Translate

Mesti Baca

Rabu, 12 Februari 2014

Hari Ini Genap 65 Tahun Kesyahidan Imam Hassan Al-Banna.


Pada hari ini 12 Feb 2014, genaplah 65 tahun syahidnya Imam Hassan al-Banna dalam perjuangan menegakkan Islam di bumi Mesir khususnya dan seluruh dunia amnya. Beliau meninggal dunia pada 12 Februari 1949.

Beliau merupakan pengasas gerakan Islam Ikhwan Muslimin yang ditubuhkan pada Mac 1928 di bandar Ismailiyyah.

Latar belakang

Nama sebenarnya ialah Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammed al-Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir (barat laut Kaherah).

Hassan al-Banna merupakan anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad Ibn Abdul Rahman al-Banna ialah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan fiqah perundangan Islam yang berkelulusan Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau dikenali sebagai seorang yang bersopan santun,pemurah,merendah diri dan tingkah laku yang menarik. Namun beliau hanya bekerja sebagai tukang jam di desa al-Mahmudiya untuk menyara keluarganya. Masa yang selebihnya digunakan untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al-Quran dan hadis kepada penduduk tempatan.

Sebagai seorang ulama. Sheikh Ahmad Ibn Abdul Rahman al-Banna mempunyai perpustakaan yang agak besar di rumahnya. Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan di rumah. Hassan al-Banna juga sering menghadiri dan mengambil bahagian dalam perbincangan tersebut. Pertemuan ini memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran, wawasan dan yang penting perwatakannya. Ketokohan, keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad al-Banna diwarisi oleh Hassan al-Banna.

Kepimpinan Hassan al-Banna

Sifat kepimpinan Hassan al-Banna terserlah sejak beliau masih di sekolah rendah. Beliau menjadi pemimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah meghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyah. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudiannya memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwanul-Muslimin.

Keluarga Hassan al-Banna begitu tegas dalam mendidik anak-anak berdasarkan ajaran Islam. Hal ini menyebabkan beliau telah menghafaz al-Quran dalam usia yang begitu muda dan telah memasuki Pusat Latihan Perguruan. Beliau telah memasuki Darul Ulum di Kaherah pada awal usia 16 tahun kerana kebijaksanaan dan ilmu pengetahuannya yang luas.

Semasa di Kaherah, Hassan al-Banna terdedah dengan pergolakan parti politik dan aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Attartuk. Parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular kebanyakannya bertujuan melemahkan pengaruh Islam. Beliau kemudian mengangotai pertubuhan Jamait al-Makram al-Akhlaq yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hassan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat perhimpunan orang ramai.

Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib,Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.

Menubuhkan Ikhwan Al-Muslimin

Pada Mac 1928, dalam usia 23 tahun, Hassan al-Banna beserta adik dan lima orang sahabatnya berkumpul di rumahnya dan bersumpah untuk hidup dan mati kerana Islam. Di rumah itu Jemaah Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan. Pada ketika itu beliau baru mendapat ijazah dari Darul Ulum serta berkhidmat sebagai guru bahasa Arab di salah sebuah sekolah di bandar Ismailiyah.

Setelah berkhidmat selam 19 tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusum kegiatan dakwah yang berkesan dalam masyarakat bandar. Pengalaman ahli jemaah yag dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwanul Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.

Pengharaman Ikhwanul Muslimin dan Pembunuhan Hassan al-Banna

Pengaruh Ikhwanul Muslimin yang kuat amat dikhuatiri oleh Kerajaan Mesir di bawah Noqrashi Pasha daripada Parti al-Safdi. Pada 8 November 1948, beliau telah mengharamkan Ikhwanul Muslimin atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sumbangan Ikhwanul Muslimin menghantar beribu-ribu orang pejuang dalam perang menghadapi Isreal seolah-olah dinafikan. Kesemua cawangannya yang berjumlah lebih 3000 diarahkan supaya dibubarkan.

Dengan alasan untuk mengendurkan ketegangan antara Ikhwanul Muslimin dan kerajaan, pihak kerajaan menjemput Hassan al-Banna untuk berunding bertempat di Pejabat Jam’iyyah al-Syubban al-Muslimin. Sebenarnya jemputan itu hanyalah sebagai helah untuk membunuh beliau.

Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hassan al-Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur, seorang peguam, suami kepada adik perempuannya berada di pejabat tersebut. Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk berunding, tetapi malangnya Zaki Ali Basya tidak kunjung tiba.

Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isyak mereka memanggil teksi untuk pulang. Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil, dua orang yang tidak dikenali menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol. Mereka berdua terkena tembakan itu. Iparnya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut. Walaupun terkena tujuh tembakan, Hassan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam’iyyah al Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital.

Setibanya di hospital Qasral ‘Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hassan al-Banna. Pada pukul 12.50 tengah malam, Hassan al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak.

Peristiwa itu berlaku pada tanggal 12 Februari 1949 dan ia telah meninggalkan sejarah hitam serta pilu bagi masyarakat Islam khususnya pejuang-pejuang agama. Pada tarikh itulah, dunia Islam kehilangan seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam ke kemuncaknya. Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik Raja Farok, pemerintah Mesir pada ketika itu. Sumber

Selasa, 11 Februari 2014

Pendakwaan Terhadap Mejar Zaidi Untuk Menakutkan Dan Menutup Salahguna Kuasa.

 
Pendakwaan yang dikenakan ke atas juruterbang Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad dianggap sebagai penganiayaan terhadap pegawai kanan tentera, dan anggota lainnya.

Presiden Sekretariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (Kerabat), Leftenan Kolonel TUDM (B) Mohd Nazari Mokhtar (gambar) berkata, tindakan pendakwaan itu juga bertujuan menakutkan pegawai-pegawai lain dari menyatakan kebenaran.

"Pendakwaan yang dikenakan ke atas Mejar Zaidi itu hakikatnya atas hak beliau menyatakan rasa tidak puas hati beliau berhubung penggunaan dakwat kekal.  Bukannya beliau melanggar disiplin pentadbiran.

"Sayangnya, seolah-olah ada 'tangan' lain yang mengkehendakkan Zaidi diambil tindakan," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau juga melahirkan rasa kecewa terhadap Kementerian Pertahanan kerana dirasakan tidak sensitif dengan perkembangan semasa politik Malaysia.

Nazari berpendapat pendedahan Mejar Zaidi berkaitan penggunaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) seharusnya disokong panglima-panglima lain di angkatan tentera.

"Bagaimanapun, akibat takut sangat dengan ahli politik tertentu dan terlalu menjaga periuk nasi, maka Mejar Zaidi tidak menerima sokongan secara terbuka oleh pegawai yang lebih atas dari beliau," kata Nazari.

Nazari, yang mewakili lebih 42,000 keanggotaan di dalam Kerabat turut merakamkan sokongan penuh atas tindakan Mejar Zaidi, yang disifatnya lebih berani dari pihak atasan lain di dalam tentera.

7 Feb lalu, Mejar Zaidi (gambar) mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau ekoran pendedahan mengenai dakwat kekal yang digunakan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan itu di hadapan Yang Dipertua Mahkamah Tentera di Pengkalan TUDM, Sungai Besi.

Lima daripada pertuduhan berkenaan di bawah Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972, sementara dua lagi membabitkan Seksyen 51 akta sama.

Seksyen 50(2) adalah membabitkan kesalahan tidak patuh kepada pegawai atasan yang boleh dipenjara tidak lebih dua tahun, manakala Seksyen 51 pula tidak patuh kepada perintah tetap yang boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau hukuman ringan lain.

Semua pertuduhan berkenaan merujuk pada tarikh 1 Mei 2013 di dua lokasi berbeza iaitu perkarangan Balai Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kepala Batas dan Pangkalan Udara Butterworth.

Hakim menetapkan 8 hingga 10 April depan untuk perbicaraan kes tersebut.

Sementara itu, satu halaman di laman sosial Facebook diwujudkan bagi orang ramai mengikuti kes membabitkan Mejar Zaidi, selain isu-isu semasa yang turut dimuatkan.

Sehingga kini, bilangan orang yang menyukai halaman yang dinamakan Sokong Mejar Zaidi TUDM itu sudah mencecah 8201 sejak ditubuhkan pada 31 Dis tahun lalu.
Sumber

Isnin, 10 Februari 2014

Boleh Menulis Tapi Tak Boleh Lihat Blog Sendiri.

Kalu rugi bolehkah Telekom memiliki bangunan sehebat ini... Celaka
  Telekom Malaysia Berhad (TM) Company Profile - CorporateInformation ...
Adakah buktinya belum cukup untuk menunjukkan betapa untungnya Telekom Celaka nih

Apa punya sial bila blog sendiri tak boleh dibuka tetapi gua boleh hantar artikel gua untuk pembaca. Mula-mula blog Addin gua tak boleh nak buka dan gua andaikan mungkin masalah internet standard Malaysia yang lajunya boleh selari dengan semut atau mungkin semut pun lebih laju. Dah ler gua ambil packed mahal dari Tahikom, apa punya sial dengan pengkhidmatan yang tidak sepadan dengan bayaran yang gua bayar tiap-tiap bulan. Gua tak pernah miss buat bayaran bro kerana gua tidak pernah dapat surat merah atau dipotong kerana tidak membuat bayaran. Url baru blog Addin ialah http://addindeen.blogspot.com.

Kalu gua maki lu marah, kalu tak maki gua pula sakit hati memang celaka ler yang monopoli talipon rumah nih. Dah ler setiap sukut tahun umum untung berbilion-bilion tetapi perkhidmatan macam celaka. Gua ingat gua sorang jer yang alami tetapi ramai yang mengeluh, kalu macam ni ler perkhidmatannya jangan dok berangan nak jadi negara maju. Berbanding dengan negara-negara yang lebih mundur pun Malaysia masih tertinggal kat belakang.

Macam nih nak naik taraf ke 4G dari 3G jika nak buka mana-mana media elektronik pun makan masam berjam-jam. Adakah kerana Tahikom yang kerajaan pusat memegang 1 saham penentu maka Taikom akan dipergunakan dengan menyasarkan blog-blog yang bagi mereka cukup panas telinga sehingga berasap apa membacanya.

Gua dah lama tahu yang blog gua dah beribu kali di intip dengan menggunakan berbagai kaedah oleh kerajaan Malaysia mahu pun dari negara yang mengaku sebagai Polis Dunia. Gua bukan cakap sombong kerana bukan blog gua ajer yang kena tetapi banyak blog-blog yang telah di intip. Bagi mereka blog yang mengisukan laporan salahgunakuasa, rasuah, rompakan harta negara adalah blog duri dalam daging kerana laporan-laporan berserta bukti amat memeritkan mereka.

Satu lagi isu ialah yang mereka intip tentang Islam  dengan gelaran extrem Islam. Isu ini adalah kerjasama kerajaan dengan Polis Dunia (Amerika/Israel) konon-kononnya untuk membendung pelampau agama yang mana nama-nama itu adalah dari rekaan mereka sendiri. Sebagai mana kita dengar tuduhan-tuduhan yang sengaja dikenakan kepada umat Islam dengan bermacam-macam nama yang gua sendiri pun tak pernah dengar akan kewujudannya demi mengISAkan mereka kerana memang mereka langsung tiada bukti untuk mendakwa.

Demi menjaga hubungan dengan sepenjajah negara umat Islam nih maka mereka tanpa merasa bersalah telah menggunakan ISA, undang-undang rimba tanpa mengira untung nasyik keluarga yang mereka tuduh. Semoga tangan-tangan mereka yang bergelumuran darah umat Islam akan menjadi saksi di Padang Mahsyar nanti. Sebagaimana Raja Saud haramjadah yang memberi bantuan kewangan berbilion USD kepada musuh Islam pemerintah yang condong kepada Islam dinyahkan dari berkuasa, penjara buat pemimpinnya dan jika perlu bunuh semua para penyokong yang mahukan Islam. 

Jahanam lu keturunan Saad dan yang bersekongkol dengan mereka.dan apakah kamu mengira semua harta, pangkat yang kamu rampas secara paksa akan membantu kamu di alam kubur. Gua sendiri pun tidak hairan dengan apa yang mereka miliki hatta dunia ini sekali pun kerana bagi gua gua pun sudah cukup dengan apa yang Allah S.W.T berikan kepada gua. Gua ada beberapa persoalan buat lahanat lagi celaka nih dari Bani Saud yang hanya sebuah negara di dunia ini menggunakannya sebagai nama sebuah kerajaan iaitu Saudi Arabia yang kononnya diberi gelaran 'penjaga 2 Tanah haram' tetapi bila berada diluar negara, apa jenis maksiat yang mereka tidak lakukan hasil kekayaan yang mereka rompak harta milik rakyat mereka sendiri..
  • Jika kamu benar kaya, bolehkah ciptakan tangan yang serupa dengan ciptaan Allah SET  yang sempurna ini kepada yang tidak memiliki memilikinya.
  • Bolehkah mengupah para saintis agar mencipta setitik darah yang sama dengan gua.
  • Bolehkah kamu gerakan kaki gua dengan perintah lu.
Lu boleh berbangga dengan apa yang miliki dengan beribu-ribu kereta mewah, beratus-ratus istana di seluruh dunia, memiliki beribu-ribu syarikat yang cukup besar dan dengan timbunan wang, pertama, belian, emas, perak kerana lu memang dari sisa zuriat Qorun. tetapi ingatlah buat semua pemimpin yang sedang berasa di puncak baik negara ini mahu pun di seluruh negara umat Islam, bahawa janji Allah S.W.T itu adalah benar kerana umat Islam ketika ini menanti makhluk yang bernama Shalahudin Al-Ayubi untuk menghumbangkan harta-harta hasil rompak dibaling oleh rakyat marhaen.

Akan bersambung 2 Tempat Paling Suci Mula Dirobohkan sedikit demi sedikit atas nasihat ulam-ulam yang mengelar diri mereka Salafi kerana gua ada cerita untuk penganut fahaman yang mereka agungkan iaitu WAHABI./GANR
BERSAMBUNG

Ahad, 9 Februari 2014

Puteri Sepanyol Terpaksa Mengadap Hakim. Malaysia Pula???


CRISTINA (kiri) tersenyum semasa tiba di bangunan mahkamah Palma de Mallorca, di Pulau Mallorca, Sepanyol semalam.



PALMA - Anak perempuan Raja Sepanyol, Juan Carlos berdepan dengan seorang hakim semalam sebagai suspek dalam satu kes rasuah yang memalukan keluarga diraja negara itu.

Hakim berkenaan, Jose Castro menyoal Puteri Cristina berhubung dakwaan bahawa beliau menipu cukai dan terlibat dalam kes pengubahan wang haram.

Puteri berusia 48 tahun itu keluar dari sebuah kereta bercermin gelap dan berjalan masuk ke sebuah mahkamah di bandar ini yang terletak di pulau peranginan Majorca.

Beliau mengangguk kepada kumpulan kru televisyen, jurugambar dan wartawan yang berkumpul berhampiran pintu masuk mahkamah.

Cristina yang memakai baju putih dan jaket hitam kelihatan bersahaja apabila memasuki mahkamah berkenaan untuk menjawab soalan Hakim Castro.

"Beliau tenang," kata seorang peguamnya, Jesus Maria Silva kepada pemberita.

Puteri itu yang sebelum ini dianggap kebal daripada undang-undang didakwa bersubahat dengan suaminya, Inaki Urdangarin yang turut disiasat.

Namun, mereka belum didakwa secara rasmi berhubung sebarang jenayah.

Castro mengambil masa lebih dua tahun menyiasat dakwaan Urdangarin dan seorang bekas rakan niaganya melesapkan dana awam sebanyak 6 juta euro (RM26.9 juta) melalui sebuah yayasan amal.

Cristina yang memakai gelaran Duchess of Palma de Mallorca merupakan seorang ahli lembaga pengarah yayasan berkenaan.

Beliau dan suaminya juga bersama memiliki sebuah syarikat lain, Aizoon yang disyaki pihak berkuasa terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram. - AFP

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...