Translate

Mesti Baca

Sabtu, 16 Mei 2015

Selamat Hari Guru Dan Selamat Bertanding.


Gua mengucapkan Selamat Hari Guru kerana tanpa mereka siapa ler kita. Zaman gua menjadi murid, para guru amat di hormati berbeza dengan sekarang ini, Dulu jika guru memanggil kita untuk membantu angkat buku pun sudah cukup bangga tetapi sekarang ini para guru dibuli. Merekalah tukang kebun, mereka jugalah kerani sehinggakan kerani sekarang lebih kedepan dari guru. Hakikatnya para guru adalah pegawai mereka tetapi sekarang perkara ini menjadi terbalik.

Dulu para guru tidak dibebankan dengan berbagai tugas mengalah kuli apatah lagi jika pengetuanya lebih mementing mencantikkan sekolah demi mengangkat namanya sendiri. Bebanan guru semakin parah kerana semua kerja terpaksa dilakukan sehinggakan ada kala sampai terabai pendidikan. Di antara penjawat awam, guru yang paling terbeban dan paling ramai yang strees. Murid semakin naik lemak sehinggakan mereka sanggup melawan guru kerana campur tangan ahli politik dengan menteri yang hanya pandai mengarah. 

Dulu cikgu cukup disegani tetapi sekarang murid semakin berani melawan malah memukul cikgu. Hari guru bukan hanya untuk pendidikan dunia, malah para alim ulama juga tidak boleh diketepikan di atas sumbangan mereka membawa kita ke jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T. Para ulama adalah pewaris para rasul yang membimbing kita untuk menjadi umat yang beriman.

Gua ingin mengucapkan selamat bertanding buat calon-calon pada Muktamar Agung PAS. Kali ini PAS mencipta sejarah dengan pertandingan bagi jawatan Presiden di mana TGAA akan mencabar TGHH untuk jawatan tertinggi PAS. Setiap jawatan adalah satu amanah yang cukup berat untuk dipikul kerana jawatan didalam PAS bukan untuk mencari kekayaan.

Gua harap DAP boleh berambus dari mencampuri urusan di dalam PAS kerana gua tengok DAP semakin celaka. Lu duduk diam-diam dan jaga urusan parti lu sendiri dari mengambil bahagian berkempen untuk calon yang lu suka. Bila LKS dikritik kerana ceramahnya di Kota Bahru pandai pulak mereka melenting dan menyuruh PAS agar tidak bermuktamar di Selangor. Apa dia ingin Selangor milik DAP celaka ker dan PAS hanya menumpang sedang kerusi PAS lebih banyak dari PKR.

Ada pemimpin yang bertanding dengan modal untuk memperkasakan lagi PR sedangkan mereka patut lebih memperkasakan Islam lebih dari cita-cita besar menjadi barua DAP. PR menang atau tidak merampas Putrajaya, cita-cita PAS tetap akan ditentang atau mungkin lebih hebat lagi tentangan mereka jika dapat merampas Putrajaya. Jangan sebut bab Hukum Syariah, bila sebut Islam ajer mereka sudah naik gila kerana lu sendiri lihat atau dengar bagaimana bila penganut Buddha, Hindu atau Kristian ingin menganut agama Islam pasti mereka akan ditentang oleh keluarga dan kawan. 

Mereka tidak kesah pun jika Buddha, Hindu ingin menganut Kristian tetapi tidak sesekali Islam. Sikap anti Islam mereka sudah lama diketahui apatah lagi bila PAS ingin membawa perkara ini ke parlimen, kegilaan mereka semakin parah sehingga sanggup menjadi tukang kempen calon barua mereka. Gua cukup sokong apa yang PAS ingin lakukan kerana PAS tidak melanggar perjanjian dalam PR. Bila DAP membuat perjanjian 'setuju dengan tidak bersetuju', mereka sendiri melanggarnya tetapi mereka menuduh PAS yang melakukannya.

DAP semakin celaka kerana mencampuri dasar-dasar PAS sedangkan PAS tidak menyentuh dasar-dasar mereka. Tahalluf Siyasi yang PAS lakukan telah menjerat leher DAP celaka dan kerana itulah mereka sudah naik gila sehinggakan sanggup mempenggunakan beberapa pemimpin yang mereka anggap boleh menjadi barua mereka. Tetapi ahli-ahli PAS yang beristiqomah dengan perjuangan PAS telah mula memberi pukulan maut buat barua-barua DAP. Sehebat mana pun pemimpin itu jika mereka sendiri melanggar dasar yang diperjuangkan oleh PAS pasti akan disingkirkan.

Inilah kehebatan yang ada pada PAS kerana wala dan taat mereka terhadap seseorang pemimpin akan terlucut sekiranya pemimpin itu melanggar dasar PAS yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah. Sejarah telah tertulis bahawa pemimpin boleh datang dan pergi, pantang mereka untuk mengikut pemimpin itu. Inilah yang membuatkan parti-parti lain cukup cemburu dengan kekuatan akar umbi PAS walau pun mereka hanya orang-orang kampung yang buta huruf. Kekuatan PAS terletak kepada dasar parti itu sendiri, bukan pada pemimpin dan andainya TGHH sendiri melanggarnya beliau juga akan dilucutkan oleh akar umbi.

DAP celaka boleh membeli pemimpin PAS untuk menjadi barua mereka tetapi mereka tidak boleh membeli keyakinan akar umbi PAS. Nampaknya DAP yang semakin celaka tidak belajar atau membaca sejarah perjuangan PAS kerana lagi kuat mereka menghentam PAS semakin kukuh akar umbi PAS. Lihatlah sudah berapa pemimpin hebat PAS masa kini yang tersingkir awal akibat pengkhianatan mereka terhadap amanah yang diberikan. 

Label ler apa pun perkataan yang mereka hendak lebelkan terhadap pemimpin yang mereka tidak boleh baruakan, PAS tetap berdiri kukuh. Apa guna menang kerusi banyak jika dasar-dasar parti di bangkul sampahkan. Yang kalah tu kena bermuhasabah diri sendiri walau pun mereka mempunyai dana dan blogger yang hebat sebagai jentera perang, akhirnya tumbang menyembah bumi sehinggakan hendak melihat muka akar umbi pun naik malu.GANR

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bila hati sudah hitam semua mungkar menjadi kegemaran. Sebut je hal Islam hati meruntut macam syaitan takut kat Al Quran. Ahmad Awang, Sabu menjadi tonggak tulang belakang. Serban aku di Afghan dah lama disimpan jangan minta dikeluarkan.

DinSerati berkata...

Bukan DAP dan bukan LKS, tapi kapal kita dah nak tenggelam. Bila kapal dah nak tenggelam, orang yang mula-mula mesti menyelamatnya adalah nahkodanya. Jika nahkoda tidak berjaya menyelesaikannya, maka nahkoda ini adalah seorang yang lemah.
Jika anak-anak kapal nak menyelamat kapal ini, maka mereka bertindak, sama ada menukar nahkoda atau biarkan kapal tenggelam.

Tanpa Nama berkata...

Dinserati...kau baru balik dr bulan ke? Sebelum nk tukar nakhoda cer tanya kejer sape nk tenggelamkan kapal? Org ulas awak nk ulas...tapi insyaallah...ulamak berjiwa besar...walaupun jebon dan pasma dpt disingkirkan dari ajk pusat...tghh bkn bersifat bermusuh atau menjarakkan lagi pas dr jwbon dan pasma. Umpama kiambang bertaut kembali...kau akn lihat tghh menawarkan jawatan2 kpd pasma dan jebon yg kalah demi menyatukan umat islam...cuma biasala...jebon dan pasma akan kepanasan dan keluar dgn sendiri. Buatla pasma dan buatla undang2 sendiri mengikut acuan kamu. Setahun dua dap tanggung...lama2..dap pun x sanggup bela biawak hidup.

Tanpa Nama berkata...

Cuma skrg tinggal asmuni saja yg blh menggagalkan usaha utk memperkasakan islam. Byk kelemahan beliau ttp beliau masih kekal sbg tukang kira undi...doalah mudah2an allah tanam sifat takut dlm hatinya dr nk menipu atau allah bongkar cubaan beliau utk menipu.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...