Translate

Mesti Baca

Khamis, 5 Mac 2015

Kegilaan Seorang Blogger Baik Tua Mahu Pun Muda.


Hujah yang selalu dilontarkan pada ulama ialah adakah mereka maksum sampai tidak boleh ditegur?. Jangan kata orang alim, yang jahil pun tahu yang MAKSUM itu terletak hanya pada Rasulullah s.a.w. Gua ingat makin tua makin berilmu tetapi hakikatnya semakin bodoh dan sombong. Gua bukan nak bela ulama tertinggi PAS tetapi apa yang gua lihat kebanyakan ulama tertinggi lebih suka berdiam diri dan mereka tidak pernah membalas balas cercaan orang yang mengaku dialah puak paling Islamik dalam PAS dan mewakili akar umbi, betul ker apa tanggapan mereka.

Bagi gua tidak perlu dilayan orang bodoh nanti diri sendiri jadi bodoh macam cikgu pencen yang terlepas jawatan ketua kampung. Bukan main hebat serangan sejak menjadi barua Pasma sejak pertama kali bertentang mata dengan presiden Pasma. Mungkin selepas nih tak perlu buat jeruk pasal jadi pencacai Pasma yang cukup kaya cukup menambah pendapatan dari pencen cikgu. Kesian gua kat anak murid yang bergurukan barua Pasma nih.

Sejak mula Razman Zakaria diangkat menjadi Pesuruhjaya PAS Perak, gua baca ucapan tahniah pun macam tak puas hati. Dalam bertanya tentang kekayaan yang belum pasti pun sudah tulis kata-kata fitnah. Takkan bekas orang hebat alqam masih jahil tentang fitnah atau memang dah niat nak kejutkan fitnah dari tidur. Cukup-cukup ler kutip berita orang lain letak dalam blog lepas tu tukar tajuk, kerja senang atau mungkin tabiat tu dah jadi darah daging sejak menjadi guru. Curi soalan cikgu lain tapi mengaku dia yang buatkan.

Buat blogger yang sewaktu dengannya fikir ler baik-baik bila musuh tidak boleh menyerang dari luar maka mereka akan menyusup dari dalam supaya senang sikit kerja untuk porak perandakan PAS. Gua nih cukup sokong 100 peratus jika semua jawatan dipertandingkan kerana PAS bukan milik ulama atau profesional. Letaklah calon yang hebat-hebat dari Pasma atau Anwaris kerana tiada halangan untuk bertanding jika ada pencalonan.

Jahatnya puak-puak nih buat fitnah sebagaimana Dr Dzulkefli Ahmad boleh menuduh al-Marhum TGNA menyokong pluralisme dengan alasan bodoh seorang yang mempunyai phd yang al-Marhum TGNA juga menghadirkan diri dalam majlis-majlis agama lain. Kenapa beliau tidak berani mengatakan ketika hayat TGNA masih ada dan kenapa baru sekarang beliau mengeluarkan fitnah yang amat jahat bagi gua. Gua cabar Dr Dzulkefli agar menarik balik tuduhan jahat beliau terhadap TGNA jika beliau masih mempunyai telor.

Wahai barua-barua Pasma, Anwaris, DAP atau PKR, sedar ler adakah lu pernah mendengar dari mulut TGHH yang melarang pemimpin PAS untuk bertanding jawatan presiden?. Tolong jawab sikit kerana apa yang gua baca ianya bukan dari mulut beliau tetapi dari mulut ulama-ulama di bawahnya. Apa guna menjadi pemimpin PAS yang hebat jika arahan Majlis Syura Ulama sebagai pemegang kunci pun kamu perlekehkan. 

Semua pemimpin PAS tahu yang MSU PAS sahaja yang tidak dipertandingkan kerana ia adalah badan rujukan tertinggi PAS. Inilah badan yang paling amanah dalam bai'ah mereka berbanding dengan MK PAS Pusat yang minit mesyuarat selalu bocor. Siapa yang membocorkannya jika tidak barua-barua yang paling celaka dalam sejarah PAS.

Gua cakap atas dasar gua ini bukan ahli PAS, gua tulis kerana penghinaan mereka yang bab nahu pun lintang pukang masih mengaku dia antara yang paling bijak. Seperti yang gua katakan bahawa gua menyokong penuh setiap jawatan dipertandingkan kerana inilah jalan terbaik buat PAS dan ahli-ahlinya mengenali siapa barua/syaitan yang bertandang dalam PAS. Gua tak kata PAS itu bagus tapi dalam politik negara hanya PAS sahaja dasarnya bersumberkan al-Quran dan hadis.

Seperti kata presiden Pasma yang menumbangkan kerajaan PR Kedah bahawa beliau tidak terlibat untuk mengulingkan TGHH tetapi setiap kali ceramah Pasma tidak sah jika tiada perkataan mengutuk pimpinan tertinggi PAS. Gua tidak boleh menerima pemimpin yang lidah bercabang ini yang kononnya kehadiran Pasma untuk menyelamatkan PR. Kalau dah rasa ahli ada 2 juta dan sokongan kuat dari DAP dan PKR dengan dana yang banyak, inilah masa terbaik kamu bersama PR dan PAS dengan mudah boleh disingkirkan.

Kenapa Pasma berdolak dalik berkaitan isu menjatuhkan TGHH dan ulama-ulama dalam PAS melainkan mereka sendiri sedar yang mereka tiada kekuatan atau calon yang benar-benar layak. Disebabkan isu calonlah yang membuatkan puak-puak dan barua-barua Pasma tengah meroyan./GANR

2 ulasan:

cucu mamak kutty berkata...

ini sah bloger pecacai yg suka jadi penjilat ug,org mcm ni sesuai masok umno je,boleh le jilat najib ...jenis manusia penjilat niiii....."jilat jgn tak jilat"

ABU berkata...

Hai Melayu!
rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
warga bangla pula menjadi JaGa,
orang Nepal yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata,
lalu melayu ada apa?

Sedutan dari sajak A. Samad Said
...
KEDEPAN pernah menyentuh akan isu ini,

Salam 1rasuah,

Masuk pasaraya tengok warga asing cuci lantai,
Makan kat pudu tgk warga asing sapu sampah,
Masuk klia tgk warga asing susun troli & cuci tandas,
Masuk car wash tgk warga asing cuci kereta,
Pasar malam kaw kilang @ pembinaan penuh warga asing beli barang,
Pergi nilai 3 beli kain dah mcm Pakistan kecil.
Tegok bersama mu baru nampak rakyat kita,
Kerja untuk rakyat diberi kepada warga asing. Apa sudah jadi?

KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...