Translate

Mesti Baca

Khamis, 6 Februari 2014

Laungan Strategi Rupanya Hanya Untuk Penambah Perisa Sate Kajang.



Sebenarnya artikel ini adalah satu komen yang gua lontarkan pada blog FZT tetapi sebaik gua klik komen ini baru gua perasan yang komen gua nih terlebih panjang. Oleh itu gua salin semula komen gua ini menjadi satu artikel dengan sedikit perasa (gua tak pakai Aji-Naik-Moto) dan sebelum lu all nak tendang terajang gua, gua nak bagi tahu kat lu yang gua berpendirian bersama-sama rakyat.

Lantak ler lu nak tuduh aper-aper kat gua, gua peduli aper pasai gua bukan dibayar atau macai mana-mana pemimpin. Gua pun satu sen pun belum makan duit dari mana-mana pemimpin politik. Bila ader jer PRU atau PRK, semua gua pakai duit sendiri maa dan kalau bak makan-makan yang berkampung ajak gua tak nafikan memang gua makan tapi gua tetap menghulurkan sedikit sumbangan untuk membeli barang-barang memasak.

Kerja-kerja sial demi nafsu seekor dua yang duk giler kuasa, takleh jadi PM pun jadi MB boleh jugak. Memang kerusi itu milik PKR atas muafakat pemimpin tertinggi PR tetapi persetujuan itu pun bersyarat dengan TS Khalid jadi MBnya. Lantaklah lu nak letak saper-saper pun kerana kerusi tu milik lu tetapi bila melibatkan jawatan MB, suara PAS dan DAP mesti didengar. Tidakkah dalam perjanjian itu TS Khalid hanya diberi dua penggal sahaja untuk mentadbir kerajaan Selangor dan selepas itu lantak kamulah nak beri kat saper-saper yang kamu suka.

Masalahnya ada yang jenis tak boleh bersabar dah ler jadi MP, Adun dan jawatan dalam GLC pun masih tak cukup-cukup. Gua rasa lontaran oleh Feakah Husin ada logiknya walau pun beliau bukan lagi SU politik kepada TS Khalid. Namanya bukan isu "Kajang Pak Malau Kajang Berlipat" tetapi bekas-bekas SU TS Khalid yang sedang berlipat lengan sesama mereka. Sehinggakan ada blogger yang mengeluh kerana Faekah lambat buka silat walau pun mereka tahu yang Faekah bukan lagi SU politik TS Khalid kerana mereka tahu yang Feakah tidak akan berdiam diri melihat bekas bossnya dilanyak. Ada kala gua respek jugak dengan Feakah nih kalau bab-bab perang mulut, kerana beliau pun bukan calang-calang orangnya.

AMK jangan duk kutuk-kutuk kat Pemuda PAS dan cermin muka dulu kerana lu kena ingat tanpa jentera PAS dan DAP pasti bilik gerakan akan sunyi sepi kerana gua tak pasti berapa banyak ranting yang dimiliki PKR Kajang. Gua tak nafikan hasil kerjasama politik (Tahaluf Siyasi) PAS semakin kuat walau pun terlepas negeri Kedah dan Perak tetapi bilangan kerusi Dun makin bertambah. 

PAS pun bukan ingin sangat jawatan MB Selangor macam Hassan Beras Jati seperti yang di canang-canangkan itu kerana sejarah telah tertulis bahawa PAS adalah parti yang paling kuat setiakawan berbanding dengan PKR. Yang kedengaran tentang kerusi itu pun jika TS Khalid dipaksa melepaskan jawatan yang telah di persetujui oleh PAS, PKR dan DAP maka adalah suara acah-acah jika begitu baik bagi kat PAS ajer kerana ada sumber menyatakan yang Sultan Selangor berkenankan calon dari PAS.

Okeylah... bagaimana jika PAS tidak mengerakkan jentera parti tetapi sekadar memberi sokongan sahaja bila hari mengundi, adakah PKR mampu melakukannya sepertimana peristiwa PRK Hulu Selangor yang mana PAS terpaksa membuka dan mengerahkan tenaga pendokong mereka 100 peratus kerana PKR sudah jadi separuh giler.

Jika PKR bertanding tanpa menggunakan jentera PAS, DAP dan mereka menang dengan undi majoriti yang lebih tinggi maka gua akan respek mereka 101 peratus. Ketika itulah mereka boleh bercakap besar dan membuang TS Khalid dari jawatan MB.

Nampaknya cara berfikir mereka yang giler jawatan masih tidak memahami akan pendirian dan kata-kata pemuda PAS yang mana gua yang tak mengaji politik pun boleh faham antara calon dengan jawatan MB Selangor. 

Bodoh betul ler bangang-bangang nih, Dun Kajang sentiasa akan menjadi milik PKR maka lantaklah lu nak letak siapa yang lu suka di mana PAS dan DAP tidak akan masuk campur tetapi..... tetapi..... tetapi lah bangang, jawatan MB Selangor pula adalah lantikan di peringkat Majlis Presiden Pakatan  yang sebulat suara menyokong TS Khalid sebagai MB Selangor kerana tiada parti dalam Pakatan yang memegang undi majoriti berbanding dengan P.Pinang, Kelantan dan Kedah. 

So... bila melibatkan jawatan MB maka PAS dan DAP boleh campur tangan berlainan dengan jawatan Dun Kajang. Apa pun gua tengok ada seekor dua blogger yang mengaku sebagai blogger PAS yang terang lagi bersuluh sedang mencari kesilapan dari TG Haji Hadi walau sekecil mana pun mereka akan menjadikannya modal untuk menyerang. 

Blogger-blogger inilah yang dikatakan enam jahanam yang bertuhanayah dan lu sendiri boleh teka... bro kerana lu cukup dimusuhi. Bagi gua pergi mampus dengan mereka yang bertopeng warak tetapi hati hitam melebihi arang..... Celakalah bagi mereka ini semua tanpa mengira dari mana asal usul mereka. Apa yang gua tulis adalah dari pemerhatian gua yang berada diluar kotak walau pun gua pernah tidur atas kotak. Politik cacamarba ini bukannya baru dan ia akan membarah apatah lagi dalam keadaan zaman maklumat di hujung hari dan laman-laman sosial. /GANR

Rabu, 5 Februari 2014

Dey Tambi Itu Senator Belum Cukup Ker : Bila Bapak Ayam Mahu Jadi Calon.



Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan hari ini menawarkan diri bertanding menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Bagi membolehkan kedua-dua belah pihak memberikan tumpuan kepada pertarungan di DUN Kajang, Nallakaruppan menyatakan kesediaannya melepaskan kedudukan sebagai Ahli Dewan Negara manakala Anwar dicabar meletakkan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Kata Nallakaruppan, beliau menawarkan diri kerana tidak mahu penduduk kawasan tersebut tertipu dengan Anwar, selain faktor BN belum mengumumkan calon dan membuat keputusan sama ada ingin bertanding atau sebaliknya.

“Saya adalah calon yang paling sesuai untuk lawan Anwar sebab semua rahsia hitam peribadi dia ada dalam poket saya. Saya ingin berkongsi cerita dengan pengundi Kajang mengenai perihal dan kelakuan sebenar Anwar dalam pilihan raya nanti.

“Justeru, saya merayu kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua parti komponen, beri laluan kepada saya untuk bertanding dengan Anwar secara satu lawan satu," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat MIUP, Segambut di sini hari ini.

Yang turut hadir beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk pengasas bersama parti itu, Ng Lum Yong dan pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Zamil Ibrahim.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Lee Chin Cheh daripada PKR meletak jawatan pada 27 Januari lalu bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding di kawasan berkenaan.

Mengulas lanjut, Nallakaruppan berkata, beliau tidak akan mendedahkan video yang didakwa melibatkan bekas rakan karibnya itu semasa berkempen kerana kes tersebut masih di peringkat mahkamah.

“Kandungan video itu saya tidak boleh dedahkan kepada orang awam. Namun, ada banyak lagi cerita panas mengenai Anwar yang belum saya dedahkan. Saya akan cerita siapa Anwar kepada rakyat Kajang," katanya.

Beliau juga berkeyakinan dapat memberikan cabaran sengit kepada Ketua Pembangkang itu sekiranya diberikan peluang menjadi calon BN.

“Saya buat tawaran ini kerana saya ada peluang lebih baik di DUN Kajang. Siapa Anwar dan siapa Nallakaruppan, kamu boleh lihat itu," katanya.

Ditanya sama ada beliau sudah memaklumkan hasratnya kepada pucuk pimpinan BN, Nallakaruppan berkata, beliau menunggu maklum balas daripada mereka termasuk para pemimpin parti komponen selepas sidang akhbar tersebut.

Menjawab soalan adakah beliau akan meneruskan hasrat untuk bertanding sekiranya tidak terpilih sebagai calon, Nallakaruppan menjelaskan, beliau akan memikirkan perkara tersebut selepas permintaannya itu dijawab oleh pucuk pimpinan BN.

Sementara itu, Lum Yong berkata, beliau bersama 20 orang lagi pengasas bersama PKR akan turun membantu kempen calon BN menentang Anwar di DUN Kajang.

“Selain itu, bekas pemimpin DAP dan Pas dari seluruh negara akan datang ke Kajang bagi membantu siapa sahaja calon BN menentang Anwar," katanya. 


Nallakarupan dilantik menjadi Senator manakala ramai ghurka UMNO yang berjuang bermati-matian dari dulu, kini dan selamanya dilupakan sahaja hanya kerana mereka tiada cerita yang hendak direka-reka untuk Anwar.

Kata bekas Setiausaha Politik seorang Menteri dengan perlantikan Nallakarupan sebagai Senator ia merupakan satu tamparan kepada mereka-mereka yang banyak berjasa pada UMNO tetapi dilupakan. Mereka menjadi seperti hampas tebu selepas diperah hingga kering akhirnya dibuang menjadi makanan lembu.

Apakah perlantikannya hanya kerana beliau berani mendedahkan pekong taukenya dahulu Anwar Ibrahim kerana dalam politik Malaysia, lu bapak ayam ker, lu tauke video seks ker atau siapa pun lu, jika lu boleh putar alam isu tentang individu yang bernama Anwar maka lu akan diberi kekayaan, pangkat atau apa pun kerana Umno semakin tersempit dengan keadaan sekarang.

Selasa, 4 Februari 2014

PRK Kajang : Baik Dan Buruknya.


Sebelum gua nak ulas tentang PRK Kajang nih, gua nak tanya adakah ia untuk kebaikan rakyat atau untuk kepentingan beberapa kerat pemimpin?. Kita juga akui akan krisis antara dua puak dalam PKR dan ada segelintirnya yang bersikap tunggu dan lihat. Gua tidak mahu apa yang berlaku di Kedah berulang sehinggakan tumbangnya PR ditangan BN akibat dari krisis dalaman sehinggakan kita kehilangan seorang pemimpin yang sampai kesihatannya ditolak tepi demi menyelamatkan kerajaan Kedah dari jatuh. 

Antara sebab kekalahan PR yang dipimpin oleh PAS adalah sikap menikam kawan dari lawan mereka sendiri sehinggakan mantan MB Al-Marhum Azizan Razak langsung tidak menghiraukan kesihatannya. Ramai yang menuduh dan meletakkan kekalahan di Kedah pada PRU 13 yang lalu adalah kerana kelemahan beliau tanpa mengetahui cerita sebenar. Begitu juga dengan kekalahan PAS Terengganu pada PRU10 yang mana para blogger celaka senang-senang meletakkan kekalahan itu kerana Geng UG. 

Adakah mereka tahu bagaimana Haji Hadi memberi ingatan kepada ahli PAS yang PAS sekarang adalah pemerintah dan bukan lagi pembangkang. Mungkin kerana terlampau lama berada di kedudukan pembangkang maka fikiran mereka masih lagi dengan menganggap PAS Terengganu masih pembangkang dan Umno adalah masih memerintah. 

Gua sendiri melihat keadaan ini di mana YDP bahagian dan YDP cawangan gagal menerangkan perkara sebenar. Tidak dinafikan apabila PAS berjaya memerintah Terengganu, ada di pihak bahagian dan cawangan berubah wajah dan sikap mereka memang meloyakan gua. Gua lihat ada pemimpin di peringkat bahagian yang dulunya benar-benar ikhlas berjuang dengan hanya memiliki Hondo Cawan telah secara drastik bertukar kepada kenderaan Pacuan 4WD. 

Gua ada bersembang dengan beberapa kawan dan gua telah andaikan yang PAS pasti tidak akan dapat mempertahankan kerajaan PAS Terengganu kerana sikap mereka di peringkat bawahan yang baru dapat sedikit kuasa sudah mula membalas dendam terhadap penyokong Umno. Mereka yang berlambangkan keris telanjang dinafikan hak-hak mereka dan pimpinan peringkat bawahan lebih kejam dari Umno. Sedangkan pimpinan tertinggi telah mengingatkan agar bantuan mesti diberi tanpa mengira fahaman politik mereka kerana mereka adalah rakyat Terengganu tetapi penegasan itu tidak diendahkan oleh segelintir pemimpin peringkat cawangan.

Kenapa perlu diadakan PRK Kajang walaupun penyandangnya tidak meninggal atau lompat parti atau tidak muflis. Adakah ia baik buat rakyat yang semakin terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi. Gua cukup faham tentang perangai orang PAS setiap kali PRU atau PRK, mereka datang berkampung tanpa ada peruntukan dan semuanya adalah dari duit poket sendiri, malah mereka mengeluarkan derma untuk membeli itu ini. 

Ada lu dengar yang pendokong PAS di peruntukkan sebanyak sekian-sekian setiap kali pilihan raya. PAS adalah diketogirikan sebagai parti yang paling miskin tetapi apabila gendang dipalu, maka berduyung-duyung yang dapat menghulurkan bantuan baik melalui wang mahu pun keringat. Ingatlah wahai pemimpin yang bernafsu besar, pendokong PAS bukan seperti Umno/BN yang akan mendapat segala-galanya dari bas percuma, makan free lauk ayam, tempat tinggal selesa dan ditambah dengan duit poket.

Cukuplah PAS dipergunakan setiap kali pilihan raya kerana tanpa jentera PAS, adakah PKR boleh menang dan tidak dinafikan akan kebaikan yang PAS terima dengan kerusi yang bertambah hasil dari sepakatan mereka dengan DAP dan PKR. Bolehkah sesiapa kira berapa ranting yang cabang PKR ada bagi setiap kawasan. Adakah ranting-ranting mereka lebih banyak dari PAS dan kerahan tenaga juga lebih dari tenaga yang PAS hulurkan. Adakah PAS dibawa berbincang tentang perkara ini walau pun ia adalah kes rumah tangga PKR yang mana PAS dan DAP tidak boleh campur, begitu juga sebaliknya.

Tetapi adakah mereka lupa yang mereka mempunyai rakan-rakan dalam Pakatan yang pasti terpaksa membantu mereka untuk PRK Kajang. Janganlah sampai bila lu dah ada kuasa, lu sudah tunjuk lagak sehinggakan lu sendiri hantar kader-kader lu menyusup masuk ke dalam PAS. Adakah PAS tidak mengetahui akan hal ini. 

Bro, PAS sudah lama wujud walau pun ia diceritakan yang PAS adalah serpihan Umno tanpa merujuk kepada Hizbul Muslimin yang diharamkan sehinggakan pejuang-pejuang Islam masuk Umno demi mewajarkan agar PAS dapat ditubuhkan dengan cara sah. Janganlah naif sangat tentang politik bro kerana PAS sentiasa belajar sampai kini walau apa pun kata-kata jahat dilemparkan terhadap PAS. Kononnya jika benar PAS adalah parti yang benar-benar Islamik kenapa sampai sekarang tak memang-menang.

Nabi Nuh a.s. berdakwah hampir 1000 tahun tetapi pengikut baginda tak sampai 70 orang pun. Adakah orang yang mengaku Islam faham bahawa lebih mudah mengIslamkan bukan Islam dari mengIslamkan semula orang Melayu yang mengaku Islam tetapi merekalah perosak agama. Tidak cukup dengan sikap perkauman mereka, sekarang mereka menyasarkan penganut-penganut agama lain pulas. Cuma gua boleh kata inilah produk keluaran Umno selepas merdeka lebih-lebih lagi di zaman pemerintahan Diktator Mahathir.
 

SPR kata setiap kali PRK diadakan sebanyak RM 2 juga terpaksa digunakan, jika begitu berapa puluh juta pula gula-gula yang akan di taburkan oleh Umno untuk PRK Kajang nanti. Adakah semua duit itu milik Umno, jawapan yang cukup mudah ialah dia bagi lu RM200 selepas PRK mereka akan ambil ambil dari rakyat RM2,000. Macai Umno kata mana ada pasal itu sumbangan politik dari kulumgmerat, syarikat-syarikat dan ahli-ahli perniagaan. Gua pula kata jika lu bisnes adakah lu nak rugi dan yang dikata kroni-kroni pemimpin Umno, inilah mereka semua.

Tauke-tauke besar tanya ini hali boss mahu pakai berapa wang, lu cakap ajer maa berapa juta cash gua hantar naik helikopter. Kalah atau menang tauke-tauke nih tetap akan dapat habuan projek dengan beberapa persen akan masuk poket pemimpin politik kerana mereka masih memerintah pusat. Jika mereka tiada kuasa di pusat jangan beranganlah nak dapat bantuan dari tauke-tauke besar nih. 

Setiap projek yang mereka dapat itu dari poket pemimpin Umno ker, lu jangan harap ler kerana itu semua adalah duit dari bermacam-macam cukai yang mereka wujudkan. Adakah Raja Gula begitu bodoh untuk menjual gula, tepung atau beras dengan harga RM1. Fikir ler secara logik akal jika kamu adalah orang-orang yang bijak lagi pandai.

Permainan orang politik yang licik dan tamak pasti akan menyusahkan rakyat kerana mereka lebih pentingkan diri mereka sendiri tanpa mempedulikan rintihan-rintihan rakyat yang ibarat kais makan kais petang makan petang dan mereka menjadi pengemis di negara sendiri. Demi nafsu besar seorang dua yang tergila-gilakan jawatan sedangkan amanah yang rakyat berikan tak menang tangan untuk menangani tetapi masih kebulur dengan bermacam-macam jawatan. Adakah rakyat yang memberi sokongan kepada mereka, mereka ibaratkan sebagai lembu yang dicucuk hidung, boleh diheret kesana kemari.

Adakah kebaikan lebih banyak dari keburukan untuk PRK Kajang ini dengan turun harga sate kajang. Berapa banyak pula janji-janji manis untuk mengula-gulakan rakyat. Jika ada jualan gula dengan harga RM1 jangan sesekali melepaskan peluang ini dan lupakan seketika penyakit kencing manis, beli sebanyak mungkin, banyak semua ahli keluarga daru cicit sampai ke moyang. Inilah masanya pemimpin akan makan sayur kangkung dengan rakyat marhaen duduk bersila di pondok buluh untuk menunjukkan yang mereka berjiwa rakyat. 

Pastikan Rosmah dibawa ke rumah yang paling daif dan hidangkan sayur kangkung yang diambil di tepi longkang untuk hidangannya Jika boleh biar Rosmah lihat dari A sampai Z dan bagi minum air parit, andainya beliau tidak muntah hijau pasti darah marhaen masih ada pada dirinya kalau belum apa-apa dah masuk kereta lu boleh fikir sendiri ler.

Isnin, 3 Februari 2014

Sekadar Baca Dan Belum Masa Untuk Menulis.

Rabu lalu, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat bersama Setiausaha Pemuda, Nasaie Ismail berkunjung ke Jabatan Pengarang Harakah. Setiap Rabu, saya dan editor lain selalunya cuti rehat selepas dua malam deadline.

Pertemuan itu sepatutnya diadakan lebih awal, sebaik beliau menang pertandingan sengit, mengisi kekosongan Ustaz Nasrudin Hassan, hujung November 2013. Saya dan wartawan Arif Juhani hanya bersembang santai, tanpa sempat bersoal-jawab secara khusus  dengan Suhaizan di Pejabat Pemuda, Jalan Raja Laut, satu pagi hujung minggu.

Waktu itu, Suhaizan lebih banyak mengisahkan pengalaman berkacanya mendaki kerjaya politik sejak di kampus lagi. Kebetulan kami dari universiti yang sama, Universiti Teknologi Malaysia dam belioau turut aktif dalam PMUTM. Saya lebih mengingati komitmennya dalam kempen memansuhkan PPSMI dan juga membongkar senarai daftar pemilih -- menjelang PRU13 -- yang mengelirukan dengan kes nama-nama pengundi pelik.

Sesekali saya cuba mengorek rahsia "pertembungan dalaman" Pemuda, yang khabarnya belum selesai walaupun muktamar sudah berakhir, namun Suhaizan hanya menjawabnya dengan senyuman. Mendengar gosip liar seolah-olah dia cukup terhimpit tetapi lenggok badannya berbeda sekali.

Cerita peribadinya menarik dan wajar dikongsi bersama; cuma saya belum sempat menulisnya. Moga catatan tangan saya di Pejabat Pemuda itu masih boleh dibaca!

Tengahari 29 Januarai lalu, Suhaizan yang berbaju merah, tiba agak lewat. Sebelah paginya ada rakaman perutusan Tahun Baru Cina di Batu Caves. Dia menyapa kami dengan ucap selamat dalam bahasa Cina, yang mungkin baru dilafaznya semasa di studio tadi.

Dalam sesi wawancara itu, saya dapat mengesan keistimewaan awal Suhaizan; dalam apa jua keadaan, dia nampak tenang dan cool. Mungkin tidak banyak isu baru yang ditekankannya dalam perbualan hampir satu jam itu, selain mengulangi kerangka besar haluan Pemuda tapi bersikap terbuka mengakui kelemahan yang perlu diperbaiki dan ruang besar yang masih belum dimanfaatkan.

Editor ruangan antarabangsa Harakah, Haris Zalkapli, yang turut sama dalam sesi wawancaram ketika saya minta merumuskan misi dan visi Suhaizan, mencatatkan: "Yang paling jelas ialah agenda untuk memobilisasi Pemuda PAS menghadapi cabaran semasa anak muda, dengan menggalakkan lagi usaha penyebaran maklumat, pendidikan politik dan kajian serta wacana supaya sebarang tindakan dibuat berdasarkan maklumat yang tepat dan mendapat sumbang saran daripada rakyat."

Dalam isu PRK Kajang, Suhaizan turut menyinggung kritikan keras terhadap KeADILan, sekurang-kurangnya daripada dua pemimpin kanan Pemuda, iaitu Ketua Pemuda Selangor dan Pengarah Pilihan Raya Pemuda Malaysia.

Beliau ternyata bersikap terbuka, meraikan kepelbagaian pendapat, selain memahami gejolak rasa anak muda yang agak "kebingungan" dengan perkembangan drastik itu. Berdasarkan luahan kemarahan dalam facebook dan twitter, "langkah taktikal" KeADILan itu tidak mendapat sokongan ramai.

Jam 12.40 tengahari, saya tidak sempat menikmati  nasi kukus bungkus ayam dara bersama Suhaizan dan Nasaie kerana terpaksa berkejar ke sebuah restoran berhampiran Kedutaan Amerika syarikat, Jalan Tun Razak. Seorang rakan lama, pemaju perumahan berjaya, setia menunggu.

Saya teruja untuk mendengar khabar sensasi dari sumber yang dekat, tentang pertembungan dalaman Umno, dikatakan membabitkan Najib Razak dan mentornya, Dr Mahathir Mohamad. Ya, memang ia bukan rahsia lagi, malah sudah lama dihebohkan.

Sejak saya menulis buku "Anwar Lawan Ghafar?" pada tahun 1992, pergolakan dalaman Umno bukan satu cerita menggemparkan. Cerita tentang perebutan kuasa, konspirasi dan komplot adalah lumrah. Bagaimanapun, selepas Anwar disingkirkan pada 1998, saya tidak berminat lagi untuk merisik kisah dalam kain Umno.

Bagi saya, cerita-cerita Umno tanpa kehadiran aktif Dr Mahathir, Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah dan Anwar Ibrahim sukar menggamit perhatian lagi.

Memilih penjuru restoran yang tersudut, rakan saya itu memanjangkan kisah yang didengarnya daripada sumber-sumber, yang didakwanya, dekat dengan Najib. Dia berminat dengan perkembangan "perdamaian nasional" ataupun yang lebih mutakhir "konsensus nasional".

"Istimewanya kali ini, masuk satu lagi faktor baru, peranan Perdana Menteri Turki, Erdogan, untuk memulihkan hubungan Anwar dan Najib," katanya separuh berbisik, merujuk sumber Pejabatan Perdana Menteri sendiri.

"Dulu katanya ada peranan Jusuf Kalla, bekas Naib Presiden Indonesia, sekarang lebih bersifat global," pintas saya, mengusiknya. "Kerajaan perpaduan bentuk baru kot?" tambah saya. Kami sama-sama ketawa.

Sambil mencicip potongan kek bersama teh kosong, selepas menikmati hidangan spaghetti, rakan saya itu menarik perhatian pertembungan Najib dan Dr Mahathir. "Untuk menyelamatkan sepupunya, Hishammuddin Hussein yang jelas tertinggal masa pemilihan Umno lepas, Najib minta jangan undi anak Mahathir, Mukhriz. Dan Mahathir sangat kecewa," ujarnya.

Saya tidak begitu mengambil serius dakwaannya tetapi tetap mengambil ingatan seorang penganalisis: "Politik sifatnya cukup dinamik, ia sentiasa berkembang dan berubah."

Kami juga berkongsi pandangan tentang situasi di Selangor. Rakan saya yang lama brgiat dalam Umno peringkat bahagian di negeri termaju itu menjangkakan kehadiran Anwar dalam kerajaan Selangor pasti tidak akan menyenangkan Najib dan juga Mahathir.

"Selangor akan menjadi modal besar Pakatan, bukan hanya misi ke Putrajaya tetapi juga usaha menawan Negeri Sembilan, Perak dan Johor," tambahnya. Saya tidak mengerti maksudnya tetapi tidak pula bertanya lebih lanjut.

Dia mahu tahu pandangan dan sikap PAS tentang pengosongan kerusi Dun Kajang. "Aku dengar macam PAS tak dirundingi langsung, seolah-olah bukan rakan kongsi terpenting di Selangor, malah seperti menganggap PAS macam tak ada di Selangor," katanya.

"Setahu saya, pimpinan Pakatan hanya berbincang soal pilihan raya kecil sahaja, menyerahkannya kepada kebijaksanaan KeADILan kerana itu kerusinya, tapi tidak sampai memutuskan jawatan menteri besar. Khalid masih MB," saya tidak menunggu lama untuk menjawab.

Lama mengenalinya saya faham dia lebih menginginkan persefahaman politik lebih erat di antara dua parti Melayu, malah mengharapkan PAS bersama Umno dalam sebuah kerajaan campuran. Beberapa kali dia melahirkan rasa kesal apabila PAS tidak menghantar nama calon menteri besar selepas PRU13.

"Istana Selangor sebenarnya menunggu calon menteri besar PAS," rakan saya itu mengulanginya lagi. Cara dia bercerita seperti mempunyai kenalan rapat yang mengetahui dari dekat kehendak istana. Saya juga, seperti biasa, hanya ketawa kecil, mendengarnya. Saya mengelak untuk berbantahan dengan beliau dalam isu "perpaduan Melayu" ini.

"Okey, sekarang, kalau betul Khalid Ibrahim mahu digugurkan, maka PAS tak perlu terikat dengan persefahaman lama lagi. Bukankah Khalid dipilih semula, termasuk dengan sokongan PAS, bukanlah disebabkan ia wakil KeADILan, tetapi kerana prestasinya selama lima tahun sejak 2008, 'kan? Jadi, pilihan kembali terbuka," dia nampaknya tidak putus asa mahu meyakinkan saya bahawa PAS lebih berhak untuk posisi strategik itu.

Saya tidak mahu memberi harapan palsu kepadanya. "PAS sedar diri dan malu untuk menuntut kuasa," jawapan saya untuk melepaskan diri. Selama ini pun kami jarang sependapat dalam isu-isu kalimah Allah dan perpaduan Melayu.

"Saya bersetuju dengan pandangan Prof Ungku Aziz. Melayu memang sukar untuk bersatu," saya sekadar menduganya. "Tetapi lebih tepat, jika hanya diukur penyatuan kita berdasarkan sokongan politik, kita tidak perlu bersatu pun. Apa salahnya masing-masing ada parti sendiri, bersaing dalam pilihan raya bebas, bersedia untuk berbeda pandangan dan akhirnya hormati keputusan rakyat," nada saya seakan-akan berkhutbah pula.

Semasa kami rancak berborak, saya tidak sedar dua panggilan telefon daripada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Bagaikan ada hal penting untuk dikongsi. Saya memendekkan bicara.

"Kami dah terlepas di Jalan Parlimen, nak ke Pejabat KeADILan, ada sidang akhbar bersama Anwar, tadi memang dekat-dekat Harakah," jawab Mohamad Sabu ketika saya menghubunginya kembali.

"Takpa, anta turun ke restoran depan Harakah tu, dalam masa 10 minit saya sampai," ujarnya. Saya terasa bersalah memaksanya berpatah balik sedangkan dia ada acara lebih penting.

Saya sebenarnya mahu mendengat sendiri penjelasan Timbalan Presiden PAS terhadap pelbagai kecaman dan sindiran terhadap keputusan mengosongkan Dun Kajang. Mungkin ada maklumat dalaman yang boleh membantu Harakah menentukan sudut terbaik laporannya.

Rakan-rakan dalam PAS Selangor tidak dapat membantu. Saya faham, mereka sendiri agak keliru dan lebih banyak meneka serta mentafsirkan. Bagi saya, ia sesuatu yang normal. Sebelum keputusan dirumuskan dan penjelasan diberi, biarkan saja suara-suara protes atau yang tidak berpuas hati itu.

Perbedaan pendapat, hatta percanggahan pandangan, tidak perlu dirisaukan sangat. Hakikatnya, ia dizahirkan bukan bertujuan untuk memusnahkan kepentingan bersama tetapi mencari rasional dalam menemukakan yang lebih baik. Lebih penting, rakyatlah yang menghakimi dan mereka menuntut jawapan tuntas, bukan sekadar retorika politik.

Seperti lazimnya, Mohamad tidak gemar untuk menyalahkan rakan-rakan sekutu dalam Pakatan. Beliau lebih selesa mengkoreksi diri pengalaman getir PAS menguruskan pertentangan dalaman.

Ternyata, dalam kes tertentu, dan Mohamad memberi beberapa contoh, PAS sendiri gagal menanganinya dengan baik, sehingga mengakibatkan kuasa beralih tangan.

"Mungkin ini satu pilihan KeADILan, dan lebih baik ia diuruskan dengan kadar segera, lagipun PRU14 lambat lagi," ujarnya sambil mengakui beliau cukup menghormati gaya Khalid Ibrahim menerajui kerajaan Selangor terutama berkaitan good governance dan urus tadbir yang bersih rasuah.

Meskipun diasak pelbagai soalan berkaitan, ternyata Mohamad lebih berminat untuk meminta saya menulis tentang bahang perkauman yang cuba dimarakkan dan ia cukup berbahaya. Rujukannya lebih fokus kepada situasi di Pulau Pinang. Kebetulan Mohamad merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri dan rakan karib kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.


Sambil memuji Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai antara yang pasukan terbaik dan cekap, beliau mempersoalkan mengapa Umno, khasnya di Pulau Pinang, yang cuba menghidupkan sentimen perkauman masih dibiarkan bebas.


"Hairan sekali, apabila orang yang membuang kepala babi dalam masjid dan membakar gereja sampai sekarang tidak dapat ditangkap. Dan cara jenayah itu dilakukan seolah-olah begitu rapi sekali," ujar Mohamad sambil menghirup teh kosong.

"Kelmarin saya tengok berita TV, orang yang melakukan sabotaj dalam demonstrasi aman di Bangkok, melepaskan tembakan rambang, dikenal pasti seorang polis," tambah saya sambil melahirkan rasa curiga dengan peranan Cawangan Khas (SB) dalam kempen provokasi ini.

Mengenai insiden sebuah gereja di Hulu Kelang dibakar tidak lama dulu, saya difahamkan tiga anak muda terbabit sebenarnya didorong oleh sebuah pertubuhan rasis yang dikenali diumum. Sayangnya, dalam perbicaraan motif mereka melakukan jenayah tidak pula dibongkar dan pengkhianatan terancang itu terpendam begitu sahaja.


"Umno Pulau Pinang cuba membawa ke arah perkauman dan semua ini adalah usaha terancang dan kita berharap polis dan pihak keselamatan negara dapat menangani isu ini," kenyataan Mohamad dalam sidang akhbar petang Rabu itu bersama Anwar dipetik.


Sementara itu, Lim Guan Eng mengutuk Umno  atas cubaan untuk mempolitikkan insiden-insiden terkini di Pulau Pinang dengan kenyataan yang menyalahkan parti pembangkang, padahal Umnolah yang bermain dengan api kebencian kaum dan agama; berbanding fokus Pakatan Rakyat terhadap isu kenaikan harga gula, petrol, tarif elektrik dan tol lebuh raya.

Beliau turut manarik perhatian terhadap tiga sepanduk "berkualiti tinggi" dengan mesej menghasut yang dinaikkan diketahui di tiga gereja katolik di Pulau Pinang, selain dua molotov cocktail yang dilempar ke arah rumah ibadat itu.

Lebih serius lagi apabila Ketua Menteri itu mendedahkan: "Buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, seorang pegawai kerajaan kanan berketurunan Melayu, Penolong Pegawai Daerah Abu Hassan Osman diserang secara terbuka pada 21 Januari di hadapan 35 pegawai polis yang sepatutnya melindungi beliau di Teluk Bahang. Walaupun pakaian Abu Hassan terkoyak selepas serangan tersebut, penyerangnya tidak diberkas dengan serta merta ..."

Sehinggalah jam 7 malam, 31 Januari lalu, seorang rakan memaklumkan melalui SMS: "Jangan lupa tonton program Lanskap RTM1, jam 9-10 malam, live dari Angkasapuri, Suhaizan lawan Noh Omar isu PRK Kajang."

Saya tidak pasti siapa dua penalis selain Suhaizan, dalam forum yang dipengerusikan Syed Munawar. Seorang mewakili Pemuda Umno, tetapi Suhaizan menyebut, dia mengenali penalis itu sebagai bekas pemimpin Perkasa, lebih tepat Ketua Wiranya.

Seorang lagi cuba digambarkan sebagai penganalisis politik, namun argumen dan hujahnya lebih pekat daripada aktivis Umno sendiri, selain suka mempamerkan kebenciannya kepada Anwar Ibrahim.

Peliknya, dua penalis itu lebih ghairah menujukan soalan kepada Suhaizan, berbanding pertanyaan moderator sendiri. Bertubi-tubi, bukan hanya soalan dikemukakan, malah penjelasan Ketua Pemuda PAS itu cuba diputar-belitkan.

Mereka cuba memerangkap Suhaizan dengan menggambarkan PAS sebagai rakan yang ditinggalkan KeADILan. SUhaizan didesak untuk respons kepada soalan yang sewajarnya dihalakan kepada strategis KeADILan.

Dan Suhaizan menunjukkan sikap terbuka dan jiwa besarnya apabila menjawab penuh ketenangan, langsung tidak gopoh atau beremosi walaupun diasak, malah cuba direndah-rendahkan. Saya lebih suka perhatikan mimik mukanya berbanding jawaban atau sanggahan Suhaizan.

Saya tidak melebih-lebih jika merumuskan bahawa Suhaizan memang kelihatan cool dan bersahaja. Sesekali beliau mengusik dua penalis tadi yang nampak tidak puas hati mahu menyerangnya.

"Suhaizan terpaksa jadi jurucakap KeADILan dan Anwar pula," saya mengusik  rakan baik Suhaizan melalui SMS. "Kenapa RTM tidak panggil Rafizi Ramli ataupun Saifuddin Nasution Ismail jika mahu mendapat penjelasan langsung persoalan PRK Kajang," saya menambah tanpa mengharapkan reaksinya, menyedari nama Rafizi banyak kali disebut.

Meskipun episod awal PRK Kajang ini turut mendebarkan emosi penyokong Pakatan -- walaupun pertembungan nanti diyakini dapat dimenangi Anwar -- namun saya yakin selepas rasional diperincikan, aktivis ketiga-tiga parti, termasuk PAS dan DAP, akan lebih bersemangat untuk kembali menjayakan road-map ke Putrajaya.

"Berdasarkan forum RTM tadi, saya bagi empat bintang kepada Suhaizan tetapi yang agak mencacatkannya bila  dia nampak terlalu bergantung dengan hujah Rafizi. Saya yakin dia ada rasional sendiri yang lebih meyakinkan tapi terpaksa menghormati rakan-rakan dalam KeADILan," ulas seorang rakan saya, juga bekas aktivis PMUTM, yang sama-sama mengenali dari dekat Suhaizan.
Ahmad Lutfi Othman

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...