Translate

Mesti Baca

Isnin, 5 Oktober 2015

Gua Wakaf KLCC dan PWTC Kepada PAN.

Image result for pwtc

Image result for klcc

Sekarang ini ada fatwa baru dari ulama-ulama luar biasa yang membolehkan harta wakaf di faraidkan. Bila fatwa itu diwartakan oleh parti yang amat beramanah melebihi mana-mana akan amanahnya mereka. Surat-surat akuan bersumpah yang didrafkan oleh lawyer yang menjadi rujukan besar mursyidu am akan segala hukum-hakam untuk menukar harta-harta itu untuk di faraidkan.Nampaknya PAS akan kehilangan semua aset-aset mereka di seluruh negara yang mana aset-aset itu adalah harta wakaf kerana parti tok lebai ini adalah parti paling miskin. 

Kerana itulah setiap ceramah akan diadakan kutipan derma disebabkan parti itu bukannya Umno yang mewajibkan setiap projek kerajaan mesti disertakan bersama sumbangan sekalian-sekalian jumlahnya. Jauh sekali jika di bandingkan dengan Dap yang saban bulan berderet-deret kemasukan dana dari jutawan-jutawan Cina sehinggakan mereka boleh membela balaci seperti Pasma dan Pan.

Apabila Dap melihat barua belaan mereka tidak dapat menarik orang Melayu seperti dicanangkan oleh puak-puak ni yang PAS akan berkubur selepas Pan berjaya diwujudkan maka sumbangan dari tuan mereka ditahan buat sementara. Dap mahu penjelasan dari pemimpin profesional terulung yang tersingkir kenapa sambutan dari umat Melayu semakin hambar. Kata dua telah diberikan kerana Dap tidak mahu melihat kemasukan pemimpin tetapi mereka ingin melihat kemasukan ahli.

Oleh kerana dana disekat maka Pan semakin tersepit kerana semua program-program mereka memerlukan kewangan yang besar. Khemah dan pentas mesti besar untuk menunjukkan akan kehebatan mereka beserta dengan pidato berapi-api dari pemimpin tertinggi mereka. Untuk menampung semua itu memerlukan dana yang besar maka dipanggil ulama-ulama luar biasa mereka untuk mengeluarkan fatwa yang aset-aset milik PAS akan di faraidkan.

Mungkin dengan dalil-dalil yang harta wakaf itu disumbangkan semasa pemimpin yang kecewa masih memimpin. Kerana itulah aset-aset yang diwakafkan akan mengikut ke mana pemimpin itu pergi. Sebagai pendokong kuat sosialis yang akan menolak Hudud jika Dap kata tidak maka kena ikut kata Dap 'Say No To Hudud'. Kena ikut hukum dunia kerana kita berpijak di bumi yang nyata dan semua niat mesti ada hitam putih jika tidak ada, bersalahan dengan hukum yang duk junjung sekarang nih.

Contoh macam gua ler, gua dengan niat yang ikhlas berserta dengan saksi-saksi yang beramanah telah mewakafkan tanah ini kepada PAS tanpa ada paksaan tetapi gua tidak sempat nak tukar nama dalam geran. Bukan itu sahaja, gua sudah berbincang dengan anak beranak, keluarga dan mereka semua setuju bersama dengan janji akan meneruskan usaha gua jika gua tidak sempat yang mengikut hukum syarak bahawa tanah itu sudah menjadi milik PAS maka haram gua menuntut semula tanah itu tetapi sekarang gua dah tukar kapal.

Tiba-tiba ada pemimpin yang siang malam beramanah mengatakan yang gua boleh ambil balik tanah itu dan tukar nama kepada Pan. Gua tanya boleh ker buat lagu tu, mereka boleh eh apa taknya pasal tanah tu masih nama gua. Gua tanya balik apa hukumnya sedangkan gua dah mewakafkan tanah itu pada PAS lama dah. Mereka kata hukum itu nombor sepuluh, hok nombor satu tanah tu nama gua lagi pasal hukum hok kita ikut sekarang nih untuk dilanggar.

Gua kata memang gua tak tahu yang harta wakaf boleh difaraidkan kerana selama nih ulama dok tipu gua ler. Mati-mati gua dok ingat harta wakaf tak boleh difaraidkan, memang hebat bebenar ler ulama-ulama luar biasa nih. Gua tergaru-garu kepala yang semakin botak sambil kata kalu lagu tu gua nak wakaf sekali KLCC dengan PWTC kat Pan./GANR

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kau fikr PWTC dan KLCC tu harta maka bapak kau ,senang2 nak wakaf kan ,kau ni gila ke bodoh?

Tanpa Nama berkata...

Sukahati dialah nak bagi siapa pun sebab tanah tu masih atas nama dia..lu bengong ke?

Tanah sekangkang kera kepunyaan org itu pun jadi isu. Perihal minyak naik, kos hidup meningkat, 1MDB dan bla, bla, bla tu kenapa tiada dalam jadual tentangan pak2 lebai semua?
Korang perjuangkan hak rakyat atau sibuk pasal tanah org?

PAS dah takde maruah ke? Tolonglah malu sikit..

azmie berkata...

kahkahkah .... lu nampak apa wa nampak???? hukum hakam nombo 10, reta rembat dulu

Tanpa Nama berkata...

tak apa ulamak kami kan hebat lagi progresif... klu x berkenan boleh rujuk kat ulamk lim.... kah..kak

Tanpa Nama berkata...

Hudud tolak
Baiah langgar
Cerai taklik tak lut
Wakaf kebas
Sape yg xdak maruah?

Usop Ali berkata...

lu pk fasal minyak ..rm jatuh nilai...n macam ana nak putrajaya bersama pembangkang kan baik...ni isu terpencil...kalau benar islam....sedekah jer...apa nak kira islam ngan iskam gak...poooorah

Tanpa Nama berkata...

Harta wakaf,mana boleh dibuat main2 bro

Tanpa Nama berkata...

PAN punya pasal, aku wakafkan BSN, CIMB dan Bank Islam.....kalau PAN nak pakai duit, boleh ambil duit dari bank2 tersebut dan mesin ATM sekali.

Nur Barzakh berkata...

Tahniah admin. Semoga Allah merahmatimu. Ramai yg marah..biarkn, asalkn kau mencari keredhaan Allah. Tahniah 2.6billion. Teruskn perjuangnmu

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...