Translate

Mesti Baca

Jumaat, 21 Februari 2014

Memang Celaka TNB, Sudah Berbilion Untung Pun Masih Tak Cukup.



Sebelum diswastakan oleh negarawan kesayangan semua rakyat Malaysia Tun Dr Mahathir, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikenali dengan nama Lembaga Letrik Negara (LLN) rakyat merasa cukup aman tetapi ia mula berubah apabila LLN diswastakan oleh kerajaan dengan alasan memertabatkan urus tadbir yang lebih cekap agar seluruh rakyat baik di bandar, di kampung, di hutan, di pulau dan di serata pelusuk negara akan menikmati bekalan elektrik.

Maka turunlah hulubalang-hulubalangnya di serata tempat untuk menerangkan betapa bagusnya jika LLN diswastakan dengan jaminan yang konon-kononnya kerajaan sendiri akan mengawal dengan begitu ketat. Kepada yang membantah idea negarawan itu dianggap masih berfikiran kulut kerana negara tidak akan mencapai taraf negara maju. Sebenarnya cerita-cerita swasta ini adalah untuk mengaut keuntungan kerana hanya yang untung setiap tahun sahaja diswastakan tetapi tidak bagi yang tidak menguntungkan.

Maka jadilah TNB sebagai pemain utama untuk bekalan elektrik di seluruh negara atau bahasa mudahnya dimonopolikan. Kesan dari monopoli ini mula terasa kesannya sedikit demi sedikit dan setiap kali tarif letrik hendak dinaikkan, alasannya ia TNB mengalami kerugian kerana terpaksa membeli dari janakuasa swasta dengan harga yang mahal dan menjual dengan harga kos walaupun setiap sukut pertama sampai keempat, TNB mengumunkan keuntungan berbilion.

Nak tahu TNB rugi, lihat bangunan yang bakal dibina. Jika rendah bermakna untung kalau tinggi bermakna TNB benar-benar rugi.
Jika dilihat janakuasa yang dimiliki oleh TNB bukan sekadar cukup, malah bekalan masih lagi berlebihan. Apakah keuntungan berbilion setahun masih belum cukup sehinggakan menaikkan lagi tarif elektrik dan seperti dimaklumkan apabila tarif elektrik naik maka barangan pengguna juga akan naik walau pun kerajaan memberi jaminan kenaikan barangan tidak akan berlaku. Sedarkah kerajaan yang kilang-kilang pengeluaran menggunakan bahan bakar maka benarlah slogan janji dicapati.

Di sini gua tunjuk sedikit contoh tentang apa yang mereka lakukan untuk mengaut sebanyak mana wang rakyat. Sedarkah anda selepas meter lama ditukarkan kepada meter baru (pembekalnya adalah kroni), jumlah kegunaan anda mula bertambah walau pun anda masih membayar dengan harga lama dan bagaimana mereka lakukan. Anda lihat Blok Tarif (kWh) di bil anda telah di pecah-pecahkan seperti...
  1. 200 - 145  - 0.218 - RM31.61
  2. 100 -  72   - 0.334 - RM24.05
  3. 100 -  72   - 0.400 - RM28.80
  4. 100 -  54   - 0.402 - RM21.71
  5. 200 -  55   - 0.218 - RM11.99
  6. 100 -  28   - 0.334 - RM 9.35
  7. 300 -  48   - 0.516 - RM24.77
Jumlah kegunaan anda sebulan ialah sebanyak 474 kWh dengan amaunnya ialah RM152.28 tetapi tanpa anda sedari mereka mula menggunakan taktik pukul sampai rata seperti berikut...
  1. 200 - 216  - 0.218 - RM47.08
  2. 100 -  90   - 0.334 - RM30.06
  3. 300 - 168  - 0.516 - RM86.68
Inilah jumlah terbaru anda walau pun anda menggunakan sebanyak 474 kWh tetapi amaunnya sudah mula meningkat menjadi RM163.82. Kenapa mereka tidak mengikut tarif seperti di atas melainkan kerana ketamakan para pemimpin yang menggila untuk mengumpul harta agar 10 keturunan mereka tidak habis dimakan. Sedarlah wahai rakyat yang semakin miskin kerana anda akan menjadi pengemis di negara sendiri demi untuk Najib, Kak Mah dan keluarga selesa bercuti melihat matahari jatuh pada akhir tahun sebanyak dua kali iaitu di Amerika dan Australia dengan jet mewah milik rakyat dengan kediaman di hotel 5 bintang yang kita sendiri tidak tahu nilai untuk semalam/GANR

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...