Translate

Mesti Baca

Sabtu, 25 April 2015

Bagaimana Jika Calon BN Bersumpah Akan Menyokong RUU EKJS II Kelantan?.


Mai kita fikir diluar kotak sekejap sambil berkempen di Permatang Pauh yang mana parti bertanding mempunyai ideologi dan dasar yang hampir-hampir sama. Cuma perbezaannya ialah ahli Umno mestilah bumiputera dan PKR pula terdiri dari berbagai kaum tetapi majoriti ahli PKR yang berbangsa Melayu adalah asal dari parti Umno.

Umno adalah tunjang kepada Barisan Nasional dan PKR pula bersama PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat yang tidak berdaftar. Kerana itulah apabila berlaku pilihan raya, komponen BN menggunakan lambang dacing berbeza dengan PR yang terpaksa menggunakan lambang parti masing-masing bila bertanding.

Kerusi parlimen Permatang Pauh memang sudah di akui sebagai milik mutlak PKR dan adalah hak milik PKR untuk meletakkan sesiapa sahaja hatta penjual cendol sekali pun. PR mesti akur kerana ia hak milik sah PKR dan kerusi Permatang Pauh juga adalah kubu kuat PKR kerana sejarah telah tertulis bagaimana pembangkang kalah teruk pada PRU11 kerana kehebatan En. Bersih (Pak Lah). PAS kalah, DAP kalah dan yang paling teruk kalah ialah PKR. 

Hanya kubu kuat PKR, Permatang Pauh sahaja yang dapat di pertahankan. Inilah yang dikatakan kehebatan pengundi Permatang Pauh yang cukup setia dengan mantan TPM/MPnya walau pun di asak kuat oleh BN, PKR tetap menang biar pun majoriti merosot. Parlimen Permatang Pauh juga adalah parlimen yang acap kali berpilihan raya walau pun tiada kematian berbanding dengan parlimen di Malaysia.

Dulu kerusi kosong kerana MPnya di penjara lalu diambil alih oleh WAWI sebagai pengganti kemudian ia dikosongkan oleh WAWI untuk memberi laluan kepada suaminya yang cukup tempoh untuk bertanding. Sekarang dikosongkan sekali lagi atas faktor yang sama iaitu MPnya dijatuhi hukuman penjara 5 tahun yang menghilangkan kelayakkannya sebagai MP.

Isu yang sedang hangat di perkatakan ialah kata dua dari Pemuda PAS P.Pinang terhadap PKR yang menuntut agar PKR memohon maaf disebabkan kebiadapan mereka menyuruh TGHH meninggalkan PAS dan menuduh TGHH menjadi liabiliti dalam PR (bagi gua PAS masih memiliki para pemuda hebat untuk mewarisi PAS tanpa rasa gentar kehilangan undi... Syabas).

Mereka meminta PKR menarik balik penghinaan dan memohon maaf kepada PKR jika tidak Pemuda PAS P.Pinang tidak akan membantu calon mereka. Siapa mereka untuk mempersoalkan rumah tangga rakan politik mereka. Bagaimana jika  PAS P.Pinang mendesak agar WAWI meletak jawatan sebagai Presiden PKR, apa yang akan mereka kata. Tidak mustahil akan keluar kata-kata maki hamun atau

Nampaknya PKR sudah menjadi boneka kepada DAP yang mengaku mereka adalah abang besar dalam PR. Tindakan PKR sudah senada dengan suara-suara celaka dari DAP yang semakin sombong sehingga sanggup menikam rakan sendiri dalam PR. DAP telah memberi amaran agar isu Hudud tidak boleh disebut pada PRK Permatang Pauh.

Serangan DAP yang di mulai oleh dinasti Lim terhadap PAS bermula sebelum EKJS II Kelantan lagi, malah ia bermula sejak Mat Sabu di lantik menjadi ahli lembaga pengarah air P.Pinang lagi ada motifnya kerana Mat Sabu juga adalah timbalan Presiden PAS.

Serangan mereka bertambah hebat apabila PAS tidak bersetuju dengan 'Langkah Kajang' dan 'penyingkiran TSKI sebagai MB'. Bantahan TGHH terhadap perlantikkan WAWI sebagai calon MB Selangor yang baru lebih memedihkan lagi hati hitam Dinasti Lim. Pelantikan Mat Sabu sebagai ahli lembaga pengarah air P.Pinang satu jalan untuk mengawal PAS agar berada di bawah telunjuk mereka yang mengaku abang besar.

Halangan DAP untuk mengawal PAS terhalang dengan adanya TGHH didalam PAS, maka beliau perlu disingkirkan walau apa cara pun kerana dalam DAP a.k.a. komunis mana ada halal haram. Mereka sebenarnya sudah kekeringan isu disebabkan slogan 'Malaysian Malaysian' sudah lama di laksanakan oleh kerajaan BN di bawah Umno. 

Mereka menuduh kerajaan Umno/BN korup tetapi lihatlah bagaimana KM LGE lakukan terhadap kediaman rasmi KM P.Pinang yang sudah tidak perlukan baik pulih lagi. Pada pemulaan pemerintahannya beliau berjanji akan menjadikan pemerintahan Khalifah Islam Umar Abdul Aziz r.a. sebagai idolanya tetapi akan memerintah lebih dari 2 tahun berpandukan pemerintahan Khalifah Umar yang bertahan hanya 2 tahun lebih sahaja.

Sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam apabila menyebut tentang hukum yang di perintahkan oleh Allah S.W.T, maka hukumnya wajib dijalankan walau sehebat mana dugaan yang terpaksa dilalui. PAS tidak perlu berUG dengan Umno atau parti-parti lain berasaskan Islam kerana ia bukan dari PAS. PAS hanya melaksanakannya kerana itu adalah matlamat utama PAS. 

Sesi penerangan telah di terangkan oleh PAS bukan setahun dua tetapi sudah berpuluh-puluh tahun. Jika ada suara yang mengatakan tiada sesi penerangan maka itu adalah satu pembohongan yang jahat lagi celaka. Buat umat Islam pula perlukah kamu diberi penerangan sedangkan  5 kali hari kamu berikrar di hadapan Allah S.W.T yang kamu akan taat segala yang di perintahkan terhadap kamu. Atau kamu pun sama dengan barua-barua DAP dan PKR pun perlukan sesi penerangan.

Berkaitan dengan PAS Permatang Pauh yang dianggap suara-suara picitan oleh Mujahid atau Mat Sabu kerana enggan turut serta berkempen kerana kenyataan WAWI menolak Hudud. PAS Permatang Pauh hanya angkur kepada TGHH. Apa yang dinyatakan oleh PAS Permatang Pauh untuk menyelamatkan akidah penolak Hudud dan mereka berhak menyatakannya kerana mereka tidak mahu pengundi yang tidak bersalah terikut sama dengan pemimpin yang sentiasa bernafsu besar.


"Kami tak mahu ambil kira pandangan dia (Mujahid) sebab mereka tak ketemu dengan kami. (Sebelum beri pandangan)...dia kena turun jumpa kami baru dapat maklumat (tentang sentimen akar umbi)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas PAS Permatang Pauh di Dewan Masjid Seberang Jaya, di sini Rabu malam.


Omar juga berkata, PAS Permatang Pauh masih berpegang kepada keputusan mesyuarat agung bahagian itu 19 April lepas supaya Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menarik balik kenyataannya tidak menyokong rang undang-undang persendirian berkaitan hudud. 

Ditakdirkan calon BN menyokong Hudud dan bersumpah dengan sumpah Wallahi... Wabillahi... Watallahi  'bahawa aku akan menyokong pelaksanaan hukum Allah sekiranya ia dibawa ke parlimen walau pun aku terpaksa membelakangi parti aku sendiri'. Bagai mana pengundi yang beragama Islam menanganinya kerana calon dari PKR pula menolak hukum Hudud. Jika perkara itu berlaku bagaimana nak jawab walau pun gua yakin calon BN tidak akan berani puyer. Berbeza dengan calon PAS untuk parlimen Rompin, kalah atau menang Hudud tetap didahulukan. Sekadar berfikir di luar kotak gua sahaja.

DAP sekarang ini bukan menolak Hudud tetapi mereka telah menunjukkan sikap sebenar mereka yang sudah terang-terangan anti Islam. Kerana itulah mereka sanggup berhabis demi menyingkir golongan ulama dalam PAS, lebih-lebih lagi terhadap TGHH sehingga mereka sanggup memutuskan hubungan dengan Presiden PAS tetapi tidak kepada parti PAS. Cerdik ker bodoh Dinasti Lim?. 

Bagi mereka selagi TGHH memimpin PAS harapan dan cita-cita tersembunyinya terhalang. Ratib UG yang dimainkan oleh barua-barua mereka langsung tidak memberi kesan. Ratib UG sudah hampir 10 tahun di ulang dan di ulang tetapi akhirnya Papa LKS sendiri nak berUG dengan BN. Umat Islam perlu tahu tembelang DAP yang menunjukkan sikap lunak terhadap Islam tetapi mereka sebenarnya cukup anti kepada Islam. 

Di sebabkan itu juga mereka menolak anugerah pangkat daripada Sultan atau Raja-Raja Melayu kerana apa perlu pangkat dari Ketua Agama Islam sedangkan mereka anti Islam. Jika mereka menerima anugerah itu bermakna mereka bersetuju dengan Islam.GANR

Khamis, 23 April 2015

Permatang Pauh : Bagi Mat Sabu Senang Ler Bagi Arahan.


Apa sahaja keluar dari mulut Mat Sabu ia bermakna mewakili parti tetapi apa-apa kenyataan dari Presiden hanyalah pendapat peribadi. Kira Mat Sabu nih cukup hebat ler kerana semua kenyataannya adalah kenyataan rasmi PAS. Isu amaran dari PAS Permatang Pauh bukan kerana isu GST atau 1MDB tetapi isu yang amat besar bagi yang mengaku sebagai umat Islam iaitu Hudud.

Macai PKR dan DAP ingat ini adalah permainan politik PAS untuk membalas dendam sebagaimana mereka lakukan terhadap TGHH. Menolak Hudud bukan seperti menolak GST kerana ia melibatkan akidah umat Islam. DAP peduli apa dengan akidah umat Islam kerana ramai di kalangan pemimpin mereka sendiri tidak menganut mana-mana agama. Ramai yang kata pemimpin DAP adalah penganut Buddha, hakikatnya ramai dari mereka adalah penganut Kristian dan Ateis.

Kerana itulah mereka peduli apa tentang beragama, seperti kata-kata yang keluar dari mulut longkang keluarga Lim bahawa hukum Hudud tidak akan di laksanakan sampai bila-bila di Malaysia. Ini bermakna hujah para barua tunggu PR ke Putrajaya dulu baru ada peluang PAS untuk melaksanakan hukum Hudud. Gua cakap boleh jalan ler dengan angan-angan barua DAP dan PKR kerana belum menang pun mereka yang paling lantang menolaknya.

Tentangan hebat DAP terhadap hukum Hudud menunjukkan belang sebenar anak komunis nih kerana PAS memohon untuk di laksanakan di Kelantan sahaja kerana lebih 90 peratus penduduknya adalah beragama Islam. Malah telah dinyatakan bahawa hukum itu tidak melibatkan bukan Islam atau terhadap anak komunis DAP. 

PAS menggunakan Tahalluf Siyasi untuk bersama PKR dan DAP dalam PR demi menumbangkan rejim Umno/BN dan dalam masa yang sama menerangkan tentang kebaikan perundangan Islam tetapi ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Dalam PR telah dinyatakan bahawa setiap parti menghormati dasar parti masing-masing dan 'setuju dengan tidak bersetuju'. DAP dengan lagak sombongnya telah memperbesarkan isu ini sehingga sanggup berUG dengan BN demi menentang perjuangan PAS. Sedangkan selama ini isu UG selalu di ratib oleh barua-barua DAP dan PKR. 

Kenapa mereka begitu tidak beradab, menyerang peribadi dan memutus hubungan dengan TGHH tetapi tidak kepada PAS. Cukuplah PAS dengan sikap kurang ajar DAP yang semakin sombong setelah 2 penggal memerintah P.Pinang. 

Gua nak tahu juga adakah kemenangan besar DAP di P.Pinang kerana kekuatan yang ada pada parti mereka. Jika ikut 'Projek Tanjung I, II, III' sehinggakan 2 pemimpin mereka Karpal dan LKS pernah kalah di kubu mereka kat P.Pinang. Realiti kemenangan DAP di P.Pinang ada sedikit sebanyak sumbangan PAS tetap ada dan adakah mereka merasa selesa pada PRU14 nanti.

Berkaitan sokongan PAS Permatang Pauh terhadap PKR bukan kerana ia PKR atau mendokong dasar-dasar sekular atau Islam liberal tetapi kerana mereka dengan jelas menyatakan yang mereka menolak hukum Hudud. Bagi PAS, syariat Islam mesti diutamakan dahulu kerana ia melibatkan akidah umat Islam. Bagaimana lu sebagai umat Islam meletakkan diri lu dalam situasi ini, mana yang lu dahulukan antara Allah dengan GST atau 1MDB.

Setiap kali PRU atau PRK, isu kemiskinan akan dimainkan tetapi yang miskin tetap akan menjadi miskin dan yang kaya yang bertambah kaya kerana itulah realiti politik di Malaysia. Lu laung sekuat mana pun tentangan lu terhadap GST, ia tetap di laksanakan. Jarang sangat suara/isu pembangkang diangkat oleh pemimpin negara untuk dituruti. Kenapa perlu menolak Hudud setelah semua undang-undang yang sejak merdeka di laksanakan tidak berkesan. 

Syariat Islam adalah jalan keluar yang terbaik dalam menangani semua isu yang berbangkit di negara kerana syariat Islam tidak memilih bulu dan darjat. Baik rakyat, pemimpin, pm atau raja adalah sama tarafnya apabila berada di dalam mahkamah Islam. Adakah mereka mengatakan yang mereka itu bijak pandai tetapi menolak hukum yang terbaik dari Allah S.W.T. buat hamba-hambanya yang beriman.

Percayalah jika PKR menang besar maka ia adalah dari gerak kerja DAP tetapi jika kalah, semua orang tahu PAS adalah kambing hitamnya. Jangan marah pada pengundi PAS jika mereka tidak mengundi PKR kerana PAS sudah diberitahu bahawa PKR tidak akan menyokong Hudud. Pengundi PAS adalah umat Islam yang cinta Allah dan Rasul Nya, pasti mereka tidak akan mengundi calon yang menolak hukum Allah S.W.T. GANR

Ahad, 19 April 2015

Bila Blogger Mabuk Baru Waras.


Usah tertipu dengan muka warak blogger Zulkifly Harun (Greenboc) yang cukup miang.

Semua pembaca politik sudah mengetahui cerita tentang pertemuan TGHH dan TSKI dengan Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Indonesia. Berita itu dijadikan bahan fitnah oleh blogger Umno yang kononnya satu pertemuan telah diadakan di Indonesia untuk melantik kembali TSKI sebagai MB Selangor dengan melompatnya 5 adun. Oleh kerana cerita itu cerita sains fiksyen, maka 5 adun itu tidak dinyatakan siapa namanya dan dari parti mana. 

Tiba-tiba ada blogger yang baru waras dari mabuk mengutip berita itu untuk untuk disensasikan di blognya. Kesian gua dengan blogger mabuk nih yang sudah kering idea untuk menyerang Presiden PAS. Blogger bermasalah yang dikatakan menipu moderator TKO semasa beliau menjadi pembantu webmaster TKO satu ketika dulu. Beliau menggunakan kedudukannya sebagai pembantu webmaster telah meminjam wang puluhan ribu yang sampai sekarang belum dijelaskan. 

Yang menghairankan gua ialah komen-komen balacinya yang masih mempercayai berita dari blogger yang terang-terangan menunjukkan sikap munafiknya itu. Kesian gua kat pemuja si munafik nih walau pun sudah dijelaskan bahawa berita itu adalah fitnah dari blogger Umno. Cerita yang tiada kena mengena dengan kerajaan Selangor, malah ia juga di nafikan oleh Azmin Ali. Jika benar apa yang disensasikan oleh blogger munafik ini, gua nak tanya siapa 5 adun yang dikatakan itu.

Jika laman TKO ditipu melibat wang yang banyak oleh blogger Kotak Hijau (Greenboc) Boc tu gua andaikan kotak pasal kalau di ikutkan boc tiada makna untuk gua tafsirkan. Adakah laman TKO akan berdiam diri dengan hutang puluhan ribu Zulkifly Harun blogger Greenboc nih. Beliau buat muka selamber jer macam tiada apa-apa berlaku antara beliau dengan Moderator TKO dan skandal beliau semasa bersama TKO.


Panas kata pengarangnya tetapi yang panasnya ialah skandal beliau.

Gua yakin lawatannya ke Indonesia lebih kepada peranan beliau sebagai Timbalan Ulama Sedunia dan gua petik sedikit kenyataan TGHH tentang lawatannya untuk balaci-balaci Greenboc yang masih mempercayai berita dari si munafik Greenboc..

 "Saya lawat Indonesia berjumpa dengan Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Indonesia, Pengerusi Pertamina serta kalangan cendekiawan termasuk Muhammadiah, ulama dan golongan akademik untuk membincangkan perpaduan ummah di Asia Tenggara.   
 
"Kita tidak mahu apa yang berlaku di Asia Barat berlaku di sini walaupun kita berbeza pandangan dalam kalangan kumpulan Islam dan pemerintah sendiri. Kita tetap pilih demokrasi berparlimen walaupun ada kelemahan yang kita tak setuju tapi tak sampai jadi macam Asia Barat yang ada campur tangan asing.
 
"Kita tak mahu campur tangan asing berlaku di negara kita, itu sebenarnya.  Kita bincang itu saja tak timbul isu nak kembalikan Khalid Ibrahim‎," katanya kepada pemberita pada majlis Kongres Profesional Muslim SeMalaysia, di sini, hari ini.

Ini bukan cerita yang disembunyikan dari wartawan macam mana dilakukan oleh Nuar yang menggunakan Yussuf Kalla untuk berUG dengan Najib atau berita yang di rahsia pertemuan Papa LKS dengan MP BN untuk berUG. Sorry bro, gua lupa yang lu barua DAP dan macai Pasma tak kan nak hebohkan citer-citer yang akan memudaratkan periuk nasi lu.

Citer fitnah dari blogger Umno sudah dicuci dan di samak dengan 7 kali maka sekarang ia sudah menjadi citer halal visi barua DAP dan macai Pasma. Serangan mesti diperhebatkan terhadap TGHH sejak calon yang di kempen DAP tumbang menyembah bumi seorang demi seorang. TG Ahmad Awang mesti di naikkan untuk calon Presiden PAS.

Dana usah di bimbangkan kerana 'Tabung Anti Hadi' sentiasa penuh dan jika tak cukup bagitau ajer kat LGE. Janji blogger-blogger barua mesti bekerja 25 jam sehari 8 hari seminggu menjaja fitnah, berita yang tiada mesti diada-adakan, berita kecil mesti di besar-besarkan. Jika tak cukup berita, ambil, curi, ciplak dari blogger Umno yang kaya dengan bahan yang diperlukan iaitu 'Fitnah'.

Mungkin hasil dari kerja keras Greenboc membolehkan beliau membayar hutang-hutang yang beliau tinggal di TKO./GANR

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...