Translate

Mesti Baca

Sabtu, 25 April 2015

Bagaimana Jika Calon BN Bersumpah Akan Menyokong RUU EKJS II Kelantan?.


Mai kita fikir diluar kotak sekejap sambil berkempen di Permatang Pauh yang mana parti bertanding mempunyai ideologi dan dasar yang hampir-hampir sama. Cuma perbezaannya ialah ahli Umno mestilah bumiputera dan PKR pula terdiri dari berbagai kaum tetapi majoriti ahli PKR yang berbangsa Melayu adalah asal dari parti Umno.

Umno adalah tunjang kepada Barisan Nasional dan PKR pula bersama PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat yang tidak berdaftar. Kerana itulah apabila berlaku pilihan raya, komponen BN menggunakan lambang dacing berbeza dengan PR yang terpaksa menggunakan lambang parti masing-masing bila bertanding.

Kerusi parlimen Permatang Pauh memang sudah di akui sebagai milik mutlak PKR dan adalah hak milik PKR untuk meletakkan sesiapa sahaja hatta penjual cendol sekali pun. PR mesti akur kerana ia hak milik sah PKR dan kerusi Permatang Pauh juga adalah kubu kuat PKR kerana sejarah telah tertulis bagaimana pembangkang kalah teruk pada PRU11 kerana kehebatan En. Bersih (Pak Lah). PAS kalah, DAP kalah dan yang paling teruk kalah ialah PKR. 

Hanya kubu kuat PKR, Permatang Pauh sahaja yang dapat di pertahankan. Inilah yang dikatakan kehebatan pengundi Permatang Pauh yang cukup setia dengan mantan TPM/MPnya walau pun di asak kuat oleh BN, PKR tetap menang biar pun majoriti merosot. Parlimen Permatang Pauh juga adalah parlimen yang acap kali berpilihan raya walau pun tiada kematian berbanding dengan parlimen di Malaysia.

Dulu kerusi kosong kerana MPnya di penjara lalu diambil alih oleh WAWI sebagai pengganti kemudian ia dikosongkan oleh WAWI untuk memberi laluan kepada suaminya yang cukup tempoh untuk bertanding. Sekarang dikosongkan sekali lagi atas faktor yang sama iaitu MPnya dijatuhi hukuman penjara 5 tahun yang menghilangkan kelayakkannya sebagai MP.

Isu yang sedang hangat di perkatakan ialah kata dua dari Pemuda PAS P.Pinang terhadap PKR yang menuntut agar PKR memohon maaf disebabkan kebiadapan mereka menyuruh TGHH meninggalkan PAS dan menuduh TGHH menjadi liabiliti dalam PR (bagi gua PAS masih memiliki para pemuda hebat untuk mewarisi PAS tanpa rasa gentar kehilangan undi... Syabas).

Mereka meminta PKR menarik balik penghinaan dan memohon maaf kepada PKR jika tidak Pemuda PAS P.Pinang tidak akan membantu calon mereka. Siapa mereka untuk mempersoalkan rumah tangga rakan politik mereka. Bagaimana jika  PAS P.Pinang mendesak agar WAWI meletak jawatan sebagai Presiden PKR, apa yang akan mereka kata. Tidak mustahil akan keluar kata-kata maki hamun atau

Nampaknya PKR sudah menjadi boneka kepada DAP yang mengaku mereka adalah abang besar dalam PR. Tindakan PKR sudah senada dengan suara-suara celaka dari DAP yang semakin sombong sehingga sanggup menikam rakan sendiri dalam PR. DAP telah memberi amaran agar isu Hudud tidak boleh disebut pada PRK Permatang Pauh.

Serangan DAP yang di mulai oleh dinasti Lim terhadap PAS bermula sebelum EKJS II Kelantan lagi, malah ia bermula sejak Mat Sabu di lantik menjadi ahli lembaga pengarah air P.Pinang lagi ada motifnya kerana Mat Sabu juga adalah timbalan Presiden PAS.

Serangan mereka bertambah hebat apabila PAS tidak bersetuju dengan 'Langkah Kajang' dan 'penyingkiran TSKI sebagai MB'. Bantahan TGHH terhadap perlantikkan WAWI sebagai calon MB Selangor yang baru lebih memedihkan lagi hati hitam Dinasti Lim. Pelantikan Mat Sabu sebagai ahli lembaga pengarah air P.Pinang satu jalan untuk mengawal PAS agar berada di bawah telunjuk mereka yang mengaku abang besar.

Halangan DAP untuk mengawal PAS terhalang dengan adanya TGHH didalam PAS, maka beliau perlu disingkirkan walau apa cara pun kerana dalam DAP a.k.a. komunis mana ada halal haram. Mereka sebenarnya sudah kekeringan isu disebabkan slogan 'Malaysian Malaysian' sudah lama di laksanakan oleh kerajaan BN di bawah Umno. 

Mereka menuduh kerajaan Umno/BN korup tetapi lihatlah bagaimana KM LGE lakukan terhadap kediaman rasmi KM P.Pinang yang sudah tidak perlukan baik pulih lagi. Pada pemulaan pemerintahannya beliau berjanji akan menjadikan pemerintahan Khalifah Islam Umar Abdul Aziz r.a. sebagai idolanya tetapi akan memerintah lebih dari 2 tahun berpandukan pemerintahan Khalifah Umar yang bertahan hanya 2 tahun lebih sahaja.

Sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam apabila menyebut tentang hukum yang di perintahkan oleh Allah S.W.T, maka hukumnya wajib dijalankan walau sehebat mana dugaan yang terpaksa dilalui. PAS tidak perlu berUG dengan Umno atau parti-parti lain berasaskan Islam kerana ia bukan dari PAS. PAS hanya melaksanakannya kerana itu adalah matlamat utama PAS. 

Sesi penerangan telah di terangkan oleh PAS bukan setahun dua tetapi sudah berpuluh-puluh tahun. Jika ada suara yang mengatakan tiada sesi penerangan maka itu adalah satu pembohongan yang jahat lagi celaka. Buat umat Islam pula perlukah kamu diberi penerangan sedangkan  5 kali hari kamu berikrar di hadapan Allah S.W.T yang kamu akan taat segala yang di perintahkan terhadap kamu. Atau kamu pun sama dengan barua-barua DAP dan PKR pun perlukan sesi penerangan.

Berkaitan dengan PAS Permatang Pauh yang dianggap suara-suara picitan oleh Mujahid atau Mat Sabu kerana enggan turut serta berkempen kerana kenyataan WAWI menolak Hudud. PAS Permatang Pauh hanya angkur kepada TGHH. Apa yang dinyatakan oleh PAS Permatang Pauh untuk menyelamatkan akidah penolak Hudud dan mereka berhak menyatakannya kerana mereka tidak mahu pengundi yang tidak bersalah terikut sama dengan pemimpin yang sentiasa bernafsu besar.


"Kami tak mahu ambil kira pandangan dia (Mujahid) sebab mereka tak ketemu dengan kami. (Sebelum beri pandangan)...dia kena turun jumpa kami baru dapat maklumat (tentang sentimen akar umbi)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas PAS Permatang Pauh di Dewan Masjid Seberang Jaya, di sini Rabu malam.


Omar juga berkata, PAS Permatang Pauh masih berpegang kepada keputusan mesyuarat agung bahagian itu 19 April lepas supaya Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menarik balik kenyataannya tidak menyokong rang undang-undang persendirian berkaitan hudud. 

Ditakdirkan calon BN menyokong Hudud dan bersumpah dengan sumpah Wallahi... Wabillahi... Watallahi  'bahawa aku akan menyokong pelaksanaan hukum Allah sekiranya ia dibawa ke parlimen walau pun aku terpaksa membelakangi parti aku sendiri'. Bagai mana pengundi yang beragama Islam menanganinya kerana calon dari PKR pula menolak hukum Hudud. Jika perkara itu berlaku bagaimana nak jawab walau pun gua yakin calon BN tidak akan berani puyer. Berbeza dengan calon PAS untuk parlimen Rompin, kalah atau menang Hudud tetap didahulukan. Sekadar berfikir di luar kotak gua sahaja.

DAP sekarang ini bukan menolak Hudud tetapi mereka telah menunjukkan sikap sebenar mereka yang sudah terang-terangan anti Islam. Kerana itulah mereka sanggup berhabis demi menyingkir golongan ulama dalam PAS, lebih-lebih lagi terhadap TGHH sehingga mereka sanggup memutuskan hubungan dengan Presiden PAS tetapi tidak kepada parti PAS. Cerdik ker bodoh Dinasti Lim?. 

Bagi mereka selagi TGHH memimpin PAS harapan dan cita-cita tersembunyinya terhalang. Ratib UG yang dimainkan oleh barua-barua mereka langsung tidak memberi kesan. Ratib UG sudah hampir 10 tahun di ulang dan di ulang tetapi akhirnya Papa LKS sendiri nak berUG dengan BN. Umat Islam perlu tahu tembelang DAP yang menunjukkan sikap lunak terhadap Islam tetapi mereka sebenarnya cukup anti kepada Islam. 

Di sebabkan itu juga mereka menolak anugerah pangkat daripada Sultan atau Raja-Raja Melayu kerana apa perlu pangkat dari Ketua Agama Islam sedangkan mereka anti Islam. Jika mereka menerima anugerah itu bermakna mereka bersetuju dengan Islam.GANR

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...