Translate

Mesti Baca

Khamis, 26 Februari 2015

Apabila Angan-Angan Besar Mengatasi Semuanya.


Mula-mula gua dengar ada satu Ngo yang berpemimpinkan jaguh besar PAS dari Kedah akan ditubuhkan, gua tertanya-tanya siapa pemimpin besar itu dan apa pula nama Ngo. Tika itu ia menjadi tanda tanya kerana nama-nama penaja Ngo tu sekor pun gua tak kenal. Akhirnya keluarlah mastermindnya bila Ngo itu sudah sah ditubuhkan dengan nama yang cukup mengerunkan iaitu Pasma yang mana gua masih belum tahu apa spesiesnya dan matlamat kenapa ia ditubuhkan. 

Gua buka ahli DAP, PKR, PAS atau menjadi penulis upahan walaupun ada tawaran baru-baru ini atau barua mana-mana pemimpin. Gua tidak pernah memangkah BN kerana gua memangkah parti lawan kepada BN. Gua biasa memangkah PAS, DAP dan PKR sekiranya parti-parti itu bertanding melawan BN. Sekarang gua akan mengubah sokongan gua, keluarga gua dan member-member gua agar menolak DAP, PKR atau tidak mengundi mereka sekiranya tiada parti Islam bertanding.

Bila tertera nama bekas Exco kanan dibawah al-Marhum Ustaz Azizan iaitu Phahrolrazi Zawawi sebagai Presiden Pasma, gua tak berapa nak angkat pot. Portal TMI, MK pula menjadi ejen dengan memaparkan majlis-majlis penerangan yang Pasma anjurkan dengan menunjukkan betapa ramainya kehadiran pendokong Pasma. Seperti biasa gua dah boleh agak pada setiap majlis itu ahli-ahli PKR ibarat diwajib hadir atas arahan pihak atasan.

Selepas mencari maklumat dari sumber-sumber yang dipercayai barulah gua tahu kenapa Pasma ditubuhkan dan dari mana datangnya dana setiap kali ada majlis penerangan mereka. Bagi gua, lantak ler pengkhianat PAS Kedah tu nak tubuh apa Pasma ker, Pasmi ker, Pasmu ker, Pasmumampus ker atau Pasarmalam kerana gua tahu spesis yang bernama Phahrolrazi. Gua tahu peranan yang dimainkannya sehingga berlaku krisis kerajaan Kedah. Inilah spesis yang banyak jasanya membantu BN merampas kembali Kedah dari PR.

Bagi gua lantak ler macam mana cara beliau menghalalkan perbuatannya dengan penulis upahan beliau. Betul ker Pasma begitu hebat sehingga boleh menamakan setiap nama pemimpin PAS baik dari Presiden, MT, Bahagian yang akan disingkirkan dengan dana yang sudah tersedia untuk digunakan demi matlamat songsang mereka. Pesan gua kat celaka-celaka nih, sudahkah mereka menilai kedudukan mereka sendiri pada pemilihan nanti walau pun ada beberapa nama dan jawatan yang agak besar menyebelahi mereka.

Gua pun sudah tahu bahawa mereka sudah mula mengatur langkah di peringkat akar umbi tanpa mengetahui bahawa nasib mereka sendiri semakin kelam. Walau pun berbekalkan isu 'Langkah Kajang', kegagalan Zizah menjadi MB Selangor dan isu 'Hudud' sebenarnya telah menjerat tengkuk mereka sendiri. Sokongan MSU terhadap TGHH yang menolak WAWI sebagai MB sehinggakan si Nurul menghina ahli PAS yang jijik akan dibayar cash buat puak-puak celaka yang mengaku mereka Islam dan hebat dari pemimpin mereka sendiri.

Bila Mat Sabu melawan ketuanya sendiri berkaitan dengan isu MB Selangor, gua mula hilang hormat padanya kerana TGHH menolak WAWI dengan sokongan MSU adalah berpandukan kepada dasar PAS sendiri yang mana rujukan mereka adalah Al-Quran dan al-Hadist. Sejak Mat Sabu berkawan baik dengan DAP, beliau telah mula menunjukkan sikapnya yang sebenar iaitu menjadikan PAS parti Sekular sebagaimana PKR dan DAP yang tebal sosialisnya. Demi sedikit habuan dunia, beliau sebagai orang no.2 sanggup menjual partinya agar menjadi barua kepada DAP dan PKR.

Ahli PAS sebenar beruntung kerana Allah SWT telah menunjukkan kepada mereka siapa musuh dalam selimut yang diam-diam menebuk lubang pada bahtera PAS. Isu 'Langkah Kajang', 'MB Selangor', 'Hudud' dan penentangan mereka terhadap MSU, badan tertinggi parti PAS telah benar-benar membongkar sikap munafik mereka. Gua mengelar mereka munafik kerana mereka menentang keras usul TGHH, TGNA dan MSU menolak wanita menjadi pemimpin yang mana ia telah diterangkan secara lengkap didalam al-Quran dan Hadis.

Elok sangat ler Pasmumampus menjadi pengganti PAS dalam PR kerana mereka lebih hebat, mempunyai keahlian tetap hampir 2 juta yang akan memenangkan PR pada PRU14 nanti. Bagi DAP, PKR menerima masuk Pasmumampus akan mempercepatkan cita-cita mereka menawan Putrajaya dan membebaskan Ketum dari Penjara Sungai Buloh untuk diangkat menjadi PM Malaysia ke 7. Pasmumampus akan ditawarkan jawatan TPM dengan 10 menteri penuh bersama DAP yang diberi jawatan TPM2 yang si Ketum akan wujudkan. 

Beberapa blogger tersohor yang sudah pencen, sedang menganggur atau tengah kutip derma demi sesuap nasi yang jadi penyambung lidah Pasmumampus ada harapan jadi timbalan menteri sekurang-kurangnya. Gua tumpang seronok jer bila tengok rakan-rakan blogger menjawat jawatan tinggi pasal gua awal-awal lagi dah blacklist. Lantak lu ler wahai para celaka-celaka yang sanggup hina agama sendiri demi menjaga hati kerabat komunis./GANR

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Penulis ni kena belajar byk lg. Pehal pas nak sibuk bila itu hak pkr untuk lantik mb. Bole ke nanti kt kelantan pkr tetapkan siapa jadi mb bila tu hak pas. Ko jgn perasan la pas ni dah jadi parti kuat. T'ganu abis, kedah abis nak maintain menangpun tak bole. Kahkahkah ug..ug.

Tanpa Nama berkata...

Nampak sangat penulis ni sangat blurrr dengan apa yang berlaku di dalam kepimpinan PAS di Kedah semasa Azizan menjadi MB. Jadi penulisan lu ini kiranya sampah.

mohd zain berkata...

Ini spesis ulamak nk jadi kotemporari blogger derr

Tanpa Nama berkata...

PAS = Parti Anak Syaitan

Tanpa Nama berkata...

PAS = Parti Ajaran Sesat

Tanpa Nama berkata...

wow anjing2 macai pkr menyerang dan mengigit ! depa kata kita kena raikan perbezaan pendapat tp apabila pendapat kita tak sama dgn depa .......mulalah depa dok menyalak dan mengigit......... dasar anjing ptui !

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...