Translate

Mesti Baca

Sabtu, 25 Januari 2014

( 4 Gambar) Ugut Bunuh Bila Cinta Terhalang.

Drama tebusan cinta

Drama tebusan cinta

Drama tebusan cinta

Drama tebusan cinta

Gara-gara perkahwinan ditentang keluarga, seorang buruh binaan di China sanggup mengheret teman wanitanya ke atas bumbung dan mengacukan pisau pemotong daging ke leher mangsa.

Media melaporkan, suspek dikenali sebagai Lin, 32, turut mengugut membunuh mangsa kerana mendakwa mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.

"Drama tebusan berlangsung selama lima jam. Selain itu, suspek juga bertindak menanggalkan pakaian dan mengarahkan mangsa melakukan perkara sama dengan tujuan ingin memalukan mangsa di hadapan jiran yang sedang melihat mereka," menurut laporan media.

Menurut Daily Mail, selepas lima jam, suspek meminta sebuah kereta untuk melarikan diri bersama teman wanitanya, namun cubaannya gagal apabila dia ditahan anggota polis dan orang awam.

Jumaat, 24 Januari 2014

Lu Jangan Menyibuk Ler, Mahathir.

Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapannya di Pusat Islam, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 24 Januari, 2014.















Kenyataan Mahathir telah menunjukkan akan kejahilan beliau tentang kalimah 'Allah' kerana beliau tidak layak bercakap tentang perkara yang berkaitan Islam. Dulu bila orang tanya beliau tentang Islam, beliau kata yang beliau pun ada membacanya tetapi dalam terjemahan bahasa English. Pada gua orang nak guna ada gua kesah tetapi jangan sesekali hina atau mempersenda-sendakan kalimah 'Allah'tanpa mengira apa bangsa lu. Bila lu faham apa makna "Allah' lu kena pegang kuat-kuat dan jangan setakat mempertahankan malah wajib diamalkan.

Adakah seorang yang secara terang-terangan menghina hukum Allah layak diambil sebagai rujukan sebagaimana beliau menuduh yang Hukum Hudud adalah ciptaan ahli-ahli fekah atau dalam al-Quran tafsiran bahasa English tiada ayat-ayat berkaitan hukum potong tangan, berzina mencuri, meminum arak dan sebagainya. 

Jika apa yang beliau katakan itu betul, adakah pengikut (Hawwari) Nabi Isa a.s. tidak pernah menyebutnya kerana beliau berkata sebelum 1,400 tahun dulu. Tidakkah Mahathir seorang munafik dan percakapan orang-orang tidak boleh di guna pakai walau sehebat mana pun si munafik itu. Gua ingatkan apabila umur beliau sudah hampir senja beliau akan berubah tetapi jika dah munafik sampai bila-bila pun munafik. 

Kenapa gua kata begitu kerana kenyataan beliau tentang Hukum Hudud rekaan ahli Fekah adalah kenyataan terbaru beliau. Bagi gua, Mahathir sendiri pun mungkin tidak tahu apa itu makna 'Allah' jika tidak percaya lu tanya beliau dan pasti lu akan terkejut beruk dengan jawapan yang akan beliau berikan. Andainya beliau benar-benar mengamalkan al-Quran pasti lu akan lihat kehidupan anak-anaknya.

Seorang pemegang syer syarikat yang berteraskan arak, riba dan judi. Seorang bersama Ngo yang menentang keras Islam Dua anak angkatnya yang berasal dari Pakistan telah menjadi rosak akhlaknya hasil dari didikan Islam yang Mahathir berikan sehingga menjadi Ostadah lesbian yang kaki arak dan sorang lagi Ostak kaki gay. 

Mungkin jika 2 anak angkat beliau masih di negara mereka sendiri, sekurang-kurangnya mereka ada jugak pegangan agama walau pun mungkin tidak dapat belajar keperingkat tinggi  tetapi apabila dapat kat tangan Mahathir hancur terus akhlak mereka. Yang pasti kita sendiri tidak mengetahui tentang perancangan Allah yang Maha Bijaksana. 

Lihatlah generasi sekarang yang mana ia adalah produk keluaran Mahathir yang sudah ada di depan mata lu all. Para pendakwah terpaksa bekerja keras untuk menyedarkan kembali mereka tentang Islam. Tidakkah Allah itu Maha Mengetahui dengan menghantar pendakwah-pendakwah yang berwibawa dan kita boleh dikatakan beruntung.

Tetapi manusia bongkak seperti Mahathir masih lagi cuba untuk menyesatkan umat Islam dengan menunjukkan kesombongannya yang beliau masih lagi hebat tanpa menyedari detik demi detik masa berjalan menunggu kedatangan Malaikat Izrail a.s. dan Malaikat Mungkar dan Nakir a.s pula menunggu untuk menyoal beliau. 

Mustajab sungguh doa al-Marhum Ustaz Fadhil Noor agar umurnya di panjangkan untuk beliau melihat sendiri kerosakan yang beliau lakukan terhadap agama dan negara. Adakah sekarang ini beliau berasa takut? Selagi namanya Tun Dr Mahathir Mohamed, beliau tetap dengan sikap angkuh, sombong dan berlagak. Gua tetap doakan agar beliau sempat bertaubat sebelum beliau di jemput oleh Malaikat Izrail a.s.dan lu baca petikan daripada TMI kat bawah./GANR

DR MAHATHIR: KRISTIAN ADA NIAT TERTENTU GUNA KALIMAH ALLAH

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan kalimah Allah hanya eksklusif kepada umat Islam dan percubaan pihak tertentu untuk memperkenalkan penggunaannya di semenanjung dalam Bible berbahasa Melayu adalah bagi memuaskan agenda tersendiri.

Bekas perdana menteri itu berkata, perkataan Arab tersebut tidak pernah digunakan oleh penganut Kristian sebelum kedatangan Islam 1,400 tahun dahulu.

"Ia tidak pernah digunakan dalam Bible, tidak kira dalam bahasa apa sekali pun," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan di Pusat Islam, Kuala Lumpur hari ini.

Dr Mahathir berkata, kalimah Allah juga digunakan oleh sesetengah pihak untuk mengkristiankan umat Islam.
"Saya berpandangan kalimah Allah adalah hak orang Islam, tidak bukan Islam," katanya.

Beliau berkata, semasa menjadi perdana menteri dahulu, beliau menyelesaikan kes tersebut tanpa sebarang konflik.

"Dulu kita dapat selesaikan, tiada masalah. Jadi mengapa sekarang?" katanya.

Dr Mahathir berkata, pihak berkuasa mesti memastikan Bible dalam bahasa Melayu hanya terhadap digunakan di Sabah dan Sarawak supaya tidak terlepas kepada umat Islam di Malaysia. - 24 Januari, 2014. TMI

Khamis, 23 Januari 2014

Bila Macai Dok Puji Subsidi RM40 bilion.





Nak kata bodoh, semuanya belajar tinggi-tinggi sampai ada yang sampai tahap phd tetapi tetap bebal pada pandangan gua. Habis satu dunia macai-macai dok jaja hanya kerajaan Malaysia sahajalah yang memberi subsidi kepada rakyat. Bila rakyat mengeluh tentang kenaikan kos sara hidup akibat subsidi dikurangkan mereka suruh rakyat berjimat cermat. Yang beri nasihat suruh rakyat berjimat cermat sendiri pun makan hasil rakyat dengan semua keperluan mereka ditanggung oleh rakyat sehinggakan setiap ketul taik mereka ada elaun. 


Merekalah yang sepatutnya berjimat cermat kerana merekalah rakyat merana kerana masing-masing berebut-rebut merompak hasil negara sehingga negara sendiri sudah pokai hasil kebijaksanaan memerintah. Para bangsat-bangsat nih dok bagi angka RM40 bilion kepada rakyat konon-kononnya untuk menunjukkan betapa prihatinnya kerajaan menjaga kebajikan rakyat tetapi adakah si bangsat-bangsat nih bagi tahu berapa ratus bilion wang rakyat yang mereka kaut setiap tahun. 

Jika subsidi RM40 bilion dok jaja siang malam, tolong jaja sama berapa ratus bilion RM pula cukai dari rakyat kerajaan tibai. Bagitahu rakyat berapa puluh ribu elaun para menteri dapat sebulan dan belum kira elaun wakil rakyat, elaun rumah, elaun kenderaan, elaun pemandu, elaun makan, elaun berak, elaun kencing, elaun keraian, elaun hiburan, elaun berpoya-poya dan bermacam-macam elaun tok nenek mereka dapat. Macam ni nak tunjuk betapa mereka simpati kepada rakyat.

Umpama bagi RM100 tetapi ambil balik dari rakyat RM500 dan yang RM400 itulah masing-masing dok bahagi semasa mereka macam penyamun tarbus. Untuk menunjukkan kepada rakyat yang makan sayur paling murah, kangkung yang mana boleh didapati di tepi-tepi parit atau longkang dan jika rajin boleh dapat free jer. Kononnya mereka pun memang makan kangkung bagaikan mereka pun merasa sama keperitan yang dialami rakyat.

Untuk memperhebatkan lagi kempen membantu rakyat maka digula-gulakan yang ramai mengidap kencing manis BR1M sebanyak RM500 setiap keluarga dan JKKK pula mendapat elaun RM800 sebulan yang sebenarnya mempunyai agenda agar JKKK tidak berpaling tadah setelah melihat sokong terhadap Umno/BN semakin goyah. Dengan sedikit kuasa yang ada pada JKKK kebiasaannya yang pertama akan berjalan dengan elok sikit konon tanpa mengira parti. 

Bila masuk bab kedua para JKKK mula tumbuh sedikit taring mereka mula menunjukkan betapa berkuasanya mereka terhadap BR1M yang dinaikkan menjadi RM600. Ada sesetengahnya mula tawar menawar untuk mendapat kelulusan. 

Sekarang ini banyak permohonan telah mereka tolak kerana menganut agama PAS. Gua sendiri pun baru tahu wujudnya agama baru yang dipanggil agama PAS. Penyokong PAS jangan harap ler nak dapat BR1M kerana duit itu sekarang adalah duit makbapak si bangsat kerana itulah mereka boleh buat sesuka hati mereka.

Yang dapat BR1M tu pula bukan main gembira kerana mendapat RM600 setahun atau RM50 sebulan atau RM1.66 sehari tanpa menyedari yang mereka terpaksa membayar RM16 sehari dalam bentuk segala tok nenek cukai. Adakah mereka yang menyokong Umno/BN itu cerdik atau pun bodoh. Inilah cara Umno mempertahankan pemerintahannya, mengula-gulakan orang-orang kampung agar sentiasa bergantung kepada kerajaan. 

Bagi mereka si bangsat Umno itulah tuhan mereka yang sentiasa memberi mereka rezeki dengan ratib mereka siang malam ialah 'Salam1Malaysia, Salam1Malaysia, Salam1Malaysia' atau 'BR1M, BR1M, BR1M' dan ratib paling utama ialah '1Malaysia'.

Di Malaysia nih nak tahu kawasan atau kampung mana kubu kuat mereka cukup senang, carilah kampung atau kawasan yang paling miskin kerana di situlah kubu kuat mereka. Gua bukan tuduh tapi memang realiti di mana peti undi yang mereka menang pasti kawasan itu terdiri orang-orang miskin. Umno/BN cukup susah untuk menawan kawasan-kawasan bandar atau pertengahan. 

Sedarlah rakyat Malaysia yang negara sekarang ini menuju ke era bankrap, kerana itulah kebanyakkan aset-aset pemimpin tertinggi sudah dibawa keluar dengan cara yang begitu drastik. Jika gua kata yang sokong Umno tu bodoh, tahu pun marah kalau dah bodoh lu bagi fakta atau gambar apa pun pasti mereka akan kata itu semua fitnah./GANR

Rabu, 22 Januari 2014

Rupanya Ada Lagi Rumah Agam Riza Aziz Bernilai RM 58.21 Juta Tetapi Pemilik Sebenar Ialah.... Lu Teka Sendirilah.

 

Riza Shahriz Abdul Aziz (gambar bawah, kiri sekali), anak kepada isteri perdana menteri Rosmah Mansor, didakwa memiliki sebuah lagi harta tanah mewah.

Sarawak Report mendakwa, rumah agam 11,500 kaki persegi di West Hollywood dijual padanya dengan harga AS$17.5 juta ((RM58.21 juta) pada September 2010.

Laman pembocor maklumat itu melaporkan, pihaknya sudah melawat tapak itu dan mendapati kediaman asal diruntuhkan dan dibina baru, lengkap dengan kolam renang “sangat luas” di laman depan.

“Orang dalaman yang dipercayai mengesahkan bahawa pembinaan semula itu melibatkan kos lebih beberapa juta lebih daripada harga asal yang diminta, menjadikan kos harta tanah itu menghampiri harga harta tanah Riza sebelum ini AS$33.5 yang kami dedahkan dibeli di New York pada 2012.”

Laporan itu menyebut ia didaftarkan atas nama syarikat 912 North Hillcrest Road (BH) LLC di Delaware.

Selasa, 21 Januari 2014

Selongkar : Menjejaki Hajjah Rosmah Mansor. ( Baik, Buruk Dan Berkuasa)

Rosmah Mansor

Pada 25 Jun 2009, beliau menjadi sasaran kempen negatif dengan tuduhan-tuduhan berat dan label liar "perempuan puaka" di internet. Ia disediakan di dalam tiga klip video yang lebih tersusun dalam bentuk siri dokumentari pendek melibatkan orang yang tidak dikenali yang mendakwa diri mereka sebagai adik lelakinya, ibu saudaranya dan sepupu lelakinya mendakwa beliau lupa asal-usulnya termasuk kampung asalnya, selain mengupah samseng dan menggunakan khidmat bomoh. 

Beliau juga didakwa mempunyai masalah hubungan kekeluargaan dengan adiknya dan seorang anaknya (Lihat Sini) . Ia tidak disenangi oleh beberapa anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) asal Rosmah Mansor yang tidak bersetuju dengan paparan negatif terhadap wanita pertama itu.

Kes 'bini puaka' 

Pada 30 Jun 2009 jam 3 petang, sebelum kedatangan beliau ke Universiti Malaya beliau dirujuk sebagai "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan di Universiti Malaya oleh dua mahasiswa yang terpengaruh dengan dakwaan tanpa bukti oleh pihak pembangkang, yang didakwa menconteng perkataan-perkataan tersebut. 

Salah seorang penyebar berita fitnah tersebut kemudiannya mendakwa dia hanya mengulangi berita yang sampaikan kepadanya (Baca Sini). Hasilnya, Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dituduh bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25. Selain menconteng, mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani merah beberapa jam sebelum dilalui oleh beliau. 

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah bagi setiap pertuduhan selepas ia dibacakan di hadapan hakim Rosbiahanim Arifin. Sebelum itu pada 17 Julai 2009, Shazni Munir Mohd Ithnin, presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM, ditahan. Pada 13 Julai 2009, Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur menetapkan 7 hingga 11 Disember 2009 bagi perbicaraan kes tersebut. Salah seorang yang membuat tuduhan tersebut, Raja Petra kemudiannya mendedahkan bahawa dia ("Raja Petra") membuat tuduhan tersebut dengan kepercayaan bahawa arahan tersebut datangnya dari penasihat PKR dan pemimpin Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

 Lagi mahasiswa ditahan 

Pada 13 Ogos 2009, tiga anggota polis berpakaian biasa dipercayai dari ibu pejabat polis daerah Brickfields menahan Muhammad Aizat Roslan, pelajar jurusan syariah Akademi Pengajian Islam (API) tahun dua dan ditahan reman selama dua hari. Polis mengemukakan enam alasan dalam permohonan perintah reman, antaranya untuk membantu siasatan kes contengan tersebut dan untuk mendapat maklumat lanjut mengenai seorang lagi suspek yang masih lagi bebas, Muhammad Saufi Jelani. Akhirnya pada 19 November 2009, Muhammad Saufi Jelani ditahan oleh lima anggota polis di bangunan peperiksaan universiti itu kira-kira jam 10.30 pagi, selepas menduduki kertas terakhir bagi pengajian semester ini. 

Kenyataan mengenai gempa bumi dan tsunami Jepun 2011 

Pada 15 Mac 2011, video Rosmah memberi komen mengenai gempa bumi dan tsunami Jepun 2011 disiarkan di Astro Awani, saluran berita 24 jam Astro. Di dalam video tersebut, Rosmah berkata bencana tersebut disebabkan kelalaian Jepun dalam melaksanakan dasar perancangan dan pembangunan mesra alam, serta mengaitkan bencana tersebut dengan pembangunan pantas serta perubahan iklim, dan ia seharusnya menjadi iktibar kepada Jepun dan masyarakat antarabangsa. 

Kenyataan tersebut mencetuskan kemarahan penyokong pembangkang di Twitter, dengan ramai pengguna mengutuk Wanita Pertama Malaysia tersebut bahawa perubahan iklim dan gempa bumi sama sekali tidak berkait. Beberapa ahli parlimen pembangkang turut mendesak Perdana Menteri untuk 'mengawal isterinya' dan mendesak Rosmah untuk meminta maaf pada kerajaan dan rakyat Jepun atas kenyataannya itu.(Youtube)

Sementara itu, ahli parlimen Barisan Nasional pula menuduh pembangkang 'tidak melihat dari gambaran yang lebih besar'. Nazri mendakwa bahawa ulasan Rosmah mengenai "teknologi hijau" adalah lebih meluas dari sedutan itu. Sungguhpun dicemari kontroversi tersebut, Rosmah telah pun menyatakan ucapan takziah secara rasmi kepada mangsa gempa bumi dan tsunami Jepun. Selain itu, beliau telah melancarkan satu tabung bantuan kepada mangsa dengan kerjasama Maybank dan Pandu Puteri. Sejumlah RM1.8 juta sudah pun diagihkan kepada mangsa bencana tersebut. Linkkan

Isnin, 20 Januari 2014

Rosmah Sudah Lama Buat Persiapan Lari Jika BN Kalah, Adakah Lu Dengar Rosmah Simpan Wangnya Di Dalam Negara?.

 
Ahli-ahli Umno mahukan Najib Razak GAGAL dalam pilihanraya ke13 nanti, kerana mereka telah muak dan fed-up dengan kegagalan Najib mengawal karenah bongkak dan gaya hidup mewah Rosmah seperti kenyataan di dalam buku 267 halaman yang ditulis oleh Timbalan Ketua Pemuda Wangsa Maju.

Betapa bergemerlapan kilauan intan berlian cincin Rosmah yang bernilai $24.4 juta hingga cerita mengenainya begitu sukar hendak dimalapkan. Selepas itu heboh pula mengenai koleksi beg tangan berjenama Birkin yang boleh mencecah hingga harga USD120,000 (kira-kira RM360,00) termasuk beberapa koleksi 'one of its kind in the world' yang menjadi milik suami Najib, Rosmah Mansor.

Selepas PRU13 nanti pasti nasib Rosmah akan terjadi seperti isteri pemimpin-pemimpin lain terdahulu, akibat dari sikap bongkak, tindas Rakyat dan boros, dikala Rakyat di negara ini merempat dan menjalani kehidupan yang perit. 

Leila Trabelsi, isteri yang sentiasa berada di belakang suaminya, bekas Presiden negara Tunisia, Zine al-Abidine Ben Ali yang mengamalkan cara hidup yang mewah setinggi gunung dan berkuasa di Tunisia selama 23 tahun, tiba-tiba pada 14 Januari, 2011, terpaksa lari ke negara Saudi dan memujuk teman-teman untuk tumpangkan mereka. 

Gaya hidup Leila, serta ahli keluarga bekas presiden itu, telah menghidupkan suasana tidak tenteram di Tunisia. Keadaan kemiskinan menjadi-jadi, korupsi bermaharajalela, dan rakyat terus-menerus hidup tertekan, sedangkan presiden dan kerabatnya hidup dengan segala kemewahan hasil rakyat dan negara! 

Kisah Leila mengingatkan kita kepada isteri bekas presiden Filipina. Imelda Marcos yang menyimpan segala kemewahan termasuk beribu pasang kasut di dalam stor koleksi kasut milik bekas 1st Lady of Philipine, seperti mana koleksi beg tangan berjenama koleksi Birkin yang dimiliki oleh Rosmah. Menurut laporan NewsWeek, Imelda Marcos di tempat ke-9 manusia paling tamak di dunia! Imelda Marcos hidup dengan segala kemewahan sedangkan rakyat sengsara. 

Akhirnya, rakyat memberontak, lalu Marcos dan ahli keluarga terpaksa tinggalkan Filipina. Kisah Raja Iran suatu ketika dahulu, Shah Pahlevi dan isterinya Farah Diba, yang hidup dengan kemewahan tanpa pedulikan rakyat jelata. Akhirnya mereka diusir keluar. Akhirnya juga kedua-dua mereka serta anak-anak tiada tempat untuk berlindung! Suzzane, isteri Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang melarikan diri bersama 40-70 bilion Dolar Amerika adalah simbol pemborosan di Mesir. 

Beliau juga mendapat gelaran 'Marie antoinette' sempena ratu perancis yang gilakan kemewahan sampai putus kepala [amukan rakyat la nih – tapi kat Malaysia idak kot…] dalam revolusi perancis. Isteri Muammar Gaddafi, Safia Farkash didakwa memiliki koleksi emas peribadi berjumlah 20 tan (20,000 kilogram), kalau kita biasa beli dalam gram = 20 juta gram (haaaa.. kita kali aje dengan berapa harga satu gram emas…) 

Dengan ini, kami anak-anak muda sudah meluat dan meluap-luap menguji kesabaran kami dengan perangai Rosmah Mansor yang menunjukkan sikap bongkak walaupun semasa di Mekah Al-Mukarromah. 

 Sikap Rosmah Mansor yang berjoli sakan dan bergelumang dengan kemewahan membelanjakan wang Rakyat Malaysia, dikhabarkan berita internet mendakwa beliau berbelanja mewah RM100,000 semalam untuk tidur menginap di Hotel Atlantis di Dubai, dan dalam masa yang sama Rakyat ditekan dengan tekanan hidup akibat kenaikan harga barang dan kos kehidupan. 

Kepada sebahagian makcik-makcik di Felda, hangpa dapat apa dengan bermati-matian suami-isteri memberikan sokongan kepada parti Rosmah suami-isteri untuk terus kekal berkuasa? Bila Rosmah dah lari…masa itu sudah terlambat… -tranungkite-

Ahad, 19 Januari 2014

Testemoni Gua Tentang Shaklee : Produk Paling Bagus Buat Gua.


Gua sebenarnya baru sahaja mengenali produk Shaklee yang di perkenalkan oleh member gua. Gua ada sejenis penyakit yang gua sendiri tidak tahu puncanya dan ianya sudah lama berlaku. Gua cepat letih, sakit-sakit di seluruh sendi dan betis gua pula macam dicucuk sehinggakan gua mengambil tongkat gua memukul-mukul bila kesakitannya datang. Tentang produk pula dah banyak jenis gua cuba daripada Anway sampai entah apa namanya gua pun tak ingat. Bukan gua kata produk-produk itu tidak berkesan, mungkin ianya tidak serasi dengan tubuh gua kerana ada yang mengambil produk tersebut dapat sembuh tetapi tidak bagi gua.

Maka member gua sarankan gua cuba produk Shaklee yang gua ingat produk baru tetapi ianya sudah lama dicipta atau mungkin lebih lama dari produk MLM yang lain selepas gua mencarinya dalam carian google. Harganya pula tidaklah semahal produk-produk yang pernah gua gunakan atau mungkin gua boleh katakan harganya separuh dari produk lain. Cuma yang paling mahal adalah Vivix yang berharga RM380 dan beliau menyarankan agar gua jadi ahli tetapi masalahnya gua memang kurang berminat tentang kaedah MLM nih. Tak apalah gua jadi pelanggan dah cukup.

Selepas 2 minggu gua mengamalkannya, rasa sakit di betis dan badan rasa sihat sikit berbanding dengan produk lain yang gua makan berbulan-bulan pun tiada nampak kesannya. Gua bukannya nak promosi Shaklee kerana gua bukan pengedar hanya pengguna yang mengikut nasihat Nabi S.A.W. 'Bahawa tiada penyakit yang tidak mempunyai ubatnya melainkan tua dan mati".

Jadi gua cakap kat member gua yang gua akan cuba promosi produknya dengan mengeluarkan testimoni seperti yang gua tulis diatas. Sekarang ini gua cuba pula produk Vivix untuk mengetahui akan keberkesanannya. Yang baik gua tetap kata baik yang tak baik mungkin ianya sebenarnya baik tetapi tidak serasi dengan tubuh gua. Satu lagi yang gua tertarik ialah jaminan Halalnya kerana banyak produk yang mempunyai serba sikit binatang berkaki empat yang pendek (khinzir). 

Vitamin B yang mengikut carian gua banyak bersumberkan khinzir kerana ia hanya boleh didapati dari dua jenis binatang sahaja iaitu Rusa dan Khinzir. Kita semua tahu yang Rusa memang susah sikit nak dapat berbanding dengan Khinzir. Itu pun jika Google tidak tipu gua ler kerana benda-benda macam nih kita kena utamakan disebabkan kita sendiri akan menggunakannya. Untuk mengetahui lebih lanjut lu all boleh klik di (TinaTinot) untuk mengetahuinya lebih lanjut kerana gua nih bukan pandai sangat bab-bab untuk menerangkannya. Jangan takut bro.... tak kena apa-apa bayaran pun jika lu klik dan lu boleh tanya terus kepada pengedarnya dengan no. handphone yang tertera. Tak rugi pun jika lu bertanya kerana ia adalah percuma tanpa menggunakan apa-apa bayaran pun.



Gua Tabik Spring Kepada Kedua Ibubapa Ini Yang Tidak Memandang Ringan Tentang Solat.

Mereka adalah ibubapa yang baik kerana ketegasan mereka mendidik anak-anak mereka agar menjadi anak yang soleh. Gua cukup terkilan dengan sikap kerajaan Malaysia yang mengaku sebagai sebuah negara Islam lambat bertindak untuk mempertahankan warganegara sendiri. Sepatutnya dalam soal ini kerajaan patut memberi penerangan kepada negara barat itu yang sememangnya tidak memahami dalam soal beragama dalam Islam dan bagaimana tanggung jawab ibubapa berkaitan solat. Mungkin jika kerajaan negara lain tidak akan berdiam diri bila rakyat mereka ditahan tetapi bagi negara Islam Malaysia pula, ia amat memalukan bukan bagi rakyat Malaysia tetapi umat Islam di seluruh dunia.

Inilah contoh ibubapa yang kerajaan Malaysia tidak inginkan kerana lebih mementingkan Islam dari diri mereka sendiri. Mereka patut diberi penghargaan di atas pengorbanan mereka demi anak-anak mereka menjadi seorang Islam/Muslim dan bukannya Melayu/Muslim yang pandai bercakap tetapi tidak mengamalkannya. Kerana itulah pergaulan bebas tanpa mengira jantan betina dengan minuman keras dan hubungan luar nikah yang kebanyakan adalah usaha berterusan Salam 1Malaysia. 

Lu sendiri tengok macam mana kehidupan anak-anak pemimpin negara yang ramai tergelincir disebabkan didikan yang terbawa-bawa bila si anak melihat perbuatan ibubapa mereka sendiri. Seperti ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul, maka celakalah para pemimpin-pemimpin yang merasakan mereka cukup berkuasa tanpa siapa pun berani mengambil tindakan terhadap salah laku mereka.

Kes pukul anak: Anak pasangan Malaysia tak gembira

Pukul anak tak solat, pasangan dikenal pasti
Pasangan warga Malaysia yang ditahan di Sweden atas dakwaan memukul anak lelaki mereka. - Foto dipetik daripada Astro Awani

Empat anak pasangan warga Malaysia, yang ditahan polis Sweden setelah didakwa memukul mereka kerana enggan bersolat, menyatakan rasa tidak selesa tinggal bersama keluarga angkat berlainan agama di negara itu.

Anak sulung pasangan itu yang mahu dikenali sebagai Aisyah, 14, berkata, beliau dan tiga adik lelakinya yang berusia 7, 11 dan 12 tahun ditempatkan bersama keluarga angkat yang disediakan pihak khidmat sosial negara itu sejak ibu bapa mereka ditahan pada 18 Disember lepas.

Aisyah berkata mereka tidak gembira dengan keadaan di dalam rumah berkenaan.

"Kami tidak gembira tinggal dengan keluarga angkat sebab keluarga ini bela anjing.

"Keluarga angkat juga makan makanan tidak halal...walaupun kami tidak diberi makanan itu tetapi kami berkongsi pinggan mangkuk yang sama," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Aisyah berkata mereka juga berulang kali menyatakan hasrat pulang ke Malaysia secepat mungkin namun tidak dibenarkan pihak khidmat sosial.

Katanya mereka juga tidak dibenarkan bertemu ibu bapa dan anggota keluarga dari Malaysia.

Menurutnya seminggu selepas penahanan ibu bapa mereka, keluarga dari Malaysia datang untuk bertemu dengan mereka namun tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa Sweden.

Anak kedua yang mahu dikenali sebagai Ammar pula berkata mereka mahu pulang ke Malaysia secepat mungkin kerana tidak tahan tinggal dengan keluarga angkat itu.

"Kami rindukan mummy dan daddy...kami nak balik Malaysia tapi mereka tidak benarkan. Kami sedih, setiap kali balik sekolah mummy dan daddy tiada.

"Sebelum ini, mummy dan daddy hantar dan ambil kami di sekolah. Sekarang terpaksa naik kenderaan awam sendiri. Adik bongsu pun menangis setiap hari sebab rindukan mummy dan daddy," katanya.

Tahanan reman pasangan suami isteri itu, yang dipercayai kakitangan Tourism Malaysia di Stockholm dan guru yang bercuti tanpa gaji, dilanjutkan dua minggu lagi bagi membantu siasatan. - Bernama

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...