Translate

Mesti Baca

Khamis, 9 April 2015

Hudud : Mengapa Majlis Fatwa Membisu...!!!!


Gua cukup pelik bila majlis fatwa diam seribu bahasa kerana ia melibatkan akidah umat Islam. Inilah jadinya bila majlis fatwa menjadi yang sepatutnya memainkan peranan mereka lebih suka menyelamatkan kerajaan dengan menghalalkan yang haram dari menyelamatkan umat Islam. Mereka sanggup membiarkan akidah umat Islam rosak dari menyatakan kebenaran demi menjaga periuk nasi mereka sendiri.

Bukan mereka tidak tahu bahawa Islam bersifat universal yang melangkaui sempadan tanpa mengira apa bangsa mereka. Inilah ulama yang telah dinyatakan dengan jelas didalam al-Quran dan hadis yang sanggup menjual agama dengan harga yang murah. Gua tidak peduli jika penolakan hukum Hudud oleh cauvish DAP, MCA, MIC dan yang sewaktu dengannya.

Amat malang bila mereka menganggap perjuangan ini hanya bertumpu kepada PAS tanpa memikirkan bahawa mereka akan menjawab di hadapan Allah S.W.T nanti. Majlis fatwa kebangsaan tidak perlu menunggu arahan dari pemerintah yang sememangnya cukup menyenangi dengan hukum Allah S.W.T kerana pemerintah tahu bahawa jika hukum ini terlaksana maka mereka tidak boleh lari walau sekebal mana pun mereka.

Bagi PKR yang merasakan mereka semakin gagah setelah mendapat pertolongan dari PAS dengan menggunakan jentera dan sokongan PAS semakin hari semakin naik tocang. Sedarkah mereka yang kebanyakan akar umbi mereka cukup marah dengan penolakan total mereka terhadap EKJS II Kelantan benar-benar menguji kesabaran akar umbi. Lu boleh lihat bagaimana para pemimpin tertinggi PKR yang sekarang berkedudukan dari tiada apa-apa hanya berada di kalangan mereka yang mana mereka merasakan tidak perlu turun padang mendengar pendapat ahli-ahli mereka yang beragama Islam.

Mereka cukup marah bila ada adun mereka yang menyokong usul yang dibawa oleh PAS walau pun mereka tahu sokongan itu bukan kerana PAS tetapi kerana mereka ada kesedaran antara arahan parti dengan arahan Allah S.W.T. Adakah PKR dan DAP merasakan yang PAS sudah tidak berguna lagi untuk merealisasikan impian mereka ke Putrajaya. Sebagai parti yang lebih sumber rujukan mereka ialah al-Quran dan Hadis, hukum Allah S.W.T lebih penting dari segala-galanya yang berada di dunia ini. 

Memang PAS dari awal penubuhannya telah bercita-cita untuk menang pilihan raya dan memerintah negara tetapi apabila ia melibatkan dua persimpangan antara hukum Allah S.W.T dengan Putrajaya, pasti hukum Allah S.W.T wajib didahulukan. Usah mengugut PAS yang parti itu akan kehilangan banyak kerusi jika hukum ini terlaksana, mereka boleh membaruakan apa sahaja yang akan mengikut telunjuk mereka. Kerana itulah Pasma ditubuhkan sebagai NGO.

Demi agenda jahat mereka, maka diletakkan beberapa barua didalam PAS agar PAS dapat dikucar kacirkan tanpa mengkaji sejarah PAS yang cuba di nutralkan di zaman Datuk Asri. Sebagai pendokong gerakan Islam di Malaysia, sejarah telah melalui pahit maung dalam politik sebelum merdeka lagi. PAS bukan parti yang melakukan bai'ah membabi buta terhadap pemimpin mereka sebagaimana pemimpin itu sendiri terikat dengan bai'ah mereka terhadap dasar tertinggi umat Islam iaitu al-Quran dan al-Hadis.

Walau sehebat mana pun pemimpin itu jika mereka sendiri melanggar bai'ah mereka maka dengan sendirinya bai'ah ahli akan gugur secara automatik terhadap pemimpin itu. Kerana itulah apa yang dibawa oleh PAS bukan terpikul di bahu PAS semata-mata tetapi semua umat Islam tanpa mengira keilmuan mereka akan terpikul sama. Pada pandangan gua kerjasama politik (Siyasah Siyasi) antara PAS dengan DAP dan PKR patut dikaji semula setelah dalam diam-diam DAP dan PKR melakukan sabotaj terhadap PAS dengan menaja Pasma.

Adakah mereka sudah merasakan cukup angkuh sehingga mengarahkan agar Pasma di daftarkan sebagai parti politik dalam usaha mereka menyingkirkan PAS. Signal telah diberikan kepada Pasma yang mempunyai keanggotaan seramai 4 juta keahlian sudah cukup untuk cita-cita mereka ke Putrajaya. Semoga usaha jahat mereka akan di kuburkan oleh lubang yang mereka sendiri gali. Penolakan mereka terhadap RUU EKJS tidak sedikit pun merugikan PAS di atas dunia ini kerana sekurang-kurangnya PAS sudah menyampaikan amanah Allah S.W.T. 

Bagi umat Islam pula PAS telah berlepas tangan kerana mereka telah pun menyeru kepada umat Islam, beban PAS semakin ringan. Masalah umat Islam yang mengaku hebat-hebat akan keilmuan mereka, bukan menjadi tanggung jawab PAS sekiranya mereka menolak dan berbahagialah bagi yang menerima seruan PAS. Bagi pemimpin DAP dan PKR, dunia ini adalah milik mereka kerana kuasa adalah segala-galanya buat mereka, semoga Allah S.W.T memberi hidayah buat mereka sebelum tibanya ajal mereka.

Buat umat Islam tanpa mengira parti mana pegangan mereka dan apa bangsa mereka, dunia ini hanya tempat buat mereka mencari bekalan yang akan di timbang di Padang Mahsyar nanti. Tidakkah dunia ini umpama neraka buat umat Islam dan syurga bagi bukan Islam tetapi masih ada umat Islam yang menganggap 80 tahun hidup di dunia sudah cukup lama sedangkan mati itu benar, di bangkitkan itu benar, di hisab itu benar, neraka dan syurga itu benar, hidup kekal abadi selepas mati itu benar. Lu dengan agama lu, gua dengan agama gua dan jika dunia lu kejar maka dunia lu dapat, jika akhirat lu kejar maka lu memang orang-orang yang beruntung.

Ingatlah bro, di akhir zaman umat Islam bilangannya dengan Yakjuk dan Makjuk ialah 1 dalam 1000 atau seorang mukmin persamaan dengan 999 Yakjuk dan Makjuk. Tidakkah telah nyata di hadapan umat Islam yang tembok binaan Iskandar Zulkarnain untuk menghalang Yakjuk dan Makjuk sudah lama runtuh. Kerana itulah bilangan yang menyokong hukum Allah S.W.T amat sedikit, buktinya lihatlah bilangan umat Islam yang menyokong hukum Allah S.W.T amat sedikit berbanding yang menentang. Semoga kita berada di kalangan yang sedikit selagi kita berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...