Translate

Mesti Baca

Khamis, 13 Mac 2014

MH370 : Blogger Pun Boleh Memainkan Peranan Mereka.



Dengan penuh simpati terhadap keluar mangsa MH370 yang telah memasuki hari ke 6. Kita boleh melihat bagaimana para pemerintah dan pembangkang bersama-sama tanpa mengira pegangan politik mereka walau pun isu MH370 telah menjadi isu hangat di dunia sekarang ini. Tetapi adalah satu perkara yang amat apabila pihak pembangkang telah mengusulkan diadakan satu sidang tergempar parlimen dan jawapannya pun kita boleh jangka iaitu ditolak. Apa sahaja yang diisukan oleh pembangkang pasti tidak di layang oleh pendekarnya. 

Inilah sikap Speaker Dewan Rakyat yang amat memalukan kerana daripada dahulu lagi sikap mereka walau pun sudah pencen atau masih berkhidmat. Tetapi jika Umno/BN yang mengusulkan pasti diadakan dengan mudah. Sedangkan perkara ini meliputi dunia dan bantuan dari mereka bawakan bukan calang teknologi yang mana ada alatan canggih itu masih belum terjual kepada dunia itu punya besar isu ini pun. Apa pasal Pendekar Amin menolak menolak isu ini dibawa kepada parlimen.

Sepanjang yang gua tahu hanya sekali sahaja isu yang dibawa oleh PAS telah diterima. Bila kita melihat riak-riak pada wajah ahli keluarga mereka pun gua rasa amat menyedihkan dan gua akan bantu melalui melalui apa yang gua mampu. Gua harap kaum kerabat yang berada dalam MH370 tabah, berdoa dengan doa-doa mereka.

Tentang peranan para-para blogger tanpa mengira dari parti mana boleh mengguna 'Google Maps' kerana ada bukti yang Maps Google satu alat cukup berkesan disebabkan kita boleh menjarakkan dengan lebih tepat.

Marilah kita berdoa dan melakukan solat hajat semoga Allah.S.W.T menunjukkan kepada kita Maha Bijaksana dan kerja yang amat cemerlang walau pun diasak oleh wartawan-wartawan negara dan juga dari luar negara. Jika tidak dapat buat mencari, Maps boleh digunakan lebih berkegan disebatkan gambarnya cukup terang jelas./GANR

Selasa, 11 Mac 2014

MH370 : Terhempas Atau Dirampas...!!!!

 


Gua cukup simpati kepada keluarga mangsa penerbangan MAS yang distinasinya KL ke Beijing kerana mereka menunggu dengan penuh harapan dengan maklumat yang berubah-ubah darri pihak kerajaan. Jika jatuh ke laut pasti ada serpihannya dan jika jatuh ke hutan pasti nampak kesannya kerana MH370 bukan kapal terbang kecil, 777-200. Tambahan pula bantuan negara luar yang disalurkan kepada negara dengan menggunakan teknologi-teknologi yang termoden.

Gua memang mendapat perkhabaran dari seorang yang cukup arif dalam penerbangan bahawa beliau tidak bersetuju dengan maklumat yang diberikan oleh kerajaan. Beliau menyatakan bahawa pilot penerbangan itu seorang berpegalaman selama 30 tahun. Kenapa kerajaan banyak berahsia berkenaan isu ini dengan menyekat akses pemberita dengan ahli keluarga mereka. 

Dengan kehadiran anggota FBI menambahkan lagi kekeliruan walaupun mereka memberi alasan dari 227 penumpang dengan 12 orang anak kapal ada 3 warganegara Amerika. Kenapa AS cukup berminat dalam perkara ini sedangkan ia tidak berlaku pada rampasan yang lepas-lepas. Bagi gua ianya seperti satu teka-teki tentang 2 warga Eropah yang menggunakan pasport palsu boleh membolosi kawalan yang ketat di KLIA. Ada khabar-khabar angin yang menyatakan bahawa pesawat itu tidak terhempas tetapi telah dirampas dan sudah mendarat di wilayah Russia. Dengan perjalanan sehala KL-Beijing sudah dikira mencukupi untuk kapal terbang itu masuk ke wilayah Russia.

Dalam satu visi lagi menyatakan bahawa rampasan itu dibuat untuk tuntutan kerana ada 4 warga China yang cukup kaya walaupun sebelum ini Taiwan telah mengeluarkan kenyataan bahawa satu panggilan yang mengugut untuk merampas pesawat milik China dan meletupkan lapangan terbang Beijing beberapa hari sebelum kehilangan pesawat milik MAS yang membawa hampir 2/3 warga China.

Kenyataan kerajaan bahawa kebarangkalian MH370 dirampas amat rendah masih boleh dipertikaikan kerana China sendiri sedang bergolak dengan kumpulan pemisah di wilayah Xinjiang. Kumpulan pemisah yang dikenali Pergerakan Islam Turkistan Timur (ETIM) semakin aktif sejak kebelakangan ini tidak boleh diketepikan tentang tuntutan mereka ke atas wilayah Xinjing. Jika 2 warga Eropah yang berjaya melepasi sekatan dengan pasport palsu, tidak mustahil perkara yang tidak diingini berlaku.

Sikap kerajaan menangani isu ini amat mengecewakan dan ia seperti menyembunyi sesuatu dari ahli keluarga 239 yang berada didalam MH370. Maka kerajaan tidak perlu mengugut rakyat agar jangan membuat apa-apa andaian jika dalam sidang akhbar pun mereka mengeluar kenyataan cacamarba. Gua andaikan isu MH370 ini sudah menjadi isu dunia kerana penglibatan banyak negara dan pengunaan teknologi yang canggih-canggih. Gua turut bersimpati dengan nasib 237 penumpang dan keluarga mereka yang amat berharap satu keajaiban berlaku./GANR

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...