Kelantan pada awal abad keduapuluh telah menyebabkan berlaku beberapa perubahan dasar sistem pentadbiran di negeri tersebut.
Pihak British telah memperkenalkan sistem-sistem cukai yang baru yang bercanggah dengan kebiasaan rakyat tempatan dan telah melantik pegawai-pegawai untuk menggantikan tempat pembesar-pembesar daerah tradisional.
Kewujudan alat-alat pentadbiran dan campurtangan pihak British dalam pentadbiran Negeri Kelantan ini telah menggugat kedudukan pembesar-pembesar daerah serta menimbulkan kemarahan mereka yang selama ini memiliki banyak keistimewaan.
184532791
Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ( KBSM ), Dewan Bahasa & Pustaka, Cetakan Keempat 2006, Percetakan Watan Sdn Bhd ( Nota : Perenggan berkaitan di ” highlight ” bagi memudahkan rujukan. )

Sebenarnya, apa yang dinyatakan oleh sumber sumber di atas tidaklah bersalahan dengan apa yang benar benar telah berlaku. Cuma, secara peribadi, menyampaikan kisah Tok Janggut dalam konteks perjuangan membantah cukai dan kehilangan kuasa politik tradisional, bukan sahaja mengabaikan butiran penting lain dalam kronologi kejadian malah dirasakan mampu memberikan implikasi negatif kepada perkembangan minda generasi muda. Seolah-olah menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari kelompok yang kedekut dan taksub dengan feudalisme. Apakah sebenarnya yang ingin dibuktikan melalui huraian sedemikian ?

Sedar atau tidak, dengan pentafsiran sedemikian juga, kita telah berjaya menyempurnakan agenda penjajah Inggeris tanpa mereka sendiri perlu bersusah payah menyempurnakannya. Sejarah membuktikan bahawa penjajah Inggeris sememangnya mahu perjuangan Tok Janggut digambarkan sedemikian, kerana mudah bagi mereka melabel beliau sebagai penjenayah dan pengkhianat ( tidakkah kita selalu diajar, membantah arahan pihak berkuasa adalah satu jenayah ?)

Dan sejarah juga membuktikan bahawa dengan menonjolkan Tok Janggut sebagai seorang penjenayah dan pengkhianat, mereka telah berjaya mengalihkan perhatian orang Melayu Islam dari memikirkan isu global berkaitan umat Islam yang sedang hangat ketika itu !

Laporan berikut, yang dipetik dari akhbar The New York Times, bertarikh 15 November, 1914, menjelaskan usaha awal Inggeris untuk memastikan orang Melayu terus terserkup di bawah tempurung :

17708716



Menurut laporan di atas, pada 14 November 1914, Sultan Kelantan ( Sultan Muhammad IV, 1900 ~ 1920 ), telah mengeluarkan jaminan taat setia kerajaan Kelantan kepada Inggeris ekoran Perang Dunia Pertama di Eropah.
Inggeris pada masa itu, sedang berperang dengan kerajaan Turki Uthmaniyyah yang bersekutu dengan Austria-Hungary dan Jerman. Inggeris telah menekan pihak istana untuk mengisytiharkan solidariti bersama – tindakan yang mengecewakan Tok Janggut lantas memilih untuk bangkit sendiri menentang Inggeris …..
Tetapi mengapa Kelantan ? Mengapa Turki Uthmaniyyah !?

Perlu diingatkan bahawa pada masa itu, kerajaan atau empayar Turki Uthmaniyyah dianggap oleh kebanyakan umat Islam di dunia, termasuk juga di Kelantan, sebagai pelindung serta pemimpin ummah. Kebetulan pula di Kelantan, hampir keseluruhan penduduk adalah beragama Islam bermazhab Shafie ( dinyatakan di situ, ” Shaffa Mohammedanism ”) dan kuasa politik adalah di tangan pemerintah beragama Islam ( walaupun di bawah pengaruh Inggeris ).

Walaupun demikian, itu bukanlah perkara yang paling dirisaukan oleh Inggeris. Inggeris lebih gusar dan khuatir akan hakikat hubungan dan pergantungan Kelantan dengan Timur Tengah dari sudut ideologi dan politik, yang telah berlangsung sejak berkurun lamanya. Ramai rakyat Kelantan berulang alik ke Makkah untuk menuntut ilmu, menunaikan ibadat Haji dan tidak kurang juga ada yang memiliki kepentingan di sana. 

Tok Janggut berada dalam kelompok ini, seorang terpelajar yang pernah menuntut ilmu dari Pattani hingga ke Makkah. Kebetulan juga, Makkah ketika itu merupakan wilayah Turki Uthmaniyyah, yang pastinya sedang marak dengan propaganda anti-Inggeris ketika Inggeris sedang berperang dengan Turki. Inilah yang dirisaukan oleh Inggeris.

Walau bagaimana pun, dalam hal ini, menyedari hakikat masyarakat Melayu yang amat mentaati Raja, Inggeris telah mengambil jalan memaksa pihak Istana untuk menyatakan pendirian yang selari dengan mereka, dengan harapan, kemarahan masyarakat Islam Kelantan terhadap peranan Inggeris dalam Perang Dunia Pertama dapat dikekang.

Namun, malang bagi Inggeris, jaminan yang diberi hanya bertahan selama lima bulan sahaja dan ” kekacauan ” ( disturbance ) yang dirisaukan telah benar benar berlaku di Pasir Puteh pada April 1915, di bawah pimpinan Tok Janggut ( antara sebab mengapa Tok Janggut diisytiharkan Inggeris sebagai ” pemberontak “ dan ” pengkhianat “).

Apa yang menarik, perkara yang paling dirisaukan Inggeris di Kelantan sebenarnya telah terlebih dahulu berlaku di Singapura, kubu kuat Inggeris di Asia Tenggara. Pada Februari 1915, askar upahan Inggeris dari India yang beragama Islam telah bangkit memberontak. 

Peristiwa berdarah yang dikenali sebagai Dahagi Singapura 1915 atau The 1915 Singapore ( Sepoy ) Mutiny ini, telah menyebabkan lebih kurang 50 orang Eropah terkorban. Puncanya, tidak lain tidak bukan adalah kerana peperangan Inggeris dengan Turki Uthmaniyyah, ditambah pula dengan fatwa berjihad yang dikeluarkan oleh kerajaan Uthmaniyyah. Dikatakan Tok Janggut telah mengikuti perkembangan pemberontakan ini lalu merancang penentangan di Pasir Puteh.

Biar pun segera ditumpaskan, kejadian pemberontakan ini begitu memalukan Inggeris. Mengambil iktibar, Inggeris telah mengambil langkah berjaga jaga dan malang sekali, penentangan Tok Janggut menyusul dua bulan selepas itu dalam keadaan Inggeris sudah bersedia. Akibatnya, Tok Janggut telah diganyang sedasyat dasyatnya oleh Inggeris dan ini dapat disaksikan melalui bagaimana jenazahnya diperlakukan di Padang Bank.

Mengenangkan apa yang telah dilalui oleh Tok Janggut, adalah dirasakan amat tidak wajar jika kisah beliau terus dibaca dalam konteks sedia ada (penekanan kepada permasalahan cukai & kehilangan kuasa feudal). Perhatian perlu diberikan kepada konteks yang lebih global seperti yang dinyatakan di atas – sesuai dengan keadaan dunia masa kini serta hakikat diri dan latar belakang Tok Janggut sendiri.

Tok Janggut sebenarnya bukanlah seorang jaguh kampung yang buta huruf. Beliau adalah seorang yang terpelajar, yang pernah mengembara menuntut ilmu dari Pattani sehingga ke Makkah. Kerana itu, rangkaian serta jaringan maklumatnya cukup baik.

Beliau jelas tahu apa yang sedang berlaku di dunia ketika itu, khususnya nasib yang menimpa Dunia Islam – kecelaruan dan perpecahan yang melanda umat Islam angkara masalah dalaman dan penjajahan asing. Beliau juga sedar bahawa simbol kekuatan politik umat Islam tika itu, Empayar Turki Uthmaniyyah, sedang diancam dan cuba dihapuskan oleh Inggeris melalui Perang Dunia Pertama.

Kerana itu juga, Tok Janggut adalah seorang yang berfikiran GLOKAL ( yakni, a person who thinks globally and acts locally ). Ini dapat dilihat melalui keprihatinan beliau terhadap nasib Dunia Islam yang dipadankan dengan suasana setempat, yang kemudiannya ditafsirkan melalui penentangan bersenjata pada tahun 1915.
Sayang sekali, hakikat ini selalu sahaja tenggelam, samar samar atau langsung gagal dinyatakan dalam huraian kontemporari sejarah Tok Janggut, hingga menampakkan perjuangan beliau sebagai bercorak parokial ( kekampungan ) yang hampir tidak membawa apa apa makna.

Beberapa petikan yang gua paparkan dari beberapa sumber diantaranya..

(BH : Tok Janggut)

INGGERIS cuba menyembunyikan cerita sebenar mengenai Tok Janggut. Lelaki itu dan kumpulannya dituduh penderhaka kepada sultan, bangsa dan tanah airnya iaitu Kelantan.
Perjuangan tokoh yang nama sebenarnya, Mat Hassan Panglima Munas itu cuba dinafikan, malah perkataan ‘jihad’ yang dilancarkan Tok Janggut diganti dengan perkataan ‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’. 

(The Star Online Nov 24, 2007 : 'One Mement In Time)

The story of a Kelantanese rebel who fought against the British comes alive in the Tok Janggut Trail.
A declaration of jihad (holy war), an insurrection against foreign invaders, the death of a rebel leader and the parade of his corpse before it was hung upside-down in public as a warning – this is the story of Kelantan’s Tok Janggut. 

(SP Star : 'Penentangan  Di Kelantan)

Pengaruh luar seperti Perang Dunia Pertama dan Dahagi di Singapura pada tahun 1915 juga mempengaruhi penduduk Kelantan melancarkan kebangkitan terhadap pentadbiran British. Orang Kelantan percaya British akan mengalami kekalahan dalam Perang Dunia I. Begitu juga apabila Dahagi meletus di Singapura pada tahun 1915. Penduduk Kelantan mendapat berita bahawa tentera India berjaya membunuh orang Eropah secara beramai-ramai. Kesannya, kejayaan Dahagi ini menyebabkan orang Kelantan tidak lagi menghormati orang Eropah sebagaimana sebelumnya. 

(Hubungan Alam Melayu - Turki : Merentasi Sejarah)

Sebuah lagi catatan penting ekoran daripada gerakan Pan-Islam Sultan Abdul Hamid II adalah tercetusnya Dahagi Singapura pada tahun 1915. Sehingga pada hari ini, sebab sebenar yang mencetuskan Dahagi tersebut masih belum didedahkan kepada umum kecuali dengan beberapa andaian yang berhasil semenjak beberapa tahun yang lalu. Ini berikutan daripada polisi Britain sendiri yang merahsiakan perkara tersebut.

Dahagi ini sebenarnya bermula ekoran daripada bantahan askar India dan Melayu Muslim daripada dihantar ke Timur Tengah bagi menyertai tentera Arab menentang pemerintahan Khilafah Othmaniah semasa Revolusi Arab 1916.

Siapa Tok Janggut
  • ” Nama sebenarnya adalah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas.
  • Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan
  • Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran.
  • Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan pemimpin tradisional di negeri Kelantan. 
  • Antara yang paling sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala RM 1.00 seorang setahun, pokok buah-buahan 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung. 
  • Pada 29 April 1915, pentakbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff seorang pegawai takbir British yang berasal dari luar Kelantan, menggantikan Engku Besar.
  • Pertelingkahan mengenai cukai dan urusan pengutipan cukai yang terlalu lambat sehingga berlarutan selama tiga hari, menyebabkan Haji Mat Hassan bin Panglima Munas enggan membayar cukai. 
  • Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib dan menemui Haji Mat Hassan bin Panglima Munas pada 29 April 1915. 
  • Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh. Haji Mat Hassan bin Panglima Munas kemudiannya menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. 
  • Encik Latiff pula telah melarikan diri ke Kota Bharu. 
  • Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. 
  • Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh. 
  • Kebangkitan Haji Mat Hassan bin Panglima Munas menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu merasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka dan dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Haji Mat Hassan bin Panglima Munas telah terbunuh. 
  • Mayat Tok Janggut di bawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa satu hari. 
  • Setelah digantung beberapa hari di hadapan istana, di Padang Bank (Padang Merdeka) mayat Haji Mat Hassan bin Panglima Munas dikebumikan di Pasir Pekan. “
Perlu di ingat bahawa perjuangan Tok Janggut bukan kerana cukai semata-mata sebagaimana tuduhan penjajah British dan golongan bangsawan untuk mengamburi mata generasi akan datang disebabkan beliau sebagai seorang yang mempunyai pendidikan agama yang kuat dan di angkat sebagai golongan ulama oleh umat Islam ketika itu. Beliau juga adalah murid kepada ulama, ahli sufi dan walilullah Tokku Paloh seorang ulama yang cukup terkenal sehingga Sultan Terengganu sendiri tidak berani menyanggah kata-kata Tokku Paloh apatah lagi Sultan Zainal Abidin sendiri diakui sebagai Sultan yang kuat pegangan agamanya yang tidak terdapat pada Sultan dan Raja-Raja Melayu sehingga kini. 

British hanya berani memaksa kerajaan Islam Terengganu menerima penasihat mereka pun selepas kembalinya Tokku Paloh dan berselang tidak sampai 2 tahun Sultan Zainal Abidin pergi mengikut jejak guru dan murabbinya. Gua mengharapkan agar generasi baru diberi penjelasan yang betul terhadap perjuangannya dalam mempertahankan Islam sehingga beliau menemui syahid ditangan tentera-tentera barua penjajah British.


20020000827g1
* Tentera British bergambar. Tulisan di kaki mereka jelas menunjukkan Pasir Puteh 14-10-1915. Lebih kurang 5 bulan selepas pemberontakan yang mahsyur itu berlaku di tempat ini. Askar ini dihantar dari Singapore dan gambar ini membuktikan bahawa mereka masih berada di sana walaupun sudah berbulan berlalu sejak kematian Tok Janggut. Mungkin askar ini mahu berjaga-jaga dari pemberontakan yang mungkin berlaku oleh para pengikut Tok Janggut./GANR

Kredit : Problemdunia

Selasa, 28 April 2015

Bukan Main Cepat Nak Ambil Tindakan....

Kalau rasa kuat kenapa perlu menggunakan gambar TGHH

Lu jangan hentam pemimpin DAP atau PKR nanti lu kena tindakan tatatertib, lu jangan pertahankan presiden lu nanti lu kena mengadap timbalan presiden lu. Sebagai sebuah jemaah Islam lu jangan langgar Tahalluf Siyasi, lu kena hormat rakan pakatan biar pun presiden lu kena hentam depan belakang. Lu kena hormat dasar sekular rakan pakatan biar pun dasar parti lu ditolak dan dihina. Lu tak boleh menolak Pesuruhjaya lu tapi lu kena sokong Nizar yang menolak Pesuruh jayanya sendiri kerana barua DAP dalam PAS boleh melakukan apa sahaja.

Siapa yang mempertikaikan para barua pakatan adalah dianggap menderhaka kepada Tahalluf Siyasi kerana 'Setuju dengan tidak bersetuju' hanya boleh dilakukan oleh DAP dan PKR sahaja. Lu kena sokong bila presiden lu disuruh meletak jawatan oleh rakan pakatan tetapi lu dianggap pengkhianat jika lu menyuruh pemimpin DAP dan PKR meletak jawatan. Bila Mat Sabu ingin mengambil tindakan terhadap KPP P.Pinang kerana mengingkari arahannya dan Mujahid, gua tertanya-tanya kenapa isu Nizar yang bukan mengingkari PJ PAS Perak tetapi membuat perjanjian sulit dengan DAP dan PKR tanpa pengetahuan PAS.

Bukan main laju nak ambil tindakan bila melibatkan DAP atau PKR, lu kena hormat timbalan presiden lu kerana beliau adalah wira PAS yang keluar masuk penjara sedangkan presiden lu pernah masuk penjara ker. Lu kena pasti segala rahsia parti mesti diberikan kepada DAP dan PKR. Lu kena buka pintu rumah tangga lu sentiasa terbuka agar pemimpin DAP dan PKR boleh keluar masuk tetapi lu di larang sama sekali dari memasuki rumah tangga rakan pakatan kerana rahsia parti lu adalah milik bersama DAP dan PKR tetapi rahsia parti pakatan lu, DAP dan PKR adalah milik mereka yang lu tidak boleh sentuh.

Pasma tidak perlu menunggu Muktamar PAS selesai untuk menjadi parti politik kerana sudah ramai pemimpin hebat PAS yang menjadi barua DAP sudah tewas. Adakah Pasma ingat sekutu mereka akan memenangi semua jawatan yang di pertandingkan kerana akar umbi PAS sudah pun bersuara. Phahrolrazi tidak perlu menipu ahli PAS bahawa penubuhan Pasma sebagai Ngo adalah kehendak akar umbi PAS. Semua sudah tahu siapa beliau yang sanggup mengkhianat PAS demi cita-citanya untuk jawatan MB Kedah.

PKR dah keluar kenyataan agar PAS disingkirkan dari PR pasai Pasma nak masuk ganti PAS sebagai parti politik. Kalau dah rasa kuat tendang jer PAS buat aper simpan tetapi jika ditakdirkan PKR kalah di Permatang Pauh dan PAS menang di Rompin, pasti akan ada yang gila meroyan. Memang PKR banyak kerusi berbanding PAS tetapi tolong tanya PKR yang tak sedar diri, jentera parti mana yang paling kuat bekerja. PKR dan DAP jangan terlalu sombong sangat kerana kerusi mereka banyak dan boleh perintah negara.

Mereka mula menyerang TGHH selepas pergi Murabbi Ummah

Bila dah rasa kuat mula tunjuk sombong sedangkan semasa PKN tiada apa-apa, parti mana yang benar-benar membantu PKN, PAS atau DAP atau mungkin kekuatan mereka lebih kuat bila parti sosialis bubar dan bergabung sehingga tertubuhnya PKR. PAS boleh tunggu demi tertegaknya Islam di bumi Malaysia tetapi bolehkah parti 'Individu anugerah Allah' yang gila kuasa boleh menunggu. PAS tidak perlu takut kehilangan kerusi kerana janji Allah S.W.T itu benar cuma di tangguhkan. 

Apa yang gua lihat, PAS mula rosak sejak bersama dengan PR yang mana sifat bermuka-muka pemimpin yang merasakan mereka hebat sehingga sanggup menjadi pengkhianat dan membocor rahsia parti. Saari Sungib adalah antara pemimpin IRC yang kemudian menubuhkan JIM adalah tali barut Nuar yang sudah lama gua ingatkan. Mereka sanggup berwalakan pemimpin parti lain dari parti sendiri sedangkan pemimpin tertinggi PAS tetap berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah. 

Sebagai parti berasaskan Islam, kemenangan Islam bukan dapat ditegakkan dengan jalan mudah sebagaimana parti yang berasaskan sekular. Menang kalah ada hikmahnya kerana tiada siapa tahu perancangan yang Allah S.W.T tentukan. PKR yang sememangnya berkaratkan biru tetap tidak berubah kerana mereka mula berlagak bila kuat tetapi bila lemah mula tunjuk baik, kalau asal dari Umno perangai tetap Umno cuma nama sahaja ditukar. 

Gua amat-amat berharap untuk melihat berlaku pertandingan semua jawatan dalam PAS dan masa untuk pembersihan sudah mula nampak rentaknya. Parti Pasma hanya menunggu para barua yang tewas untuk mengganti PAS dalam PR. Walau terpaksa berseorangan PAS tidak perlu berUG dengan Umno sebagaimana DAP ingin berUG dengan BN demi menentang Islam. Sudah jelas di hadapan mata bagaimana yang menuduh PAS berUG dengan Umno akhirnya mereka sendiri berUG dengan BN. /GANR

Ahad, 26 April 2015

PRK Rompin Dan PRK Permatang Pauh, Macai DAP Sudah Naik Gila.



Usah disangkal lagi bahawa parlimen Rompin adalah kubu kuat Umno kerana di kawasan itu mempunyai pengundi di kalangan peneroka dan orang asal yang paling ramai. BN pasti akan menang besar setiap kali pilihan raya diadakan walau pun di situ juga wujud pemimpin yang banyak skandal. Kecil atau besar skandal para pemimpinnya, mereka tetap menang kerana akses maklumat untuk penduduk asal dan peneroka amat terhad. Kerajaan memang boleh memberi akses kepada pengundi Rompin tetapi untuk apa, dan kenapa perlu memberi kemudahan itu kerana ia akan memudaratkan Umno sendiri.

Permatang Pauh adalah parlimen yang boleh dikatakan paling banyak mengadakan pilihan raya baik pilihan umum mahu pun pilihan raya kecil. Ia juga kubu kuat PKR yang telah di menangi Nuar hampir 8 penggal termasuk calon pengantinya iaitu Azizah. Ada juga gua dengar keluhan pemimpin PKR tentang calon parlimen Permatang Pauh yang hanya berkisar kepada keluarga beliau sahaja kerana mereka juga ingin melihat calon muda yang lebih bertenaga. Gua malah nak campur urusan rumah tangga PKR, lantak dia ler nak letak sesiapa pun tetapi mesti dari kalangan keluarganya.

Gua memang bersimpati dengan apa yang terpaksa Azizah tempuhi kerana jika menang PRK ini maka beban beliau semakin besar, sekejap ke Kajang, sekejap ke Permatang Pauh, sekejap mempengerusi mesyuarat atas kapasitinya sebagai presiden PKR, sekejap berkejar ke penjara Sungai Buloh, sekejap nak jaga cucu pasal anak pandai beranak jer sudah lahir nenek jadi amah dan sekarang DAP nak lantik jadi ketua Pembangkang pula. Lu sendiri kira berapa tugas yang terpaksa beliau lakukan walau pun beliau memang mempunyai ramai pembantu.

Gua sokong calon PKR pun kerana gua memang berpatah arang dengan Umno yang semakin menggila terhadap warga marhaen. Modal kempennya memang semua sudah tahu iaitu isu 1MDB, GST, Jet peribadi, gaya hidup 'wanita pertama' dan banyak lagi untuk disebut. Hanya satu isu sahaja yang PKR tidak akan menyebut iaitu tentang Hudud dan dari yang mengaku sebagai Abang Besar sudah bagi amaran 'pantang latuk nenek gua lika lu sebut itu isu Hudud pasal gua cukup anti pada Islam'. 

Malah amaran DAP celaka itu dijaja oleh barua-barua DAP yang berada dalam PAS. Barua yang akan mengambil alih kepimpinan PAS pada Muktamar Agung PAS pada Jun ini. Bila Pemuda PAS P.Pinang menolak sokongan jentera kepada PKR di atas keceluparan beberapa budak yang mendesak TGHH melepaskan jawatan sebagai Presiden PAS dan isu Hudud. DAPsy telah meminta pemuda PAS P.Pinang agar menghentikan sekejap tentang isu ini demi menghadapi BN, lepas pilihan raya sambung balik permusuhan dengan menyerang TGHH dengan lebih hebat lagi.

Bila TGHH selaku pemimpin no.1 PAS diserang, dihina dan dituduh dengan berbagai gelaran oleh DAP celaka, adakah geng 6 jahanam dalam PAS membela pemimpin mereka kerana apa yang gua tahu geng 6 jahanam ini sudah di kunci mulut oleh DAP dengan sogokan dana termasuk para blogger celaka yang menunjuk lagak hebat mereka di hadapan DAP celaka. Yang tua dah nak mampus pun masih tak sedar diri mencari-cari berita fitnah untuk diangkat menjadi berita paling sensasi walau pun artikel mereka sudah ketinggalan 50 tiang lampu.

Semua pengundi dan warga marhaen ingin melihat berapa majoriti yang PKR dan BN dapat kerana Tok Jib pun ingin tahu adakah beliau masih lagi popular di kalangan rakyat selepas 1MDB kehilangan lebih RM27 bilion dan di mana perginya RM4 bilion tunai milik FGV yang sudah nyawa-nyawa ikan sejak ia didagangkan di Bursa Saham. Warga marhaen dan pembangkang bukan tak tahu, apa pun isu yang di ketengahkan tidak pernah mendapat layanan dari Kerajaan Umno/BN yang korup.

Di parlimen Rompin pula kelibat DAP celaka tidak kelihatan sejak mereka memutuskan hubungan dengan TGHH tetapi DAP celaka juga memutuskan hubungan dengan PAS walau pun kenyataan Dinasti Lim hanya dengan TGHH sahaja. Jika DAP celaka memutus hubungan dengan TGHH kenapa mereka tidak turun berkempen di PRK Rompin. Sikap kurang ajar DAP celaka menyerang TGHH hanya dilihat sahaja oleh para barua DAP celaka yang mana mereka sepatutnya mempertahankan presiden mereka.

Bila Pemuda PAS P.Pinang memberi kata dua kepada PKR dan DAP celaka, barua DAP menuduh mereka sebagai bersikap keterlaluan dan ekstrem. Barua DAP celaka seperti KS patut cermin diri beliau sendiri, kenapa Khalid dan geng 6 jahanamnya tidak tegur DAP apabila mengeluarkan kenyataan memutuskan hubungan dengan ketua parti sendiri, dengan Presiden PAS tempuh hari? Tidakkah itu juga keterlaluan dan ekstrem?. Apa yang beliau ungkitkan tentang sikap keras Pemuda PAS P.Pinang dan PAS Permatang Pauh.

“Sikap yang ditunjukkan Pemuda PAS Pulau Pinang dan kawasan Permatang Pauh dalam menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh adalah wajah baharu parti Islam itu sekiranya kumpulan tertentu dipilih dalam muktamar Jun nanti .”

“Sikap mereka keras dan tidak berhemah. Tiada unsur ingin berkawan dan tiada kebijaksanaan berpolitik. PAS akan kembali bersendirian, terpinggir dari politik arus perdana. Ia tanpa sifat keterbukaan dan menggunakan pendekatan paksa dan ugut,"

"Hala tuju PAS, masa depan PAS. Permatang Pauh sebagai saksinya,"

Benarkah itu sikap baru parti PAS sedangkan beliau dan geng 6 jahanamnya sendiri yang cuba meroboh perjuangan PAS kerana itulah sikap PAS sejak ia ditubuhkan. Adakah beliau merasakan PAS perlu meliberalkan perjuangannya dengan mengenepikan dasar-dasar PAS pada Fasal 7 Perlembagaan PAS, tujuan PAS adalah:

(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

(2) Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.


Kertas kerja yang di bentangkan oleh TGHH berkaitan Tahalluf Siyasi hanyalah melibatkan kerja sama politik untuk menjatuhkan kerajaan Umno/BN kerana PAS, DAP dan PKR mempunyai matlamat yang sama ke atas kerajaan yang semakin korup ini. Sikap keras PAS pada rakan PR bertempat kerana Fasal 7 Perlembagaan PAS telah menjawab akan isu ini atau KS tidak sempat mentelaah perlembagaan PAS kerana sibuk mengaji kitab DAP dan PKR. 

Tahalluf Siyasi bukan perkahwinan yang sah antara PKR dan DAP, malah boleh membawa usul pada muktamar untuk mengkaji semula Tahalluf Siyasi dengan DAP atau PKR disebabkan kerjasama ini perangai orang seperti KS sudah hilang jati dirinya sebagai pemimpin gerakan Islam. Hala tuju PAS tetap tidak lari dari Fasal 7 melainkan jika perosak-perosak didalam PAS yang menjadi barua DAP dan PKR dapat menguasai PAS dalam semua sudut. 

Satu perkara yang cukup mengembirakan pemimpin yang beliau walakan. 'Lu pastikan itu ulama dapat PAS mesti dibuang ke laut, jika lu talak cukup dana kasi tahu sama gua berapa lu mau'. KS nih memang bukan jenis suka berjumpa akar umbi PAS, kerana itulah beliau mempercayai segala maklumat yang diberikan kepada beliau oleh DAP celaka melalui blogger-blogger celaka belaan DAP celaka itu.

Dinasti Lim dan para pemimpin DAP celaka siang malam menyerang TGHH tanpa ada pembelaan dari yang mengaku hulubalang PAS. Apa pun tuduhan, cacian, fitnah yang dilontarkan tidak memberi apa-apa kesan pun pada TGHH kerana beliau tahu itulah ranjau yang beliau akan tempuhi sekiranya berada di dalam PAS. Hassan al-Banna, Syed Quth dan ramai pemimpin Ikhwan Muslimin telah menempuhi jalan-jalan ini sehingga mereka syahid setelah sokongan terhadap mereka semakin hebat. 

Perlu di ingat apa yang berlaku pada Ikhwan Muslimin disebabkan ada barua-barua yang berjaya menyusup ke dalam gerakan itu. Cerita yang hampir sama dengan apa yang PAS alami sekarang ini. Gua nak tanya KS, adakah perjuangan TGHH telah lari dari dasar-dasar PAS. Bagaimana pula dengan kamu, adakah kamu dan geng 6 jahanam telah lari dari dasar-dasar PAS sehinggakan kamu lebih mementingkan PR dari PAS, parti lu sendiri. 

Tidakkah 2 rakan dalam PR telah menyatakan dengan penolakan mereka terhadap Hudud malah DAP celaka dengan penuh bangga mengatakan hudud tidak akan berlaku di malaysia sampai bila-bila. Jika tidak dapat di laksanakan kenapa Dinasti LKS sanggup berUG dengan BN yang mana isu UG telah lama PAS di kambing hitamkan. KS dan geng 6 jahanamnya lebih mementingkan PR dari PAS sendiri dan bagaimana puak-puak ini boleh berkata dengan penuh yakin jika PR berjaya menumbangkan Umno/BN dengan majoriti 2/3 maka Hudud boleh di laksanakan.

Inilah sikap jenis Abdullah Saba yang cuba menipu umat Islam berkaitan pelaksanaan Hudud jika PR dapat ke Putrajaya sedang belum ke Putrajaya pun DAP celaka bukan setakat menolak Hudud malah mereka menunjukkan sikap anti Islamnya. Bagaimana nak laksana Hudud jika 2 rakan PAS dalam PR telah menolak Hudud. Ulama yang kuat pegangan agamanya tidak akan melenting macam geng 6 jahanam yang tidak boleh menerima kritikan. 

Kerana mereka tahu itulah jalan-jalan yang telah ditempuhi oleh para solehin dalam memperkata kebenaran. Islam akan sentiasa diuji mengikut pengedaran masa dan yang mempunyai keimanan yang kuat pasti besar ganjarannya. Nasib baik gua bukan ahli PAS, jika tidak pasti macai dan barua akan kata inikah akhlak ahli PAS. Sorry bro.... lu punya peluru belum dapat menembusi badan gua pasal gua pakai baju kalis peluru.  GANR

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...