Translate

Mesti Baca

Jumaat, 25 September 2015

Pakatan Harapan Untuk Yang Tiada Harapan.

Hasil carian imej untuk persidangan meja bulat pakatan

Siapa pun penganjur atau ahli panel atau parti politik yang menyertainya sudah dikira cukup gah kerana nama dia persidangan 'Meja Bulat'. Betapa gahnya bila di sebut 'Meja Bulat' kerana ia melambangkan satu percaturan atau persidangan yang pasti akan menjadi tumpuan wartawan yang sanggup berkhemah kerana ia persidangan 'Meja Bulat'. Mereka akan saling berebut-rebut untuk menjadi penyiar/pelapor pertama buat stesen atau akhbar milik majikan yang menjadi periuk nasi para pemberita atau wartawan. 'Meja Bulat' sendiri membawa memberi satu pengertian amat besar yang akan mengubah lanskap politik atau kata putus atau dasar sesuatu perkara yang di bincangkan.

Wakil-wakil atau ahli panel 'Meja Bulat' pula bukannya calang-calang manusia yang boleh duduk mengeliling meja yang berbentuk bulat itu. Yang duduk di kerusi yang mengelilingi 'Meja Bulat' adalah kalangan para pemimpin-pemimpin, pakar-pakar, pemikir-pemikir, profesional-profesional bertaraf dunia di mana mereka akan di iringi pula oleh para pembantu yang di tangan-tangan mereka memegang fail atau kertas yang isinya pun penuh dengan kajian-kajian hebat untuk di bentangkan.

Bila disebut persidangan 'Meja Bulat' maka ada agenda yang ingin di bincangkan dan pasti tiada lagi kata putus walau pun masing-masing sudah ada perkara yang ingin di bincangkan. Oleh kerana ia anjuran parti pembangkang, kehadiran PKR, Dap, PAN (parti yang belum wujud), Ngo-Ngo yang bersimpati dengan pembangkang. Apa yang menjadi kemusykilan ialah kenapa PSM (Parti Sosialis Malaysia) tidak dijemput sama. 

Walau pun ketidak hadiran mereka disebabkan oleh penolakan PSM terhadap Perkara 153 perlembagaan Malaysia, iaitu Hak Istimewa Melayu pada masa penubuhan Pakatan Rakyat dulu. Mereka menafikan sekeras-kerasnya kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming. Jika mengikut dari segi kelayakan, PSM lebih layak menganggotai Pakatan baru itu disebabkan PSM adalah sebuah parti politik yang sah berbanding dengan PAN, parti haram yang belum mendapat kelulusan daripada Ros. Baru tahu bagaimana perangai pemuja tegar Dap yang mungkin bulan depan beliau tidak akan menang tangan untuk Oktobeerfeist. Jangan lupa bro, kita pakat mabuk sampai mampus.

Rupa-rupanya persidangan 'Meja Bulat' hanyalah wayang kulit semata-mata kerana ianya sudah disepakati terlebih dahulu di antara PKR, Dap dan PAN. Nama Pakatan Harapan sudah diwujudkan sebelum persidangan 'Meja Bulat' bermula. Permainan PKR, Dap dan barua Dap, PAN membuatkan bekas pengerusi Bersih, Ambiga dan Maria Chin keluar dari persidangan 'Meja Bulat'. Baru mereka sedar bagaimana mereka telah diperbodohkan oleh golongan yang menjenamakan pakatan baru yang tidak beberapa mempunyai Harapan.

Gua nak kata apa lagi kat golongan merempat selepas ditendang keluar secara mega oleh perwakilan pada Muktamar PAS yang lepas. Inilah golongan yang mengelarkan diri mereka profesional terulung dunia yang dibarisi oleh pemimpin-pemimpin terlebih pandai. Bila orang mengatakan mereka tidak amanah maka di tubuhnya parti Amanah. Bila orang kata mereka tiada harapan, mereka tubuh Pakatan Harapan. 

Bila PAS menolak untuk duduk semeja di persidangan 'Meja Bulat', mereka kata PAS sudah hampir berkubur dan banyak kawasan-kawasan PAS sudah lumpuh. Ranting dan pucuk PAN tumbuh macam cendawan selepas ahli PAS berpaling tadah. Sebagaimana di 'Jom Heboh' mereka telah membuat pelancaran dan EGM parti yang gua sendiri tidak pasti ke mana laporan mesyuarat akan di hantar kerana Ros sendiri memberi amaran terhadap parti haram ini. 

Berduyun-duyun ahli PAS mengayuh perahu untuk menaiki kapal PAN yang belum siap kerana tiada kayu untuk membinanya. Sebanyak 30,000 borang keahlian parti PAN habis seperti goreng pisang panas. dan sebanyak 100,000 lagi sedang dicetak atas permintaan makcik-makcik untuk membungkus nasi lemak. Semoga terus Amanah dengan diri sendiri, terus Progresif dengan penipuan, gua Peduli aper./GANR

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kahkahkah...kesian ko...ko ingt depa amik pot dgn ko ke? depa pun peduli aper dgn org "sore looser" cam ko. ko ubah je nama blog ko jd gerakan anti pan...lps tu ko berselingkuh dgn geng umno tu sbb geng pas yg ko puja tu pun dah berselingkuh dgn umno..dgn najib dan akhirnya ko ciumlah bontot najib dan rosmah tu....kihkihkih...

Wan Rosli berkata...

Tahniah Pakatan Haraman.. ini lebih sesuai kerana ada parti yg masih haram..

Tanpa Nama berkata...

depa kata mana2 parti bole join tp depa takut sbnrnya...tpaksa sedekah krusi dap ngan pkr..ada berani??krusi dap bole bagi separuh2 ngan parti pekerja

Dewi Aja berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Tanpa Nama berkata...

Baik aku lyn blog tukar tiub dari lyn blog ni..buang karan betul!!!

Tanpa Nama berkata...

Banyak dedak sini. Jom layan

Tanpa Nama berkata...

Kerusi pas byk. Boleh bagi dua pan dgn bersatu. Itu pun x bole fikir ke?

Tanpa Nama berkata...

Bad...ko masuk pas aje la. Pakai serban ngan jubah. Bole dpt tiket surga tau...

Tanpa Nama berkata...

Aku ingat ko kat tehran jumpa bos ko ayotola komenei

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...