Translate

Mesti Baca

Sabtu, 21 Mac 2015

Antara Adun PKR Kelantan Dengan Adun PAS Selangor, Apa Perbezaannya.

Image result for syaitan azazil
Yang akan bertenggek kat blog nih nanti.

Gua amat tertarik untuk membuat perbandingan 3 Adun Pakatan Rakyat iaitu 2 dari PAS Selangor dan seorang dari PKR Kelantan yang mana isunya boleh dikatakan sama iaitu melanggar arahan parti masing-masing. Jika lu seorang yang Islam dan diberi pilihan, siapa yang patut diberi pujian kerana 2 adun dari parti PAS yang dasarnya bersumberkan al-Quran dan Hadis sementara adun dari parti PKR pula dasarnya pula lebih kepada sekular/ liberal/pluralisme.

Yang amat menariknya ialah sikap ketiga-tiga adun itu telah dengan nyata melanggar dasar parti mereka sendiri. Apa yang peliknya ialah adun PKR telah melanggar arahan parti agar tidak hadir atau menyokong pindaan EKJS II yang di bentangkan oleh PAS Kelantan. Bagi pendapat gua, Mohamad Roslan Puteh telah melakukan perkara yang betul sebagai seorang Islam dengan mengundi usul yang di bentangkan. Sebagai umat Islam, beliau telah melepaskan dirinya daripada arahan parti yang mana mengarahkan beliau melakukan ke kancah menyekutukan Allah.

Adakah Ketum, Wan Azizah dan pemimpin besar PKR akan menanggung dosa di Padang Mahsyar atau meletak di atas pundak mereka dosa Mohamad Roslan demi meraih undi untuk ke Putrajaya. Beliau menyokong usul itu kerana ia memang satu perkara wajib sebagai umat Muhammad S.A.W. Persetankan dengan jawatan dunia yang sementara ini kerana hukum Allah S.W.T lebih besar pahalanya daripada parti yang lebih mementingkan seorang banduan yang dituduh meliwat yang mana gua sendiri tidak mengetahui akan kebenarannya.

Mohamad Roslan Puteh
Adun Guchil, Mohamad Roslan Puteh, Adun tunggal PKR Kelantan

Saari Sungib dan Hasnul Baharudin (dua dan tiga dari kanan) ketika hadir di sidang media menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 14 Ogos lalu. – Gambar The Malaysian Insider, 12 Oktober, 2014
Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharudin dari PAS

Berbeza pula dengan adun dari PAS iaitu Saari Sungib dan Hasnul Baharudin yang menolak arahan parti dengan menyokong Wan Azizah sebagai calon MB Selangor di mana bukan sahaja sokongan mereka itu bertentangan dengan dasar parti, malah mereka melakukan dosa besar dengan melawan hukum Allah S.W.T yang terang dan nyata melarang wanita-wanita muslim menjadi iman atau pemimpin. Adakah hujah atas kesepakatan dalam Pakatan maka mereka mendapat lesen untuk menyanggah amaran Allah S.W.T.

Dengan alasan itu mereka sanggup menjual agama mereka dengan harga yang murah demi menyenangkan sekutu PKR dan DAP. Persetankan dengan sokongan DAP yang mana dasar Sosialis mereka yang tiada perkataan haram. Adakah PAS sanggup melanggar sumpah mereka dengan melanggar dasar parti mereka sendiri demi menyenangkan hati sekutu mereka si Ketum, PKR dan DAP. 

Inilah wajah-wajah pengkhianat Islam yang berada didalam PKR dan DAP di mana DAP dengan Malaysian-Malaysiannya dan PKR pula dengan perjuangan mereka hanya untuk seorang banduan yang disabitkan meliwat. Bukan gua yang melabelkannya tapi Mahkamah Persekutuan sendiri yang menjatuhkan hukuman selepas diberi peluang dari peringkat bawah sehingga ke peringkat tertinggi.

PKR sendiri telah tersasar dari perjuangan yang mereka laung-laungkan di mana atas nama PKR atau Parti Keadilan Rakyat telah berubah kepada parti keadilan untuk Ketum sedangkan tiada pun jawatan Ketum a.k.a. Ketua Umum. Demo yang diadakan selepas 'Langkah Sungai Buloh' hanya bukan untuk membela kepentingan dan keadilan untuk rakyat marhaen yang semakin terhimpit dalam kehidupan tetapi ianya untuk seorang individu sahaja.

Gua memang simpati kepada yang teraniaya lebih-lebih lagi rakyat marhaen yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Memang tidak dinafikan bila keluarga Ketum merasakan beliau dijadikan banduan kerana agenda politik Umno dan kerana itulah mereka berjuang. Tetapi yang bernama pemimpin itu pernahkah merasa apa yang rakyat marhaen rasa dalam kehidupan seharian. 

Jika mereka duduk 40 dari 60 bulan kat Sogo atau berkhemah depan Penjara Sungai Buluh menunggu pembebasan Ketum pun memang mereka mampu kerana mereka bukan golongan miskin seperti rakyat marhaen. Mereka mempunyai rumah besar, kereta mewah, tunai banyak di bank-bank dalam dan luar negara dan bagi rakyat marhaen apa yang mereka ada.

Tidak cukup dengan demo, mereka cuba mengheret sama negara-negara luar seperti Amerika yang dikenali penyembelih umat Islam. Inikah pemimpin yang dikatakan layak untuk memimpin negara disebabkan seorang individu yang bercita-cita besar, mereka sanggup menjual maruah negara. Malaysia negara yang berdaulat dan apa hak negara luar mencampuri urusan negara sedangkan Amerika yang kononnya menyanjungi demokrasi pun sanggup membunuh rakyat mereka sendiri. 

Bagi gua tindakan PKR semakin melampau walau pun gua dan rakyat tahu kerajaan yang ada ini zalim dan dipimpin oleh para perompak. Kenapa tidak suruh Amerika dan sekutu mereka yang sudah lama cukup mesra dengan Ketum menghantar tentera mereka menyerang negara. Gua tahu dan faham yang Ketum itu laki Wan Azizah, bapak si Nurul sebagaimana jawatan presiden PKR yang disandang oleh WAWI hanyalah untuk meraih simpati sebagaimana dilakukan.

Sepatutnya sebagai isteri yang membela suaminya beliau mesti lebih mendekatkan lagi dirinya ke Hadrat Ilahi kerana tidakkah doa-doa orang yang teraniaya tiada hijab antaranya dengan Allah S.W.T. Bukankah itu yang patut dilakukan sebagai seorang yang mengaku Islam tetapi bukan mendekatkan diri malah beliau sendiri menjauhi dirinya. Amaran beliau terhadap adun-adun dan mp-mp PKR agar tidak menyokong hukum Allah S.W.T yang akan di bentangkan oleh PAS boleh diibaratkan yang beliau melawan Tuhannya sendiri. 

Adakah sifat kelembutan dan keibuan hanyalah bersifat munafik, lu mengaku Islam lu menolak hukum Tuhan lu tetapi dalam masa yang sama lu boleh terima hukum ciptaan musuh-musuh Tuhan lu..... lu dan pimpinan lu nak diketogerikan apa agaknya, mungkin betul jika orang kata keluarga lu pendokong pluralisme yang kuat. DAP gua memang dah gua tolak tepi pasai semua tahu yang mereka sosialis, keluarga komunis. Berani pulak si Ketum membawa kes ini dibawah Qazaf terhadap Saipul atau mungkin beliau tersalah mahkamah kut.

Adakah Hudud itu zalim dan menyokongnya adalah salah atau waktu belum sesuai atau banyak lagi perkara membabitkan rakyat lebih penting atau tangguh dulu atau banyak perkara perlu diperkasakan sebelum di laksanakan tetapi GST hanya makan masa setahun sahaja sudah boleh di laksanakan pasai dalam TV hari-hari dok bagi penerangan, boleh jer kenapa Hudud tidak boleh. PAS lakukan pasai ada signal dari pusat lu dan para celaka dok ratib UG. 

Suka tak suka Kelantan tidak boleh bersendirian dan mesti mendapat sokongan pusat yang mengawal semua agensi macam mak bapak dia punya. Bila adun BN sokong atas sifat wajib ke atas umat Islam lu dan DAP celaka kata PAS nak UG dengan Umno. Lebih celaka bila MP PKR dan MP PAS yang dah dibaruakan oleh Ketum menentang. 

Lebih seronok lagi bila Pasma ditubuhkan atas tajaan musuh-musuh PAS, blogger Alkusen yang dari dulu ratib UG dinobatkan sebagai timbalan pengerusi Pasma Perak. Tidakkah hebat bila blogger diangkat setinggi itu dan blogger TulangBesi@RahmanTalib pengutip derma bakal jadi CEO, Budak Hitam Penang yang cukup-cukup makan dah merasa melancung kat luar negara sejak DAP perintah P.Pinang.

Gua pula tunggu barua-barua yang semakin celaka datang bertenggek kat blog gua dengan komen-komen celaka. Mai mai sini weh, tulang banyak gua simpan buat barua-barua.Gua tengah tunggu lampu hijau dari WAWI untuk tukar tajuk blog GANR jadi GAntiNuaR./GANR

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PKR tak baruakan adun dia.

Parul Sama berkata...

PKR tak baruakan adun dia. Tapi mengajak/mengarah adun dan MP nya ke arah menentang hukum yg ALLAH turunkan. Agak2 mana yg lagi barua? Biar Barua kt dunia jgn di baruakan di akhirat nanti.

Tanpa Nama berkata...

artikel terbaik dpd admin utk golongan2 yg rosak dan cuba merosakkan pemikiran umat Islam........"sesungguhnya solatku, cara hidupku, hidupku dan matiku hanyalah utk Tuhan Rabbul alamin".......tak mcm jebon, pasma, macai2 pkr dan blogger2 spt greenboc, alhusyeen, tulang besi, mountdweller, yong suka kuning, addin, sisi bukit, kedah lanie dan sbgnya..........segala2nya utk politik, kuasa, duniawi dan semata2 menjaga hati dap ( Wali besar depa yg akan menyelamatkan depa di akhirat kelak )

Tanpa Nama berkata...

Agama Islam juga tidak menyuruh umatnya memaki hamun, berbicara secara kasar terhadap orang lain walaupun jika orang itu melakukan kesalah yang besar sekalipun. Agama Islam juga tidak menyuruh umatnya menyebarkan keburukan orang lain walaupun orng itu terbukti bersalah.

Tanpa Nama berkata...

PKR bukan menentang hukum Allah tapi mensihti Pas tentang umpan yang ada depan mat tu ada mata pancing didlamnya.Umno sedang memancing,Pas dah kemam umpan cuma tak telah je lagi.kau tunggu keputusanya nanti damada Pas tertelan atau termuntah.kita sama2 tunggu.Allah bagi kita akal untuk berfikir dan berrtindak.Apakah selama ni Umno menentang hudu tiba2 mengis sokong hudud.Mesti ada yang tak kena.Fikar222 kan lah.

Tanpa Nama berkata...

Dulu admin guna blog nama laimn.kemudian tukapas Anti najib,sudalh admin orang tahu kau tugeng Hj hadi dan sekatrng seolah2 anti najib rupa2nya penjilat najib dan rosmah.sudahlah oarng tak bodoh macam kau.konon guna ayat islam dan syaitan,jangn2 kau tu nacan syaitan berwajah manusia

Tanpa Nama berkata...

'''''biar hilang undi jangan hilang iman. itu prinsip yg patut dipegang tp macai pkr pula sebaliknya

cucu mamak kutty berkata...

cara berfikir bloger setan

Tanpa Nama berkata...

mmg typical watak macai pkr bila kalah berhujjah ........depa guna maki hamun pula.

Tanpa Nama berkata...

Jawatan yang tidak boleh dipegang oleh wanita ialah khalifah sedangkan MB bukanlah khalifah. Sama ada untuk melantik lelaki atau wanita sebagai MB adalah perkara khilafiah. Sama dengan makan makanan laut seperti udang, kerang dan sotong, adakah orang Melayu yang bermazhab Syafie melanggar hukum Allah kerana melantak udang, kerang dan sotong atau orang Bangla yang bermazhab Hanafi yang melanggar hukum Allah kerana mengharamkan yang halal?

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...