Translate

Mesti Baca

Sabtu, 2 Ogos 2014

Gua Sudah Tahu Siapa Barua Nuar Dalam PAS.


Sejak isu WhatsApp nih ada banyak kebaikannya kerana gua sudah dapat tangkap pengkhianat atau pun tali barut Nuar yang menyebarkannya tetapi gua tidak  akan sebutnya nama kerana ia ibarat satu aset bagi gua.. Buat main barua-barua Nuar baik dalam PKR mahu pun dalam PAS sendiri dok hentam gua dan member gua FZT.

Apa komen-komen mereka lu all boleh baca sendiri ler kerana bagi gua, ada gua kesah malah ia membuatkan gua semakin bersemangat nak tulis. Inilah sikap yang sudah bergelar pemimpin dalam PAS bila kenyataan sokongan kepada TSKI yang dikeluarkan TG Haji Hadi sebagaimana pemimpin mereka, apa yang mereka lakukan. Biarpun ianya disambut dengan nada yang sama oleh TG Nik Aziz dan Pemangku Ketua Dewan Ulama, mereka tetap menjadi barua kepada Nuar. Kalu ketaatan dan kata putus mesti dari mulut Nuar lebih dari pemimpin sendiri, apakah mereka tak rasa malu pada diri mereka sendiri.

Gua tidak pernah mengatakan yang PAS cukup kuat jika berjuang sendirian tetapi gua menyebut yang jentera PASlah yang bertungkus lumus bekerja tanpa mengharap imbuhan. Cuba PKR yang hebat-hebat tuh sebut kat mana jentera mereka bila ada PRU atau PRK. Jangan dok ungkit tentang Terengganu dan Kedah yang boleh perintah sepenggal sahaja.

Memang kemenangan di Terengganu kerana ahli Umno mengundi PAS kerana tertipu dengan kes Nuar dan Terengganu kalu barua PKR nak tahu adalah kubu kuat Umno dari dulu lagi. Tetapi kekalahan di Kedah memang nyata disebabkan PKR yang dok berebut pangkat, harta dan pingat sehinggakan belakunya krisis kepimpinan kepada Al-Marhum Ustaz Azizan yang dituduh melebihkan PKR dari PAS sendiri. Boleh Rafizi dan Saifuddin berani bersumpah dengan tuduhan bekas S/U Ustaz Azizan, Mohd Nor jika mereka mengaku anak jantan.

Bagi gua celakalah barua-barua Nuar dalam PAS yang sanggup menentang Presiden mereka sendiri demi menjaga hati Nuar yang semakin hari semakin celaka gua tengok. Tidak gua nafikan yang gua memang bersimpati dengan beliau dan anak isterinya selepas dipecat dan difitnah tetapi  semakin lama simpati gua menjadi semakin meluat dengan lakonan-lakonannya. Adakah gua tak tahu akan nafsu songsang orang yang lu dok junjung dan sanjung tuh. 

Gua nak tanya macai-macai Nuar yang duk hentam PAS, tolong sebutkan pengkhianatan PAS terhadap kawan politiknya sejak dalam perikatan dan ditukar kepada BN. Adakah PAS yang keluar atau PAS ditendang keluar?. Tentang UG itu pula ianya tidak pernah belaku walau pun ada perbincangan dengan Umno. Apakah PAS tidak boleh berjumpa lawan politiknya tetapi bila bab Nuar jumpa ada ker lu orang bising?.

Nak bagitau kat yang masih sayang bagai nak mampus Nuar, didalam PAS tiada siapa yang boleh mengatasi dasar PAS walau apa pangkat mereka iaitu Al-Quran dan Hadist. PAS bukannya bodoh untuk bersama dengan Umno walau pun PAS kalah dan kalah dan kalah pada setiap PRU kerana bila berjuang atas dasar Islam maka jalannya pasti berliku. Cukup buat Nuar kelentong rakyat Malaysia kerana inilah jenis manusia lidah bercabang. Bila jumpa pemimpin Islam lain ceritanya, bila jumpa pemimpin barat lain juga citernya dan bila jumpa puak Yahudi lidahnya jadi bercabang tiga. Lu nak kelentong rakyat marhaen boleh ler tetapi dengan gua sorry ler.... boleh blah dan pi mampus ler./GANR

Khamis, 31 Julai 2014

Isu WhatsApp: Perbincangan Selama 2 Hari Tanpa Henti Dengan 115 Muka Surat Tapi Barua Nuar Dedahkan Beberapa Baris Jer.... Memang Jenis Celaka.

Ust Nasrudin Hassan

Nampaknya kebiadapan DAP mempersoalkan sumber WhatApps bocor Dr Zuhdi Marzuki dan mendesak beliau dikenakan tindakan displin memang menyakitkan hati orang-orang PAS. Ini mungkin kerana ramai faham, yang bocor itu perbincangan sulit, dan lebih penting lagi, apa hak DAP nak beri arahan pada PAS?

Ramai yang hairan kenapa PAS kena ikut saja telunjuk DAP dan PKR dalam pakatan pembangkang sedangkan dari segi jentara dan ahli, juga senioriti PAS paling lama.

PAS tubuh tahun 1951, DAP 1966 dan PKR 1999. Orang Melayu kata... dah banyak rasa asam garam.

Semenjak dua menjak ini, kerana PR berkuasa melalui undi bukan Melayu dan Islam, DAP mula mempamerkan taringnya, dia macam ketua yang tak dilantik, de facto leader dalam PR.

Parti itu selalu ugut PAS apabila PAS mahu melaksanakan hasrat asal penubuhan parti itu, iaitu Negara Islam dan Hukum Hudud.

Ini juga persoalan yang dibangkitkan oleh bekas Ketua Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan melalui facebooknya pagi Khamis tulisnya...

"jika DAP melalui kenyataan beberapa pemimpinnya secara terbuka mahu keluar pakatan pembangkang kalau PAS bawa Enakmen Hudud ke Parlimen kenapa PAS tidak boleh melihat worst case scenario yang sama?"

Soalan AJK kanan PAS pusat itu bukan hanya luahan perasaan beliau semata-mata... tapi ramai pemimpin PAS dah rasa yang kenyataan DAP dan PKR dalam isu WhatApps bocor ini sudah lebih sudu dari kuah.

Nampak hasrat depa perlekeh PAS, sedangkan selama ini tanpa PAS dengan kekuatan jentara akar umbinya... jangan harap DAP dan PKR nak menang besar.

PAS yang paling banyak berkorban dan terkorban dalam 'games' Pakatan Rakyat ini.

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki, kata Nasrudin apa yang perbincangan mengenai isu keluar PR ini adalah satu perbincangan panjang.

"Perbahasan ini agak panjang. Saya menyalinnya semula dengan tekun dan memerhati satu baris ke satu baris keseluruhan conversation group ini, mengunakan tulisan saiz 12 dengan format potrait A4, saya perolehi sebanyak 115 muka surat. Perbahasan non stop menjangkau 2 hari dengan tulisan setebal 115 muka surat A4," katanya dalam kenyataan bertajuk Pengkhianat Mesti Bertanggungjawab.

Menurut beliau, perbahasan non stop menjangkau 2 hari dengan tulisan setebal 115 muka surat A4, tiba – tiba hanya disebarkan secebis perca yang hanya mengandungi 11 baris ayat untuk membentuk satu persepsi buruk dan jahat kepada Dr Zuhdi Marzuki.

"Bukan sahaja ia adalah perbuatan yang tidak adil malah jahat dan khianat. Pencetus masaalah sebenar yang mencemarkan landskap politik semasa tanahair bukanlah Dr Zuhdi tetapi individu yang membocorkan maklumat perbincangan tertutup. Tanpa pendedahan itu, sudah tentu isu ini tidak tercetus. Terutama pendedahan yang hanya mengambil perca kecil dari keseluruhan lembaran conversation group,"katanya.

Bahkan beliau mencabar... pengkhianat yang membocorkan WhatApps itu supaya mendedahkan keseluruhan perbincangan group AJK PAS Pusat tersebut.

"Saya percaya, jika didedahkan keseluruhannya atau perbahasan secara penuh, persepsi buruk dan sangkaan yang bukan – bukan tidak akan berlaku kepada Dr Zuhdi,"katanya.

Berikut kami siarkan kenyataan beliau sepenuhnya tanpa suntingan.

Pengkhianat Mesti Bertanggungjawab.

Oleh : Nasrudin bin Hassan
( Kenyataan Peribadi tidak mewakili PAS Pusat dan boleh Print Screen )

1. Tidak semena - mena nama Dr Zuhdi Marzuki menjadi besar dan menggegarkan politik tanahair. Secebis perca conversation group whatsapp AJK PAS Pusat disalin keluar oleh individu berhati busuk sedang ia adalah whatsapp group tertutup yang menjadi medan perbahasan dan perbincangan AJK PAS Pusat sebagai mesyuarat tidak rasmi untuk memudahkan banyak perkara dengan memanfaatkan kemudahan sistem komunikasi moden yang wujud hari ini. 

 2. Apa yang berlaku ialah kami anggota group whatsapp AJK PAS Pusat sedang berbincang mengenai perkembangan politik terkini yang sedang melanda negara khasnya mengenai isu MB Selangor. Timbul pelbagai pandangan dari kalangan AJK PAS Pusat mengenainya. Sebahagian bersetuju dan sebahagian tidak bersetuju dan sebahagian yang lain pula diam tanpa respon. 
Saya sifatkan ini perkara biasa dalam semua keadaan. Jarang benar untuk kami bersetuju sebulat suara dalam satu - satu isu yang dibincangkan. Perbedaan pandangan itu akan menapis dan menyaring pandangan sebahagian yang lain sementara perbahasan menjadi masak sebelum disimpul menjadi rumusan atau keputusan.

3. Perbahasan ini agak panjang. Saya menyalinnya semula dengan tekun dan memerhati satu baris ke satu baris keseluruhan conversation group ini, mengunakan tulisan saiz 12 dengan format potrait A4, saya perolehi sebanyak 115 muka surat. Perbahasan non stop menjangkau 2 hari dengan tulisan setebal 115 muka surat A4, tiba – tiba hanya disebarkan secebis perca yang hanya mengandungi 11 baris ayat untuk membentuk satu persepsi buruk dan jahat kepada Dr Zuhdi Marzuki. 
Bukan sahaja ia adalah perbuatan yang tidak adil malah jahat dan khianat. Pencetus masaalah sebenar yang mencemarkan landskap politik semasa tanahair bukanlah Dr Zuhdi tetapi individu yang membocorkan maklumat perbincangan tertutup. Tanpa pendedahan itu, sudah tentu isu ini tidak tercetus. Terutama pendedahan yang hanya mengambil perca kecil dari keseluruhan lembaran conversation group.

4. Alang – alang berbuat dosa, kenapa tidak individu ini mendedahkan keseluruhan conversation group AJK PAS Pusat tersebut. Saya percaya, jika didedahkan keseluruhannya atau perbahasan secara penuh, persepsi buruk dan sangkaan yang bukan – bukan tidak akan berlaku kepada Dr Zuhdi. Justeru itu saya cabar individu yang telah membocorkan maklumat perbincangan dalaman Group AJK PAS Pusat itu tampil mendedahkan keseluruhan isi kandungan perbahasan mengenai isu ini. 
Kita lihat bagaimana wajah perbahasan dan apa sebenarnya yang berlaku. Jangan minta saya mendedahkannya kerana nakal – nakal saya pun, tidaklah sebusuk perut dan sebenak aqal individu yang menyalin keluar perca conversation group AJK PAS Pusat tersebut.

5. Ramai menganggap itu adalah kenyataan Dr Zuhdi sedang Dr Zuhdi tidak pernah membuat kenyataan sedemikian. Apa yang tertera melalui perca conversation yang didedah adalah satu daripada banyak – banyak scenario analisis yang dibentang oleh Dr Zuhdi apabila anggota group sedang berbincang mengenai satu topic yang menelur dari perbahasan mengenai isu MB Selangor iaitu “bagaimana kalau PAS keluar atau dikeluarkan dari Pakatan Rakyat”. 
Apa scenario yang akan berlaku ? Analisisnya dikemukakan hasil dari cakap – cakap orang bawah dan orang awam secara negative atau positif yang dipungut naik oleh Dr Zuhdi untuk bahan perbincangan mengenai topic tersebut. Ia bukan pemikiran tulen Dr Zuhdi. Malah, bukan Dr Zuhdi yang cadang topik PAS keluar atau dikeluarkan dari Pakatan Rakyat. Ianya dicadangkan oleh anggota group AJK PAS Pusat yang lain. 
Seperti juga mana – mana pengkaji dan penganalisis mengemukakan hasil analisis sebagai contoh, mereka dapati orang melayu masih ramai yang berfikiran feudal maka bukan bermakna penganalisanya juga berfikiran feudal. Cakap – cakap mengenai PAS keluar atau dikeluarkan dari Pakatan Rakyat ini sudah lama berlegar dikalangan ahli PAS dan sebahagian pimpinan. Malah Dewan Ulamak PAS Pusat lebih setahun lalu pernah mencadangkan supaya Tahaluf Siasi ( Kerjasama Politik ) antara PAS dengan PKR dan DAP itu dikaji semula. Ini menggambarkan scenario itu telah lama berlaku dan mudah serta pantas untuk dianalisis.

6. Sementara itu adalah perbahasan dan perbincangan tertutup maka tidaklah Dr Zuhdi memperindah susun kata sebagaimana mahu dibentang pada khalayak melalui slide show dan seumpamanya, melainkan beliau sekadar menggunakan bahasa dan “istilah lepas” bagi memudahkan perbincangan dan memahami kedudukan scenario yang dianalisisnya. Malah perbahasan itu belum berakhir dan belum merumuskan apa – apa melainkan banyak perkara akan dibawa secara rasmi ke Mesyuarat Penuh AJK PAS Pusat pada 10 Ogos akan datang .

7. Jujur saya menyebut bahawa bukan sahaja Dr Zuhdi dilihat buruk bila conversationnya dikerat kecil begitu malah melalui 115 muka surat conversation yang saya maksudkan tadi, anda akan dapati ramai lagi rakan – rakan saya dari anggota group AJK PAS Pusat turut dilihat buruk seperti Dr Zuhdi malah lebih teruk dari Dr Zuhdi JIKA conversation mereka juga dikerat – kerat kecil sebagaimana dilakukan kepada Dr Zuhdi.

8. Saya teringat seorang kawan saya semasa belajar di Pondok Pasir Tumbuh puluhan tahun yang lalu. Beliau pernah maki hamun Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz kerana beliau mendengar Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz berkata UMNO baik dan secular baik. Sedang menurut pengajian Islam, Sekular bercanggah dengan Islam dan pengamal fahaman secular adalah sesat ! bagaimana Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz kata UMNO baik dan secular baik . Masa itu saya sendiri terpinga – pinga. 
Saya kata tidak mungkin Tok Guru berkata demikian. Beliau bersumpah Wallahi Demi Allah dia dengar sendiri di Dewan Zulkifli Kota Bharu masa kuliah pagi Jumaat. Oleh kerana beliau adalah kawan saya dan saya yakin beliau juga tidak menipu. Maka saya diamkan diri dan minggu berikutnya saya beli kaset rakaman kuliah Tok Guru dan saya halusi satu persatu perkataan dan ucapan Tok Guru. 
Akhirnya saya dapat jawapannya. Ucapan penuh Tok Guru ialah “ Tuan – tuan ! kita kena tolak fahaman yang bertentang dengan aqidah Islam. Tidak kira apa fahaman itu, muktazilah baik, sosialis baik, nasionalis baik, sekularisme baik, semua kita kena tolak. Kita orang Islam mesti terima Al Quran, orang UMNO baik , Orang PAS baik mesti beramal dengan al Quran … !”

9. Malangnya kawan saya dalam keadaan kurang mahir loghat Kelantan pula mendengar sebahagian dari keseluruhan ucapan akhirnya dia faham Tok Guru kata secular baik, UMNO baik …. Saya senantiasa tersenyum lebar bila mengenang peristiwa itu. Saya kira begitulah lebih kurang jadinya pada Dr Zuhdi. 
Keseluruhan conversation kami selama 2 hari non stop hanya dipetik dan didedahkan 11 baris dengan tujuan yang sangat jahat bagi membina persepsi buruk pada Dr Zuhdi yang lantang mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR terutama apabila timbul isu MB Selangor. Percayalah, yang mengkritik keras Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu MB Selangor ini bukan Dr Zuhdi seorang tapi ramai pimpinan PAS turut sama mengkritik. 
Tinggal lagi berani melakukannya secara terbuka atau tidak . Ada yang tidak berani kritik terbuka tetapi pedas dan keras kritikannya secara tertutup kerana tidak tahan sabar dengan sikap dan tindakan Datuk Seri Anwar dalam isu MB Selangor. Ada yang berani menyebut secara terbuka di facebook tetapi menyembunyikan wajah dan identiti. Akhirnya si pemberani seperti Dr Zuhdi inilah yang menjadi sasaran .

10. Saya sekali lagi menyelar individu yang telah membocorkan perca conversation group AJK PAS Pusat dan mencabar supaya tampil buat pengakuan dan dedahkan keseluruhan conversation anggota group mengenai isu MB Selangor ini jika beliau adalah seorang yang bertanggungjawab dan berani. Jika tidak, memang ia seorang yang penakut dan pengkhianat. Menikam rakan dari belakang demi memuaskan hati war lordnya yang berada di luar parti. 
Seperti juga mana – mana pengkaji dan penganalisis mengemukakan hasil analisis sebagai contoh, mereka dapati orang melayu masih ramai yang berfikiran feudal maka bukan bermakna penganalisanya juga berfikiran feudal. Cakap – cakap mengenai PAS keluar atau dikeluarkan dari Pakatan Rakyat ini sudah lama berlegar dikalangan ahli PAS dan sebahagian pimpinan. Malah Dewan Ulamak PAS Pusat lebih setahun lalu pernah mencadangkan supaya Tahaluf Siasi ( Kerjasama Politik ) antara PAS dengan PKR dan DAP itu dikaji semula. Ini menggambarkan scenario itu telah lama berlaku dan mudah serta pantas untuk dianalisis./GANR

Bodoh + Bangang - Sombong x Celaka = Tanya Nuar.


Hari ini dari pagi sampai malam gua gi beraya dan baru sekarang gua ada masa buka internet untuk membaca isu-isu semasa. Sungguh gua tak sangka rupa ada isu besar dipaparkan oleh kebanyakkan blog-blog berkaitan kebocoran dalam perbincangan dilaman WhatsApp yang dimiliki AJK PAS Pusat. 

Gua sendiri pun tak tahu bagaimana perbincangan-perbincangan sensitif berkaitan PAS hanya dilakukan melalui WhatsApp sahaja. Adakah gua terlalu jahil untuk mengatakan bahawa AJK-AJK PAS Pusat sanggup bersembang melalui WhatsApp yang boleh membawa kepada kerahsiaan parti kerana WhatsApp cukup mudah untuk diekses walau pun ia untuk ahli-ahli sahaja atau pun mana-mana kumpulan.

Maka bermacam-macam kutukan, makian, fitnah-fitnah jahat dikejutkan dari tidur. Dendam yang sudah lama tersimpan dihati untuk menghentam TG Haji Hadi mula dijadikan modal apabila kenyataannya menyokong TS Khalid dizahirkan lalu satu kenyataan dikeluarkan oleh Mat Sabu bahawa sokongan bosnya, TG Haji Hadi adalah bersifat peribadi sahaja dan beliau menyatakan isu ini akan dibincangkan oleh PAS selepas Raya. 

Maka bersoraklah para macai-macai dengan kenyataan Mat Sabu itu kerana usaha mereka untuk memecat TS Khalid akan menjadi kenyataan. Apa tidaknya bila Timbalan Presiden PAS sendiri memberi jaminan tetapi semua menjadi kelu, sawan khinzir dan naik gila tanpa disangka-sangka TG Nik Aziz senada dengan TG Haji Hadi menyokong TS Khalid.

Bukannya gua tak tahu dalam JK PAS Pusat ada barua Anwar yang cuba mengheret PAS dalam kemelut untuk menyingkirkan MB Selangor itu. Barua-barua inilah yang paling celaka kerana mereka memang mempunyai impian yang cukup besar dan merekalah yang memainkan peranan untuk melaga-lagakan TG Haji Hadi Dengan TG Nik Aziz. 

Mereka ini adalah daripada warisan IRC yang menyusup masuk kedalam PAS pada pertengahan 80an dulu tetapi berjaya dikesan lebih awal oleh pimpinan PAS Pusat sebelum berakar umbi. Antara pimpinan PAS yang lantang menentang kumpulan IRC ialah Al-Marhum TG Harun Taib sehinggakan satu perdebatan diadakan pemimpin IRC disebuah universiti anjuran mahasiswa. Selepas itulah para pemimpin dan pendokong kuat IRC keluar dari PAS dan menubuhkan  sebuah NGO yang takyah gua namakan.

Tuduhan PAS akan keluar dari Pakatan dan bersama dengan Umno dengan mendendangkan semula ratib UG amat-amat meloyakan tekak gua. Apatah lagi dengan membawa sama cerita berkaitan Terengganu dan Kedah yang PAS hanya bertahan sepenggal sahaja adalah sebagai penambah perisa untuk menyalahkan TG Haji Hadi 100 peratus. Betapa TG Haji Hadi tidak layak menjadi pemimpin kerana dalam ratib mereka hanya Anwar sahaja yang layak dan hebat. 

Untuk barua Anwar yang bersarang dalam parti PAS, jika lu rasa butuh Anwar lebih hebat dan bertaraf dunia lebih baik lu berambus lagi bagus. Adakah PKR sudah merasakan yang mereka hebat dan boleh membuli PAS, gua minta lu kirim salam kat Nuar. Gua nih bukan sokong mana-mana parti apatah menjadi ahli tetapi gua lihat sejak PKR dah ada ramai Adun dan MP dengan sedikit kekuatan, mereka semakin sombong nak mampus.

Hebat sangat ker PKR tanpa sokongan PAS dan DAP?. Kalu dah jenis biasa duduk dalam tong taik, jika tak boleh duduk boleh hidu pun cukup dah. Kalu tengok sesetengah pemilihan cabang-cabang pun boleh lihat kerusi-kerusi terbang, sebijik macam MIC maa. PAS sanggup hilang kerusi kerana perkara ini telah dijadikan rujukan sejak 1500 semasa Rasulullah s.a.w. ditawar jawatan Raja dan kekayaan dengan janji jangan ganggu urusan pihak Abu Jahal dan yang sewaktu dengannya. Ada faham ker wahai talibarut PKR yang berada didalam PAS. Kalu lu tak cayer gua sila BACA SINI

Ahad, 27 Julai 2014

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri.

Di kesempatan ini gua ingin mengucap selamat menyambut hari raya aidil fitri dan maaf zahir batin buat umat Islam di seluruh dunia terutamanya rakyat Gaza. Semoga pertolongan dari tentera Allah s.w.t. akan terus mengerun Yahudi laknatullah.

Semoga rakyat Kelantan terus diberi keberkatan oleh Allah di atas sifar tawaduknya sang Raja.

Celakalah kamu wahai Sisi kerana kamu berbangga dengan dunia yang sementera

Ya... Allah, berilah kekuatan keimanan pada Mursi dan para pengikut yang telah dipenjara dan dibunuh oleh laknat Sisi

Inilah wajah yang membuatkan ulama cap ayam yang baru belajar 2 kitab dah nak berhujah dengan ulama tersohor ini. Ibarat langit dan bumi wahai ulama muda Umno yang bodoh sombong

Semoga kelaknatan buat pembunuh umat islam yang mengaku bahawa beliau penjaga dua tanah haram umat Islam. Siapakah yang melantik kamu wahai bani Saud semoga setiap doa dari umat Islam yang dibalas dengan azab yang amat pedih./GANR

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...