Translate

Mesti Baca

Khamis, 2 Oktober 2014

Gua Tertarik Dengan Artikel Nih.

Ingatan Untuk PasMa dan Lensa

"Sebagai khalifah di atas muka bumi sememangnya kita mempunyai tanggungjawab yang paling utama melebihi daripada perkara lain hatta nyawa kita sendiri, tanggungjawab itu ialah tanggungjawab kita kepada Allah swt..tanpa mengira apa jua rintangan dan halangan tanggungjawab itu adalah yang paling utama.

Melihat kepada keadaan politik semasa pada hari ini maka perkara itu mestilah di berikan keutamaan. PAS seakan cuba dipotretkan sebagai satu parti atau seorang kawan yang amat jahat, kurang ajar, tak reti bahasa, bodoh sombong, gila kuasa, gambaran ini cuba di potretkan sejak dulu lagi samada oleh kawan mahupun lawan, dengan tidak pandai untuk berselindung dan bermadah, cubaan untuk mempotretkan PAS dengan potret yang buruk ini mula di perhatikan apabila krisis di Perak berlaku, apabila seluruh penyokong PR melihat ketidak upayaan DSAI mengawal adun-adun daripada PKR daripada melompat bahkan yang lebih teruk lagi perbuatan adun-adun PKR itu telah menyebabkan sebuah negeri yang di perintah oleh PR telah jatuh ke tangan BN.

Di dalam keadaan merasakan bahawa dirinya sebagai ketua PR (walaupun tidak pernah dilantik) dan kegagalan beliau mengawal ADUN-ADUN dan ADR menyebabkan keupayaan dan kewibawaan beliau mula di pertikaikan, lebih tragis apabila Tim Ketua Menteri Pulau Pinang dari PKR sendiri melompat. Dalam masa yang sama PAS di berikan pujian tentang kekentalan ADUN-ADUn dan ADR yang setia dengan parti sedikit sebanyak telah melonjakkan PAS dan Presidennya untuk memimpin PAKATAN RAKYAT dan samping itu juga dapat dilihat mereka yang ternama telah memilih PAS sebagai wadah, Tan Sri Muhammad Taib menyertai PAS, Dato’ Kadir Syeikh Fadhil, Tamrin Ghafar cenderung kepada PAS, di Kalangan Selebriti seperti Bob Lokman, Aisyah, Abby Abadi, dan ramai lagi sering kali di lihat muncul di pentas-pentas PAS…Untuk PKR kita melihat hanya Dayangku Intan, di kalangan bekas pimpinan negara pula, tiada…sekali lagi wibawa PAS dijulang.

Apa harus di lakukan oleh DSAI…Merasakan sebagai pemimpin PR, tapi PKR tidak menjadi pilihan, maka juak-juak yang berada DSAI yang berada di dalam PAS mula memulakan langkah, dengan berbekalkan wala yang keterlaluan kepada beliau walaupun memegang jawatankuasa PAS Pusat, pada masa itu Tanggungjawab kepada Allah telah di kesampingkan, yang penting putrajaya.. Islamnya kemana…Imannya kemana…syiarnya kemana…yang penting putrajaya, seolah sekaran ini hanya bermatlamatkan putrajaya, yang menjadi penghalang kearah itu ialah Para Ulama, kerana para ulama bukan barua DSAI, kerana Ulama ada matlamat yang leibih tinggi dari putrajaya iaitu keredhaan Allah, maka Ulama mesti ni musnahkan.

1. TG Presiden dan TG Mursyidul Am tidak boleh di lihat sependapat, di atur agenda untuk melaga-lagakan kedua pemimpin, dengan memberi gambaran yang salah kepada TGNA sehingga semua penyokong merasa bimbang tentang keadaan tersebut.

2. UG. Kerajaan Perpaduan, mempersoalkan serta mempertikaikannya tanpa sesiapa pun mengetahui hakikat sebenarnya apakah dia UG, Tuan Guru Presiden tidak pernah membentangkan kepada Ahli melalui mana-mana forum tentang apakah dia UG, apakah dia sama dengan kerajaan campuran seperti mana dahulu, atau pun adakah ianya sama seperti kerjasama dalam Pakatan Rakyat, tiada siapa pun yang tahu, yang ada hanyalah agakan-aagakan yang lahir daripada mulut-mulut mereka yang Pro Anwar, bimbang takut idea tersebut boleh menyebabkan cita-cita Anwar sebagi PM terbantut.

3. Mendiamkan diri dan tidak memberi apa-apa komen jika sekiranya kesalahan dan kesilapan yang di lakukan oleh Anwar, bahkan kesalahan dan kesilapan itu di tuduh kepada PAS terutama TG Presiden, contoh:-

i. 16 September : Tanpa ada sebarang perbincangan didalam Majlis Presiden untuk di adakan strategi 16 september ini, hanya anwar dan PKR sahaja yang merancang perkara ini, tanpa melihat dan meneliti bagaimana perkara ini boleh berlaku kerana pada 16 september itu parlimen tidak bersidang, maka bagaimana undi tidak percaya itu boleh di bentang.

Akhirnya 16 september menjadi strategi yang paling bodoh yang pernah di rancang dan di canang oleh mana-mana ahli politik zaman moden ini. TETAPI siapa yang salah…Juak-juak Anwar dalam AJK PAS Pusat menyatakan bahawa 16 september gagal kerana PAS tak beri sokongan, terutama apabila SU agong PAS mengeluarkan kenyataan tentang mustahilnya strategi ini.

ii. KONSESUS NASIONAL: Startegi Anwar dan PKR yang di buat untuk bergabung dengan UMNO!! Berunding dengan Najib Razak dengan perantaraan Yusof Kalla (di akui oleh Yusof Kalla) tanpa merujuk kepada majlis presiden terlebih dahulu, Apa kata golongan Anwarisme dalam ajk PAS Pusat??...Bisu!!!...lantang menentang UG kerana kononnya akan beri nyawa kepada UMNO yang dah nak mati…Konsesus macamana pulak?!! Bahkan lebih teruk. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi Adun Batu Buruk, AJK PAS Pusat sanggup menjadi perantaraan (orang Terengganu panggil Wok Yek) kepada Zahid Hamidi yang di iringi oleh Saifuddin Nasution untuk ‘memintas’ TG Presiden di London..TG tidak hadir perjumpaan tersebut.

Apa tujuan konsesus nasional? Anwar hanya menyatakan bahawa Konsesus ini tamat apabila beliau di jatuhkan hukuman bersalah dalam kes liwat II? Apa kena mengena liwat II dengan konsesus? Apakah kes liwat II adalah barang dagangan dalam perundingan Konsesus? Di mana kepentingan rakyat? Kepentingan bangsa dan negara?

iii. Langkah Kajang: Tiada ribut, tiada taufan, tiba-tiba adun PR kajang meletakkan jawatan..PRU 13 2008 adalah pilihanraya umum pertama di atas nama Pakatan Rakyat, menggunakan slogan PAKATAN HARAPAN RAKYAT, maknanya PRU 12 bukan atas nama PR, tetapi atas nama persefaham pembahagian kerus sahaja agar tidak berlaku 3 penjuru, tetapi PRU 13 Majlis Presiden telah Wujud, Maka ADUN Kajang adalah adun PR, ADAKAH PERLETAKAN JAWATAN ADUN KAJANG DI BINCANG DALAM PR?? Tidak!!, adakah strategi langkah kajang di bincang dalam Majlis presiden ?? Tidak…Akhirnya Adun Kajang meletak jawatan? Siapa Anwar nak memandai-mandai mengatur strategi dan nak mengheret hampir Satu Juta Ahli PAS menyokong perbuatan memandai-mandai dia tanpa berbincang dengan TG Presiden!!

Apakah Pimpinan tidak ingat akan amaran pimpinan PAS apabila mereka memaklumkan langkah kajang ini, amaran pimpinan PAS bahawa perkara ini akan melibatkan Sultan Selangor dan bukannya sesuatu yang mudah.

Akhirnya terbukti memang langkah kajang bermasalah…Cuma kenapa di salahkan PAS dan TG Presiden…
  • Siapakah yang memulakan langkah kajang? Anwar? Siapa yang membuat negeri Selangor celaru selama sebulan? TGHH ke?

  • apakah kerana mempunyai pandangan yang berbeza dengan Anwar maka TG di anggap salah?

  • Apakah tidak mahu berkonfrantasi dengan Istana dianggap salah?

  • Apakah memberi padangan setelah didesak dengan bertubi-tubi tentang mengapa tidak menyokong Wan Azizah di anggap salah? (kalau tahu rumah kita dibuat dari cermin jangan lontar batu ke rumah orang)
Akhir sekali….

Lahir 2 hantu baru sejak akhir-akhir ini.. PasMa dan Lensa…ini kali pertama dan terakhir nak ulas tentang 2 cepisan ini… Kedua-dua hantu ini nak pertahankan PAS dalam PR…suka saya nyatakan..

•   PAS bukan di tubuh untuk pertahankan individu atau organisasi laim

•   PAS di tubuhkan untuk Menegakkan Islam dan PR itu hanyalah wasilah yang sentiasa berubah..jadi terlalu bodoh untuk kita mempertahankan wasilah dakwah dengan menggadaikan prinsip asal perjuangan.

•   Kamu PasMa tidak perlu buat RoadShaw seluruh Negara untuk pertahankan PAS dalm PR, Kamu Lensa tidak perlu memekik melolong di depan pejabat PAS untuk kekalkan PAS dalam PR.

•   ...Apa yang perlu kamu lakukan ialah kamu kena PASTIKAN PR ini sentiasa menguntungkan Islam dan perjuangan Islam….kamu kena bagitahu kepada ANWAR, Guang Eng, Kit Siang dan semua sekali kalau nak kekalkan PAS dalam PR, PASTIKAN PR memberi untung PADA ISLAM.

•   Kalau sekiranya PR tidak menguntungkan Islam …kamu tak terpekik melolong nak tukar presiden la..kerana sapa jua presiden yang nak gadaikan prinsip perjuangan PAS tidak akan lama..adapun Presiden yang Pertahankan Prinsip Islam hanya akan kekal…Nak tahu try la..

Timbalan Ketua Cawangan"

Sumber

Terima Kasih BN, Gua Sudah Kena Kencing.


Terima kasih kerajaan yang disayangi kerana keperihatian yang bersungguh demi membantu rakyat yang semakin hari semakin miskin. Orang kampung yang buta huruf pun boleh kata yang kerajaan memang bijak bila nak naikkan harga barang/perkhidmatan, mereka hanya naik satu barang sahaja iaitu minyak. Dengan kenaikan minyak maka harga semua barang dan perkhidmatan akan menyusul walau pun berpuluh kali kerajaan memberi jaminan yang masalah itu akan terkawal.

Mana barua-barua Umno/BN untuk mempertahankan yang tindakan kerajaan nih adalah paling bijaksana. Tok Jib hanya pandai pujuk dengan BR1M, BR1M, BR1M dan BR1M yang akan memamaikan sementara pemikiran cerdik pendokong Umno/BN. Kononnya dengan pemotongan subsidi minyak, kerajaan masih perlu RM 21 bilion untuk subsidi minyak.

Mungkin kerana kereta keluaran terbaru Perodua, Axia yang dikatakan kereta paling jimat minyak dengan kadar 21km/liter yang membuatkan kerajaan menaikkan harga minyak. Nampak gayanya kena pakai kereta Axia dengan harga RM26,XXX. Mungkin kalau tanya barua-barua jawapannya ialah mudah, beli Perodua. Inilah standard pemikiran bodoh yang masih buta hati dengan segala momokan bertuhankan 1 Malaysia.

Cukuplah memperbodohkan rakyat janji-janji palsu di mana kerajaan BN dapat mengawal keadaan yang mana realitinya adakah kerajaan BN akan membiarkan kroni-kroni mereka kurang keuntungan. Inilah padahnya bila kerajaan berbelanja besar di PRK Pengkalan Kubor dan rakyat menjadi mangsanya. Adakah berbaloi dengan seunit mikroware dengan kenaikan Ron95 (sebenarnya hanya standard Ron91) dan diesel sebanyak 20 sen. 

Cukup dengan alasan-alasan bodoh setiap kali menaikkan harga barang kerana alasan itu untuk yang berkarat biru sahaja. Rakyat sekarang bukan boleh diperbodohkan dan kemenangan di Pengkalan Kubor bukan ukuran untuk mengatakan kerajaan Umno/BN semakin popular. Bagi yang cerdik bila kerajaan bagi ambil kerana ia memang milik rakyat dan bagi yang bodoh pula mereka meletak sendiri nilai harga diri dengan seunit mikroware atau BR1M RM600, itulah harga diri mereka. Kebodohan yang tidak boleh dipulihkan lagi kerana karat biru dah terlalu tebal untuk dikikis./GANR

Ahad, 28 September 2014

PAS Dan Kisah Dibuli.




PAS ini, daripada awal penubuhannya lagi adalah parti yang sering dibuli musuhnya. Dulu teruk dibuli. Kini pun teruknya PAS dibuli oleh musuhnya tak habis-habis lagi.


Pembulinya kadang-kadang rakan-rakan mereka juga. Waktu susah PAS diminta tolong. Waktu senang, PAS ditinggalkan, disalahkan dan dibuli.

Sebelum PAS ditubuhkan dulu, yang teruk dibuli adalah para ulama dan pejuang kemerdekaan. Pembuli mereka adalah penjajah dan talibarut penjajah. Kelihatannya, hal PAS dibuli ini ada kaitannya dengan sejarah lama kerana apa yang dituntut oleh para pejuang kemerdekaan dulu, itulah yang dituntut oleh PAS hari ini. Mereka daripada mata rantai yang sama.

Umno paling lama membuli PAS. Sejarah umno buli PAS ini masih bersambungan dan masih belum ada tanda mahu berakhir. Kerana itu, bila nampak umno macam nak berkawan dengan PAS, orang PAS memang susah nak percaya.

Hari ini, selain umno, PKR dan DAP mula nak buli PAS. Sehinggakan PAS kelihatannya sekarang seperti terpinga-pinga tak tahu nak sentuh yang mana satu. Semua macam tak menjadi.

Masih dalam PR pun, mereka membakar masyarakat dan penyokong PR agar membenci PAS. PAS ni tak berapa 'ganas' mana agaknya. Dibuli pun dia buat muka selamba je. Melawan pun macam tak melawan mana..

Itulah PAS, seperti orang miskin hidupnya, sentiasa menjadi mangsa buli.

Tetapi walaupun PAS dibuli sentiasa, PAS tetap hidup dan berjaya dalam hidupnya. PAS memenangi banyak pilihanraya dan memerintah beberapa negeri. PAS juga terus melebarkan pengaruhnya di mana-mana.

Daripada gelaran-gelaran yang bersifat jumud dan sempit, PAS kini sudah maju dan lebih terbuka. Sukar PAS kini untuk dikatakan jumud dan sempit. Dalam keadaan dibuli, PAS hidup, membesar dan maju. PAS tak berubah apa pun. PAS hari ini adalah PAS yang dulu juga. Istiqamahnya berjuang untuk agama Islam tak pernah dipertikaikan. Terlalu jelas perjuangan Islamnya sehingga jika dilihat seperti melonggarkan pengaruh ugamanya, PAS akan diherdik dan dihina-hina pula.

Ada pemimpin DAP yang kata PAS akan dihukum rakyat akibat isu Selangor yang kelihatannya sedang menuju titik koma, bukan noktah lagi. PAS akan tamat riwayatnya di Selangor dan Malaysia. Di Sarawak, bukan main lagi DAP isytihar tak nak berkawan lagi dengan PAS.

Macam umno jugak DAP ni. Gembira dan megah sangat bila dah ada kuasa. Maklumlah, lama jadi pembangkang bersama PAS, baru penggal lepas DAP mula dapat kuasa memerintah, sedangkan PAS yang hidupnya sering dibuli dah lama berkuasa di Kelantan dan Terengganu.

Diungkit-ungkit kisah kegagalan PAS sampai lupa pula kisah kejayaan dan kebaikan PAS di samping kegagalan mereka sendiri.

PKR pun nak buli PAS macam DAP juga. Sambil mencuri sambil membuli. Nasib baik dalaman PKR tak berapa kuat macam DAP. Ada masam muka di antara sesama mereka. Maka bulian mereka, walaupun pedih juga, tapi paling tak menjadi. Tak macam DAP, apatah umno. Syukurlah..

Saya hanya nak nasihatkan DAP agar janganlah suka membuli. Nanti jadi bongkak. Bila dah bongkak, rakyat akan marahlah..

DAP kena tahu PAS takkan mati. Nyawanya masih panjang. Kalau umno pun tak mati lagi, macamana PAS nak mati? Kalau PAS mati, siapa nak berjuang Islam? Umno? PKR? DAP?

PAS takkan mati sebab nyawanya Islam. Islam bukan bermula 1951. Ia bermula lebih 1400 tahun lepas. Masa tu ideologi yang diperjuang DAP masih berada dilapis bumi yang ke 5, kalau pun tidak yang ke 7. Takde orang lagi masa tu yang nak gali dan berjuang untuk ideologi itu.

PAS hanya akan mati atau terpinggir bila ada yang lebih baik daripada PAS memperjuangkan Islam. Setakat ni kelihatannya tiada lagi. Kalau setakat PasMa yang nampak ada hati nak ganti PAS jika PAS keluar PR, rasanya tak tergamak nak kata mampu ganti PAS. Tapi biarlah orang nak berangan-angan, janganlah dibuli-buli pula..

Rugi DAP sokong PKR dengan buli PAS. Macam perangai lelaki buli bini tua bila dah ada bini muda. Cukup tak manis. Lama-lama menyesal nanti.

Mungkin susah DAP nak terima. Tapi pada saya, bila tiba-tiba PAS tukar angin, tiba-tiba PAS marah pada DAP, saat itu DAP akan rugi. DAP akan rugi lama. Mungkin undi Cina dan India akan bertukar. Mereka jadi cuak dengan DAP. Mereka rakyat yang mahukan keamanan, kebenaran dan setiakawan dalam kehidupan.

Itu pandangan saya. DAP akan rugi lama jika PAS marahkan DAP. Tapi mungkin saya silap. Sebab, jika tiba-tiba DAP jadi kawan umno, sahlah tekaan saya bahawa DAP rugi jadi silap dan tak betul lagi.

DAP nak hanya bersama PKR? Saya hairan..

DAP nak berkawan dengan umno? Saya ternganga..

DAP nak berangan sorang-sorang? Saya nak tidur dulu..

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
AJK PAS PUSAT

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...