Translate

Mesti Baca

Sabtu, 14 Mac 2015

Pasma Dan Barua-Barua Mula Kepanasan.

.Hasil carian imej untuk haji hadi awang

Bukan main lagi pendokong-pendokong barua mengutuk gua bila baca komen dan email-email mereka dan mereka ingat gua ambil kesah. Lu tak suka baca apa gua tulis lu boleh berambus dan pergi bertengek kat blog-blog yang satu kepala dengan lu all.

Gua belum dengar bantahan dari mereka yang mengaku gah dan hebat bila DAP yang semakin celaka mengutuk tindakan kerajaan Terengganu melaksanakan tangkapan tidak bersolat Jumaat dan berpakaian kurang sopan buat umat Islam. Mana perginya Hanipa Maidin, Khalid Samad, Pasma dan barua-barua dalam isu yang gua anggap kenyataan paling celaka dan sial yang mempersoalkan urusan Islam. 

Kenapa DAP semakin celaka dan berani menghina agama Islam tanpa ada bantahan dari Pasma dan barua yang berada dalam PAS. Lu boleh tengok sendiri bagaimana keimanan yang ada pada diri orang yang bercita-cita tinggi untuk mengambil alih kepimpinan PAS. 

Celakalah mereka yang mengaku beriman tetapi menulikan telinga dan membisukan mulut apabila Islam dihina oleh si celaka DAP sedangkan mereka mempunyai kekuatan untuk mempertahankan malah mereka mengiakan penghinaan DAP dengan bangga. Gua nak tanya si celaka DAP, adakah umat Islam mencampuri urusan agama lu tanpa mengira lu Buddha, Kristian, Hindu atau tidak beragama. 

Strategi Pasma untuk memilikdirikan PAS melalui PAS Kota Bahru dengan menghantar peluru pertama untuk jawatan Presiden telah di tangkis oleh TITM dan beliau menembak kembali di mana peluru itu mengena tepat pada dahi Pasma untuk jawatan Timbalan Presiden. Kenyataan TITM untuk bertanding jawatan yang dipinjamkan kepada Mat Sabu adalah mimpi yang amat ngeri buat Pasma dan para barua-barua.

Kenapa YDP Kota Bahru yang menjadi pendokong kuat Pasma mencalonkan TITM untuk melawan TGHH sedangkan semua orang tahu bahawa TITM penentang kuat Pasma. Semuanya adalah strategi jahat mereka supaya mereka boleh mengawal PAS dan pintu Mursyidul Am telah tertutup rapat dengan perlantikkan TG Harun Din, gua ucapkan tahniah di atas perlantikan beliau.

Sekarang ini para barua-barua mula berwacana di media-media dengan berbagai tajuk seperti 'sebulan pemergian TGNA' dan akan ada banyak lagi wacana-wacana demi menjayakan agenda jahat mereka. Adakah barua-barua ini boleh berloyar buruk dengan gua dengan mengatakan perubahan kepimpinan tertinggi PAS adalah kehendak akar umbi PAS.

Gua pun tertanya-tanya bila puak-puak nih berada bersama ahli PAS bawahan sedangkan semasa banjir melanda Kelantan ada MP PAS yang bukan anak watan tidak turun padang untuk bersama rakyat yang di wakilnya. Gua bukan ahli PAS tetapi gua mempunyai banyak maklumat tentang apa yang mereka hebohkan adalah ibarat kenyataan sampah.

Apa yang memalukan ialah bila mereka menyuruh TGHH berundur dan menguar-uarkan bahawa jawatan Presiden boleh dicabar siap menyebut Pasal-Pasal Perlembagaan PAS. Gua nak nasihat sikit kat Pasma dan Barua-Barua bahawa semua ahli PAS tahu semua jawatan dalam PAS boleh dipertandingkan melainkan jawatan Mursyidul Am dan timbalannya. Dok sibuk-sibuk jelajah seluruh negara, mana calon yang bakal mencabar TGHH, gua nak tahu jugak.

Gua memang dah lama tahu berkaitan komplot untuk menjatuhkan TGHH/Kepimpinan Ulama tetapi gua tak tahu siapa yang bakal menjadi pemimpin tertinggi PAS selepas berlaku penyingkiran tersebut. Ada beberapa calon dalam fikiran gua tetapi gua rasa tidak masuk akal jugak calon itu kerana akar umbi PAS pasti akan tahu tembelang mereka.

Di antara strategi mereka ialah dengan cantas pemimpin yang menjadi benteng kepimpinan ulama tetapi ramai yang sudah al-Marhum seperti TG Harun Taib, Ustaz Abu Bakar Chik. Perkara ini di lakarkan sebelum Pasma ditubuhkan setelah dn ianya semakin ketara dengan 'Langkah Kajang' dan sokongan untuk TSKI. 

Isu ratib UG yang kononnya idea TGHH adalah satu strategi di mana Khalid Samad sendiri menyatakan dan beliau juga mengaku yang beliaulah wira yang berjaya menghalangnya. Memang jahat strategi politik para barua-barua nih kerana mereka sebenarnya musuh dalam selimut yang patut dibongkarkan. Khalid Samad telah lama memainkan peranannya sedangkan beliau tahu siapa yang membawa idea UG tetapi tetap berbohong bila bercakap berkaitan UG.

Gua bukan penyokong TGHH tetapi gua menyokong kuat Pemerintahan Islam dan bagi gua tidak masuk akal TGHH ingin melihat PAS bersama Umno dalam pemerintahan. Adakah UG bila TGHH jumpa pemimpin Umno sebagaimana Ketum berjumpa Najib secara terang dan perantaraan Yusuf Kalla. 

Bagi gua, belum terlambat untuk akar umbi menyingkir barua-barua yang cuba merosakkan PAS dengan alasan kononnya pertembungan antara Ulama dengan Profesional sedangkan ada beberapa ekor sahaja profesional yang bercita-cita tinggi./GANR

Selasa, 10 Mac 2015

Kerana Kebaruaan Sanggup Menikam Jemaah Sendiri.

Image result for pengkhianat

Image result for pengkhianat pas

Image result for pengkhianat pas

Inilah pertama kali dalam sejarah Muktamar Pemilihan PAS, ahli dengan terang lagi nyata mengenali barua, celaka yang cuba merosakkan parti dari dalam demi mengapai cita-cita seorang yang bernafsu besar untuk jawatan Perdana Menteri. Malah barua-barua ini tanpa merasa bersalah dengan angkuh mengatakan yang mereka sudah hilang kepercayaan kepada pandai agama dalam PAS.

Antara alasan bodoh ialah agar pemimpin yang mereka ingin undurkan agar mengenang kembali bagaimana Terengganu, Kedah dapat ditawan kembali oleh BN dari PAS. Semua sebab-sebab kekalahan itu dikorek walau sebesar zarah dan di besar-besarkan demi menyatakan bahawa hujah dan kajian mereka adalah betul dan tiada yang tidak betul melainkan betul belaka. Tidak cukup dengan itu mereka telah menyalurkan semua maklumat itu kepada penulis upahan agar bahasanya lebih menyakinkan kepada yang bodoh-bodoh macam kumpulan Pasma yang keahlian Ngo itu berjumlah 2 juta.

Apakah mereka merasakan yang rakyat marhaen semakin bodoh dan jahil dalam berpolitik dengan menyembunyikan kebenaran dengan memaparkan kebatilan. Bagi mereka kekalahan PAS Terengganu adalah kerana kelemahan para pemimpinnya tanpa menyebutkan langsung bagaimana pada PRU 11 PKR hanya tinggal satu kerusi yang diwakilkan oleh WAWI dan semua kerusi DAP yang ditandingi oleh mahaguru hebat mereka semuanya tewas. PRU yang mana DAP telah dimalukan kerana LKS, Karpal pemimpin tertinggi mereka tumbang satu kerusi demi satu kerusi.

Kekalahan Kedah pula lagi hebat kerana yang menumbangkan kerajaan PAS Kedah adalah pemimpin PAS sendiri. Pemimpin ini jugalah yang menubuhkan Pasma dan demi menghalalkan perbuatannya maka penulis upahan yang semakin ditolak oleh pembacanya sendiri. Dengan beberapa ekor blogger yang dah nak mampus digunakan untuk menyambung fitnah-fitnah jahat mereka. 

Para barua-barua inilah dengan sombongnya menyatakan yang jawatan Presiden akan dipertandingkan, tidakkah itu semua cukup hebat untuk menyedapkan proksi Anwaris. Hebat bagi yang bodoh sombong kerana bagi gua jawatan itu tiada dalam perlembagaan PAS yang ia tidak boleh dipertandingkan. Gua memang dari dulu ingin melihat jawatan Presiden PAS dipertandingkan tetapi gua tercari-cari siapa yang benar-benar layak untuk dicalonkan.

Bila PAS Kota Bahru menyatakan bahawa mereka sudah mempunyai calon maka terbayang kat kepala gua muka Mat Sabu kerana beliau cukup disanjung oleh DAP dan PKR. Rupa-rupanya Mat Sabu telah dimalukan oleh PAS Kota Bahru apabila mereka meletakkan Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon yang layak mengantikan TGHH. Nampaknya kerja keras Mat Sabu yang ke hulu ke hilir bersama pemimpin-pemimpin DAP dan PKR sehinggakan setiap kenyataan Presiden PAS adalah kenyataan peribadi, hanya kenyataannya sahaja adalah kenyataan rasmi.

Ayat bersatu hati yang wajib bagi para barua-barua ini ialah ulama PAS tidak maksum, UG, Sokongan kepada TSKI, penolakan WAWI sebagai jawatan MB Selangor dari TGHH dan MSU amat-amat melukakan hati para barua-barua yang mengaku mereka adalah Islam mutlak biar pun mereka terpaksa menolak al-Quran berkaitan wanita sebagai pemimpin atau iman. Gua tak hairan jika DAP yang semakin berlagak menolaknya kerana DAP itu sendiri berfahaman sosialis, bagi mereka bukannya tahu halal haram.

Apabila gua membangkitkan isu Saari Sungip dengan sekor lagi adun PAS yang mengkhianati parti demi mempertahankan WAWI untuk jawatan MB Selangor, bukan main marah pencacai-pencacainya. Gua sebenarnya sedikit terkejut bila Saari Sungip diangkat menjadi calon PAS di dun Selangor kerana inilah manusia yang cuba merosakkan PAS pada tahun 80an. 

Beliau dengan kader-kader IRC telah berjaya menyusup masuk ke dalam PAS tetapi tentangan kuat al-Marhum TG Harun Taib dalam satu debat di UM menyebabkan puak-puak beliau diusir dari PAS lalu mereka menubuhkan JIM. Lu boleh bayangkan bagaimana pandangan jauh seorang ulama terhadap makhluk yang bernama Saari Sungip jika beliau dan puak-puaknya berjaya bertapak dalam PAS pada era itu. Sedangkan bila diterima masuk semula dalam PAS dalam beberapa belas tahun pun sudah pandai menyanggah Presidennya sendiri sedangkan isu ini bukan isu kecil. 

Gua yang tak bijak agama pun tahu tahap mana Allah bagi kepada kaum Hawa tanpa mengaibkannya. Bila TGHH bersuara berkaitan WAWI, anjing-anjing mula menyalak tak henti-henti dan yang memalukan tentang WAWI yang mengaku muslim ialah beliau sepatutnya menolak awal-awal jawatan MB kerana beliau baca al-Quran dan tahu tentang perkara ini. Bila MSU dan TGHH tidak setuju, tahu terasa sampai anak yang kuat DNA Ketum mengatakan betapa jijiknya beliau kepada orang PAS. 

Bila bapak penyokong kuat pluralisme, anak lagi kuat demi kegilaan kuasa yang meluat-luat sehinggakan dengan angkuh melantik diri sendiri sebagai Ketua Pembangkang yang baru. Hei Nurul..... lu cermin ler lu punya muka dulu sebelum nak berlagak. Bagaimana nak jadi pemimpin sedangkan suami yang wajib ditaati pun diketepikan demi PAPA. Pemimpin yang bagus adalah pemimpin yang menunjukkan akhlak yang baik dalam berkeluarga. Bila keluarga sendiri terabai, adakah lu rasa lu layak jadi pemimpin.... Renung-renunglah.

DAP dan PKR sekarang terlalu sibuk mencampuri urusan PAS dengan menaja barua-baruanya yang akan dicucuk hidung kesana sini dengan tuduhan PAS akan keluar dari PR. Tolong bagi satu kes dalam sejarah PAS yang berkawan dengan mana-mana parti pun yang PAS pernah menarik diri dari gabungan. Dengan BN, PAS ditendang keluar, bergabung dengan DAP, DAP yang keluar. 

Jangan sampai orang kata setiap kata-kata penuduh itu langsung tidak boleh dipakai. DAP dan PKR cukup kuat melobi Mat Sabu untuk menjadi Presiden PAS supaya senang menjadikan PAS agar lebih sekular sikit. Bagi gua bila PAS dikawal profesional dan ulama di sejuk bekukan maka tiada guna lagi PAS sebagai sebuah parti Islam yang berteraskan al-Quran dan Hadis. 

Sebenarnya tiada pertembungan di antara ulama dan profesional dal PAS melainkan ia sengaja di perbesar-besarkan oleh tangan-tangan celaka yang menulis dan mulut-mulut sial yang menuturkannya. Jangan takut ler cikgu pencen dari Perak kerana jawatan lebih tinggi sudah ada untuk lu dan beberapa ekor blogger celaka termasuklah Tulang Besi untuk jawatan CEO yang dah bersarang dalam kepala hotak dia sejak dulu lagi. Pastikan gerak kerja Pasma teratur dengan maklumat dari TMI, dana lu jangan takut ler DAP ada PKR ada dan tak payah bersusah-susah membuat tabung-tabung derma. Gua nak ucapkan satu jer kat puak-puak nih.... Celaka luuuuuuuuuuu./GANR

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...