Translate

Mesti Baca

Ahad, 22 Februari 2015

Barua Pasma Mula Rancak Ratib UG Setelah Ketum Bertapa Kat Sungai Buloh.


Gua dah agak bila kembalinya Murabbi TGNA mengadap Ilahi meninggalkan kita maka akan galaklah barua-barua memulakan ratib UG UG UG yang sudah 7 tahun berlalu tetapi impian para barua ini untuk melihat ratib mereka menjadi realiti tidak kesampaian. Kesian gua tengok puak-puak ini sehinggakan terpaksa mewujudkan Pasma demi menghalalkan segala perbuatan celaka mereka lebih-lebih lagi dengan cikgu pencen yang siang malam dok berdoa agar PAS berUG dengan Umno. 

Pasma telah mengeluarkan senarai 50 penceramah/ustaz yang dituduh sebagai berselindung di sebalik jubah dan serban ulamak tetapi suka sangat memecah belahkan parti dan anti Pakatan Rakyat. Mereka ini diminta disingkirkan dalam Muktamar akan datang. TG Sidek Noor tiada dalam senarai atau terlepas pandang dari Pasma yang dalam ucapannya tanpa berselindung menyerang beberapa barua yang mungkin termasuk cikgu pencen. Apa yang gua tulis ini kerana hubungan antara TG Sidek Noor dengan cikgu pencen agak akrab.

Wakil Dewan Ulama Perak Sidek Noor menyifatkan timbalan presiden, naib presiden dan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat tidak layak memegang jawatan tersebut kerana tindakan mereka yang selalu membelakangi Hadi.


"Mereka tidak layak memegang jawatan timbalan, naib dan AJK PAS Pusat sekiranya tidak membantu presiden, lebih baik lepaskan jawatan," katanya dalam perbahasannya di multaqa sehari itu yang diadakan di Serdang, Selangor.

Beliau juga merujuk kepada tindakan seorang AJK PAS Pusat dari Perak yang didakwa cuba “meracun” pemikiran ahli PAS untuk tidak menerima pelaksanaan hukum hudud. "Di kala Kelantan berhempas pulas ingin melaksanakan hudud, tapi ada pula AJK PAS Pusat dari Perak ini turut ke kampung, cawangan, kata belum tiba masanya laksanakan hudud.

"Kamu pertikaikan undang-undang Islam ini, undang-undang dari Tuhan. Kalau kamu tidak yakin, apa lagi, lebih baik keluar," katanya. Beliau bagaimana pun tidak menamakan AJK yang dimaksudkan. Beliau turut memberi contoh pemimpin kanan yang ingkar dengan arahan PAS Pusat iaitu ketika krisis Selangor berlaku.

"Ada dua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang ingkar dengan keputusan PAS dan pendirian presiden, dengan menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar," katanya merujuk kepada Hasnul Baharuddin (Adun Morib)dan Saari Sungib (Adun Hulu Kelang).

Pada masa sama, beliau juga membidas kepimpinan Pakatan Rakyat yang dilihat banyak menyerang kepimpinan Hadi. "Kalau (veteran DAP) Lim Kit Siang (yang mengatakan sesuatu), mereka tidak cakap (ia pendirian) peribadi. Namun, bila Hadi cakap, mereka kata itu kenyataan peribadi.

"Mereka kena sedar, kita pilih mereka untuk bantu Hadi. Tapi mereka tiba-tiba lawan presiden. Itu kurang ajar. Mereka tidak sedar mereka tidak layak," katanya. 

Dalam arahan sulit, mereka yang tersenarai tidak akan diberikan publisiti dan mana-mana kawasan yang didominasi oleh Pasma agar mereka tidak diundang. Manakala imej mereka ini diburukkan dalam media sosial agar kredibiti mereka dipersoalkan.

Mereka ialah:-

1. Ustaz Nor Azli Musa (Perak)
2. Ust Fadhli Ibrahim (Phg)
3. Us Tuan Ibrahim Tuan Man (Phg)
4. Ust Nik Abduh (Kelantan)
5. Dr Khairudin Takiri (Trg)
6. Ust Nasarudin Tantawi (Phg)
7. Ust Idris Ahmad (Perak)
8. Dato Dr Mahfuz Mohamad (Jhr)
9. Ustaz Zaharudin Mohamad (Trg)
10. Ustaz Ahmad Yahya (Kedah)
11. Ustaz Hanafi (Trg)
12. Dr Azhar Yaakob (Wilayah)
13. Ust Mohd Nor Hamzah (Trg)
14. Ust Zulkifli Ismail (Melaka)
15. Ust Mokhtar Senik (Phg)
16. Dr Riduan Mohd Nor (Wilayah)
17. Kamaruzaman Mohd (Wilayah)
18. Hj Razman Zakaria (Perak)
19. Ust Fauzi  (Kedah)
20. Ust Hafez Sobri (Perak)
21. Ust Kamarudin sidek (Melaka)
22. Ust Hazmi Dibok (Pahang)
23. Ust Rosli Jabar (Pahang)
24. Ust Aris Hazlan (Pahang)
25. Ust Yusaini (Perlis)
26. Ust Ahmad Dasuki (Selangor)
27. Ust Sallehin Mokhyi (Selangor)
28. Ust Kamal Saari (Selangor)
29. Dr Daeng Sanusi (Johor)
30. Ustazah Wan Hasrina (Sel)
31. Ustazah Nuridah (Wilayah)
32. Hj Mohd Nor (Wilayah)
33. Hj Khairil (Wilayah)
34. Ust Khairul Azmi (Pahang)
35. Ust Shahril Azman (Pahang)
36. Ust Zamri Mantop (Selangor)
37. Ust Fadhli Saari (Kelantan)
38. Ust Afnan Taib Azamudin (Png)
39. Ust Yusuf Embong (Pahang)
40. Ust Nik Zawawi (Trg)
41. Dato Nik Amar (Kelantan)
42. Dato Ahmad Yaakob (Kelantan)
43. Ust Hashim Jasin (Perlis)
44. Ust Azman Syafawi (Trg)
45. Ust Syarhan (Selangor)
46. Ust Asri Daud (Kelantan)
47. Ust Kamaruzaman (Trg)
48. Ust Syed Abdul Kader (Sel)
49. Ust Najmi Karim (Selangor)
50. Dr Zuhdi Marzuki (Selangor)

Mereka telah arahkan supaya mereka jangan dicalonkan sebaga AJK PAS Pusat. Kerja yang dibuat oleh Pasma sangat buruk dan ini sangat bahaya untuk Jamaah PAS kerana mereka telah memberikan imej buruk terhadap PAS sehingga PAS menjadi tidak lagi dominan dalam Pakatan Rakyat. Gua ingat makin berumur makin dekatkan diri dengan Allah tetapi sebaliknya inilah manusia yang busuk hati dengan menyebarkan fitnah-fitnah yang nyata. 

Gua tengok presiden Pasma macam celaka kerana inilah pemimpin PAS yang membantu BN menawan semula Kedah. Dulu masa jadi Exco Kedah bukan main marah kat Al-Marhum Ustaz Azizan kerana melebihkan PKR dengan projek-projek di Kedah. Gua ingat marah kat PKR bukan main-main, rupa-rupanya semuanya hanyalah lakonan kerana Pasma ditubuhkan kononnya untuk mengekalkan PAS tidur sebatal dengan PKR. 

Maka celakalah para pengkhianat yang masih berumah didalam PAS kerana orang sudah tahu siapa disebalik Pasma yang semakin aktif mengerakkan barua-baruanya dengan melakukan fitnah terhadap partinya sendiri. Sedarkah mereka yang mereka dan barua-baruanya hanya boneka siKetum yang dipenjara kerana salahlaku dalam kes sodomi./GANR

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biarlah Malaysia bergabung dengan Singapura dan Lee Hsien Loong menjadi Perdana Menteri. Sekurang-kurangnya taraf hidup rakyat akan menjadi lebih baik. Sekarang SGD1 = RM2.75 wooo

Tanpa Nama berkata...

Betul tu supsya org Islam semua jadi kuli, yg JD menteri Ada LA dua kerat, yg lain. , n nak JD pilot pun tak boleh tambah nk JD ketua polis negara tambah lah lg. Boleh pegang cotar jer, pegang pistol nanti jadi teroris pulak.taraf hidup rakyat tinggi tapi beli BRG di jb dok DLM flat HDB, nak azan pun tak boleh pakai mic. Pastu hidup dgn buku merah ,kuning , biru hijau ha ha ha mcm kereta tak DA otak pulak. Kan kan kan bestnyer jadi robotkan

Tanpa Nama berkata...

Asalkan tiada Melayu yang hidup merempat, siapapun perintah tidak mengapa.

Tanpa Nama berkata...

puak2 celaka ni...bila prsiden dimako dihamun dipertikai samada dr dlm atau luar...mereka diam membisu..tapi bila jauk2 mereka diserang...melalak...bwk ayat quran la...tindakan disiplin la...petil ucapan fadhil nor out of context la...celaka..celaka...celaka semua barua2 ni...semoga allah permainkan mereka sebagaimana mereka mempermainkan pewaris2 nabi.

Tanpa Nama berkata...

Hidup bukan takat hidup je nak cari ringgit. Kena buat seruan Allah dan tinggalkan larangannya. Kalau nak hidup mudah jadilah lintah dan pacat. Jumpa babi..bapi dihinggap..jumpa lembu..lembu pulak. Perhatikan hidup kita yang jadi begini kerana kita tidak sensitif dan sayangkan Agama. Mungkin puak anti ulama suka "ketum" tanpa was-was.Jangan tunggang PAS jika niat nak ke tempat lain.

Tanpa Nama berkata...

Perasan dan berasa suci, setaraf standard Yahudi. Patut Allah tak restui nak perintah Malaysia, seronok dan syiok sendiri. Pakai jubah, ikat serban, hadiri persidangan ulamak,sendiri ikhtiraf diri ulamak. Juz ammah pun tak hafal, bahasa Arab tungganglanggang... tu pun dok rasa mantap tafsir ilmu quran hadis. Apapun kita perlu ada rasa sayang pada ulamak, jangan sesekali ada perasaan benci walaupun sebesar zarah, sebab itu tiket kita ke neraka. Ulamak sebenar-benar ulamak, bukannya ulamak celup geng-geng pak lebai kopiah longgaq. Apapun Allah akan hadirkan rasa gerun pada musuh jika benar kita berjuang atas mama islam, sekarang ini rasa gerun ke rasa kartun?

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...