Translate

Mesti Baca

Sabtu, 30 Ogos 2014

Kemaskini : Nuar Sudah Naik Angau.


Ketum sudah naik angau dan seperti satu ugutan kepada PAS agar berpegang kepada 17 Ogos yang lepas. Adakah beliau sedar atau semakin sombong dengan kata-kata 2 beliau terhadap PAS dan PAS pula tidak lari dari apa yang di bincangkan pada ketika itu tetapi sekarang mungkin akan ada sedikit perubahan dengan bagi 3 nama yang pasti angau Ketum sudah naik ke kepala. Sebabnya pada 17 Ogos lepas PAS calon dua nama sebab Azizah telah awal-awal ditolak Sultan dan Azmin pula sudah menolak maka jika 1 ditolak, 1 menolak maka perlulah nama ke 3 diperlukan. DAP pula tetap dengan Azizah sebab gua pasti ada agenda tersembunyi mereka dengan Ketum.

Apabila Al-Marhum TG Harun Taib mencadangkan agar Tahalluf Siyasi (kerjasama politik) di antara PAS dalam Pakatan dikaji semula, maka melalak-lalak ler barua-barua Ketum dan para pengkhianat menghentam beliau. Al-Marhum hanya meminta dikaji semula dan bukannya ingin PAS keluar dari Pakatan. Para barua-barua nih mula ler melakukan ratib wajib mereka iaitu UG... UG... UG dan para blogger pro mabuk Ketum mula menyerang PAS Terengganu.

Lagu yang selalu dinyanyikan ialah PAS tak akan kemana jika keluar dari Pakatan, PAS masih ingin bersama Umno, PAS akan jatuh tergolek, lihatlah bagaimana PAS hanya bertahan sepenggal ajer kat Terengganu dan Kedah, PAS mengkhianati kawan dan bermacam-macam maki hamun dilontar hanya satu usul sahaja iaitu Tahalluf Sayasi.

Pandangan Al-Marhum memang ada kebenarannya kerana sikap sesetengah pimpinan sudah mula berubah dan lu boleh lihat di hadapan mata lu bagaimana kurang ajar dan biadabnya mereka sejak kerjasama politik ini berlaku. Mereka sanggup membiarkan pemimpin mereka dihina tanpa mempertahankan, malah mereka jugalah tumpang sekaki tetapi bila melibatkan parti Ketum, mereka lebih Ketum dari Ketum sendiri. Mereka sanggup membocorkan maklumat-maklumat rahsia parti yang di amanahkan kepada mereka demi untuk seorang yang bernama  si KETUM.

Gua cukup sokong PAS patut mengkaji semula Tahaluf Sayasi dikaji semula kerana PAS sudah mula hilang arah apabila ada pimpinan sudah nyata terikut-ikut dengan sikap parti Ketum dalam parti. Bukannya Tahalluf Siyasi tidak bagus tetapi apabila ia memudaratkan parti dan parti Ketum menyusup masuk ideologi ke dalam PAS kerana kawan tidak akan melakukan perkara seperti itu terhadap kawannya sendiri. Ada banghai kata PAS akan kembali lemah jika keluar dari Pakatan, gua kata lu sanggup gadai dasar parti yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis demi kawan yang jelas menentang lu.

Ikhwanul Muslimim yang diasaskan oleh As-Syahid Hassan al-Banna 40 tahun lebih tua dari PAS pun sanggup menerimanya, apalah sangat dengan kita yang mempunyai musuh dalam selimut. Adakah lu mengaku beriman tanpa lu diuji dan lihatlah bagaimana pemimpin yang membantu akidah lu dikeji, dihina, difitnah dan bermacam-macam lagi dugaan masih lagi tabah. Gua yang bukan di kalangan lu pun sanggup membela mereka walau pun gua di maki hamun. Soalan yang paling bodoh pemimpin ulama PAS maksum ker, lu jawab jangan banding dengan Rasulullah S.A.W malah dengan Sahabat r.a. pun pantat bumi dengan langit. 

Lu kena ingat, Pakatan tanpa PAS tak akan kemana kerana kalu kat Pantai Timur jangan kata jentera parti nak masuk bertanding pun PAS yang bagi duit. Lu buat bodoh jer bila mereka kata PAS tak bijak sebab itu ler Terengganu dan Kedah sepenggal jer. Lu tanya dia masa PAS terlepas Terengganu, PKR ada berapa ratus kerusi?. 1 kerusi jer bro itu pun Permantang Pauh dengan majoriti yang kurang banyak, Kelantan pula dengan kelebihan 1 kerusi jer. Nasib baik masa tu barua Ketum tak ada lagi kalu tak dah jatuh Kelantan, ini hebatnya PAS. 

Lu tanya orang yang duk kutuk tu adun mana yang sanggup jadi pelacur sampai Perak terlepas kat BN. Orang nak cari kesalahan PAS macam-macam mereka buat perumpamaan macam mereka kata PAS lebih hebat pada zaman Al-Marhum TG Fadhil Nor dan sejak TGHH jadi presiden macam-macam masalah timbul. Lu jawab kena ikut zaman ler bro macam orang tanya Saidina Ali r.a. tentang zamannya tidak sama dengan masa Saidina Abu Bakar r.a. dan Saidina Umar r.a. Jawab Saidina Ali r.a. pasal pada zaman  Abu Bakar dan Umar r.a. umatnya orang seperti aku tetapi zaman ini umatnya seperti kamu. 

Lu baca macam mana seorang barua yang jadi perwakilan membisikkan kata-kata dituju kat Al-Marhum TG Harun Taib,'dah duduk atas kerusi roda pun masih nak pegang jawatan'. Inilah contoh nak samakan zaman Al- Marhum TG Fadhil Nor dengan TGHH sedangkan dulu PAS tak ada perangai perwakilan yang jadi macai Ketum. Dia ingat ulama dengan ahli politik sama walau pun ulama politik kerana mereka tiada masa bersara dan hanya mati yang akan membersarakannya. Lihatlah bagaimana As-Syahid Syeikh Yassin yang tetap memimpin Hamas walau pun nak bergerak pun tak boleh.

Bila gua bangkitkan Khalid Samad dan Saari Sungib dengan IRC, bukan main marah macai-macai belaan puaka yang bergantung dalam PAS. Kerana itulah apabila tersebar maklumat tentang satu strategi telah dirancangkan untuk menjatuhkan TGHH, gua sudah lama tahu rancangan mereka kerana gua suka melihat para pelakon memainkan peranan masing-masing. Moto 'Matlamat Menghalalkan Cara' yang dibawa masuk dari Umno sudah lama memainkan peranannya.

Krisis MB Selangor adalah satu hikmah buat PAS kerana yang rahsia sudah tidak menjadi rahsia lagi di mana para pengkhianat dalam PAS mula menonjolkan diri mereka tanpa ada paksaan. Sebagaimana TGNA menempelak mereka sebagai lidah panjang dan akar umbi PAS yang selama ini bekerja keras dengan keringat, wang ringgit tanpa mengharapkan balasan demi memperjuangkan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah telah di khianati oleh pimpinan mereka sendiri.

Ahli-ahli PAS di peringkat akar umbi tidak akan termakan lagi dakyah-dakyah para pengkhianat ini kerana mereka sudah hilang kepercayaan terhadap mereka. Apabila Khalid Samad kata siapa yang tidak bersetuju dengan Pakatan sila keluar dari PAS benar-benar membuatkan kesabaran akar umbi PAS mula terhakis. Mereka tidak boleh menerima penghinaan para pengkhianat ini terhadap TGNA, TGHH dan para ulama. Kata dua kepada Khalid Samad, Saari Sungib dan yang sewaktu dengannya, 'kamulah yang patut berambus dari PAS sebelum kami menghumban kamu'. 

Kata Saari Sungib tentang kehadirannya pada sidang akhbar Azizah hanya untuk menjatuhkan TSKI dan bukannya untuk menyokong Azizah sebagai MB tetapi bacalah kenyataan terbaru beliau yang membuat U-Turn dengan menyokong Azizah sebagai MB. Gua dari dulu dah kata, jaga-jaga dengan pimpinan IRC, JIM kerana mereka memang mempunyai agenda yang amat besar. Sekurang-kurangnya sekarang ini ahli PAS sudah tahu siapa kawan siapa lawan, siapa pemimpin dan siapa pengkhianat.

Adakah para pengkhianat macai Ketum ini tahu di mana kekuatan yang dimiliki PAS, tidak kepada parti-parti politik yang ada sekarang ini. Mereka tidak belajar sejarah atau lupa sejarah PAS kerana terlalu sibuk menyalur maklumat parti kepada Ketum. Gua boleh kata yang para celaka nih jarang bersama akar umbi PAS pasai duk sibuk mengibas Ketum. Mungkin mereka duk ingat akar umbi PAS nih sama celaka macam mereka atau sama dengan ahli parti Ketum. 

Bai'ah ahli PAS terhadap pemimpin mereka selagi ia tidak lari dari dasarnya iaitu Al-Quran dan As-Sunnah dan sehebat mana pemimpin jika mereka keluar ia tidak sesekali akan diikuti akar umbi PAS. Itulah kelebihan pendokong gerakan Islam yang tidak dimiliki oleh parti lain kerana mereka ikhlas bekerja tanpa mengharapkan habuan.

Percaya ler yang mencelakakan diri mereka demi bertuankan Ketum akan dihukum oleh akar umbi PAS jika mereka tidak berambus keluar dari PAS. Sedar ler yang ketuanan Ketum untuk jawatan PM akan berkubur sebagaimana rakyat Selangor akan menguburkan parti Ketum. Sedar ler segala perbuatan jahat lu terhadap TSKI akan dibayar tunai oleh rakyat Selangor kerana rakyat Selangor tahu TSKI bukannya sempurna tetapi beliau tidak rembat duit milik rakyat. Sedar ler kenapa Sultan Selangor menolak Azizah dari menjadi MB kerana baginda tahu apa akan jadi pada khazanah rakyat Selangor yang kaya 'TUNAI' apabila boneka Ketum menjadi MB.

Kalu jenis barua sampai bila-bila pun akan jadi barua. Nak ada ler yang mabuk ketum tak puas hati dengan gua, lu suka lu baca lu nak komen lantak lu pasai gua bukan jenis tapis komen-komen lu macam puak-puak celaka yang akan simpan komen lu untuk kelulusan blogger celaka mabuk pil kuda. Gua nak tanya rakyat marhaen Selangir...

  • Apa lu rasa krisis yang tak ada kesudahannya.
  • Adakah penolakan PAS 'Langkah Kajang Langkah ke Putrajaya.
  • Siapa Abdullah Ubai zaman sekarang ini.
  • Siapa tipu siapa dalam krisis ni
  • Kenapa Ketum dengan sombong menempelak mana-mana parti yang menolak WA Ketum.
  • Benarkah bini Ketum hebat dalam pengurusan Selangor sedang ia belum diuji pun dah mengaku hebat.
  • Benarkah adun PKR yang meletak jawatan dengan alasan tidak mampu untuk berbakti.
  • Benarkah adun itu sebenarnya telah diarahkan letak jawatan dari Ketum
  • Apa beza Putrajaya dengan Selangor sehingga mereka jaja Langkah Kajang adakah jalan terbaik untuk Ketum menjadi PM.
  • Tahukah lu yang PAS tidak akan mengambil  adun yang menjadi katak.
  • Tahukah lu agenda 16 September sudah menjadi jika tidak kerana tiada halangan dari TGHH dan jika ia benar-benar terjadi PAS akan keluar menjadi pembangkang. Maka lu sendiri nilai siapa yang hebat sehingga peristiwa hebat akan menjadi sejarah baru berkubur ditangan TGHH
  • Bukan gua yang kata tetapi Ketum sendiri mengakuinya.
  • Dalam perbicaraan yang sedang bersidang kes saman Ketum telah Anifah Aman, Ketum menafikan yang beliau ada menawarkan jawatan TPM 16 Sep berjaya tetapi sekarang Ketum menafikan.
  • Siapa kata PAS mengidam jawatan MB kerana semua nama yang dihantar adalah dari PKR
  • Jika sekarang pun beliau semakin angkuh bagaimana pula jika beliau jadi PM
  • Selamatkan Selangor dari nafsu serakah seorang yang bernama Ketum
  • Adakah PAS kehilangan kerusi jika keluar PR mungkin betul dan mungkin salah
  • Tanpa jentera PAS dengan kerja keras akar umbi PAS, PKR usah berlagak sombong
  • Apa jentera yang PKR miliki pada PRU13 lalu melainkan mereka dengan datang menjenguk lalu meninggal pergi.
  • Akar umbi PAS yang ikhlas berjuang telah memberi lampu hijau agar PAS keluar dari Tahalluf Siyasi PKR kerana ia tidak menjatuhkan mana-mana hukum dalam hukum Iman.
  • Akar umbi PAS telah diberi penerangan agar tidak terkejut jika pimpinan ulama PAS dihina dan dituduh munafik sebagaimana mereka lakukan terhadap TSKI./GANR

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...