Translate

Mesti Baca

Selasa, 19 Mei 2015

Tahniah Buat Blogger Alkusyen.

Gua ada sedikit simpati dengan blogger alkusyen walau pun gua tidak mengenalinya yang diberi masa 3 hari untuk meminta maaf atau menghadapi saman dari PJ Perak, Razman Zakaria. Gua ada menulis artikel tentang artikelnya berbentuk pertanyaan tetapi di dalamnya penuh dengan tuduhan terhadap PJ Perak dengan memaparkan kekayaan beliau. Gua juga banyak memperkatakan tentang artikel yang di ambil dari laman lain tetapi menukar tajuk menyerang.


Gua ada memperkatakan tentang ke tidak puas hatinya terhadap perlantikkan PJ Perak yang baru untuk mengantikan Ustaz Abu Bakar Hussain. Mengikut gara penulisannya beliau mengharapkan Nizar yang lebih layak maka timbullah isu kononnya ada unsur lobi bagi jawatan tersebut walau pun telah dinafikan oleh Razman Zakaria. Kerana tidak berpuas hati maka seperti biasa beliau akan mencari, mengorek dan kalau boleh nak ikut ke mana sahaja Razman pergi untuk mencari sedikit kesilapan.

Oleh kerana terlalu obses disebabkan orang kuatnya tidak dilantik sebagai PJ Perak, maka beliau semakin naik gila. Bagi beliau dendam ini tidak boleh dibiarkan tanpa memberi jalan mudah untuk Razman Zakaria mengurus PAS Perak. Gua tahu dan ramai blogger pun tahu betapa rapatnya beliau dengan Nizar sebagaimana rapatnya Nizar dengan DAP Perak sehingga sanggup membuat perjanjian kedua dengan DAP Perak tanpa pengetahuan Razman Zakaria dan PAS Pusat. 

Gambar asal

Gambar yang di edit oleh blogger Alkusyen

Boleh bayang bagaimana marahnya beliau terhadap TGHH yang tidak melantik Nizar yang pada pandangannya Nizarlah yang paling layak mengantikan Ustaz Abu Bakar Hussain. Tak payah ler gua nak catatkan kemarahannya kerana lu all boleh baca artikel-artikel beliau yang bersikap Hadipobia. 

Seteruk mana pun bahasa gua, tidak pernah sekali pun gua mengedit gambar-gambar untuk melakukan fitnah. Semua gambar yang gua paparkan adalah gambar yang gua ambil dan kutip dari makcik google. Gua pun tak tahu nak salahnya atau tidak kerana ramai orang tahu yang beliau mengidap kencing manis dan masa beliau mengedit gambar-gambar itu pun mungkin masa paras gula dalam darahnya tinggi dicampur dengan kemarahannya yang cukup tinggi.

Sendiri buat sendiri tanggung ler bro dan gua amat pasti orang yang paling gembira dengan kes saman ini adalah si Midah tahi lalat, bekas adun Sungai Rapat. Setiap perlantikkan PJ PAS negeri adalah kuasa dan budi bicara Presiden PAS dengan bersumberkan maklumat. Bukan pakai lantik jer dan akhirnya baru orang PAS tahu kenapa Nizar tidak layak untuk jawatan tersebut. 

Buktinya sudah nyata walau pun beliau hanya PJ1 PAS Perak, beliau telah buat perjanjian belakang mati dengan DAP dan PKR tanpa merujuk kepada bosnya sendiri. Beliau sendiri mengaku sebagai wakil PAS walau pun beliau pengerusi PR Perak, ia bukan lesen untuk membelakangi bosnya sendiri. Gua tidak boleh bayangkan jika Nizar dilantik untuk jawatan PJ Perak, pasti huru hara dibuatnya. Semasa perjanjian tersebut beliau ditemani oleh Dr Khairuddin, YDP PAS Tambun.

Mungkin kerana melebihkan DAP dari PAS sendiri maka akar umbi telah menyingkir YDP Kampar dan YDP Tambun. Itu pun masa ada suara-suara sumbang di mana kekalahan 2 pemimpin hebat PAS Perak itu adalah hasil kerja Razman Zakaria. Jika benarlah kerja Razman maka gua rasa PJ Perak ini cukup hebat lah strateginya kerana berjaya mempengaruhi akar umbi dua kawasan itu sedangkan beliau sendiri tidak mengenali akar umbi dua kubu kuat Nizar dan Dr Khairuddin.

Apa pun gua ucapkan tahniah buat akar umbi PAS yang tidak sanggup melihat PAS dirosakkan oleh dua pemimpin yang maha ini. Adakah alkusyen takut dengan saman nih, gua rasa beliau pandang sebelah mata jer kerana DAP akan membantu beliau. Boleh dikatakan semua pemimpin DAP Perak adalah di kalangan peguam-peguam dan tak kan mereka akan membiarkan timbalan pengerusi Pasma Perak dibiarkan. 

Alkusyen adalah aset mereka untuk menabur fitnah terhadap pemimpin-pemimpin PAS yang berpegang kuat dengan dasar perjuangan PAS. Inilah satu contoh bagaimana yang mengaku hebat sehebatnya akhir tumbang di atas pengkhianatan mereka pada perjuangan PAS. Nampaknya segala pengorbanan mereka telah dibayar tunai ketika mereka masih hidup. Tahniah gua ucapkan buat yang tumbang dan yang disaman kerana lu memang hebat, bro.GANR

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sudahlah kau .jenis ular dalam semak,persaan baik tapi hati macam setan daaa,orang bolih nampak kumpulan kamu ni ,sendiri tak perasan tapi ramai orang lihat pakaian macam ulamak tapi perangai macam iblis da,,,,,,,

fadzil mohd berkata...

Tulis ayat mcm baik sgt tn blog nie..puiii...btl jgk si razman dia dari mana sblm nie?tiba2 ja naik perak...byk lg kt prk nie lbh layak jd pj dari si razman poyo nie..!!1 lg nk bgtau la..yg geng kopiah blagak alim nie fitnah nizar bleh plak..??fitnah pangkor 2 la..sdgkn itu fitnah yg umno penah lemparkn pd dia dlu..skrg korg kutip blk..fitnah kata tolak hudud la..ooo tue halal ek?dr khairuddin pn korg fitnah dia..mcm2 fitnah yg korg lemparkn tue x bdosa la..??mcm2 gmbr di edit n disebarkn diwassap n telegram..tue bkn fitnah la...sembang lebat tn blog nie...!!!sblm nk nasihat kn org tlg nasihatkn dlu kwn2 anda yg katanya sygkn ulama sgt tue...

fadzil mohd berkata...

Tulis ayat mcm baik sgt tn blog nie..puiii...btl jgk si razman dia dari mana sblm nie?tiba2 ja naik perak...byk lg kt prk nie lbh layak jd pj dari si razman poyo nie..!!1 lg nk bgtau la..yg geng kopiah blagak alim nie fitnah nizar bleh plak..??fitnah pangkor 2 la..sdgkn itu fitnah yg umno penah lemparkn pd dia dlu..skrg korg kutip blk..fitnah kata tolak hudud la..ooo tue halal ek?dr khairuddin pn korg fitnah dia..mcm2 fitnah yg korg lemparkn tue x bdosa la..??mcm2 gmbr di edit n disebarkn diwassap n telegram..tue bkn fitnah la...sembang lebat tn blog nie...!!!sblm nk nasihat kn org tlg nasihatkn dlu kwn2 anda yg katanya sygkn ulama sgt tue...

Fizah Jaafar berkata...

ye sokong sesangat. apa jadi dgn gerakan felcra dulu yg si razman pimpin. idup lg ke... kalau tak lobi mana la dia nak jad PJ. kalau dulu pernah jadi TPJ ke boleh pakai gak ni tetiba je dipilih jadi Pj. aku nak tengok berapa yang PAS boleh menang kerusi kt perak pasni. lenggong tempat razman dulu ni boleh ke orang sana caya kat dia. agaknya kalau tanding kat changkat jering tempat nizar boleh menang ke.

cucu mamak kutty berkata...

bloger ni beberapa kali ganti blog,mula2 songkok putih,org gila,penembak babi,batu api,camar putih,fzt,hantu kubor,kini ganr,dia ni bloger upahan pas,yg makan hasil upah mengutuk org yg tak sebulu dgn ulamak songsang yg dah jauh menyeleweng,klu nak kenal betul2 setan ganu....serupa mcm ni

Tanpa Nama berkata...

Kau ni baru balil sari kutub barat di planet marikh ke? Dah keluar dlm surat kabar surat bersign2...samanla klu fitnah

Tanpa Nama berkata...

Tuan guru lim lit siang ulamakku.....malaysian malaysia akidahku..
takbeeer....burp

Tanpa Nama berkata...

kenapa banyak sangat jin dan syaitan terpekik terlolong dlm blog ni bila admin tulis sesuatu kenyataan yg benar ! syabas admin teruskan usaha anda ................. biarkan jin2 terus terpekik dan terlolong dlm alam khayalan depa.

Tanpa Nama berkata...

Tanda2 kejatuhan PAS dah nampak

Wan Rosli berkata...

Salah eja kut.. PASma...

Wan Rosli berkata...

Jgn tuduh macam tu.. mereka hanya x suka TGHH jer.. bukannya benci LKS.... ehhhhh...!!

Wan Rosli berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Wan Rosli berkata...

Ok apa.. x de maki2 pun mcm blog pkr yg lain..

Wan Rosli berkata...

Memang org boleh nampak sbb kami ni ramai atau MAJORITI.. kumpulan yg satu lagi cuma MINORITI..

Wan Rosli berkata...

Yg penting dia ada ketokohan utk memimpin bukan utk berpaling wala'..

IBU PUSPITA berkata...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...