Translate

Mesti Baca

Sabtu, 21 Mac 2015

Antara Adun PKR Kelantan Dengan Adun PAS Selangor, Apa Perbezaannya.

Image result for syaitan azazil
Yang akan bertenggek kat blog nih nanti.

Gua amat tertarik untuk membuat perbandingan 3 Adun Pakatan Rakyat iaitu 2 dari PAS Selangor dan seorang dari PKR Kelantan yang mana isunya boleh dikatakan sama iaitu melanggar arahan parti masing-masing. Jika lu seorang yang Islam dan diberi pilihan, siapa yang patut diberi pujian kerana 2 adun dari parti PAS yang dasarnya bersumberkan al-Quran dan Hadis sementara adun dari parti PKR pula dasarnya pula lebih kepada sekular/ liberal/pluralisme.

Yang amat menariknya ialah sikap ketiga-tiga adun itu telah dengan nyata melanggar dasar parti mereka sendiri. Apa yang peliknya ialah adun PKR telah melanggar arahan parti agar tidak hadir atau menyokong pindaan EKJS II yang di bentangkan oleh PAS Kelantan. Bagi pendapat gua, Mohamad Roslan Puteh telah melakukan perkara yang betul sebagai seorang Islam dengan mengundi usul yang di bentangkan. Sebagai umat Islam, beliau telah melepaskan dirinya daripada arahan parti yang mana mengarahkan beliau melakukan ke kancah menyekutukan Allah.

Adakah Ketum, Wan Azizah dan pemimpin besar PKR akan menanggung dosa di Padang Mahsyar atau meletak di atas pundak mereka dosa Mohamad Roslan demi meraih undi untuk ke Putrajaya. Beliau menyokong usul itu kerana ia memang satu perkara wajib sebagai umat Muhammad S.A.W. Persetankan dengan jawatan dunia yang sementara ini kerana hukum Allah S.W.T lebih besar pahalanya daripada parti yang lebih mementingkan seorang banduan yang dituduh meliwat yang mana gua sendiri tidak mengetahui akan kebenarannya.

Mohamad Roslan Puteh
Adun Guchil, Mohamad Roslan Puteh, Adun tunggal PKR Kelantan

Saari Sungib dan Hasnul Baharudin (dua dan tiga dari kanan) ketika hadir di sidang media menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 14 Ogos lalu. – Gambar The Malaysian Insider, 12 Oktober, 2014
Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharudin dari PAS

Berbeza pula dengan adun dari PAS iaitu Saari Sungib dan Hasnul Baharudin yang menolak arahan parti dengan menyokong Wan Azizah sebagai calon MB Selangor di mana bukan sahaja sokongan mereka itu bertentangan dengan dasar parti, malah mereka melakukan dosa besar dengan melawan hukum Allah S.W.T yang terang dan nyata melarang wanita-wanita muslim menjadi iman atau pemimpin. Adakah hujah atas kesepakatan dalam Pakatan maka mereka mendapat lesen untuk menyanggah amaran Allah S.W.T.

Dengan alasan itu mereka sanggup menjual agama mereka dengan harga yang murah demi menyenangkan sekutu PKR dan DAP. Persetankan dengan sokongan DAP yang mana dasar Sosialis mereka yang tiada perkataan haram. Adakah PAS sanggup melanggar sumpah mereka dengan melanggar dasar parti mereka sendiri demi menyenangkan hati sekutu mereka si Ketum, PKR dan DAP. 

Inilah wajah-wajah pengkhianat Islam yang berada didalam PKR dan DAP di mana DAP dengan Malaysian-Malaysiannya dan PKR pula dengan perjuangan mereka hanya untuk seorang banduan yang disabitkan meliwat. Bukan gua yang melabelkannya tapi Mahkamah Persekutuan sendiri yang menjatuhkan hukuman selepas diberi peluang dari peringkat bawah sehingga ke peringkat tertinggi.

PKR sendiri telah tersasar dari perjuangan yang mereka laung-laungkan di mana atas nama PKR atau Parti Keadilan Rakyat telah berubah kepada parti keadilan untuk Ketum sedangkan tiada pun jawatan Ketum a.k.a. Ketua Umum. Demo yang diadakan selepas 'Langkah Sungai Buloh' hanya bukan untuk membela kepentingan dan keadilan untuk rakyat marhaen yang semakin terhimpit dalam kehidupan tetapi ianya untuk seorang individu sahaja.

Gua memang simpati kepada yang teraniaya lebih-lebih lagi rakyat marhaen yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Memang tidak dinafikan bila keluarga Ketum merasakan beliau dijadikan banduan kerana agenda politik Umno dan kerana itulah mereka berjuang. Tetapi yang bernama pemimpin itu pernahkah merasa apa yang rakyat marhaen rasa dalam kehidupan seharian. 

Jika mereka duduk 40 dari 60 bulan kat Sogo atau berkhemah depan Penjara Sungai Buluh menunggu pembebasan Ketum pun memang mereka mampu kerana mereka bukan golongan miskin seperti rakyat marhaen. Mereka mempunyai rumah besar, kereta mewah, tunai banyak di bank-bank dalam dan luar negara dan bagi rakyat marhaen apa yang mereka ada.

Tidak cukup dengan demo, mereka cuba mengheret sama negara-negara luar seperti Amerika yang dikenali penyembelih umat Islam. Inikah pemimpin yang dikatakan layak untuk memimpin negara disebabkan seorang individu yang bercita-cita besar, mereka sanggup menjual maruah negara. Malaysia negara yang berdaulat dan apa hak negara luar mencampuri urusan negara sedangkan Amerika yang kononnya menyanjungi demokrasi pun sanggup membunuh rakyat mereka sendiri. 

Bagi gua tindakan PKR semakin melampau walau pun gua dan rakyat tahu kerajaan yang ada ini zalim dan dipimpin oleh para perompak. Kenapa tidak suruh Amerika dan sekutu mereka yang sudah lama cukup mesra dengan Ketum menghantar tentera mereka menyerang negara. Gua tahu dan faham yang Ketum itu laki Wan Azizah, bapak si Nurul sebagaimana jawatan presiden PKR yang disandang oleh WAWI hanyalah untuk meraih simpati sebagaimana dilakukan.

Sepatutnya sebagai isteri yang membela suaminya beliau mesti lebih mendekatkan lagi dirinya ke Hadrat Ilahi kerana tidakkah doa-doa orang yang teraniaya tiada hijab antaranya dengan Allah S.W.T. Bukankah itu yang patut dilakukan sebagai seorang yang mengaku Islam tetapi bukan mendekatkan diri malah beliau sendiri menjauhi dirinya. Amaran beliau terhadap adun-adun dan mp-mp PKR agar tidak menyokong hukum Allah S.W.T yang akan di bentangkan oleh PAS boleh diibaratkan yang beliau melawan Tuhannya sendiri. 

Adakah sifat kelembutan dan keibuan hanyalah bersifat munafik, lu mengaku Islam lu menolak hukum Tuhan lu tetapi dalam masa yang sama lu boleh terima hukum ciptaan musuh-musuh Tuhan lu..... lu dan pimpinan lu nak diketogerikan apa agaknya, mungkin betul jika orang kata keluarga lu pendokong pluralisme yang kuat. DAP gua memang dah gua tolak tepi pasai semua tahu yang mereka sosialis, keluarga komunis. Berani pulak si Ketum membawa kes ini dibawah Qazaf terhadap Saipul atau mungkin beliau tersalah mahkamah kut.

Adakah Hudud itu zalim dan menyokongnya adalah salah atau waktu belum sesuai atau banyak lagi perkara membabitkan rakyat lebih penting atau tangguh dulu atau banyak perkara perlu diperkasakan sebelum di laksanakan tetapi GST hanya makan masa setahun sahaja sudah boleh di laksanakan pasai dalam TV hari-hari dok bagi penerangan, boleh jer kenapa Hudud tidak boleh. PAS lakukan pasai ada signal dari pusat lu dan para celaka dok ratib UG. 

Suka tak suka Kelantan tidak boleh bersendirian dan mesti mendapat sokongan pusat yang mengawal semua agensi macam mak bapak dia punya. Bila adun BN sokong atas sifat wajib ke atas umat Islam lu dan DAP celaka kata PAS nak UG dengan Umno. Lebih celaka bila MP PKR dan MP PAS yang dah dibaruakan oleh Ketum menentang. 

Lebih seronok lagi bila Pasma ditubuhkan atas tajaan musuh-musuh PAS, blogger Alkusen yang dari dulu ratib UG dinobatkan sebagai timbalan pengerusi Pasma Perak. Tidakkah hebat bila blogger diangkat setinggi itu dan blogger TulangBesi@RahmanTalib pengutip derma bakal jadi CEO, Budak Hitam Penang yang cukup-cukup makan dah merasa melancung kat luar negara sejak DAP perintah P.Pinang.

Gua pula tunggu barua-barua yang semakin celaka datang bertenggek kat blog gua dengan komen-komen celaka. Mai mai sini weh, tulang banyak gua simpan buat barua-barua.Gua tengah tunggu lampu hijau dari WAWI untuk tukar tajuk blog GANR jadi GAntiNuaR./GANR

Selasa, 17 Mac 2015

Tahniah Buat 17 AJK PAS Batu Dan Tindakan PAS Shah Alam Mengecewakan.


Sebelum gua mulakan artikel ini gua nak ulangi kat macai-macai yang kepala hotak dia letak kat kepala lutut walaupun dah berkali-kali gua katakan yang gua non-partision. Gua tiada kena mengena dengan ulama atau profesional dalam PAS bila gua menulis tentang PAS sebagaimana juga gua bukan macai kepada Ketum bila tulisan gua menyokongnya. Kalau dah akal letak kat kepala lutut, inilah jadinya bila gua mempertahankan si Ketum bukan main pujian dari macai-macai nih. Gua bukannya barua mana-mana pemimpin walaupun tulisan gua mirip menyokong pemimpin tersebut.

Para macai-macai kepada barua usah nak fikir-fikir siapa sebenarnya gua sampai ada yang kata gua nih ler Tulang Besi, Batu Api@FireStone atau FTZ sebagaimana Tulang Besi@Rahman Talib yang penipu tuduh gua ler Songkok Putih. Ada pula tuduh gua ada hubung kait  dengan TKO atau Musafirlalu. Ini ler kerja-kerja blogger hebat yang sudah menjadi barua kepada tuan-tuan mereka. Tak pasal-pasal orang yang tidak kena mengena menjadi mangsa fitnah macai-macai nih.

Bila tak tahu jer mereka mula pakai tuduh dan selepas ini gua tak tahu macai-macai ini akan kaitkan gua dengan siapa pulak. Memang betul jika tuduh gua dari dulu menganggap Rahman Talib a.k.a. Tulang Besi seorang munafik yang menyebar fitnah-fitnah jahat bila permohonannya untuk menjadi CEO kepada GLC yang bergaji puluh ribu sebulan milik kerajaan Selangor ditolak mentah-mentah. Dengan memakai alasan bukan atas kehendaknya tetapi kehendak akar umbi PAS. 

Selepas itu siap buat tabung guaman yang kononnya untuk digunakan sebagai bayaran kepada peguam jika beliau di saman, akhirnya derma itu terus lesap ke poketnya. Bila gua tanya mana pergi duit derma itu, si munafik nih lesap balik ke markasnya di Indon.

tulangbesi hina ustaz haron din

Oleh kerana gua sudah terangkan apa yang perlu, gua harap macai-macai tak perlu ler nama kaitkan gua dengan sesiapa kerana gua bergerak atas dasar individu kerana itulah gua tulis apa yang gua rasa perlu. Yang rasa gua ada hubungan dengan geng ustod, baik simpan saja ler fitnah lu kerana tidak mengikut citarasa lu. 

Sekarang gua nak ucapkan tahniah buat 17 AJK PAS Batu yang diketuai Ishak Surin yang meletak jawatan beramai-ramai sebelum pemilihan PAS Batu berlangsung. Gua ucap tahniah pasal mereka cepat bertindak letak jawatan sebelum dimalukan. Dengan alasan isu MB Selangor telah memperlihatkan bagaimana mereka yang menyokong WAWI sebagai calon pilihan adalah orang yang tidak diperlukan untuk memimpin PAS. 

Maka mereka bermufarakah diri dari iman mereka kerana iman mereka tidak melanggar hukum Allah tetapi mereka yang mengaku alim ni menggunakan alasan iman mereka melebihkan hukum Allah dari rakan Pakatan. Bagi gua perkara ini boleh dijawab oleh budak-budak yang belajar pondok jer, tak perlu para ulama menjawab akan kejahilan 17 bijak pandai dari PAS batu nih. Buat malu jer, ingat makin tua boleh di ambil ilmu mereka tetapi makin tua makin bertambah jahil.

Mereka sanggup menolak dasar PAS yang bersumberkan al-Quran dan Hadis demi menjaga hati seorang yang gila kuasa. Mereka bagaikan mempersenda dan menghina al-Quran yang menjadi asas keimanan seorang muslim. Adakah mereka menolak firman Allah yang meninggikan martabat wanita yang beriman kekancah fitnah demi menyenangkan hati idola mereka. Gua bukan ahli PAS mahu pun pro ulama tetapi tentangan gua pada isu ini kerana mereka mengaku pejuang Islam tetapi mereka jugalah yang menolak firman-firman Allah berkaitan mengaku wanita sebagai pemimpin.

Walau pun sudah berpuluh-puluh tahun berada didalam parti yang berlandaskan Islam mereka tetap berada didalam kejahilan. Gua nak tanya puak-puak nih, atas alasan apa atau dari mana dalil yang mereka perolehi yang membolehkan wanita menjadi pemimpin/iman. Empat Mazhab besar Ahlu Sunnah Wal Jemaah iaitu Maliki, Hambali, Syafei dan Hanafi tidak bercanggah dalam bab  ini tetapi kerana ia tidak mengikut citarasa puak-puak ini maka mereka sendiri menolak apa yang mereka perjuangkan.

Bila sebut Shah Alam maka tidak lengkap jika nama Khalid Samad diketepikan kerana Shah Alam dan Khalid Samad tidak boleh dipisahkan ibarat isi dengan kuku. Begitu hebatnya nama adik TS Shahril Samad, antara panglima besar Umno Johor Bahru yang pernah dipinggirkan oleh Mahathir yang pernah membuka pusat dobi semasa tiada jawatan dalam kerajaan BN.

MP Shah Alam yang mengelarkan dirinya wira berjasa besar menghalang UG, itu kata dia tapi bagi gua beliau antara duri dalam daging buat parti PAS. Gua pernah mengaitkan beliau dengan IRC sehinggakan membuatkan macai-macainya menyerang gua dengan mengatakan gua buat fitnah. Shah Alam boleh dikatakan pendokong Pasma hingga ke akar umbi mengikut kata-kata penyedap diri buat MPnya. Antara kawasan yang kuat menyokong Ketum sehingga Presiden sendiri diperlekehkan.

Bila akar umbi PAS Shah Alam memberi sokongan kepada TGHH sebagai calon Presiden PAS dengan 78 undi dan 6 undi untuk UAA ia satu perkara yang pelik kerana ada dua sebab yang boleh gua katakan. Antaranya ialah cerita akar umbi yang ingin perubahan seperti diuar-uarkan hanyalah satu penipuan dan mungkin juga satu strategi menyelamatkan diri oleh MPnya sendiri bila melihat propaganda-propaganda yang dilakukan selamat ini akan memakan dirinya sendiri maka jalan keluarnya ialah mencalonkan semula TGHH sebagai Presiden dan Mat Sabu sebagai Timbalan.

Apa yang gua perhatikan selama ini ialah ahli PAS amat setia kepada pemimpin mereka selagi pemimpin itu tidak lari dari landasan yang bersumberkan al-Quran dan Hadis. Pengikut PAS bukan seperti pengikut parti-parti lain yang lebihkan pemimpin dari parti sendiri. Walau sehebat mana pun pemimpin itu, jika mereka keluar dari PAS pendokong PAS tetap setia sebab mereka bukan menyokong membuta tuli. Mungkin 17 orang hebat PAS Batu merasakan yang mereka hebat sampaikan mereka melarang cawangan mencalonkan mereka kembali, konon-konon suruh datang memujuk agar mereka kembali. 

Mungkin ahli PAS Batu bersyukur kerana para perasit yang selama bersarang dengan rela keluar, tak payah nak diperhambat. PAS tidak pernah ketandusan pemimpin kerana pemimpin boleh datang dan pergi. Kalau gua ahli PAS pun gua pasti lega dan sembelih lembu pasal perosak sudah blah dengan alasan yang paling bodoh dan bangang./GANR

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...