Translate

Mesti Baca

Khamis, 25 September 2014

Pengkhianat Atau Wira...!!!!


Kenyataan dari LGE yang menuduh 4 Exco PAS sebagai pengkhianat adalah satu kenyataan yang berniat jahat. Gua ingat sebagai orang lama dalam politik beliau sepatutnya berfikir sebelum membuat tuduhan melulu terhadap 4 Exco PAS. Sedarkah beliau bahawa Umno memang ingin Dun Selangor dibubarkan agar satu pilihan raya dapat diadakan.

Jika Dun Selangor dibubarkan, adakah PR akan terus menawan Selangor dengan mood rakyat Selangor yang meluat dengan permainan politik kebodohan dari seorang yang gilakan kuasa. Adakah mereka lupa bahawa TSKI adalah MB Selangor yang paling popular di kalangan rakyat marhaen selepas Datuk Harun Idris.

Memang tidak dinafikan bahawa kelemahan tetap ada pada beliau tetapi beliau tidak mencuri duit kerajaan negeri sehinggakan Selangor mempunyai rizab tunai hampir 4 bilion. Beliau bukan seorang politikus yang licik macam macai-macai ketum yang laparkan projek. Beliau adalah seorang businessman yang lurus bendul yang cukup kedekut untuk orang-orang politik yang meleleh-leleh air liur melihat kekayaan kerajaan Selangor.

Macam kata Exco PAS, TSKI memang kedekut untuk mendapat peruntukkan kerana beliau memegang amanah rakyat Selangor. Khazanah Selangor adalah milik rakyat Selangor, bukan milik taiko-taiko politik yang cukup berdendam disebabkan skim cepat kaya yang dijaja oleh orang politik tidak dilayan oleh beliau.

Adakah 4 Exco PAS yang berada dalam kerajaan sementara TSKI dianggap pengkhianat kerana mereka tidak ikut serta meletak jawatan selepas Exco-Exco dari PKR dan DAP dipecat. Apa pun gelaran para celaka-celaka nak berikan kepada mereka tetapi bagi gua mereka adalah wira yang menjadi benteng terakhir PR.

Mungkin LGE lupa yang kemenangan besar PR di Selangor adalah kerana rakyat Selangor cukup selesa dengan apa yang dilakukan oleh TSKI. Inilah cara politik Umno yang akan menjaja keburukan pemimpin yang mereka tidak suka walau pun baru semalam mereka memuji-muji pemimpin itu. LGE usah berkias-kias dengan gelaran pengkhianat terhadap 4 Exco PAS itu kerana semua orang sudah tahu bahawa DAP Penang dah termakan nasik kangkang PKR.

Gua ingat LGE nih memang seorang pengampu demi menjaga jawatannya sebagai KM P.Pinang kerana itu ler beliau dok ikut buntut PKR. Jika nak tuduh pun agak-agak ler bro LGE kerana mereka mengikut arahan parti. Macam gua kata ler, usah nak berkias-kias jika nak tuduh pun tuduh terus kat PAS. Nanti ader macai-macai dok kutuk gua kerana gua bukan ahli parti politik dan apa yang gua tulis adalah mengikut pandangan gua. 

Gua nih tukang tulis jer dan tiada kena mengena dengan mana-mana parti politik kerana gua hanya ingin melihat BN tumbang dengan cara demokrasi walau pun perkara itu macam mustahil jer jika mengikut cara berpolitik di Malaysia tetapi tiada mustahil benda yang mustahil bagi Allah S.W.T.

Bacaan politik gua kat Selangor ialah kerana 4 Exco PAS inilah PR masih kekal memerintah tetapi kenapa LGE menuduh 4 Exco PAS sebagai pengkhianat. Mungkin beliau mempunyai agendanya sendiri untuk melihat satu pilihan raya negeri diadakan yang mana kemungkinan untuk PR kekal memerintah adalah amat tipis. Antara sebabnya ialah rakyat Selangor sudah muak dengan permainan politik seorang yang bercita-cita tinggi.

Langkah Kajang yang dirancangkan oleh seorang konon-kononnya pakar segala pakar strategi selangkah jer lagi ke Putrajaya. Bila projek usahasama 'Langkah Kajang Selangkah ke Putrajaya' gagal, mereka mula menunjuk kegilaan mereka dengan menuduh PAS penghalang sebagaimana mereka menuduh TGHH sebagai penghalang besar projek 16 September yang gagal. Kalau projek itu berjaya ia akan menjadi macam LGE ler, terpaksa menjadi balaci. Kena setuju semua kehendak ketum walau pun akal sendiri menolak sebagaimana posmen bercita-cita menjadi MB Perak, bila kehendak tak tercapai sanggup jadi katak.

Gua dah kata jika bau Umno masih lagi terlekat kat baju sampai bila-bila pun akan berbau. Jika mereka tuduh TGHH sebagai penghalang projek membeli MP-MP BN, memang perkara ini patut dipuji. Adakah cerdik bila kita tahu dia penyamun dan kita dengan hati terbuka mengajak mereka bermalam di rumah kita. Sebagaimana mereka menjaja dengan menuduh TGHH pujuk Ku Li semasa PRU13, kesudahannya tuduhan itu kembali kepada mereka. 

Loyar buruk pulak pakai terima terus tuduhan itu tanpa bertanya tuan punya badan, gua pun tak tahu bagaimana boleh jadi lawyer, jangan-jangan soalan peperiksaan bocor kut. Apa pun gua ucapkan tahniah buat Azmin kerana dilantik secara rasmi menjadi MB Selangor yang baru. Gelaran WIRA buat 4 Exco PAS yang berjaya mempertahankan kerajaan Selangor dan terima kasih buat TSKI di atas urus tadbir yang cekap walau pun ada sedikit kelemahan yang mana tiada manusia yang sempurna melainkan Rasulullah S.A.W./GANR

Selasa, 23 September 2014

Apa Lagi Fitnah Untuk TGHH Selepas Ini....!!!!


Isu pelantikan Menteri Besar Selangor yang baru telah selesai dengan Azmin telah di perkenankan oleh Sultan Selangor. Cita-cita Ketum tidak kesampaian untuk melihat bininya menjadi MB Selangor berkecai dan terpaksa ler buat U-Turn walau pun berlaku sedikit kekecohan semasa mesyuarat PKR tentang isu ini.

Cadangan yang dikemukan oleh TGHH dengan meletakkan nama Azmin di antara calon pilihan telah diterima oleh Sultan Selangor walau pun budak Feezi masih mengeluarkan fitnah terhadap PAS. Mungkin beliau mendapat sumber dari SB Kemaman yang dibuang kerja kerana melakukan kerja-kerja bodoh. 

Gua  rasa sebagai seorang bijak mengira yang dilantik sebagai pakar strategi PKR nih kena cari barua baru kerana sumber-sumbernya sudah tidak boleh pakai. Mungkin sumbernya tidak dibayar dengan betul atau bulan lepas terlupa bayar kut.

Para pengkhianat yang masih bersarang didalam PAS sedang menyusun strategi baru untuk 'Projek Langgar Hadi' selepas mereka dihentam hebat pada Muktamar PAS yang baru melabuh tirai. Gua tengok barua-barua ketum terpaksa menebalkan muka mereka untuk menghadirkan diri dan itu pun masih ingin menunjukkan yang mereka masih lagi hebat. Pasma daun ganja semakin hebat menyerang pimpinan tertinggi PAS dengan jelajah yang sedang mereka usahakan.

Hanipa dan yang sewaktu dengannya telah mula diberi klu oleh para perwakilan bahawa mereka mungkin akan dihumban ke dalam tong taik pada Muktamar Pemilihan PAS tahun depan. Dalam pada itu pun masih ingin menunjukkan yang Majlis Syura Ulama PAS (MSU) adalah pihak yang tidak layak mentafsir perlembagaan PAS. Bagi beliau hanya Luham sahaja yang layak menafsirkannya kerana mereka peguam-peguam sekular yang hebat.

Sebelum Luham dibentuk sebagai Lujnah untuk membantu PAS, siapakah yang mentafsir perlembagaan PAS sejak PAS ditubuhkan 60 tahun yang lepas. Bila pengamal undang-undang berpaksikan perlembagaan sekular Lord Reid cuba menunjuk-menunjuk yang mereka mampu mentafsir dasar parti PAS yang berpegang kepada A-Quran, As-Sunnah, Ijmak, Qias sebagai perlembagaan tertinggi PAS. 

Jika baca Basmallah pun belum tentu betul, bagaimana mereka begitu angkuh meminggirkan pimpinan yang berada didalam Majlis Syura Ulama. Mungkin loyar-loyar buruk ini rasa sekeping kertas dari sebuah universiti yang hebat-hebat dengan tertera nama mereka sudah cukup untuk mereka menyanggah MSU PAS. 

Sedarkah mereka pimpinan yang berada didalam MSU PAS dipilih berdasarkan keilmuan mereka untuk menafsirkan al-Quran dan Hadis berpandukan kepada kemahiran mereka tentang bahasa Arab, Nahu, Fiqah, Usuluddin dan berbagai-bagai cabang walau pun mereka tidak memiliki diploma, ijazah seperti yang tergantung didalam bilik para loyar buruk menyanjung perlembagaan Lord Reid. Dan setiap kenyataan MSU PAS telah dirujuk dengan berbagai kitab-kitab karangan para ulama-ulama muktabar sebelum dikeluarkan..

Selepas serangan demi serangan yang mereka lakukan terhadap badan tubuh TGNA, TGHH dan MSU PAS dengan pertolongan macai-macai hebat yang dihantar oleh  ketum hanya panas sementara sahaja selepas akar umbi dijelaskan akan situasi yang PAS alami. Langkah Kajang ciptaan ketum dengan strategi hebat budak Feezi akhirnya memakan diri mereka. Sekarang akar umbi PAS sudah siap siaga pada Muktamar Pemilihan PAS tahun depan siapa yang akan mereka humban dalam tong taik.

Pengkhianat yang berada didalam PAS sudah mula panas punggung apabila pengkhianatan yang mereka lakukan sehinggakan PAS berjaya dikucar kacirkan oleh mereka dengan bantuan barua-barua hebat ketum. Adakah mereka masih melakukan ratib UG UG UG UG yang selama ini menjadi senjata mereka untuk menjatuhkan TGHH. 

Akar umbi sudah tahu siapa sebenarnya yang berUG dengan Umno dalam gelap tetapi bagi mereka isu ini berpunca dari TGHH tetapi sudah hampir 8 tahun  gua tunggu punya tunggu, masih lagi belum terjadi. Bagi puak-puak celaka nih, mereka langsung tidak boleh mendengar nama TGHH kerana buat mereka tiada yang baik buat TGHH berbanding dengan ketum. Macam syaitan yang tidak boleh mendengar 'dengan nama Allah dari syaitan yang di rejam.

Platform mereka sekarang ini ialah Pasma dan gua pasti Pasma akan mendapat peruntukkan dan tajaan-tajaan dari tokoh-tokoh keparat PAS yang sudah kepanasan. Jangan lu terkejut jika timbul fitnah-fitnah yang lebih hebat terutama melalui Pasma nih. Apabila Azmin dilantik sebagai MB Selangor yang baru benar-benar menyakitkan kerana mereka memang mahu MB dari adun PAS supaya agenda mereka 'Langgar Hadi' akan lebih berjaya.

Nama Azmin memang disebut bersama bini ketum yang disokong sebulat suara oleh AJK PAS Pusat apabila TGHH mengumumkannya tanpa ada satu bantahan pun. Untuk 'Langkah Kajang' memang satu percaturan jahat politik ketum sehinggakan PAS yang tidak kena mengena di jadi puncanya. Untuk jawatan MB Selangor pun memang dari strategi jahat ketum dengan dirangka oleh budak Feezi, pakar strategi hebat PKR. 

Bini ketum terasa dengan kenyataan TGHH adalah sebagai satu lakonan untuk meraih simpati sedangkan apa yang gua dengar sendiri, TGHH tidak langsung menghina bini ketum kerana TGHH bercakap di atas dasar umum berkaitan wanita sebagai pemimpin. Jika kuah tidak tumpah dalam nasi mungkin kuah tu dah masuk dalam tong taik. Bagi gua, cukup ler dengan lakonan Ketum & Famili sebagai mana Nurul kata nak tengok muka orang PAS pun jijik rasanya....... Orang PAS kena ingat bagaimana N.Izah a/p Ketum hina lu all..... Stop untuk hari ini./GANR

Kat bawah nih ceramah dari Pasma hentam pemimpin PAS

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...