Translate

Mesti Baca

Sabtu, 9 Ogos 2014

Dari Celaka Menjadi Sial Apabila Nafsu Diletakkan Dikepala Lutut.

Fitnah Dari Jemaah
 Beliau sanggup menjadi nelayan daripada PM
Badai Dalam PR
PAS sentiasa dilanda bagaidan pengkhianatan tetapi ia berjaya diharungi.

Gua hanya senyum bila pakar segala pakar strategi PKR mendedahkan bagaimana PAS memberi idea agar agar jawatan PM diberikan kepada Ku Li demi mendapat undi luar bandar yang dilihat pengaruh Ku Li cukup besar untuk akar umbi Umno. Oleh kerana Haji Hadi gila jawatan dalam kerajaan maka dua kali perjumpaan dilakukan dengan Nuar tetapi ianya ditolak oleh Nuar. 

Pengkhianat PAS yang berpaksikan PKR dari partinya sendiri bukan main terkejut dengan pendedahan ini sehingga mengeluarkan kenyataan yang beliau dan sekor lagi YB Kolid Somad pasti akan menentangnya. Nama pun strategi parti dan ianya ditutup buku rapat-rapat oleh pimpinan PAS. Gua sebenarnya amat berharap kenyataan ini keluar dari dua pengkhianat ini apa kan daya akhirnya pakar strategi PKR sendiri mendedahkannya. 

Kalu jahil sangat tentang strategi parti, gua rasa lu jadi lawyer dan jutera sepenuh ajer ler pasal bab nih pun tak reti-reti, macamnya ler nak jadi pemimpin. Bila cadangan strategi yang disyorkan oleh PAS ditolak maka dengan sendirinya ia menjadi sejarah atau tutup buku kerana nama pun strategi yang semua parti-parti politik memiliki pakar-pakar strategi mereka sendiri dan ia tidak akan dikongsi untuk pemimpin-pemimpin yang boleh dipercayai sahaja. 

Takkan strategi parti di peringkat tertinggi boleh diumum kepada pemimpin bawahan. Dan kenapa ia perlu dirahsiakan kepada ahli-ahli adalah ia dikira satu rahsia yang tidak boleh dihebohkan disebabkan akan ada pengkhianat-pengkhianat seperti Hanipa Maidin dan Kolid Somad. Adakah apa yang gua lontar ini tidak betul atau sengaja gua reka-reka, maka gua cadangkan agar yang mengaku bijak berpolitik tanya DAP, Umno, BN atau mana parti politik yang sudah lama berpolitik. Cuma gua takut sebelum tanya pun pasti lu akan dihalau seperti anjing.

Tukar Tiub basikal bukan main lagi hentaman kepada Haji Hadi kerana pengkhianat celaka yang sepatutnya mempertahankan presidennya turut sama menjadi penyembah Nuar dan inilah membuatkan T.T (pelarian ISA) mula besar kepala kerana mereka tiga ekor dah sekepala. Beliau dengan angkuh mengatakan kegagalan 16 September idea Nuar yang maha bijaksana sebenarnya telah digagalkan oleh Haji Haji. Kalu orang lain gua jamin akan melenting dengan mulut celuparnya tetapi gua cukup bangga dengan tuduhan kegagalan 16 September adalah kesalahan Haji Hadi.

PAS adalah sebuah parti yang paling senior selepas Umno lama diharamkan. PAS dari dulu tidak bersetuju dengan Adun atau MP yang melompat parti kerana mereka memegang amanah rakyat yang mengangkat mereka tanpa mengira ia dari kawan mahu pun kawan. Memang PAS dari awal menentang hasrat Nuar (PKR) membeli MP-MP BN agar bersama dengan PR untuk menumbangkan kerajaan BN sehingga MP-MP PKR sanggup mengikut buntut MP BN sehingga ke Taiwan demi merealisasikan cita-cita bos mereka Nuar sebagai PM Malaysia ke 7.

Di sinilah Nuar dan barua-baruanya telah menunjukkan kepada rakyat Malaysia dan dunia betapa bodoh dan celakanya cara mereka demi memuaskan nafsu sarakah ketua mereka yang sudah mula ratib PM...PM....PM. Jika lu ada akal yang waras, adakah MP-MP BN sanggup berpaling tadah setelah hidup cukup selesa dengan segala kekayaan yang mereka miliki dan cerdikkah MP-MP BN akan membiarkan diri berada dalam kesusahan disebabkan semua fail-fail salah laku mereka masih tersimpan rapi. Kerana itulah Pak Lah dan Najib hanya senyum ajer berkaitan hal ini sedangkan ia adalah jatuh bangun politik dan terlepas jawatan kepada sang gila jawatan PM. Sendiri fikir ler bro.....

Gua ingat bila duk lama kat luar negara kerana takut di ISA kan T.T semakin cerdik kerana beliau berada kat luar negara pun bukan berlenggang pinggan. Beliau keluar masuk universiti dengan semua tajaan kehidupan beliau dibawah tanggungan kerajaan Australia dan gua sendiri tak tahu berapa banyak ijazah dan Phd yang beliau miliki. 

Tetapi walau setinggi mana pun ilmu yang beliau miliki, ia akan jadi tidak berguna apabila bercakap pada seminar yang diatur khas untuk memuja-memuji Nuar telah dikawal oleh nafsu-nafsi sehingga Fekah pun dihentam dengan kata-kata yang amat meloyakan kurang seks pasai tak kahwin-kahwin tetapi apakah beliau sedar yang beliau dah ada berapa isteri, satu atau dua atau tiga atau empat atau pun milik kerajaan disimpan untuk Nuar. Mana kita tau.....  

Gua nak tanya Nuar adakah beliau berani menegur tindakan pakar segala pakar strategi beliau Rafizi kerana membocorkan rahsia strategi antara beliau dengan rombongan PAS yang diadakan sebanyak dua kali dengan ditolak oleh beliau dan beliau sepatutnya mengajar sikit pakar strateginya tentang apa itu strategi politik dan bukan itu sajer, ianya telah pun ditutup buku.

Saranan PAS Terengganu agar menyingkir para pengkhianat yang menyerang TGHH secara terang-terangan adalah tidak perlu kerana PAS bukannya parti yang suka menyingkir ahli-ahlinya apatah lagi memiliki sokongan ahli pada muktamar. Biarlah mereka berada didalam PAS kerana orang-orang seperti ini satu masa akan merasa malu apatah lagi dengan solat hajat mega yang dilakukan oleh ahli-ahli akar umbi PAS agar pengkhianatan mereka kepada jemaah dibalas. Mana kita tahu dalam ribu-ribu itu ada seorang hamba marhaen yang bermulut masin dan doanya diangkat. 

Gua sebenarnya belum habis lagi tetapi bila gua lihat artikel ini, gua tak sedar panjang juga dan gua akan sambung lagi selepas ini. Isu Kolid bandingkan dirinya sama dengan Sahabat Abdullah Jabair r.a. semasa perang Uhud pun tak sempat nak hurai atau mungkin FZT boleh bantu gua kut./GANR

Ahad, 3 Ogos 2014

Dajal-Dajal Melarang Demonstrasi Untuk Gaza.


pengikut dajal

pengikut dajal
Pengikut dajal yang nyata.

Mufti Saudi; "Islam melarang demonstrasi bagi menyokong Gaza"

Penerangan Mufti Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz Al-Sheikh, berkaitan demonstrasi dilancarkan di banyak negara Arab dan Islam untuk menyokong rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dalam apa yang dikenali sebagai 'hari kemarahan', adalah sebagai 'tindakan bunyi bising dan tidak yang bermanfaat.." 

Adakah ini di antara pengikut Dajal yang berada di dua Tanah Haram yang mana ianya ada disebut dalam satu Hadist. Dan adakah mereka juga di kalangan seorang pemuda yang akan merobohkan Kaabah dengan membongkar satu demi satu batu yang menjadi struktur kepada Kaabah.

Banyak riwayat yang menguatkan tentang akan runtuhnya Kaabah di akhir zaman. Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Ka’bah akan diruntuhkan oleh seorang yang berkaki bengkok berkebangsaan Habasyah.”

Diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Perbanyaklah melakukan thawaf di Baitullah semampu kalian sebelum kalian dihalangi untuk melakukannya, seolah-olah aku melihatnya sedang melakukan hal tersebut. Tanda-tandanya: berkepala dan bertelinga kecil, dia menghancurkan Ka’bah dengan beliungnya.”

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Tandanya orang tersebut berkulit hitam, kakinya bengkok (seperti letter O), dia meruntuhkan batu dinding Ka’bah satu per satu.”

Diriwayatkan dari Sa’id bin Sam’an radhiallahu ‘anhu, bahwa dia mendengar Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu bercerita kepada Abu Qatadah radhiallahu ‘anhu, bahwa sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Seorang laki-laki (Imam Mahdi) akan dibai’at di antara sudut (tempat Hajar Aswad) dan Maqam Ibrahim, dan Ka’bah tidak akan dirusak kehormatannya melainkan oleh orang Arab sendiri, dan bila mereka telah merusak kehormatan Ka’bah, maka itulah saatnya kehancuran bangsa Arab, kemudian datang orang-orang Habasyah meruntuhkan Ka’bah yang setelah itu tak pernah dibangun kembali selama-lamanya, dan merekalah yang menggali harta yang terpendam di dalamnya.”

Hadis di atas tidak bertentangan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah radhiallahu ‘anhu, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Sebuah pasukan hendak menyerang Ka’bah, hingga ketika mereka berada di sebuah padang pasir, semua pasukan ditenggelamkan Allah Subhanahu wa Ta’ala ke dalam bumi.”

Ibnu Hajar dalam bukunya “Fath al-Bari” dalam bab: runtuhnya Ka’bah, berkata: “Hadis-hadis di atas menjelaskan akan terjadinya penyerangan terhadap Ka’bah. Penyerang pertama dimusnahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sebelum mereka sampai ke Ka’bah, dan penyerangan kedua dibiarkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala, sepertinya penyerang yang dimusnahkan terjadi lebih awal.”

Dan jangan sampai timbul pertanyaan: Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menggagalkan penyerangan tentera bergajah terhadap Ka’bah padahal saat itu Ka’bah belum menjadi kiblatnya umat Islam, maka mana mungkin Allah Subhanahu wa Ta’ala membiarkan bangsa Habasyah menghancurkannya setelah Ka’bah menjadi kiblatnya umat Islam?

Pertanyaan ini tak akan muncul, andai dijelaskan bahawa peristiwa runtuhnya Ka’bah akan terjadi nanti di akhir zaman menjelang kiamat terjadi. Di waktu itu tidak ada seorang pun di permukaan bumi yang mengucapkan, “Allah! Allah”, seperti yang disebutkan dalam Sahih Muslim:

Kiamat tidak akan terjadi hingga tidak ada lagi orang yang mengucapkan, “Allah! Allah.”

Mekah


Tiada bezanya antara manara London dengan menara Mekah

Tanda-tandanya sudah pun bermula apabila pengikut-pengikut dajal yang mengelarkan diri mereka sebagai 'Penjaga Dua Tanah Suci' telah mula menganggu solat dan tawaf umat Islam dengan membina menara jam yang tinggi dan besar. Adakah yang tipis imannya akan mengatakan yang mereka tidak terganggu dengan menara jam itu ketika solat?. Lihatlah bagaimana tiap kali azan dilaungkan kita dipaparkan gambar-gambar oleh media elektronik.

Sudahlah sebagai orang awam kita cukup sukar mendapat khusyuk apabila menunaikankan solat. Gua pernah bertemu seorang pemuda yang warak dan beliau menyatakan yang beliau pernah mendapat khusyuk selama satu saat dan ia amat indah sekali. Itu seorang yang dikenali waraknya, gua lagilah payah nak menikmatinya kerana siapa ler gua berbanding dengan para pengulas blog gua yang kebanyakkannya bertaraf tinggi ilmu-ilmu yang mereka miliki sampai boleh tahu kat mana gua dilahirkan. 

Tok Kenali, seorang yang warak lagi tinggi ilmunya pernah ditanya tentang khusyuk dalam solat. Beliau menjawab khusyuk dalam solat nikmatnya umpama dua kali ganda apabila kamu sampai kemuncak ketika bersetubuh dengan isterimu. Disebabkan itulah umat Islam disuruh solat berjemaah dengan ganjaran 27 kali pahala dari solat beseorangan dan salah satu sebabnya jika dalam jemaah itu ada seorang yang mendapat kekhusyukkan maka semua akan memperolehi pahalanya.

Maka inilah serangan pengikut dajal terhadap umat Islam kerana lu all semua yang alim-alim tahu bagaimana sikap Arab Saudi terhadap Gaza dan rakyat Palestin. Jika lu nak kenal siapa yang dikatakan pengikut dajal yang mendiami dua Tanah Haram, lihatlah wajah-wajah diatas. Nanti pasti orang kata dah kutuk barua-barua nak cakap bab agama dan hadist pulak. 

Orang nak kata gua apa pun, ada gua kesah kerana bagi gua apa ler sangat dengan maki hamun lu berbanding dengan ugutan bunuh dan akan dibakar hidup oleh pencacai Umno. Kalu takat maki hamun lu boleh buat gua dan FZT kecut perut, gua rasa baik lu blah jer./GANR

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...