Translate

Mesti Baca

Rabu, 14 Oktober 2015

Lu Saper, Lepas Buat Fitnah Di Ugut Pula PAS.


Beberapa bulan yang lepas gua ada satu group IT  yang meminta nasihat dari gua yang mana gua bukanlah orang yang tepat untuk memberi nasihat memandangkan gua bukan partisan mana-mana parti. Walau pun apa yang gua tulis telah ditafsirkan sebagai lebih memihak kepada PAS dan untuk tidak menghampakan permintaan maka gua menasihatkan agar berhati-hati kerana mungkin isu kafir-mengkafir dihidupkan kembali oleh golongan yang kecewa. Telahan gua terbukti ada kebenarannya apabila Abang Mat telah menuduh PAS telah mengkafirkan parti yang paling Amanah.

Kenapa tiba-tiba isu kafir mengkafir dimainkan semula oleh jaguh yang menjuarai isu ini terhadap Umno satu ketika dulu walau pun kumpulan perancang utama yang menjaja, menjenamakan dan menjual produk 'Amanat Haji Hadi' telah lama berada dalam pelukan Umno. Batas-batas iman yang diterangkan secara jelas dan keras dalam Amanat itu merangkumi umat Islam tanpa mengira lu PAS ker lu Umno ker, jika lu langgar maka jatuh kafir atas diri lu.

Gua harap Abang Mat yang semakin naik sasau boleh perincikan siapa yang mendokong PAS telah mengkafirkan Amanah. Mengikut apa yang beliau katakan 'hentikan mengkafirkan Amanah', bermakna beliau tahu tetapi mana buktinya bro. Kalau setakat sembang, lu paling banyak mengkafirkan Umno dalam ceramah-ceramah lu ketika kehebatan lu berada di makam tertinggi. Yang mana pimpinan PAS terpaksa turun padang untuk memperbetulkan tanggapan salah yang lu lakukan. 

Gua masih ingat bagaimana PAS telah difitnah jika ada umat Islam meninggal, letak lambang PAS kat telapak tangan si mati dan si mati pasti akan terus masuk syurga. Gua harap buat fitnah jahat itu masih belum mampus lagi agar sempat bertaubat. Adakah Abang Mat lupa peranannya dalam isu ini kerana itulah beliau berani memainkan semula isu kafir mengkafir dengan tuduhan jahatnya. Puak Amanah yang dikecewakan oleh perwakilan pada muktamar PAS yang lepas adalah di kalangan profesional terulung dibantu pula oleh ulama-ulama luar biasa tidak perlu takut dengan PAS.

Macam Wan Rahim Kota Bahru katakan bila PAN diwujudkan maka PAS akan berkubur. Bila berkubur bermakna sudah mati, takkanlah puak-puak profesional terulung dunia ditambah dengan ilmu para ulama-ulama luar biasa boleh percaya dan takutkan hantu. PAS dah lumpuh dan semua ahlinya telah masuk ke dalam parti PAN dan bukan itu sajer, saban hari para pemimpin PAS mengisi borang PAN. Cuma gua nak tahu berapa ratus ribu jumlah keahlian PAN selepas mendapat kelulusan dari RoS dengan sedikit pertolongan Umno.

PAS dikatakan memiliki 1 juta ahli dimana 80 peratus atau 800,000 mengikut pemimpin yang kecewa menubuhkan PAN dan ditambah pula keahlian parti pekerja yang sudah sedia ada dalam 100,000. Jadi jumlahnya keahlian PAN yang baru beberapa bulan ditubuhkan telah mengatasi keahlian pari Abang Besar. Mengikut Wan Rahim PAS sudah berkubur tetapi kenapa masih meminta PKR pergi meminang PAS yang sudah tiada nilai tambah.

Jika sudah begitu kuat dalam Pakatan tiada Harapan dengan keyakinan penuh akan dapat merampas Putrajaya dari Umno/BN pada PRU14 kenapa mengugut PAS untuk berUG dengan Umno. Bukan gua kata tapi Abang Mat yang kata bahawa mereka sanggup bersama Umno jika PAS bertanding tiga penjuru. Apa kebodohan yang bersarang didalam kepala hotak pemimpin kecewa yang mengaku profesional terulung dunia tetapi pemikiran politik mereka masih di tahap budak darjah 6. 

Pasai itulah gua kurang setuju bila masing-masing menunjukkan kerusi-kerusi kosong sebagai pendengar ceramah-ceramah dari pemimpin hebat tanpa mengira parti. Nampak sangat masing-masing cuba menunjuk hebat walau pun ia di aturkan oleh pakar-pakar perang saraf yang semakin hari semakin bengong. Lu kata lu kuat, buktikan dengan fakta bukan mendengar kata budak hingusan (Pemuda) yang menumpang kehebatan nama al-Marhum Ustaz Fadhil Noor. 

Baru setahun dua kenal politik sudah menunjukkan sikap bodoh sombongnya walau pun seorang lawyer. Kalu bukan kerana kehebatan al-Marhum bapanya, jangan harap Abang besar dan Abang Mat ingin memandang malah diludah kerana kebodohan pemikiran. PKR jangan sampai dipatuk ular kali kedua dan lihatlah pengkhianatan PAS yang bertanding 3 penjuru dikerusi PKR. Lihatlah bagaimana PAS mengkhianati PKR dengan menolak DSWA sebagai MB walaupun PAS terpaksa melanggar Hukum yang dipertahankan oleh budak hingusan nih. Hebat juga lawyer buruk budak Faiz nih yang memang sah buta sejarah pasai namanya pun orang kenal selepas PKR kukuh.

Semua orang tahu yang Gerak adalah idea al-Marhum Presiden PAS, Ustaz Fadhil Noor dan di mana kedudukan penyokong kuat Nuar. Bos terhumban ke penjara anak buah macam anak ayam kehilangan ibu, siapa yang membantu mereka dari tiada apa-apa kepada wujudnya parti Keadilan. Adakah legasi baru yang berada didalam MPP PKR lupa betapa bersungguh-sungguh PAS membantu mereka sehingga kewujudan Keadilan pun atas bantuan PAS dengan mengerahkan seluruh jentera PAS di seluruh negara membantu, pendokong PAS membantu tanpa kedudukan. 

Betapa Istiqomah PAS terhadap parti mata lebam walau pun semasa berada dikedudukan kedua paling berkuasa pun PAS ditindas tetapi PAS tidak menyimpan dendam, malah lebih hebat PAS membantu. Tetapi lihatlah sekarang bila sudah memegang sedikit kuasa PAS dilayan seperti peminta sedekah. 'PKR buka keahlian Pakatan Harapan kepada PAS' tidakkah hebat tajuk artikel. Gua rasa kalu mereka hampar permaidani merah sekali pun PAS tidak akan duduk semeja dengan pengkhianat, pencuri, penyamun, perompak yang dijenamakan dengan 'Amanah'.... Gua sebut 'AAaaammaaanahhhhh' layak ker mereka ini disebut Amanah, tidak gila namanya penyamun yang membawa lari kerusi PAS di panggil Amanah. Lu gila atau lu dah nak mampus.

Jadi gua story sikit kat lu all tentang politik sekarang nih dan lu fikir ler sendiri tapi kalu nak cari simpati baik lu berambus awal-awal. Betul ker PAN nih kuat seperti yang diheboh-hebohkan oleh para blogger-blogger PR (dulu). Apa citer borang tercetak 30,000 dan dengar khabar laku macam pisang goreng panas sampai kena cetak lagi 100,000. Gua tanya pasai Wan Rahim kata PAS dah berkubur, ahli dah berpindah ke Amanah 80 peratus (800,000) tapi pasai kata 200,000 dijangka keahlian pada 2016. Bukankah PAN parti progresif yang dibarisi para profesional terulung, hebat dalam bab bekerja, parti tak ada lagi logo dan lambang dah ada, parti belum lulus keahlian berpuluh ribu.

Tak kan tak cukup kakitangan untuk mempercepatkan pendaftaran ahli, bukankah dana dari Abang Besar sebesar gelaran. Itu belum dicampur dengan harta wakaf yang difaraid dan harta sepencarian semasa didalam PAS. Hakikatnya PAN nih gua anggap minum segelas tapi dia punya mabuk macam minum 10 gelen. Ceramah mereka dah tak pakai roadshow Amanah dah pasai Abang Besar tak puas hati dengan sambutan yang di canang sebelum nih. So untuk menarik lebih ramai dijenamakan dengan roadshow Pakatan Harapan pasai ahli PKR dan Dap tolong meramaikan hadirin.

Abang Mat and the gang kena terima hakikat yang mereka gagal untuk menarik sokongan orang Melayu. Walau pun dalam Umno berlaku perpecahan, orang Melayu tidak akan sesekali memberi undi kepada PAN kerana mereka tahu PAN adalah barua kepada Dap. Pada pandangan pengundi Melayu PAS adalah alternatif terbaik untuk mewakili orang Melayu di atas dasar tertegasan parti itu dalam isu Hudud. Mereka melihat PAS adalah wadah terbaik untuk Islam kerana mereka sanggup berpatah arang dengan Dap bila melibatkan Islam. 

Pemimpin-pemimpin yang menjual diri kepada Dap sebagai barua dan broker telah disingkirkan walau pun mereka adalah di kalangan pemimpin yang pernah menjadi idola kepada generasi muda. Kesetiaan akar umbi terhadap parti memang diakui oleh kawan dan lawan kerana sejarah telah membuktikan bagaimana akar umbi tidak berganjak walau sehebat mana pun pemimpin yang keluar. Tidak mustahil ahli Umno yang semakin kecewa dengan kegilaan Rosmah dan Najib akan berpaling tadah sebagaimana mereka lakukan di Terengganu pada 1999.

Nanti ada ler bijak pandai bagi komen yang PAS kalah pada 2004 kelemahan Haji Hadi dengan menutup cerita kekalahan PKR atau Dap atau Kelantan bermajoriti 1 kerusi dek penangan Mr Clean (Pak Lah). Mai nak habaq kat hang citer pasai Terengganu nih kerana ramai sangat terlajak cerdik yang lihat satu sudut jer demi menyalahkan presiden PAS. Terengganu nih dari dulu memang kubu kuat Umno dari Kemaman sampai ke Jertih. Penyokong ramai tetapi permainan SPR cukup licik untuk memenangkan Umno kerana SPR adalah komponen BN.

Jika ada yang kata PAS sudah tidak releven untuk menarik pengundi Melayu, memang sah yang kata tu dah nak mampus. PAS sudah lama dipinggirkan dalam politik negara malah PAS adalah parti tertua yang masih wujub mengalah Umno Baru. Adakah apa yang berlaku pada PAS sejak penubuhannya PAS semakin lemah walau pun perlu masa untuk memulihkan parti sejak ditendang dari BN. Percayalah yang PAS hanya calar-calar jer dengan kerja jahat para pengkhianat yang menjadi anai-anai semasa dalam PAS. PAS tetap gah tetapi tidak dengan PAN yang terpaksa membuat roadshow bersama Dap dan PKR demi menarik pendengar. Ada otak sendiri fikir bro.... jangan jadi lalang walau pun lu mengaku hebat pasai orang tak hormat lu tapi orang menyumpah lu./GANR

22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Amanah menerima dana drp abang besar"
Betul ker? Kompom?
Siapa abang besar tu?
Dap?
Bawa fitnah sedara ke alam barzakh.

Tanpa Nama berkata...

PAS parti yang suci murni tak layak dihina dicaci ..kuar je dari politik jadi NGO atau duk surau ..pilih ketua pun guna ketas chai ,ko bukan suci sangat sampai x boleh dikritik ..pegi jaHANAM DENGAN WALAUN2 KO TU..TAKSUB SEBIJIK MACAM ANJING UMNO..

Tanpa Nama berkata...

Memang betul.
Pas akan terkubur jika main 3 penjuru.
Tak terkubur terus.
Tetkubur pas cara sikit2.
Mula2 kelantan terbang ke umno.
Lps tu kedah, perak, sgor mula kurang kerusi sbb umno ambil.
Lama2 jadi mcm dulu.
Hidup segan mati tak mau.
Tinggal nama

Tanpa Nama berkata...

Mulut pemimpin pas ni lain mcm sikit.
Klu lawan pas...munafik, barua, karl marx....
Berapa kali nak cakap, pas bukan islam, islam bukan pas, pas cuma parti.
Mulut pemimpin pas ni, klu lawan pas, klu keluar pas akan disamakan mcm menentang islam, keluar pas mcm keluar pas, macam pas saja islam, mcm parti lain bukan islam.
Pemimpin pas ni mulut kalu keluar pas mesti kata menentang hukum Allah, mcm keluat agama, lepas tu kait pula dgn fasik, lepas tu kait dgn kafir.

Ni sekarang mulut mereka dah mula mcm tu balik.

Tanpa Nama berkata...

Akuilah kenyataan bhwa pas tak bole kemana2 tanpa bantuan parti lain:

Nak bangga apanya klu ahli 1 juta seluruh negara sedangkan jumlah pengundi msia berjuta2. Boleh perintah mesia ker?

Lepas nuar kena buang. Org marah sbb tu ramai cina, kapir semua sokong pembangkang termasuk pas. Org dap sokong pas. Bendera dap byk di tempat calon pas, muka LKS DAN LGE pun ada di tempat calon pas. Mula saat itu kerusi pas makin tambah, makin byk, makin kuat sampai boleh ambik perak, sampai boleh jadi exco sgor.

Tapi dah resam manusia, bila dah menang besar kepala. Org yg pernah bantu dicela, maki hamun, halau keluar, tuduh barua kafir.......semua kebaikan hilang, cela, fitnah diulang2, nak tanding ketua dihina, dituduh syiah, dituduh makan babi sepinggan dgn dap, dituduh babi dlm bukit......

Nak menang mcm mana klu kera sumbang, rasist. Nak jawatan pm sampai jumpa anuar musa tapi kera sumbang. Nak menang cam mana? Lepas tu pusing kata tak menang tak apa, tak dpt putrajaya tak apa. TAK NAK MENANG, TAK NAK KE PUTRAJAYA, TAK PAYAH BERTANDINGLAH....

1 juta ahli tu mcm dah hebat sgt. Mcm la 1 juta ahli tu boleh kekal kelantan tanpa bantuan bukan ahli.

Otak kurang bijak walaupun tak bodo.

Tanpa Nama berkata...

Masa anwar jatuh dulu kerusi pas tak byk mana pun. Masa tu TGNA tolong keluarga nuar. Bukan TGHA. Masa tu LKS, LGE pun tolong klrga anwar. Masa tu pas tak kuat tapi jadi kuat dan menang byk kerusi sbb gabung dgn pkr dan dap.

Pru 12 dap keluar jejap sbb mulut2 geng hadi. Kelantan hampir2 nak tumbang. Nasib baik ada TGNA dan Husam cover. Pru 13 dap join balik dan pas kelantan menang besar, selamat.

Ni buat hal lagi.
Maki2 anwar
Kutuk2 dap
Halau ahli sendiri
Besar kepala
Boleh pilih2 sapa dia suka

AGAk2 KELANTAN BOLEH KEKAL KAT PAS LAGI KER?

Ramboo III berkata...

Kepada pengkritik, perjuangan pas matlamatnya bukan hanya utk dpt kuasa memimpin negara(agar pemerintahannislam dpt dilaksana) malah ianya menjangkau ke negeri akhirat..anda hanya bercakap hal2 duniawi shj, tp ulamak melihat dunia dan akhirat (dosa pahala, halal haram syurga& neraka)..TGHH & TG Dr.Haron Din memandu kita ke jalan yg diredhai Allah melalui ilmunya wpn ianya nak k spt tdk selari dgn nafsu anda..bertaubatla segera, anda mahu bangkit bersama ulamak atau bersama pemimpin esok pd hari mahsyar?

Tanpa Nama berkata...

Hebat Pas ni...
Dia tak nak amanah sbb dia nak perkasa.
Sbb ibrahim tak bukan pengkhianat pas kot...

KALAULAH TGNA MASIH HIDUP.......

Tanpa Nama berkata...

Ha ,janagn fitnah ye .ada gambar mneunjukan abng ibrahim ali kita dan berpelukan dengan ulamak suci Pas.Sekarang dah termakbul doa Hadi agar lebih baik tahalul dengan musuh dari tahalul dengan Amanah ,Semoga Pas dan Perkasa bergabung dengan cepat .agar Pas menjadi babi tunggangan kepad Perkasa ,nanti tunggu himpuan 60 ribu di kelantan Ibrahin akan dikawal oleh budak2 unit amal ,dan panglima perkasa akan melindungi Hadi ,kah.kah.kah.ha baru tahu ye ,cakap dah kena kat muka/siapa Ibrahim selam ini takan Pas tak kenal.apa macam GANR tukarlah kepada gerakan sokong Perkasa ,GSP.

Tanpa Nama berkata...

Ramboo 111 ,begitu ke caranya ulamk mengajar pengikut nya dengan mengunakan bahasa kurang hajar? itu ke jalan yang baik? menyokong peminpin zalim itu betul ke ? sudahlah kau ,tukar je nama kau kepada bulauh rotan ,nampak islam sikit.

Tanpa Nama berkata...

Mcm la pas sja yg berjuang utk islam.
Mcm la umno, pkr, pn tak berjuang utk islam.
Mcm la tgha dan haron din aja yg bole diikut. Ulamak lain tak bole diikut.
Mcm la pas tu agama plak. Keluar pas dihukum mcm keluar agama.

Angan2 besar, nak perintah, nak tegakkan islam. Tapi perangai mcm kera sumbang. Nak memerintah mcm mna klu dgn pan yg islam pun bermusuh, dgn pkr pun bermusuh (selain sgor), dgn umno bermusuh, dgn ngo islam dlm ph bermusuh. Islam hapa klu kerja asyik nak bermusuh, nak membarua, nak mengkafir org islam lain. Islam apa klu nak kerjasama dgn islam pun pilih2 ulamak aje.

Mentang2 la ibrahim perkasa tu ulamak.

Hoi sedara, ni negara majmuk la sedara. Ni bukan negara arab, bukan china yg ada satu kaum aje...

Hoi sedara...
Nak menangkan islam dlm negara majmuk kenalah guna strategi, guna otak. Jgn guna lutut aje.

Tanpa Nama berkata...

Jgnla kepoh...berahim ti umapama cucu jer

mohd shahran berkata...

pas da jadi parti cacmerba tak tulis ker admin. dalam pas keputusan ada dua satu group kata a esok group lain cakap b, da mcm parti orang tolol

Tanpa Nama berkata...

Rambo 111(nama kapir tu)ko tu tak abis sekolah ke?tiap kali ularmak walaun termasuk ko nak menangkan PASchai siap ugut guna surga neraka ,tapi bila hadi hina org lain guna maki hamun tak pikir lak surga neraka suci sangat ke dia?bila dah suka taik pun jadi wangi mcm peluk brahim ali wpun dia dah kutuk pas mcm2...

Tanpa Nama berkata...

KALAU LAH TGNA MASIH ADA....

TGNA lah yg paling kuat pertahankan TGHH,
TGNA lah yg paling kuat pertahankan HUDUD Kelantan,

Skrg TGNA dh tiada, semua pakat tentang TGHH, semua pakat tentang HUDUD Kelantan..

Aku rindu gandingan mereka berdua...

Gerakan Anti Najib/Rosmah berkata...

Apa keperluan gua untuk menulis tentang Pas wahai macai-macai. Tidakkah para pengkhianat Pas dah keluar kenyataan bila wujud Pan, Pas akan berkubur. Lu tanya barua Dap Wan Rahim Kota Bahru. Atau memang Pan tengah panas punggung cari kawasan selamat dan bila Abg Besar dh kata Abg Mat bakal PM maka Dap kena bagi kerusi selamat untuk Abg Mat.

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa keutamaan pas sekarang nih sepatutnya ialah menangani isu tppa...

diharapkan profesional dalam pas dapat membantu ahli-ahli parlimen pas memahami dengan lebih baik berkenaan isu ini...

bagi saya tppa ditaja oleh amareka sharikat...

sepenuhnya dirahsiakan lagi sangat mencurigakan...

hanya perunding negara yang tahu isi kandungannya...

itupun mungkin tak sedar agenda jahat di belakangnya...

tiada apa di dalamnya kebaikan kepada kita melainkan nak beri kelebihan kepada syarikat2 gergasi mereka...

bagi pemain industri memang la depa suka sebab pasaran luas lebih mudah dicapai...

namun apa manfaatnya kepada kita orang biasa?

jangan la sampai kerana nakkan negara berpendapatan tinggi kedaulatan negara kita serahkan!

jenuh wei nak tuntut merdeka lagi sekali...

na'udzubillaahi min zaalik.

Tanpa Nama berkata...

Ya, tanpa PAKATAN, PAS tetap GAH. PAS gah dengan U-turnnya dan cakap munafiknya.

Tanpa Nama berkata...

Klu Tgna masih hidup, tgha tak akan berani cakap benda2 yg kurang ajar mcm skrng. Tgna byk berusaha menyelamatkan pr tapi yg ni kerja musnahkan pr. Kerjasama dgn perkasa pulak tu...

Org2 pas suka ker tgha peluk ibrahim?
Suka?

Wan Rosli berkata...

Alhamdulillah... tanpa DAP tanpa PKR tanpa PAN dan juga tanpa UMNO dapat jugak kumpul 100K...
Cuba bayangkan jika PAN buat perhimpunan juga tanpa2 seperti di atas!!

Wan Rosli berkata...

Alhamdulillah... tanpa DAP tanpa PKR tanpa PAN dan juga tanpa UMNO dapat jugak kumpul 100K...
Cuba bayangkan jika PAN buat perhimpunan juga tanpa2 seperti di atas!!

Tanpa Nama berkata...

Blog bangkai..

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...