Translate

Mesti Baca

Jumaat, 22 Ogos 2014

Isu Kontroversi Bank Islam :TSKI Jawab.

khalid ibrahim

ISU penyelesaian luar mahkamah (PLM) antara Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) merupakan antara “kontroversi” utama yang dikatakan pencetus bagi keraguan munasabah mengenai integriti dan kredibiliti TSKI.

Sebarang rumusan yang cuba mengaitkan PLM dengan unsur penyelewengan atau salah guna kuasa bagi mana-mana transaksi atau keputusan diambil Kerajaan Selangor merupakan fitnah dan tuduhan liar yang tidak berasas, bercanggah dengan fakta dan berniat jahat.

Pertama, fitnah bahawa TSKI tidak mampu dan/atau enggan membayar hutang dengan BIMB sehingga terpaksa diseret ke mahkamah.

Hakikatnya, TSKI merupakan pihak yang mula mengambil tindakan undang-undang terhadap BIMB pada 10 Mei 2007 dengan menamakan BIMB sebagai defendan dan bukan BIMB yang pertama menyeret TSKI ke mahkamah. Pelbagai kes mahkamah yang berkaitan kemudiannya menyusul dan berlarutan sehingga 2014.

Kedua, tohmahan TSKI diberi layanan istimewa sehingga baki hutang tertunggak beliau dengan BIMB bernilai US$18,521,806.12  dilupuskan atau dimaafkan kerana tindakan BIMB bersetuju menggugurkan semua saman berkaitan didakwa “keputusan luar biasa yang sangat jarang berlaku kepada rakyat biasa” sedangkan “peguam BIMB berpendapat BIMB mempunyai kes yang kuat terhadap lawan” atau “TSKI sudah hampir kalah di mahkamah”.

Hakikatnya, tiada layanan istimewa diberi kepada TSKI kerana PLM bukanlah sesuatu di luar kebiasaan memandangkan PLM merupakan salah satu daripada mekanisme untuk menyelesaikan pertikaian selain daripada litigasi dan timbang tara. Tambahan pula, BIMB yang mula menawarkan pilihan PLM ini dalam siri rundingan pusingan pertama pada pertengahan 2008 sekaligus menyaksikan semua kes mahkamah terhenti buat seketika. Malangnya, rundingan PLM pusingan pertama menemui jalan buntu kerana TSKI tidak bersetuju dengan beberapa terma dan syarat yang ditawarkan pada masa itu.

Selepas beberapa kes difailkan oleh kedua-dua pihak dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan sejak 2009, akhirnya kata sepakat dicapai pada Februari 2014 untuk menyelesaikan di luar mahkamah dalam siri rundingan peringkat kedua. Sebenarnya, PLM ini dilihat lebih memberi manfaat kepada BIMB kerana sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada TSKI, ia akan menjadi kes “precedent” yang mengakibatkan risiko “letusan” kes mahkamah serupa, mempersoalkan kesahihan kontrak Bai’ Bithaman Ajil dan Bai’ Al-Inah malah keabsahan Akta Bank Negara 2009. Persetujuan TSKI menerima PLM ini sebenarnya boleh disifatkan sebagai sumbangan TSKI kepada industri kewangan Islam di Malaysia demi mengelakkan mudarat yang lebih besar.

Ketiga, dakwaan bahawa TSKI gagal atau enggan memberi penjelasan yang boleh diterima akal secara telus dan terbuka segala terma dan syarat PLM  tersebut untuk menghentikan spekulasi.

Hakikatnya, TSKI telah memberi penerangan serba-sedikit tentang PLM dan sebarang isu berbangkit kepada Majlis Presiden atau pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dalam satu mesyuarat khas pada 6 Mac 2014 meskipun sebenarnya TSKI terikat dengan “non-disclosure agreement” (NDA) yang lazimnya disertakan dalam sebarang PLM untuk melindungi hak dan kepentingan semua pihak terbabit. Wajib patuh dengan NDA tersebut, TSKI tiada kebebasan atau keperluan untuk mendedahkan perincian spesifik PLM tersebut terutama jumlah “haircut” bagi hutang tertunggak, kaedah pembayaran dan jadual pembayaran.

Butiran bagi sebarang PLM tidak perlu didedahkan kepada awam selagi mana ia melibatkan perkara-perkara bersifat peribadi seperti hutang peribadi TSKI dengan BIMB sejak 1997 yang kemudiannya menjadi kes mahkamah sejak 2007, lama sebelum TSKI dipertanggungjawabkan dengan jawatan awam.

Malah, YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS berpendapat bahawa semua yang hadir pada mesyuarat khas tersebut berpuas hati dan bersetuju dengan hujah dan jawapan TSKI. TSKI juga hanya menerima surat pengesahan muktamadnya PLM ini daripada BIMB pada hujung Julai 2014. 

Keempat, fitnah bahawa PLM telah dirunding menerusi atau dengan bantuan Tan Sri Rashid Manaf (TSRM), seorang tokoh korporat UMNO dan bekas peguam Tun Daim Zainuddin semata-mata kerana:

1. Pengesahan oleh salah seorang Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar Selangor bahawa TSKI bertemu dengan TSRM “beberapa kali”
2. PLM dibuat di luar pengetahuan pihak peguam BIMB, Tetuan Tommy Thomas yang mendakwa diberitahu keputusan tersebut pada saat-saat akhir menjelang pertengahan Februari 2014
3. Penjualan pada 19 Mac 2014 308.72 ekar tanah milik Tropicana Corporation Berhad (sebahagian tanah pembangunan keseluruhan seluas 1,172 ekar yang dibeli daripada Kerajaan Selangor pada bulan April 2013) kepada Eco World Development Group Berhad (Eco World) di mana TSRM merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah dan pemegang saham utama Eko World 
4. Penganugerahan projek pembinaan 2,496 unit perumahan mampu milik (PMM) di Sungai Sering, Mukim Hulu Kelang, Daerah Gombak  dianggarkan bernilai RM520 juta kepada Eko World menerusi MoU yang termeterai pada 25 Mac 2014

Hakikatnya, sebagai bekas tokoh korporat tersohor yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara, tidak mustahil malah satu kelaziman bagi TSKI untuk mengenali dan pernah berurusan dengan ribuan tokoh lain daripada dunia korporat dan kewangan domestik dan antarabangsa. Ada di kalangan mereka kekal sebagai kenalan rapat TSKI meskipun pendirian politik berbeza. Namun, dari situasi sebegitu untuk seterusnya dituduh menjadi orang tengah atau dalang bagi PLM agak keterlaluan malah simplistik. Dalam Surat Akuan Berkanun bertarikh 4 September 2014, Encik Azman Abidin, Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar menafikan butiran perbualan telefon pada 29 Julai 2014 seperti yang didakwa dalam dossier setebal 91 halaman terbitan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menerangkan sebenarnya apa yang berlaku.

Bukanlah sesuatu yang aneh sekiranya peguam yang mewakili mana-mana pihak dalam litigasi di mahkamah tiba-tiba diketepikan dalam sebarang rundingan PLM memandangkan antara manfaat PLM adalah penjimatan kos guaman serta mengelakkan pembaziran masa dan tenaga di mahkamah. Walaubagaimanapun, perlu ditegaskan bahawa peguam mewakili TSKI telah memberi nasihat dan terlibat sepenuhnya daripada peringkat awal kes pada Mei 2007 sehingga muktamadnya PLM ini pada hujung Julai 2014. 

Untuk penjelasan lanjut mengenai isu Tropicana dan Eco World dalam projek Canal City serta penganugerahan projek PMM Selangorku di Sungai Sering kepada Eco World, rujuk kepada pautan berikut: http://bm.selangorku.com/58631/isu-tropicana-dan-eco-world-dalam-projek-canal-city-diperjelas/ danhttp://bm.selangorku.com/58634/isu-pembinaan-perumahan-mampu-milik-selangorku-di-sungai-sering-oleh-eco-world-diperjelas/.

Kelima, fitnah bahawa terdapat timbal balas atau pertukaran bagi menyelesaikan kes TSKI-BIMB ini yang terbukti antara lain dalam bentuk kenyataan dan kemunculan TSKI dalam media Barisan Nasional serta kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan yang kononnya memberi ruang menyerang PKR dan Pakatan Rakyat; beberapa tindakan lain yang didakwa terburu-buru dan menimbulkan syak wasangka; penstrukturan semula industri air Selangor didakwa secara tergesa-gesa termasuk menyegerakan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) pada 26 Februari 2014 dan Perjanjian Induk (HoA) pada 1 Ogos 2014 tanpa merujuk kepada pimpinan Keadilan atau Pakatan Rakyat serta Projek Langat 2.

Hakikatnya, hubungan baik dan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan amat dialu-alukan malah dituntut demi kebaikan atau menyelesaikan permasalahan rakyat apatah lagi memandangkan senarai persekutuan, negeri atau bersama dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa dan prerogatif masing-masing.

Agak lucu dan tidak matang sekiranya kenyataan atau kemunculan berkaitan rakyat dan hal-ehwal negeri dalam media nasional yang sememangnya condong malah milik entiti Barisan Nasional sekian lama dikatakan serong dan menimbulkan kesangsian.

Proses penyusunan semula industri Selangor bermula hampir sebaik sahaja Pakatan Rakyat mengambilalih pentadbiran negeri pada 2008 kerana mengembalikan aset air kepada rakyat merupakan antara agenda utama. Maka, menuduh pemuktamadan satu proses yang telah memakan masa lebih enam tahun sebagai tergesa-gesa jelas satu cubaan memesong fakta dan berniat jahat. Untuk penjelasan lanjut mengenai isu penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor, rujuk kepada pautan berikut: http://bm.selangorku.com/57790/isu-penstrukturan-air-selangor-siri-1/http://bm.selangorku.com/57888/penstrukturan-air-selangor-siri-2/http://bm.selangorku.com/58217/isu-penstrukturan-semula-air-diperjelas-siri-3/http://bm.selangorku.com/58626/penstrukturan-semula-air-siri-4/dan http://bm.selangorku.com/58628/penstrukturan-isu-air-selangor-siri-5/.

Keenam, dakwaan bahawa TSKI memberi penjelasan tidak masuk akal apabila menyatakan antara sebab BIMB bersetuju dengan PLM ada kaitan dengan tuntutan saman bernilai RM300 juta terhadap Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang TSKI yakin akan menang dalam tempoh satu hingga tiga bulan selepas sesi penerangan kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat pada 6 Mac 2014 tetapi tiada khabar berita sehingga kini.

Hakikatnya, bukanlah sesuatu yang luar biasa atau mengejutkan sekiranya sebarang tindakan mahkamah mengambil masa lebih lama daripada yang dijangkakan. Menurut salah seorang peguam pihak TSKI, Encik Mathew Thomas Philips, “case management” bagi kes saman menentang PNB ini dijadualkan bermula 1 Oktober 2014.

Tuntutan “general damages and loss of profits” yang ditaksirkan bernilai RM300 juta merujuk kepada kes asal difailkan pada 2010 di mana PNB dan BIMB dinamakan sebagai defendan atas dasar hak TSKI memiliki saham Guthrie yang selebihnya dinafikan. Namun, BIMB digugurkan daripada senarai defendan sebagai salah satu daripada syarat PLM dan sudah pasti taksiran nilai tuntutan juga turun kepada satu paras yang lebih rendah.


Selangorku

Rabu, 20 Ogos 2014

Rahsia Langkah Kajang Terbongkar...!!!

Adakah PKR melalui Pengarah Strateginya Rafizi Ramli akan menafikan laporan yang dikeluarkan oleh pejabatnya?. Gua nak tengok siapa di antara pemimpin PAS yang akan membela PKR dalam isu kebocoran maklumat sulit ini?. Nampaknya agenda 'Langkah Kajang, Selangkah Ke Putrajaya' yang dikeluarkan menepati telahan gua dan sesetengah blogger yang tidak dapat dibeli bahawa memang talibarut Nuar telah bertapak dalam PAS. Dalam isu krisis MB Selangor pun musang berbulu ayam secara terang-terangan menunjuk bahawa mereka memang berkiblat kepada PKR.

Belang Nuar telah terserlah untuk menghancurkan PAS secara licik memang telah diketahui dan bila gua kutuk pengkhianat yang menjadi macai Nuar, bukan main marah mereka kat gua. Kerana itulah PAS patut mengambil tindakan terhadap dua macai PAS yang mendahului pemimpin bila mereka dengan tidak sabar mengumumkan yang mereka setia kepada PR, hakikatnya mereka lebih setia kepada PKR daripada PAS. 

Kalu dua macai nih jenis reti bahasa tak perlu suruh, tak reti-reti undur diri dari PAS dan pergi berambus dari duk menyemak buat muka sekupang. Inilah sikap sebenar Anwar dan PKR yang sanggup menghancur negara demi cita-cita besarnya untuk jawatan PM./GANR



Maklumat sulit berkenaan "LANGKAH KAJANG" telah bocor diinternet. Orang ramai ingin pengesahan daripada pihak PKR tentang maklumat ini.











Dokumen sulit yang sudah menjadi sampah.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...