Translate

Mesti Baca

Ahad, 12 April 2015

PRU14 : Pakatan Menang Besar Di Perak.

PAP adalah abang DAP

DAP anak Komunis

Satu mesyuarat tergempar telah diadakan oleh Pakatan untuk perlantikan kerusi panas MB Perak yang  ia telah di persetujui bersama oleh DAP, Pasma dan PKR untuk melantik semula Nizar untuk jawatan itu sebelum PRU14 bermula. kata sepakat telah di paterikan oleh ketiga-tiga parti hebat itu. Pembahagian kerusi telah dilakukan di mana Pasma dan PKR akan meletak calon-calon mereka di mana kawasan PAS bertanding.

Strategi mereka ialah menguburkan PAS di seluruh negara memandangkan Pasma sendiri mempunyai keahlian seramai 4 juta berbanding dengan PAS yang hanya mempunyai ahli seramai 1.3 juta sahaja.Pasma telah mempersiapkan segala urusan untuk mengadap Sultan Perak agar perlantikkan Nizar berjalan dengan teratur dan lancar. Tanpa pengetahuan Pasma dan PKR, DAP telah meletak 3 calon Melayu mereka di kawasan yang menjadi kubu kuat DAP.

Keputusan di DUN Perak telah memperlihatkan Pakatan yang diterajui DAP, PKR dan Pasma telah menang besar dengan merampas 46 kerusi dari 59 yang dipertandingkan. PAS yang telah ditendang keluar dari Pakatan hanya dapat mempertahankan 2 kerusi sahaja iaitu Titi Serong dan Gunung Semanggol. DAP telah memenangi 21 kerusi diikuti oleh Pasma 19 kerusi dan PKR 16 dan BN hanya memperolehi 13 kerusi 

Image result for nizar jamaluddin
Parti Pasma pengganti PAS dalam Pakatan
Image result for nizar jamaluddin
Sial lu DAP, gua siang malam jadi barua lu tentang hudud malah lu suruh gua serang TGHH presiden sendiri pun gua ikut walau pun ahli PAS dok tibai gua tapi ini balasan lu bila lu menang banyak kerusi, memang lu dasar komunis. Lu bodoh saper suruh ikut, lu tahu gua nih baka komunis.

Blogger terhebat mereka alkusyen juga telah memenangi dun Sungai Rapat dengan majoriti yang cukup besar. Beliau yang juga timbalan pengerusi Pasma negeri Perak bakal diberi jawatan Exco. Ini disebabkan kerja-kerja kebaruanya yang siang malam beratib UG UG UG sehingga Pakatan menang besar. Jasa-jasa blogger alkusyen akhirnya terbalas dari seorang penjual jeruk kepada ketua kampung dan akhirnya diangkat menjadi Exco kerajaan Perak. Satu sejarah telah terpahat di mana seorang blogger diangkat menjadi Exco dan tidak mustahil jika beliau bertanding parlimen, sudah pasti jawatan timbalan menteri berada dalam gegangamannya

Para pemberita dan wartawan telah menunggu sebelum subuh lagi dan ada yang mendirikan khemah untuk memberi liputan berita terbaik mereka. Kelihatan kereta yang membawa Nizar sedang memasuki perkarangan Istana Bukit Chandan diikuti deretan kereta yang membawa para pemimpin DAP, Pasma, PKR yang kelihatan sama Mursyirdul Am Pasma Ostad Ahmad Awang. Sehingga jam 12 tengah hari, kelibat para pemimpin Pakatan yang menang besar masih tidak kelihatan di mana ia menjadi tanda tanya buat para wartawan dan pemberita.

Selepas jam 1 tengah hari, kelihatan barisan pemimpin Pakatan keluar dari Istana dengan didahului oleh Nizar dan alkusyen dibelakangnya yang mewakili Pasma. Apabila kereta beliau yang dinaiki bersama alkusyen ditahan oleh para pemberita untuk bertanyakan soalan, beliau menjawab 'No Komen' dengan wajah yang kurang menyenangkan kerana beliau dianggap oleh para wartawan sebagai seorang yang murah dengan senyuman.

Selepas semua adun-adun Pakatan keluar dari Istana, DAP telah mengadakan satu sidang akhbar yang amat mengejutkan para wartawan, pemberita dan orang ramai. Pengerusi DAP menjelaskan tentang masa yang diambil untuk majlis angkat sumpah yang terlalu panjang disebabkan mereka juga telah meletakkan calon Melayu mereka untuk jawatan MB Perak memandangkan mereka mempunyai kerusi terbanyak dan ia di sokong oleh adun-adun PKR.

Berkaitan dengan janji Pakatan yang dianggotai DAP, Pasma dan PKR untuk melantik Nizar sebagai MB Perak jika mereka menang. Jawab DAP, janji itu sebelum mereka menang dan kerana itulah DAP Perak meletakkan calon Melayu mereka disebabkan Undang Tubuh Negeri Perak telah mensyaratkan MB Perak mestilah seorang berbangsa Melayu beragama Islam. Bagi mereka kenapa mereka perlukan Nizar sedangkan mereka sendiri mempunyai calon yang layak sebagai MB Perak. 

Oleh kerana mereka telah melanggar janji-janji, sebagai balasan Pasma diberi kerusi Speaker, 6 kerusi Exco dan DUN Perak akan mewujudkan jawatan timbalan MB Perak untuk memuaskan hati Nizar. Mereka juga berjanji akan memberikan alkusyen Exco terkanan di atas jasa-jasa besar beliau termasuk gelaran 'Datuk'. Sekarang lu kena panggil alkusyen a.k.a. cikgu pencen a.k.a. cikgu Ali sebagai Datuk Mohd Ali atau Datuk alkusyen.
GANR
Alkusyen, mai-mai semua makan gua buat kenduri. Gua jadi barua DAP dapat jawatan, lu dapat aper. Dulu gua jual jeruk jer buat tampung pencen tapi sejak gua  jadi barua DAP, lu tengok ler dari ketua kampung gua naik pangkat jadi Exco.

Nampaknya Nizar telah di kencing oleh DAP walau pun beliau banyak berjasa menyokong DAP menentang EKJS II Kelantan dan dengan tegas tidak akan melaksanakan hukum Hudud di bumi Perak. Malah jasa-jasa beliau menghentam presidennya sendiri TGHH demi menjaga hati DAP yang pro komunis telah dipersia-siakan oleh DAP. Demi menutup malu, beliau tidak keluar dari kediamannya walau pun ramai penyokong-penyokong Pasma berhimpun diluar kediamannya untuk menyatakan sokongan sampai rebah. Malah ada suara-suara nakal di kalangan orang ramai yang berbisik mengatakan 'padan dengan muka, dah tahu DAP tu anak komunis buat apa jadi barua'.

Sebagai blogger gua ucapkan tahniah kepada Datuk alkusyen yang berjaya ke puncak hasil dari jualan cerita-cerita fitnahnya. Tidak sia-sia beliau jadi barua DAP dan tak mustahil Nizar akan menolak jawatan timbalan MB kerana kecewa ditipu hidup-hidup oleh tuannya sehingga sanggup menggadai maruah dan harga diri demi menyenangkan DAP. Belum menang macam-macam janji diberikan oleh DAP kepada beliau, DAP suruh bantah Hudud dia ikut, suruh kutuk TGHH dia ikut dan penulis yang memanjangkan kata-kata Nizar dan DAP mestilah barua no.satunya, blogger alkusyen. Jika Nizar tolak jawatan timbalan MB, gua pasti calonnya ialah alkusyen kerana tanpa alkusyen siapa ler Nizar atau DAP./GANR

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pandailah admin mengarang fitnah, seronok juga membacanya. Dah berapa banyak tanah rizab melayu lesap tergadai kpd bukan melayu sepanjang masa BN menguasai Perak, tak mahukah diceritakan dlm blog admin ni?

Tanpa Nama berkata...

admin terlebih minum todi ke?

sori jgn marah ye..apa yg admin karang dah macam budak umno sengal kaki pemfitnah dah..

kitorang@pembaca ada akal tapi bukan letak kt lutut, ok!

Tanpa Nama berkata...

Dia bukan minium todi tapi dia telah pil kuda yang diberi oleh seseorang kawan dia.dulu dia ni guna FTZ terengganu,dan inilah sikap orng Pas Terengganu mari,bodoh.tolol.biul.last sekali pukimak dia. Ptuiiiii.

mosabit berkata...

sel2 otak admin dah tak dapat berhubung ...harap maklum..kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

jangan marah... admin wala' wallaweiii... ;-)

Miss Vee berkata...

WOW !!!
This Is What You Really Want !!
>>> CLICK HERE !!<<<

Tanpa Nama berkata...

admin..aku dpt berita versi len..ni yg comfirm..pasma x jd utk tubuh pati politik,tp dpt jd dewan ulama muktabar maksum bg parti dap

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...