Anak Rosmah, Riza Aziz harumkan nama negara  
Riza (paling kiri) bersama penerbit Joey McFarland dan para pelakon filem The Wolf of Wall Street iaitu Margot Robbie, Leonardo DiCaprio ketika tayangan perdana filem berkenaan di Leicester, London pada 9 Januari lalu. - Foto Mstar Online

Nampaknya satu lagi pendedahan telah dilakukan bagaimana beliau boleh membiayai filem yang di terbit oleh anaknya untuk filem 'The Wolf Of Wall Street" dengan jumlah yang amat besar iaitu sebanyak RM326 juta. Adakah wang itu juga hasil dari sikap menabung beliau sejak kecil. Sebelum ini pun gua ada pertikaikan dari mana sumber yang diperolehi oleh anaknya untuk membeli kediaman mewah yang bernilai RM110 juta.

Adakah tekaan tentang perkara itu ada kebenaran kerana siapa lagi yang berada di belakang anaknya untuk membeli hartanah bernilai tinggi itu. Adakah SPRM tidak mahu membuka kertas siasatan untuk kes penyalahgunaan yang terbesar dari Rosmah yang mengelar dirinya sebagai 'First Lady' Malaysia. Selepas satu isu penggunaan jet milik kerajaan, tinggal di hotel mewah semasa lawatan ke negara Arab, pembelian hartanah dan sekarang beliau berbelanja besar lagi dalam masa rakyat terpaksa mengikat perut untuk sara hidup.

Mereka menyuruh rakyat berjimat cermat tetapi Rosmah tetap dengan hobinya yang suka berbelanja besar. Adakah SPRM akan memberi alasan yang kes itu diluar bidang mereka kerana ia berlaku di luar negara tetapi tidakkah hasilnya adalah daripada negara. Seperti tang gua katakan bahawa Rosmah dah mula memindahkan aset-aset beliau sedikit demi sedikit. Jika jumlah RM 110 juta atau RM 326 juta itu adalah kecil bagi Rosmah, adakah rakyat yang memuja 'First Lady' ini tahu jumlah sebenar yang dimiliki oleh Rosmah.

Gua boleh taksirkan yang jumlah hartanah beliau miliki di luar negara mungkin melebihi RM 1 bilion dan mungkin juga tunai yang beliau miliki melebihi RM 3 bilion. Gua mengandaikannya berpandukan kepada gaya dan cara beliau berbelanja. Jika sewa hotel untuk penginapan beliau diluar negara ialah RM 100,000 semalam, apalah sangat dengan pelaburan untuk anaknya yang berjumlah ratusan juta. Baca dibawah ini jika tidak percaya....

Anak Rosmah, Riza Aziz Harumkan Nama Negara

LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT. Produser filem Hollywood kelahiran Malaysia, Riza Aziz mencipta nama menerusi kejayaan filem terbitannya, The Wolf Of Wall Street yang menggondol Anugerah Golden Globes kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan mantap Leonardo DiCaprio.

Filem yang menelan belanja RM326 juta itu didakwa hasil sumbangan kewangan daripada ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dipetik Mstar Online, Riza dikatakan enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi yang melanda filemnya itu.

Riza merupakan anak Rosmah bersama bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik.

Filem penuh kontroversi itu berdasarkan kisah benar mengenai broker saham Wall Street, Jordan Belfort lakonan DiCaprio yang dipenjarakan kerana rasuah dan jenayah perdagangan.

Filem itu turut membariskan bintang-bintang Hollywood terkenal seperti Jonah Hill, Margot Robbie and Matthew McConaughey.

Mengulas mengenai kemenangan DiCaprio, Riza akui sangat berbangga dengan bakat dan dedikasi bintang ‘superstar’ Hollywood itu.

"Saya senang bekerjasama dengan Leo. Dia seorang pelakon yang sangat profesional dan komited terhadap tugasnya.

“Leo seorang bintang filem ternama yang sangat merendah diri dan baik hati," kata Riza.

DiCaprio dikatakan bersetuju berlakon filem The Wolf Of Wall Street di atas dasar persahabatannya yang sudah terjalin dengan Riza sejak beberapa tahun yang lalu. Sumber